Bisikan

Antara Subuh dan Senja

Cawan kosong di atas meja bekas minuman pegawai polis yang datang tengahari tadi dibiarkan. Dedaun luruh di luar tingkap menarik perhatiannya. Nafasnya mendengus keluhan.

Sudah tujuh tahun berlalu dan separuh dirinya menyalahkan dan membodohkan diri kerana berdiam diri selama ini.

“Doohyun, maafkan saya” ucap wanita separuh umur yang memegang jawatan pegawai daerah itu. Senyuman iklas Doohyun yang terlintas di ingatannya tidak memberi sebarang kelegaan, tapi menambah perasaan bersalah.

“Masuk”

Song Imna mendongak pandang tetamunya yang mengetuk dan membuka kuak pintu bilik pejabatnya.

“Ada apa boleh saya bantu?” soalnya melihat seorang anak muda berdiri di muka pintu.

“Anyeonghaseyo~ nama saya Lee Doohyun. Saya pelajar sukarelawan yang datang dari Seoul”

Imna mengangguk. Dia mengenali anak muda yang aktif dengan kegiatan sukarelawan itu. “Ye. Saya kenal kamu. Ada apa ye kamu datang sini? Ada masalah dengan kegiatan sukarelawan? Ada penduduk kampung yang melayan kamu dengan buruk?”

Doohyun menggeleng. “Maaf menganggu Puan Song. Saya datang bukan untuk berbincang mengenai aktiviti sukarelawan di kampung nelayan tu. Aktiviti tersebut berjalan lancar dan penduduk kampung layan kami dengan baik”

“Kemudian?” Imna kemudian perasan akan sampul yang dibawa bersama Doohyun. “Apa hal yang kamu nak bincangkan?”

“Saya datang untuk bercakap mengenai salah seorang penduduk kampung ni yang tidak mendapat layanan adil seperti rakan sebayanya yang lain. Namanya Moon Kigyeol. Dia tinggal di kawasan hutan dan tidak mendapat peluang pendidikan” Doohyun kemudian memberikan sampul yang dibawa bersama kepada Song Imna.

Pegawai daerah itu menyambut sampul tersebut dengan pana sebelum membuka ia. Sebuah keping gambar kemudian dikeluarkan. Gambar itu dilihat dengan teliti.

“Doohyun, ini….”

“Dia adalah Moon Kigyeol. Lelaki yang berdiri di sebelah kanan sebelah saya”

Song Imna kemudian mendongak pandang Doohyun sebelum beralih semula kepada gambar tersebut. “Wajah dia… dan kamu….”

“Serupa” simpul Doohyun. Tersenyum

Song Imna mengangguk. “Ini pula?” gambar kedua dikeluarkan pula, dilihat juga dengan teliti. Perbezaannya, gambar pertama hanya mempunyai dua orang, manakala gambar kedua mempunyai tiga orang.

“Itu Ha Sungwoon. Kawan baru saya. Dia juga kawan baik kepada Moon Kigyeol” jawab Doohyun, membiarkan pegawai daerah itu membelek lihat gambar itu sepuasnya.

“Siapa mereka?”

“Moon Kigyeol adalah anak yatim piatu. Dia tiada sijil kelahiran sebab kelahirannya di dalam hutan oleh ibu tunggal yang tiada duit untuk mendaftarkannya. Dia tidak dapat peluang untuk bersekolah dan disisihkan oleh masyarakat kampung. Saya yakin pasti puan sendiri tidak mengenali malah tidak tahu pasal dia”

Song Imna diam seketika. Memang benar apa yang dikatakan Doohyun. Dia tidak mengenali Moon Kigyeol yang dinyatakan.

“Macam mana boleh jadi macam tu?”

“Ibunya dihina oleh masyarakat dan melarikan diri dalam hutan. Mereka larikan diri dari cemuhan masyarakat. Ibunya tiada wang untuk daftarkan kelahiran Moon KIgyeol dan menyebabkan Kigyeol tiada kad pengenalan diri sehingga sekarang. Dia juga tak dapat bersekolah dan belajar seperti orang lain” jelas Doohyun.

“Macam mana kamu boleh berjumpa dengan Kigyeol?”

“Sungwoon yang pertemukan kami. Sungwoon antara orang yang sanggup berkawan dengan Kigyeol dan dia juga nak Kigyeol dapat peluang yang sama seperti dia. Kami berdua cadang untuk dapatkan identiti warganegara sah untuk Kigyeol supaya Kigyeol boleh bersekolah sama. Rugi sebab Sungwoon cakap, Kigyeol ni bijak dan sering ulang kaji guna buku sekolah Sungwoon”

“Jadi kamu nak saya daftarkan dia ke Jabatan Pendaftaran Negara?”

Doohyun mengangguk. “Kigyeol tinggal sebatang kara, tiada ibu ayah ataupun saudara mara yang dikenali. Saya rasa hanya pegawai daerah yang boleh bantunya”

Song Imna diam seketika. “Kamu buat keputusan yang betul untuk minta tolong saya. Kami boleh bantu untuk urusan pendaftaran Kigyeol ni, tapi saya perlu jumpa dengan dia sendiri. Kami perlu temubual untuk tahu tentang dia dengan lebih lanjut”

“Saya tahu. Sebenarnya Kigyeol agak susah untuk keluar dari zon selesa dia di dalam kawasan hutan tu dan kekok untuk berjumpa dengan orang asing. Jadi saya ambil inisiatif lain. Saya dah berjumpa dengan dia dan rakam video temubual dia dengan Sungwoon”

“Kamu rakam video dia? mana video tu?”

Doohyun kemudian menggaru belakang leher. “Saya tak dapat berikan video tu sekarang sebab saya sudah hantar ke kedai untuk edit pisah beberapa buah video rakaman peribadi dan rakaman temubual tu” jawab Doohyun jujur.

“Baiklah. Nanti jangan lupa untuk berikan saya video tu. Gambar ini pula saya simpan dulu”

“Baik puan. Saya akan datang jumpa puan semula. Terima kasih”

Itu kali pertama dan terakhir Song Imna bertemu Doohyun sebelum keesokan malam, tersebar luas berita yang Doohyun hampir mati dibunuh oleh rakannya bernama Ha Sungwoon.

Song Imna melepaskan keluhan berat. Dia sepatutnya siasat akan apa yang berlaku dan laporkan kepada polis tentang kewujudan seorang lelaki bernama Moon Kigyeol yang mempunyai rupa paras sama seperti Doohyun, namun tujuh tahun lepas Song Imna berdiam diri.

………………………..

Esakan tangisan Daehwi semakin kuat. Telefon yang dipegang lekap di telinga terasa berat.

“Ma, kenapa ma tak beritahu saya awal-awal? Kenapa? adakah ayah tahu mengenai ni?”

Guanlin dan Jihoon diam, enggan mencelah bising dalam perbualan telefon antara Daehwi dan ibunya.

“Mom, please tell me its not true. Daehwi tak boleh terima apa yang Pekebun Ma ceritakan. Macam mana dengan hyung? Mana dia sekarang? Dia masih hidup kan ma? Doohyun hyung yang real masih hidup kan?”

Kedua anak beranak itu menangis dalam panggilan. Wajah Daehwi basah dengan air mata. Di belakang, Guanlin hanya mampu berdiri dan memandangnya kasihan. Tangisan daehwi berlanjutan sehingga senja semakin pudar gelap.

“Ma, please come back here. I need you. I want you. We need to tell dad real thing. He doesn’t know a single thing yet and im worried. That fake Doohyun is using him”

Jihoon masih dalam keadaan yang terikat kaki dan tangannya. Tangisan Daehwi menyebakan dia juga rasa sebak, rindu akan Daniel dan Sungwoon. Hatinya juga teringin tahu keadaan Woojin dan Jinyoung. Adakah mereka semua tengah bersama sekarang? Adakah mereka selamat?

Daehwi meletakkan telefonnya di atas meja sambil menyaup tutup mukanya dengan telapak tangan. Panggilan dengan ibunya baru sahaja dimatikan. Peratusan bateri telefonnya sangat lemah. Daehwi juga rasa lemah, sesak nafas dan sebak.

“Im such an idiot Guanlin” Daehwi bersuara, mengangkat mukanya yang sembap dan basah. Anak rambutnya terlekap pada dahi. “Im really an idiot. I don’t know my own brother. I should have known back in the days where he visit me in the US where he didn’t recognize me. I should know at that time that he aint my real brother. He’s not Doohyun. He’s someone pretend to be Doohyun. He’s fake!”

Guanlin mengangguk. Tidak menafikan kebodohan Daehwi. “You should have search about it from the beginning when you suspicious that he’s acting different with you”

“I thought he just change. I thought he just hate me for something that I did. I thought he jealous that mom choose me” Daehwi mengeluh. Nadanya masih tenggelam dalam sebak yang sukar hilang.

“No. Its turn out that he’s just someone else. He’s fake and now you don’t know where is you real brother”

“Kenapa aku bodoh sangat” Daehwi melepaskan keluhan sambil bersandar duduk di sofa, membaringkan lehernya, merehatkan dadanya yang penat menangis.

“Are you ok now?”

Daehwi diam tidak menjawab.

“I don’t know whether you still interested with Sungwoon or not but now the news about him are widely spread now”

Nama Sungwoon disebut menarik perhatian penuh Jihoon.

“Hyung” tutur Jihoon perlahan.

“He’s and his gang surrender to the police. I think he’s currently already arrived Seoul”

Daehwi bangkit duduk, menegakkan badan. “Surrender? Why?”

Guanlin menjungkitkan bahu. “Guess chasing game is not fun anymore”

Daehwi menggeleng. “No. There’s must be reason why he surrender himself. He must have found his weapon to fight my fake brother”

“Well, that good for him and for you also. He gonna destroy that fake Doohyun and you also can ask about you real brother later”

“Nope” Daehwi bersuara tekad. “Im gonna ask where is my brother but not to Sungwoon”

“Then to whom?” soal Guanlin, melihat satu tekad dalam anak mata Daehwi yang bersinar dengan air mata.

“To that fake Doohyun. Im gonna destroy him before Sungwoon does. Guanlin, can you kill him for me?”

Guanlin tersentak. Tidak sangka permintaan itu yang keluar dari mulut Daehwi. Selama ini Daehwi menjadi sahabat yang setia dan menyokong perubahan positif Guanlin untuk berhenti melakukan pembunuhan, untuk berhenti menjadi pembunuh. Daehwi menjadi tiang belakang dalam memastikan Guanlin tidak kembali pada zaman gelapnya sebagai mafia yang kejam.

“Lee Daehwi… you…”

Daehwi tersenyum sinis. “I know im stupid” anak muda itu ketawa kecil sebelum beralih memandang Jihoon yang masih terikat di atas katil.

“Boleh tak kau tolong aku?”

Jihoon juga tersentak apabila secara tiba-tiba dia menjadi perhatian Daehwi dan Guanlin.

“To… tolong apa?”

“Bunuh Kigyeol dan balas dendam demi kedua abang kita. Atas apa yang berlaku dengan abang kau dan abang aku. Semuanya salah dia. Aku nak bunuh dia. Boleh kau tolong aku?” suara Daehwi kedengaran tidak bersalah. Hujung bibirnya mengukirkan senyuman, memandang Jihoon dengan pandangan tidak berjiwa.

Guanlin tidak begitu memahami apa yang disampaikan oleh Daehwi kepada Jihoon, tapi apa yang pasti dia tahu bahawa Daehwi mahukan Kigyeol mati dan dia minta tolong Jihoon untuk bunuh lelaki itu. “Lee Daehwi, are u mad?”

“Aku boleh tolong” balas Jihoon setelah diam seketika. “Aku akan bunuh Moon Kigyeol atas apa yang dia dah lakukan terhadap Sungwoon hyung, dan Lee Doohyun”

…………………………………………..

Langkah Seongwoo laju keluar dari koc tren, meluru ke arah pintu utama stesen keretapi Seoul. Kakinya berhenti mengejut apabila matanya menangkap berita yang disiarkan di televisyen yang dipasang di stesen tersebut. Beberapa orang kelihatan berkerumun menonton televisyen tersebut. Perhatian Seongwoo dan kerumunan tesebut fokus terhadap berita penangkapan suspek utama yang terlibat dengan kes letupan keretapi di sempadan Busan.

Seongwoo mengeluarkan telefon pintarnya dan menhubungi rakan sekerjanya.

“Youngmin, mereka dah sampai di Seoul?”

Kedengaran suasana agak kecoh sebelum Youngmin menjawab, “Ya. Suspek dah sampai. Kau di mana?”

“Siapa akan soal siasat Sungwoon dan Jisung? aku nak minta tolong. Aku nak soalsiasat dia. aku nak soalsiasat Kang Daniel”

“Ketua Lee dan Ketua Kim. Kau nak soalsiasat Kang Daniel? Kenapa?”

“Aku akan jelaskan kemudian, tapi tolong tunggu aku sampai sana dan aku nak lakukan soalsiasat Kang Daniel dalam bilik siasat. Tolong beritahu Ketua Lee”

“Baik. Kau kena cepat datang, dan jangan ikut jalan depan. Wartawan ramai depan balai ni”

Seongwoo mengangguk sebelum mematikan talian dan segera meluru keluar mendapatkan teksi yang sudah ditempah awal.

……………………………..

Pancaran flash kamera berpantul di cermin pintu masuk balai polis Seoul. Pintu tertutup rapat, dikawal oleh dua orang pegawai polis yang sedaya upaya menhadang para wartawan dan lensa kamera-kamera yang cuba masuk ke dalam.

Woojin duduk di satu sudut, sambil bahunya dipeluk hangat oleh ibunya. Sebaik dengar berita yang Woojin dimasukkan dalam penjara, ibunya segera mendapatkan penerbangan balik dari Hong Kong dan mengupah seorang peguam. Mujur Woojin dapat diiikat jamin dengan mudah tanpa sebarang masalah. Namun mereka tidak berani untuk keluar dari kawasan balai memandangkan kawasan tersebut dikerumuni oleh pihak media dan orang ramai.

“Woojin, macam mana dengan kawan kamu?” soal ibunya.

Woojin menggeleng. “Saya tak tahu ma. Saya risau. Jihoon entah ada di mana, selamat atau tidak”

Belakang badan Woojin digosok lembut sambil ubun-ubun kepala anaknya dikucup. “Jihoon pasti akan selamat. Dia kuat macam kamu kan?”

“Ma tak marah saya?” rendah suara Woojin sambil merehatkan kepalanya di bahu wanita itu.

Puan Park menggeleng. “Ibu percaya setiap apa yang kamu buat. Kamu nak selamatkan abang Jihoon kan? Sekejap lagi polis akan siasat abang Jihoon dan kita akan tahu kebenaran samada dia bersalah atau tidak”

Woojin mengangguk, seketika kemudian perasan akan perhatian lensa kamera beralih. Mereka menjauhi cermin pintu masuk. Beberapa orang pegawai polis peronda dalam balai pula berlari keluar dan pintu masuk dibuka luas. Woojin mengangkat kepala.

“Nampaknya mereka dah tiba” ujar Puan Park.

Woojin rasa berdebar-debar, melihat kerumunan wartawan pada sebuah kenderaan van yang baru tiba. Beberapa orang pegawai polis keluar dari van sebelum diikuti seorang lelaki yang bermata sepet, kelihatan penat dan matanya memincing seolah baru bangun tidur.

“Niel hyung” Woojin mengenali lelaki itu, seraya bangkit bangun.

“Woojin ah” ibunya memegang lengan Woojin, enggan Woojin pergi mendekati kerumunan tersebut.

Dua orang pegawai polis turun dari van, dan salah seorang kemudian memegang bahu seseorang. Kamera dan para wartawan semakin mendekati.

“Ha Sungwoon!”

‘Itu Ha Sungwoon!”

“Ha Sungwoon, kenapa anda ambil keputusan untuk serah diri?”

“Apa motif Ha Sungwoon meletupkan koc keretapi ke Busan tu?”

“Adakah Ha Sungwoon masih berdendam dengan Lee Doohyun?”

“Jangan jawab soalan mereka”, satu suara membisik.

Sungwoon mendengar bisikan pegawai polis di sebelahnya disebalik bising kerumunan pihak media.

“Ha Sungwoon, tolong katakan sesuatu” pihak media mendesak, terus menojoh kamera dan mikrofon dekat dengan mukanya.

Jisung menarik nafas dalam sebelum pegawai polis di depannya memberi isyarat untuknya turun dari van tersebut. Perhatian media masih tertumpu sepenuhnya pada Sungwoon dan Jisung mengerling lihat Daniel sudah masuk ke dalam balai polis.

“Adakah Encik Yoon diugut untuk membantu Ha Sungwoon?”

“Apakah Encik Yoon Jisung berkawan rapat dengan suspek?”

“Adakah Encik Yoon memujuk suspek untuk serah diri?”

Mata Jisung berkelip melihat cahaya kamera dekat dengan dirinya. Langkahnya juga diatur agar tidak tersungkur di depan pihak media yang menghalang jalan.

“Beri laluan. Beri laluan” pihak polis membina pagar, memberi ruang untuk pegawai pengiring, Daniel, Sungwoon, dan Jisung berjalan masuk ke dalam balai.

……………………………….

Jaehwan menuruti langkah Kigyeol, masuk ke dalam sebuah rumah agam. Beberapa orang pembantu rumahnya.

“Tuan muda dah dengar berita? Suspek….”

“Diam!’ sergah Kigyeol pada seorang pembantu rumah, sambil berjalan laju ke biliknya atau bilik Doohyun yang digunakan selama lebih lima tahun.

“Kita nak pergi mana?” soal Jaehwan, bingung.

“Aku nak larikan diri dari sini. Kau bangang ke apa? Ha Sungwoon dah serah diri pada polis. Dia mesti akan ceritakan pada polis apa yang berlaku dan pihak polis akan cari aku”

Jaehwan tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Kigyeol. Jaehwan tidak mengetahui bahawa Kigyeol adalah Doohyun dan mempunyai rancangan lain untuk pergunakannya.

“Kau….” Kigyeol menuding jari pada Jaehwan. “Jangan pergi mana-mana. Tinggal sini”

Dahi Jaehwan berkerut.

Kigyeol mengeluarkan beberapa pakaian mewahnya dan mencampakkan atas katil. Sebuah peti besi tersembunyi dalam almari kemudian dibuka sambil beberapa kepuk duit dikeluarkan. Seloroh Doohyun menyumbat wang tersebut dalam poket seluarnya. Jam-jam emas dan permata juga turut dipakai. Kigyeol enggan meninggalkan harta tersebut. Sebuah bagasi dikeluarkan sambil baju-baju tadi disumbat ke dalamnya.

“Tuan muda nak pergi mana?” soal Jaehwan lagi, mengekori rapat di belakang Kigyeol. “Tuan muda nak tinggalkan saya? Apa patut saya buat di sini?”

Kigyeol mengukirkan senyuman sinis sebelum ketawa. “Kau akan jadi Lee Doohyun. Aku dah tak nak jadi Doohyun. Aku bukan lagi Doohyun. Aku nak jadi orang lain pula. Aku tak nak kena tangkap polis.

Jaehwan pana seketika, melihat riak wajah lelaki yang dikenali sebagai Doohyun itu kelihatan seperti orang tidak waras.

Kigyeol kemudian mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail telefon seseorang. “Di mana kau Chanbin? Baik kau angkat call ni sebelum aku mengamuk” ujarnya menunggu panggilannya dijawab.

………………………….

Motorsikal yang ditunggang memecut laju, mengekori belakang sebuah kenderaan mewah. Si penunggang memakai baju kulit hitam, topi keledar disertakan dengan kain hitam yang menutupi separuh mukanya. Mata Guanlin memincing memastikan kenderaan di hadapannya tidak lari dari pandangan.

“He’s mad”

Matanya memandang dua orang remaja di tempat duduk belakang kereta yang diekori. Lee Daehwi dan Park Jihoon.

………………………………….

Seongwoo menyusup masuk ke dalam balai melalui pintu belakang. Di kawasan belakang, juga terdapat pihak media yang masih menunggu. Laju Seongwoo menjauhi mereka.

“Detektif Ong” salah seorang pegawai menegurnya.

“Ha mana suspek? Mereka dah sampai kan?” soal Seongwoo, sempat melihat seorang anak muda bersama seorang wanita di ruang hadapan balai.

“Suspek Ha Sungwoon baru masuk bilik untuk disoal siasat oleh Ketua Lee.” jawab pegawai tersebut.

“Aku nak jumpa dengan Kang Daniel” ujar Seongwoo sambil berjalan ke ruang penjara kecil dalam balai tersebut. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat wajah lelaki tersebut. Daniel duduk bersandar dengan Yoon Jisung.

Seongwoon turun mencangkung sambil menghulurkan tangan. Daniel memandangnya bingung.

“Aku nak balik pistol aku” ujar Seongwoo.

Daniel membulatkan mata, seraya matanya memandang dahi Seongwoo yang mempunyai kesan calar, akibat hentakan darinya. Daniel membalas senyuman pegawai polis itu.

“Kita berjumpa lagi”

Seongwoo mengangguk sebelum beralih pada pegawai polis di sebelahnya, “Sediakan bilik siasatan. Aku nak soal siasat dia. Panggil Ketua Kim sebagai pemerhati”

……………………………..

Wajah Sungwoon kelihatan penat, sembap, matanya kelihatan berair namun sesuatu padanya yang berbeza. Wajah itu milik orang tidak bersalah, wajah milik orang teraniaya. Donghae sempat mengerling kamera di sudut tepi bilik siasatan, mengangguk sebagai isyarat dia sedia untuk memulakan siasatan.

“Ha Sungwoon” Donghae memulakan.

“Ya saya” jawab Sungwoon, mengukirkan senyuman lemah.

“Sepanjang lebih tiga hari awak melarikan diri daripada polis tapi harini awak serah diri dengan sebuah sampul dan alat perakam video lama. Boleh saya tahu kenapa?”

“Saya cari bukti kukuh sebelum serah diri” jawab Sungwoon, jarinya bermain-main di bawah meja dalam bilik siasatan tersebut.

“Salah seorang pegawai sedang siasat laporan bedah siasat dalam sampul yang awak berikan tu. Video tu juga disiasat. Dua benda adalah bukti awak yang cari?”

Sungwoon mengangguk. “Tuan polis akan faham selepas tengok video tersebut dan tahu laporan bedah siasat itu milik siapa”

Suara Sungwoon lancar, tidak menahan sebarang fakta dan tidak pula menafikan apa-apa.

“Apa dalam video dan laporan bedah siasat tu? kenapa ia begitu penting?”

Sungwoon memandang Donghae tepat pada matanya. “Video tu adalah video yang diambil oleh Doohyun sendiri, dan dalamnya bukan hanya ada saya dan dia, tapi juga Moon Kigyeol. Laporan bedah siasat itu adalah milik Doohyun, mayat yang diabaikan oleh pihak polis”

“Moon Kigyeol?” Donghae tertarik dengan nama itu. “Siapa dia?”

“Tengok video tu dulu baru tuan polis akan tahu siapa dia” jawab Sungwoon tenang.

Donghae menarik nafas dalam sambil mencatat beberapa perkara dalam fail yang dibawa bersama.

“Kenapa awak melarikan diri bersama dengan Yoon Jisung?”

“Saya tak nak dia terjebak dengan sindiket duit palsu Doohyun dan Chanbin”

“Sindiket duit palsu” Donghae merapatkan sedikit badannya dengan meja kecil empat segi antara dia dengan Sungwoon.

Sungwoon mengangguk. “Mereka ada sindiket duit palsu dan mereka memerlukan beberapa orang pelukis untuk melukis beberapa gambar dalam duit yang tidak boleh dilukis oleh mesin dan memerlukan ketelitian. Mereka nak jadikan Jisung sebagai salah seorang pelukis dan letakkan kesalahan tu pada saya”

“Letakkan kesalahan tu pada kau?”

“Mereka nak pihak polis tangkap saya”

“Bagaimana dengan kes letupan keretapi tu? pakaian kau dan pakaian lelaki yang memberi kotak berisi surat amaran tu sama, kenapa kau melarikan diri?”

“Bukan saya letupkan keretapi tu. Saya pun tak tahu dalam tu ada bom”

“Kenapa kau melarikan diri kalau kau tak tahu? bom tu bermula dari tempat duduk kau? kenapa kau selamatkan diri dan tidak beritahu polis yang kau tak bersalah”

Sungwoon mengetap bibir, merasa sedikit geram dengan nada Donghae yang menyoal.

“Ada orang culik saya. Dia bawa saya ke sebuah hotel dan saya berjaya larikan diri. Saya pergi ke kampus universiti Jisung dan berjumpanya dengannya sebelum melarikan diri dengan Daniel. Saya tak boleh serah diri dengan mudah tanpa bukti yang kuat. Doohyun dan Chanbin merancang untuk letak saya dalam penjara semula. Mereka tak nak saya bebas. Saya tak nak jatuh dalam perangkap yang sama, jadi saya tekad untuk cari bukti tu dulu sebelum serah diri”

“Ada orang culik kau? siapa?”

Sungwoon menjungkitkan bahu. “Mungkin orang suruhan Chanbin dan Doohyun”

Donghae duduk bersandar pada kerusinya, berfikir dalam sebelum bangkit bangun. “Aku akan sambung soal siasat kau selepas aku selesai dengan dua orang lagi kawan kau, Kang Daniel dan Yoon Jisung”

“Tuan polis” Sungwoon memanggil. “Di mana adik saya? Boleh saya berjumpa dengan adik saya?”

“Adik kau?” kening Donghae terangkat, hairan. “Adik kau tiada di tangan polis”


Sorry late!! Saya tak tahu nak beri alasan apa sebab sebenarnya..... saya tak siap lagi cerita ni. hahaha. Series talk saya macam blur kejap fikirkan ending ni. Kang ade juga watak yang mati. My god, kejam nye aku! Im trying my best untuk lengkap satu ending yang selesai for every watak. Lagipun sekarang saya tengah buat fanfic lain, (ha kantoi sudah di situ! Saya tengah buat fanfic Allwink, basically Jihoon dengan wannaone lain sebagi duo watak utama, pendek dan padat. Makanya semua idea saya lari ke fanfic2 tersebut. Damn it, saya ada satu otak je pulak tu, tak boleh nak bahagi sama rata) tapi jangan irsau, saya still cari masa, tulis dan cari plot jalan keluar fanfic kesayangan muah-muah saya ni. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^