Soal Maruah..

Antara Subuh dan Senja

Bunyi tembakan yang dilepaskan oleh Sungwoon, wajah-wajah pegawai polis yang mengerumuni keretanya, dan pemanduannya yang laju tadi masih berlegar dalam fikiran. Peluh di dahinya sudah kering, bibirnya pucat dan rambutnya serabai. Jihoon meraba poket seluarnya, mengeluarkan telefon pintar. Skrin telefon tersebut gelap.

“….Matikan telefon kau”

Jihoon menekan butang, menghidupkan semula alat tersebut. Skrin berwarna hitam bertukar menjadi cerah dan kelihatan wallpaper gambar seekor anak anjing putih di kawasan perumahannya. Peratusan bateri tinggal separuh. Jihoon menekan dail beberapa digit nombor sambil merendahkan kepalanya, enggan dilihat oleh Daniel yang kelihatan seperti sedang berbincang dengan Sungwoon dan lelaki asing yang bersama Sungwoon di fakulti tadi.

“Hello?” panggilan Jihoon berjawab.

“Hello? Jihoon ah” suara di talian memanggilnya setelah Jihoon diam tidak membalas. “Jihoon, aku tahu kau Jihoon”

Jihoon senyum kecil. Suara Woojin melegakan hatinya. “Woojin ah~”

“Ha ye, aku ni. Kau kat mana?”

Jihoon mongerling keadaan di luar kereta, melihat bangunan usang di tempat tersebut. “Aku di…..”

“Jangan beritahu!” celah Woojin. “Tapi kau masih ada di korea kan?”

“Dia mana ada passport nak ke luar negara” kedengaran suara Jinyoung juga.

“Jinyoung ada di sana juga?” soal Jihoon.

“Dia ada di rumah aku ni. Kiteorang ponteng sekolah hari ni, dan pergi rumah kau. Ada polis datang rumah kau dan polis tanya cikgu samada kau ke sekolah ke harini”

Jihoon mendengus perlahan.

…………………………………………………………

Awan mendung kelihatan memenuhi ruang langit. Seketika baju di ampaian berkibar-kibar ditiup angin, namun masih disepitkuat di penyangkut. Keadaan bandar seolah dimandikan oleh warna jingga apabila dibias oleh cahaya senja, penanda malam akan keluar untuk menggantikan siang. Jinyoung mengintai dari tingkap.

“Yah, aku rasa aku perlu balik dulu. Nampaknya kejap lagi hujan akan turun, aku tak bawa payung”

“Kau boleh guna payung rumah aku tu” balas Woojin bersahaja sebelum merasakan getaran telefon pintarnya yang berada di atas lantai. Alat itu dicapai. Mata Woojin membulat melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin.

“Jinyoung ah~” Woojin melambai panggil rakannya.

Jinyoung menghampiri Woojin yang duduk di atas sofa.

“Jihoon call?!” soalnya terkejut.

Woojin menjawab panggilan tersebut dan menghidupkan mod pembesar suara supaya Jinyoung juga dapat mendengar suara Jihoon.

“Hello?”

Senyap di talian, tanpa sebarang belasan. Woojin dan Jinyoung saling berpandangan.

“Hello? Jihoon ah? Jihoon, aku tahu kau Jihoon”

“Woojin ah~”

“Ha ye, aku ni. Kau kat mana?”

Jinyoung menepuk peha Woojin dan menggeleng. Jinyoung memulutkan ‘jangan’ tanpa suara.

“Aku di…..”

“Jangan beritahu!” celah Woojin. “Tapi kau masih ada di korea kan?”

“Dia mana ada passport nak ke luar negara” Jinyoung bersuara.

“Jinyoung ada di sana juga?” soal Jihoon.

“Dia ada di rumah aku ni. Kiteorang ponteng sekolah hari ni, dan pergi rumah kau. Ada polis datang rumah kau dan polis ada tanya cikgu samada kau ke sekolah ke harini”

Keluhan Jihoon dapat didengari oleh Woojin dan Jinyoung.

“Kau tak apa-apa kan Jihoon?” Jinyoung bertanya dalam nada risau. “Kiteorang nampak kau dalam tv. Kau…nampak cool”

“Sekarang mesti aku jadi buruan pihak polis kan?” suara Jihoon kedengaran seperti tidak bersemangat.

Woojin dan Jinyoung menjadi serba salah.

“Kau kena paksa dengan abang kau?” soal Woojin pula.

“Tak. Abang aku tak bersalah. Dia tak pernah buat salah pun. Aku dan Niel hyung dah tekad, untuk bantu Sungwoon hyung. Kami nak bersihkan nama dia”

“Pihak polis tak boleh tolong? Abang aku terlibat dalam kes kali ni” Jinyoung menunduk memandang skrin telefon Woojin.

“Niel dan Sungwoon hyung tak percayakan polis. Mereka nak selesaikan dengan cara mereka sendiri. Aku dengar mereka akan ke Masan berjumpa dengan seseorang yang mungkin ada bukti yang Sungwoon hyung tak bersalah, dan mereka akan serahkan bukti tu kepada polis untuk disiasat”

Woojin dan Jinyoung diam tidak membalas. Mereka masing-masing tidak tahu apa yang patut dikatakan dalam situasi itu.

“Aku boleh harapkan korang kan? Korang masih kawan aku kan?”

“Mestilah!” jawab Woojin dengan suara lantang. Jinyoung tersenyum kecil. “Yah, kalau kau perlukan bantuan aku dan Jinyoung, call je. Kiteorang akan bantu apa yang mampu. Lagipon ibubapa aku tiada di rumah, jadi kalau kau nak datang sini untuk sembunyi dari polis pon boleh sebab rumah kau dah digeledah oleh pihak polis tadi”

“Aku tak akan beritahu apa-apa pada abang aku. Jangan risau” tambah Jinyoung pula.

“Terima kasih Woojin Jinyoung ah~”

“Kau…. apa pun kau tengah buat sekarang, pastikan kau jaga diri kau. Balas dendam ke tuntut dendam ke, aku harap kau tak apa-apa” ujar Jinyoung jujur, dalam nada ikhlas. Woojin hanya mengangguk.

“Aku tak dapat call lama. Aku akan hubungi semula kalau ada apa-apa”

“Ok. Bye”

“Bye”

Panggilan dimatikan, dan kedua-dua Woojin dan Jinyoung menarik nafas lega.

“Kau rasa dia boleh buat ke?” Woojin bertanya kepada Jinyoung.

“Apa? Balas dendam tu? Entahlah, tapi aku harap Jihoon betul yang abangnya tak bersalah” jawab Jinyoung.

……………………………………………….

Balai polis kelihatan semakin lengang. Beberapa orang pegawai detektif keluar ke kawasan kejadian, manakala yang sudah hampir tamat waktu bertugas, mengemas barang bersiap pulang. Minhyun mengerling pandang meja Donghae yang kosong tidak bertuan.

“Mesti dia dah balik” keluhnya sambil meraup pegang mukanya sebelum perasan Seongwoo di meja sebelahnya juga tiada.

“Mana dia pergi?” Minhyun mengerling sekeliling sebelum bangkit bangun. Minhyun bergerak mendekati meja Detektif Ong dan melihat profile Ha Sungwoon yang berada di atas meja dan di skrin komputer kelihatan ID polis Seongwoo mengelog masuk dalam laman web profile bekas banduan.

Minhyun memandang ke lorong di sebelah kiri, dan yakin Seongwoo pasti berada dalam salah satu bilik tersebut. Bilik yang menempatkan fail-fail kes lama.

“Seongwoo ah” Minhyun memanggil sebelum mendengar detingan mesej di skrin komputernya. Minhyun bergegas ke mejanya semula dan memandang skrin komputer.

“Aktif”

……………………………………..

Daehwi berjalan mendekati seorang lelaki lewat 60-an yang sedang membelek pokok bunga di halaman rumahnya. Lelaki itu memberhentikan kerjanya apabila dapat merasakan seseorang sedang mendekatinya.

“Pekebun Ma” Daehwi memanggil. Lelaki tua itu menoleh pandang Daehwi. Keringat wajahnya memberitahu pengalamannya, garis kedutan di dahi dan pipi melambangkan umurnya, rambutnya memutih masih kelihatan walaupun ditutup dengan topi.

“Kenapa tuan muda cari saya?” soal Ma Wonhyuk, pekebun yang sudah bekerja dengan keluarga Lee selama 25 tahun.

“Saya ada kerja sekolah, berkaitan dengan tanaman sayuran. Jadi saya ada beberapa perkara yang saya nak tanya”

Pekebun itu memandang tepat anak mata Daehwi. Pandangannya itu membuatkan Daehwi faham kenapa pekebun itu agak ditakuti oleh pekerja lain.

“‘Tanaman’ tujuh tahun lepas?” duga pekebun itu. Daehwi agak tekejut, merasakan seolah fikirannya dibaca. Hujung bibir Daehwi terangkat sinis. “Pekebun Ma nampaknya dapat baca fikiran saya”

“Bukan fikiran yang saya baca tapi riak wajah tuan muda” jawab pekebun itu sebelum berjalan meninggalkan Daehwi. Anak muda itu terpinga-pinga, menuruti belakang Ma Wonhyuk.

“Pekebun Ma mesti tahu apa yang berlaku kan? Saya pun nak tahu tapi saya tak pasti siapa yang boleh ceritakan dengan tepat apa yang berlaku dulu. Saya yakin ayah tidak akan jawab soalan saya dan untuk mengajukan soalan itu kepada abang saya sendiri, saya takut saya akan dapat jawapan palsu berbanding kebenaran”

“Saya faham. Tuan muda masih kecil ketika perkara itu berlaku” Ma Wonhyuk kemudian menoleh pandang Daehwi yang berjalan di belakangnya. “Tapi, apa yang berubah jika tuan muda tahu perkara sebenar?”

Daehwi memberhentikan langkah, enggan berada terlalu dekat dengan pekebun itu. Soalan pekebun Ma itu tidak mampu dijawab. Daehwi terdiam.

Kali ini pekebun itu pula tersenyum sinis. “Tiada apa akan berubah kalau tuan muda tahu perkara sebenar”

Daehwi menggenggam buku limanya erat. “Ada. Pasti ada yang berubah kalau saya tahu” balas Daehwi. Dia dapat rasakan dirinya seperti sedang diuji oleh lelaki tua itu. Sesuatu bermain dengan egonya.

“Kalau benda saya tak tahu itu adalah perkara baik, saya akan kekalkan dan hargainya, tapi kalau ia adalah melibatkan perkara yang tidak baik, saya akan pastikan kebenaran yang sebenar diketahui semua orang” balasnya yakin.

Pekebun Ma diam seketika sebelum bertanya lagi. “Apa yang tuan muda Daehwi nak tahu?”

“Semua yang berlaku tujuh tahun lepas? Rumah ni, mama papa saya dan….”

Pandangan pekebun tua itu tertetap pada Daehwi.

“….. abang saya”

“Lee Doohyun?”

Daehwi mengangguk.

“Saya rindukan dia. Dia selalu datang untuk jenguk kebun sayur kecil di belakang rumah dan minta beberapa benih sayur, tapi kini tidak lagi” ujar Pekebun Ma sebelum mendongak pandang ke atas. Daehwi turut berbuat perkara yang sama, melihat awam hitam yang cuba menutupi langit biru.

Guruh mula berdentum.

“Nampaknya, saya tak dapat beritahu tuan muda hari ini. Dia…” Pekebun Ma menuding tunjuk jarinya ke langit “… seolah memberi isyarat, hari ini bukan hari yang sesuai”

“Jadi bila Pekebun Ma boleh ceritakan pada saya?”

“Bila-bila masa tuan muda nak tahu perkara sebenar. Saya sentiasa ada di dalam kawasan rumah ni”

Daehwi melihat awam mendung yang kelihatan berat menampung air, seolah tidak sabar untuk mencurahkan hujan.

“Saya akan cari Pekebun Ma semula nanti”

……………………………………..

Fail sebuah kes tujuh tahun lepas dikeluarkan daripada rak fail-fail kes lama yang tersusun. Fail tersebut dibuka dan Seongwoo membelek beberapa helaian. Gambar suspek utama Ha Sungwoon juga kelihatan namun nampak lebih muda, memakai baju uniform sekolah. Beberapa keping gambar juga dilampirkan bersama. Seongwoo melihat satu-persatu gambar tersebut yang merupakan gambar sebuah bot, pisau yang dilumuri darah dan sepasang jaket.

Maklumat kes tersebut dibaca semula. Sesuatu menganggu fikirannya.

“Seongwoo!”

Pintu bilik tempat simpanan fail tersebut dibuka mengejut dari luar. Seongwoo menoleh pandang Minhyun di muka pintu.

“Nombor telefon Park Jihoon, adik Ha Sungwoon dah aktif” Minhyun memberitahu sebelum kembali ke mejanya.

Seongwoo pantas menyimpan semula fail yang dipegang tadi dan bergegas mengejar Minhyun, berlari ke meja kerjanya.

“Aku dah dapatkan lokasi, kita ke sana sekarang” ujar Minhyun sambil memenuhkan kelongsong peluru pistol Glock19 miliknya. Seongwoo mencapai kunci kereta dan pistolnya. Mereka berdua bergegas keluar dari balai polis.

………………………………………………………….

Jihoon mematikan telefon pintarnya sebelum diketahui oleh Daniel yang dia menggunakan alat itu untuk menghubungi Woojin. Jihoon bersandar pada tempat duduknya, beberapa titisan air hujan jatuh mengenai cermin hadapan kereta. Jihoon menjenguk mukanya ke hadapan stereng kereta, melihat awam gelap di langit. Keadaan senja pula membiaskan cahaya perang. Kelibat matahari kelihatan semakin tenggelam, yang akan digantikan dengan bulan.

……………………………………..

Guanlin mengeluarkan kotak kecil dari dalam jaketnya. Di dalam kotak tersebut terdapat picagari yang sudah diisi oleh cecair ubat tidur yang kuat. Sekali suntikan akan menyebabkan seseorang tidur lena selama beberapa jam. Cecair yang sama digunakan pada Sungwoon ketika Guanlin menculiknya dari dalam keretapi tempoh hari. Picagari tersebut dikeluarkan dari kotak.

“Lets not waste more time” Guanlin bersedia untuk menyerang Ha Sungwoon, menyergah dari tempat sembunyinya. Namun langkah Guanlin tidak dapat diteruskan, apabila telinganya menangkap bunyi sebuah kenderaan semakin menghampiri. Guanlin cam kereta tersebut, ia milik salah seorang anggota polis yang mengekori kereta Sungwoon tengahari tadi.

“What the….” Guanlin kembali bersembunyi di sebalik tiang.

Bang!

Sebuah tembakan dilepaskan oleh salah seorang pegawai polis tersebut. Guanlin menggigit bibir. Sangkaannya tentang kebodohan pegawai polis itu meleset. Guanlin mengerling sekeliling melihat Sungwoon dan rakannya sudah berpecah lari ke dalam bangunan usang tersebut.

“I must move faster than the damn police”

Guanlin berlari menaiki tangga, mengejar salah seorang yang berlari. Dia perlu dapatkan Ha Sungwoon sebelum polis.

…………………………………………….

Jisung menghulurkan tangan ke hadapan, merasakan titisan hujan jatuh ke telapak tangannya.

Daniel turut berbuat yang sama. “Malam ni kita berlindung dalam bangunan ni dulu sebelum kita ke Masan esok pagi” ujarnya.

Sungwoon mendongak pandang langit sebelum sesuatu mencuri perhatiannya. Sebuah kenderaan laju menuju ke arah mereka. Sungwoon dan Jisung pantas bangkit berdiri.

“Polis!” Jisung mula panik.

Sungwoon segera membuka pintu belakang kereta dan mencapai beberapa senjata. Sepucuk pistol diserahkan lempar kepada Daniel dan Sungwoon juga sempat mencapai sebuah pisau lipat. Jihoon terkejut dengan tindakan Sungwoon dan segera keluar dari perut kereta.

“Jihoon, lari” Daniel mencapai tangan anak muda itu.

Bang!

Seongwoo melepaskan satu tembakan, hampir mengenai Sungwoon namun tersasar. Cermin belakang kereta yang dipandu Jihoon pecah berkecai mengena peluru Sungwoon. Minhyun memberhentikan kereta dan kedua mereka segera turun.

“Kau kejar Kang Daniel, aku akan dapatkan Sungwoon” ujar Minhyun sambil berlari mendapatkan Sungwoon yang berlari masuk ke dalam sebuah bangunan usang dan terbengkalai bersama Jisung. Seongwoo pula berlari sedikit jauh, mengejar Daniel dan Jihoon sebelum mereka juga berlari masuk ke dalam bangunan tersebut.

Jihoon memegang kuat tangan Daniel, mengunci jarinya rapat. Nafasnya laju sambil mereka melarikan diri dari seorang polis yang mengejarnya. Sebaik mereka masuk ke dalam bangunan tersebut, penglihatan mereka agak terbatas dengan keadaan kelam. Beberapa ruang ditembusi cahaya senja melalui lubang-lubang besar di dinding yang tidak siap.

Jihoon dan Daniel memperlahankan langkah dan menyembunyikan diri di dalam sebuah ruang bilik kosong. Jihoon dapat mendengar degupan jantungnya. Bibirnya dikemam ketat. Daniel mengerling sekeliling sebelum memanjat sebuah lubang tingkap ke ruang bilik seterusnya. Jihoon menuruti setiap langkah Daniel.

Daniel berhenti apabila mendengar tapak kaki orang lain berdekatan. Jihoon memandang Daniel.

Jihoon ditolak ke tepi apabila mereka melihat kelibat Seongwoo berjalan sambil mengacukan pistolnya. Sama seperti Daniel dan Jihoon, langkah Seongwoo juga berhati-hati dan perlahan. Daniel memegang pistolnya sebelum memandang Jihoon tepat pada matanya.

“Kau duduk sini dulu. Jangan pergi ke mana-mana” bisik Daniel, memegang pipi anak muda itu.

“Niel hyung” Jihoon bersuara, enggan melepaskan tangan Daniel.

Daniel memandang Jihoon, meminta kepercayaannya. Jihoon akhirnya melepaskan tangan Daniel dan bersandar di dinding yang berbau simen itu.

………………………………..

Minhyun berlari laju, mengejar langkah Sungwoon.

“Ha Sungwoon!” Minhyun memanggil sambil melepaskan tembakan ke lantai, menggertak supaya Sungwoon berhenti.

Sungwoon berlari sehingga ke hujung bangunan. Hujan turun dengan lebat. Langkahnya terhenti di penghujung yang tidak berdinding. Nafas Sungwoon menghembus laju. Pandangannya melihat ke bawah, dia berada dia aras satu namun adakah berbaloi untuk dia melompat?

“Berhenti Ha Sungwoon. Tiada tempat lagi untuk larikan diri” Minhyun mengangkat pistol, mengacukan sambil berjalan mendekati Sungwoon. Gari dikeluarkan dari poket jaket. Bunyi ketingan gari menghantar satu nada amaran kepada Sungwoon. Dia bencikan benda itu.

Pisau lipat dikeluarkan. “Jangan dekati aku. Aku tak lukakan sesiapa” acah Sungwoon sambil mengayunkan pisau di hadapannya.

“Aku pun tak akan lukakan kau. Kita selesaikan dengan cara baik, ikut aku ke balai” Minhyun dapat rasakan Sungwoon seorang yang berhati lembut. Dia tidak mengenali Sungwoon, namun dia mengenali adik Sungwoon. Park Jihoon yang dikenalinya merupakan kawan baik Jinyoung dan seorang yang berhati lembut. Secara diam, Minhyun berdoa agar Sungwoon juga sama seperti adiknya.

Minhyun mendekati Sungwoon, namun lelaki itu cuba melarikan diri. Kaki Sungwoon dipangkah dan jatuh tersembam ke lantai. Minhyun menindih pijak kaki Sungwoon, cuba mencapai tangannya untuk digari. Sungwoon memberontak, bangkit tolak Minhyun dan mengayunkan pisaunya. Pistol Minhyun jatuh tercampak bersama gari yang dipegang.

“Jangan dekati aku!” Sungwoon menyeringai marah sambil menumbuk Minhyun. Minhyun menahan sakit dan memaut leher lelaki tersebut. Pisau di tangan Sungwoon cuba dijatuhkan sambil tangan Sungwoon cuba dikehelkan.

Sungwoon memusingkan badannya, pisau di tangan turut terpusing, lengan Minhyun tergores. Darah mula terbit dalam satu jalur panjang di lengan Minhyun sebelum mengalir laju. Minhyun berada pedih dan panas. Sungwoon berundur. Buat seketika dia berasa sangat takut, bimbang andai dia tertikam pegawai polis itu. Minhyun menahan sakit dan menahan pegang kaki Sungwoon sambil jatuh melutut. Sungwoon menendang tolak Minhyun sebelum melarikan diri.

…………………………………….

“Jangan bergerak”

Daniel merasakan sesuatu sejuk menyentuh kepalanya. Suara asing itu kedengaran dekat. Daniel mengerling, cuba untuk melihat lelaki yang berada di belakangnya.

“Jangan bergerak aku kata!” tegas Seongwoo sambil meraba keluarkan gari dari dalam poket seluarnya. Pistolnya diacukan pada kepala Daniel. “Jatuhkan senjata dan letak tangan di belakang” arahnya apabila perasan Daniel cuba mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya.

Bayang-bayang air hujan yang turun membiasi mereka melalui cahaya senja. Bunyi hujan menghilangkan bunyi nafas kedua-dua Daniel dan Seongwoo. Daniel mengeluarkan pistol yang disimpan dalam baju dan berpura-pura turun melutut untuk meletakkan senjata sebelum badannya berpusing laju, mengadap Seongwoo. Pistol diangkat tinggi, diacu tepat ke arah Seongwoo. Seongwoo terkejut, mengetatkan genggaman pistol yang dipegang dengan dua-dua tangan.

Mata pistol bertemu mata pistol. Daniel dan Seongwoo saling mengadap, bertentang mata.

“Letakkan pistol kau”

Daniel tersenyum sinis. Dalam bangunan yang kelam itu, hanya bersuluhkan cahaya senja, Daniel dapat melihat peluh di dahi anggota polis itu.“Letakkan pistol kau dulu”

Seongwoo dapat melihat sesuatu dalam anak mata kecil lelaki itu. Sesuatu yang dikenali sebagai tekad. Sesuatu yang mempunyai tenaga yang kuat.

“Tiada tempat lain kau boleh larikan diri, Kang Daniel”

Daniel tersentak apabila namanya disebut oleh pegawai polis itu. Pistol masih di tangan, enggan dilepaskan.

“Siapa cakap aku larikan diri? Tak nampak? Aku tak larikan diri, aku ada depan kau”

Seongwoo bergerak ke kiri namun gerakannya dapat dibaca oleh Daniel. Lelaki itu pula bergerak ke kanan. Mereka bergerak dalam satu bulatan. Kini posisi mereka berubah, namun mata pistol masing-masing masih diangkat acu, tidak berganjak.

“Aku takde masa nak bermain dengan kau” ujar Seongwoo, sambil jarinya diletakkan pada pemicu.

“Aku tak cakap ini semua adalah permainan. Ini adalah soal maruah diri, soal kebenaran dan kepalsuan”

Seongwoo tidak faham yang cuba disampaikan oleh Daniel. Pistolnya direndahkan dan Seongwoo cuba untuk mensasar tembak pada kaki Daniel.

Bang!

…………………………….

Jihoon terkejut mendengar bunyi tembakan di sebalik bunyi hujan yang mencurah lebat itu. Sesuatu buruk berlaku. Jihoon yakin.

“Kau duduk sini dulu. Jangan pergi ke mana-mana”

Jihoon mengingkari arahan Daniel. Dalam keadaan separuh kelam tanpa sebarang senjata di tangan, Jihoon berjalan, cuba mencari jejak Daniel.

“Hyung” suaranya memanggil perlahan sebelum Jihoon menoleh pandang belakang. Sesuatu seolah menhampirinya. Jihoon dapat mendengar tapak kaki seseorang berlari ke arahnya. Tidak sedap hati, Jihoon berlari, cuba menjauhi apa sahaja yang cuba mendekatinya. Ruang dalam bangunan itu besar, Jihoon menjumpai sebuah tangga yang tidak mempunyai pemegang. Tanpa membuang masa, Jihoon menaiki tangga tersebut ke tingkat atas dan mendapati seseorang mengejarnya. Seseorang yang Jihoon yakin bukan abangnya, bukan Daniel dan bukan Jisung. Seseorang yang berbahaya.

“Gotcha!” lelaki itu menerpa Jihoon dari belakang. Jihoon jatuh tersungkur, mengenai sebuah lopak air di aras yang tidak berbumbung itu. Air terpercik ke wajah.

Tangannya terguris simen kasar di lantai sambil Jihoon cuba bangkit berdiri. Seorang lelaki yang lebih tinggi darinya memijak kaki Jihoon.

“Argh!!” Jihoon mengerang sakit. Air hujan turun menimpa mereka berdua. Rambut Jihoon yang basah melekap pada dahi. Jihoon cuba melawan namun sesuatu dirasakan mencucuk pada lengannya. Sesuatu dirasakan mengalir masuk ke dalam badannya dan Jihoon rebah tidak berdaya. Matanya memandang air hujan yang turun. Kelopak matanya terasa berat sebelum terasa dirinya diangkat gendong oleh seseorang. Bunyi hujan semakin pudar dan Jihoon tidak sedarkan diri.

…………………………………………..

Bang!

Seongwoo merasakan pistol di tangannya terpelanting. Tembakan tersebut menghantar satu getaran kuat pada tangannya. Seongwoo terkejut dan pana seketika sebelum menoleh punca tembakan tersebut. Yoon Jisung berdiri tidak jauh dari mereka, dengan pistol yang masih diangkat acu. Daniel masih tidak melepaskan tembakan tersebut, menjauhi Seongwoo sebelum melarikan diri bersama Jisung.

“Tak guna” Seongwoo mengutip pistolnya di atas lantai dan mengejar kedua-dua Daniel dan Jisung. Mereka berdua berlari keluar dari bangunan. Di luar, Sungwoon kelihatan sedang menyusuk masuk ke dalam perut kereta.

“Hyung!” Daniel memanggil, berlari mendapatkan Sungwoon. Kedua-dua Daniel dan Jisung segera menyusuk masuk ke dalam kereta juga.

“Mana Jihoon?” soal Sungwoon, menekan pedal minyak apabila melihat kelibat Seongwoo sudah keluar dari bangunan tersebut. Seongwoo berlari mendapatkan kereta Minhyun dan perasan akan dua tayar depan yang pancit ditembak.

“Tak guna” Seongwoo menendang kereta tersebut. Hujan turun menimpanya dan Seongwoo hanya mampu melihat kenderaan Sungwoon semakin jauh. “Celaka!” Seongwoo menjerit kuat.

“Kita kehilangan mereka?”

“Minhyun!” Seongwoo melihat kelibat Minhyun yang keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan lemah sambil memegang tangan kanannya. Baju yang dipakai dikotori darah merah. Minhyun berjalan dalam hujan mendekati Seongwoo. Air hujan yang menitik dari bajunya turut dicemari darah.

“Kau ok?” Seongwoo mendapatkan Minhyun, memapah rakan kerjanya itu.

“Aku ok” Minhyun mengangguk. “Aku kehilangan Sungwoon”

“Kereta kita tak dapat digunakan buat masa sekarang. Aku akan hubungi bantuan dan bawa kau ke hospital. Siapa serang kau? Ha Sungwoon?”

Minhyun mengangguk lagi. “Kau?”

“Kang Daniel, lelaki yang kau kenal tu, dia ugut nak tembak aku, dia dan Yoon Jisung berjaya larikan diri”

……………………………………..

Hujan lebat mencurah menyebabkan Guanlin merasakan pergerakannya agak terbatas. Lelaki yang digendong atas bahu itu terasa berat. Guanlin melajukan langkah, membawa lelaki yang dipercayai Sungwoon itu ke kenderaannya yang diletakkan di bahu jalan. Pintu belakang kereta dibuka dan lelaki yang telah disuntik oleh ubat tidur yang kuat itu dibaringkan di tempat duduk belakang. Pakaian lelaki it juga basah. Guanlin meraba seluar dan baju, memeriksa jika lelaki itu membawa sebarang senjata.

“Oh?” Guanlin perasan akan bahu lelaki itu yang tidak mempunyai kesan luka. “The hell? Where’s the wound?” Guanlin meraba lihat kedua-dua belah bahu lelaki itu dan ternyata tiada sebarang kesan luka tikaman. Guanlin agak terperanjat dan panik seketika. Lampu dalam kereta dibuka dan rambut Jihoon yang melekap menutup dahinya dikuak.

“Who are you?”

Guanlin baru menyedari lelaki itu bukan Ha Sungwoon, namun mempunyai rupa paras hampir sama dengan Sungwoon.

 


Post dua bab! Hehe. Anyway, bab ni adalah my feveret. esp scene Ongniel tu. Damn. I love it so much. Hahaha. Dalam bab ni, saya selitkan Ongniel, Hwangcloud, onghwang, panwink, nielwink, nielsung. Hah, nampak tak ketamakkan ship kat situ? XD Hope you enjoy baca this bab as much as i do masa menulisnya. 

Alamak, Guanlin salah culik orang la pulak. 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^