13.

Antara Subuh dan Senja

Angin musim luruh bertiup dingin. Suasana senyap seketika. Bayang-bayang Sungwoon jelas kelihatan, biasan cahaya senja yang berwarna emas. Awan tidak lagi membentuk seperti gula-gula kapas sebaliknya terhampar seperti bulu-bulu yang berselerak di langit. Sungwoon mendepakan tangan.

“Hyung” Jihoon bersuara, melangkah ke depan. Satu langkah tersebut membuatkan semua senjata diangkat acu kepadanya. Pegawai polis bersedia di belakang pistol masing-masing.

“Hyung” Jihoon menggeleng. Air matanya jatuh mengalir di pipi. Mulutnya terbuka ingin mengatakan sesuatu tapi kata-kata itu seolah tersekat dalam tekaknya

“Hoon ah~” Sungwoon menghulurkan tangan pada Jihoon yang semakin hampir dengannya. “Hyung dah penat. Hyung nak tamatkan semua ni. Kamu…. Benci hyung kan?”

Jihoon menggeleng lagi. Angin yang bertiup mengeringkan peluh pada dahinya. Namun air matanya membasahi wajah. “Saya tak pernah benci hyung. Saya salah faham. Saya tak tahu apa yang hyung lakukan demi saya. Saya yang bodoh”

Jihoon berhenti melangkah dan memandang Daniel yang sudah terbaring. Lelaki itu tidak lagi bernafas. Cecair merah masih mengeluar keluar dari badan lelaki itu.

“Kalau hyung pergi, saya akan keseorangan” ujarnya. Air mata tidak berhenti mengalir, sebelum disertai dengan esakan kuat.

“Maaf Hoon. Jaga diri kamu sendiri. Kamu dah besar dan abang sentiasa bangga dengan kamu” ucap Sungwoon perlahan sebelum mendepakan tangan, membiarkan dirinya jatuh ke belakang, dari tingkat 20 bangunan hospital Yangji itu.

“Hyung!”

“Hyung!”

Jihoon membuka mata. Jantung berdegup laju. Di depan matanya bukan lagi wajah Sungwoon yang pucat dan Daniel yang tidak sedarkan diri. Merenung kembali padanya ialah wajah kosong Lee Daehwi di hujung katil. Mimpi. Semuanya adalah mimpi buruk. Jihoon rasa lega, apa yang dilihat tadi hanyalah mimpi.

“Macam mana doktor?”

Jihoon mengerling seorang lelaki separuh umur yang sedang menggantung beg air yang bersambung pada wayar yang dicucuk pada lengannya.

“Dia tak apa-apa. Demamnya dah kebah. Dia cuma perlukan rehat yang cukup” balas lelaki yang itu sambil mengemas alatan perubatannya.

Daehwi menghantar doktor persendirian itu ke pintu dan memberi bayaran yang tinggi. “Ingat doktor, rahsiakan perkara ni” ujarnya sebelum kembali menutup pintu dan mendapatkan Jihoon yang masih terbaring.

Jihoon merasakan kepalanya sedikit ringan berbanding sebelumnya dan tiada lagi tali kasar yang mengikat kaki tangannya.

“Im impressed. You just called a doctor for a man that you kidnapped”

Jihoon mengerling ke kanan, melihat seorang lelaki tinggi berdiri berdekatan tingkap. Separuh langsir dibuka, mengizinkan cahaya matahari masuk ke dalam bilik hotel tersebut.

“Apa korang nak dari aku?” soal Jihoon, kali ini rasa takutnya sedikit berkurangan.

“Kau dah ok? Doktor tadi cakap yang demam kau dah kebah, jadi kau mesti dah boleh bercakap dengan normal sekarang kan?” Daehwi masih berdiri di hujung katil. “Jadi sekarang, beritahu aku, kau kenal Lee Doohyun? Apa kau tahu mengenai dia?”

“Kenapa? Kenapa kau nak tahu pasal dia? Bukankah kau kerja dengan dia?”

“Kerja dengan dia?” Daehwi tersenyum sinis sebelum menggeleng. “Kenapa aku perlu bekerja dengan dia”

Jihoon menelan air liur. Dia tidak mengenali siapa dua orang lelaki asing tersebut. Persoalannya malam tadi masih belum terjawab.

“Kami.. akan bebaskan kau, kalau kau tolong kami” ujar Guanlin, perlahan, mengatur ayat.

“Maksud dia, kami akan bebaskan kau kalau kau beri kerjasama. Aku cuma nak tahu apa kaitan abang kau dengan Lee Doohyun?” Daehwi menerangkan.

Jihoon diam seketika, keliru samada dia wajar untuk memberitahu apa yang dia tahu atau tidak. Adakah dua orang asing itu boleh dipercayai?

“Lee Doohyun adalah lelaki yang menyebabkan abang aku masuk penjara tujuh lepas” Jihoon memulakan.

“Abang kau cuba untuk membunuh Lee Doohyun bukan? Memang wajar untuk dia masuk penjara atas kesalahan tersebut, tapi kenapa Doohyun memaafkan abang kau, dan mereka jadi kawan?”

“Tidak” Jihoon menggeleng sambil cuba bangkit duduk. “Abang aku tak pernah cuba bunuh sesiapa. Dia tak bersalah”

“Jadi siapa yang cuba bunuh Lee Doohyun tujuh tahun lepas?”

“Kigyeol. Moon Kigyeol”

Daehwi dan Guanlin saling berpandangan. Guanlin mencapai ipad di atas meja, jarinya laju menyentuh cari sesuatu sebelum dia menggeleng. “I don’t have any information regarding that name”

“Dia yang suruh abang aku masuk penjara. Dia ugut abang aku untuk bunuh aku kalau abang aku beritahu polis perkara sebenar. Dia kawan abang aku, jadi abang aku sanggup terima kesalahan dia. Abang aku terlalu naif” jelas Jihoon lagi, teringat akan cerita sama yang diceritakan oleh Daniel. Dalam hatinya Jihoon diselubungi rasa bersalah kerana membenci Sungwoon sedangkan Sungwoon tidak bersalah.

“Siapa Moon Kigyeol ni?”

……………………………………………………….

Resah. Bimbang. Riak wajah Sungwoon jelas menggambarkan perasaannya. Kereta yang dipandu diberhentikan di bahu jalan, berdekatan dengan balai polis Seoul. Sungwoon tahu tindakannya itu bahaya namun dia tetapi mengambil risiko itu. Demi adiknya.

“Daniel” Sungwoon menoleh belakang. “Boleh kau buat?” soalnya memandang anak muda yang duduk di tempat duduk belakang.

Daniel senyum kecil. Riaknya juga risau. “Saya akan cari tahu samada Jihoon berada dalam tangan polis atau tak, sekiranya saya tak keluar lebih dari 30 minit, hyung pergi terus ke Masan. Jangan tunggu saya”

Jisung mengangkat silang tangan di dada. Dia tidak bersetuju dengan tindakan Sungwoon.

“Aku rasa tidak sedap..”

Trrrrrrrrt

Jisung diam. “Bunyi apa tu?”

Trrrrrrt

Mereka bertiga memandang sekeliling sebelum Daniel meraba di poket kain kerusi pemandu. Sebuah telefon pintar yang bergetar.

“Hyung” Daniel mencapai pegang telefon tersebut.

“Kau punya?”

Daniel menggeleng. “Telefon saya dimatikan. Telefon Jihoon ada bersamanya”

Jisung lalu menggeleng apabila kedua-dua Sungwoon merenungnya. “Telefon aku tinggal dalam keretapi hari tu”

“Dia tulis sini Taehyung sebagai pemanggil” ujar Daniel, menyerahkan alat komunikasi itu kepada Sungwoon.

“Hello?”

“Yah Ha Sungwoon!” kedengaran suara Noh Taehyun di talian. Sungwoon menarik nafas lega.

“Kau… macam mana?”

“Apa ni? korang terkejut? Korang tak tahu aku letak telefon dalam tu?”

Sungwoon bersandar lega pada tempat duduknya. “Ya, aku tak tahu macam mana nak berterima kasih. Kereta ni, semua senjata, dan duit kau beri melalui Daniel. Aku sangat berterima kasih”

“Itu gunanya kawan. Tapi aku sekarang takde mood nak touching-touching. Aku nak beritahu kau sesuatu. Maklumat yang sangat penting”

Kedua-dua Jisung dan Daniel diam memerhatikan Sungwoon.

“Apa dia?” nada Sungwoon kembali serius. Dia tahu Noh Taehyun bukan bergurau dengan dia.

“Aku nak kau pergi ke Hospital Yangji di Seoul dan berjumpa dengan Dr. Shin. Dia tunggu kau di bilik mesyuarat Bangunan Residensi Aras 16. Kod dia adalah Junior. Dia dah maklumkan untuk matikan cctv kawasan jadi kau tak perlu risau”

Sungwoon memandang Jisung dan Daniel yang masing-masing menunggu penjelasan Sungwoon. “Kenapa aku perlu berjumpa dengan dia?”

“Siapa?” soal Daniel.

“Dia… ada maklumat mayat tujuh tahun lepas. Dia salah seorang yang menjalankan autopsi kematian. Aku tak pernah beritahu kau, tapi masa dalam penjara dulu, aku suruh orang aku paksa dia untuk lakukan pemeriksaan semula terhadap mayat dan kawan kau tu. Dia ada keputusannya. Dia hubungi aku lepas tengok kau di berita”

Sungwoon menekup mulut terkejut. Tidak sangka satu lagi bukti kuat muncul pada masa yang tepat.

“Kenapa? kenapa?” Daniel jadi semakin ingin tahu apabila melihat reaksi Sungwoon.

“Yah, kau….”

“Kau boleh ucap terima kasih nanti. Pergi cepat. Dia tunggu kau”

“Okay”

Panggilan dimatikan. Sungwoon menarik nafas dalam sebelum menhembuskan.

“Kita perlu ke hospital Yangji sekarang. Taehyun beritahu aku Dr Shin ada maklumat kesihatan Lee Doohyun. Bukti kuat untuk aku bersihkan nama aku”

“Sekarang?” Jisung bertanya.

Sungwoon diam seketika, memandang ke luar melalui cermin gelap.

……………………………………………………..

Kot labuh yang dipakai melindungi dirinya daripada dingin cuaca di luar. Jaehwan mengerling sekeliling sebelum mencapai telefon pintarya. Sebuah nombor didail sambil Jaehwan berjalan keluar, sempat memberi tunduk hormat kepada beberapa pegawai polis yang bertembung dengannya.

“Hello?” Jaehwan bersuara apabila mendengar panggilannya diangkat terima.

“Kau di mana?”

“Balai polis. Dia soalsiasat saya” jawab Jaehwan jujur.

“Apa kau buat di sana? Apa mereka tanya?”

“Mereka tanya hubungan Jisung hyung dan Sungwoon. Polis juga hairan kenapa mereka berdua berpakat dan melarikan diri bersama”

“Jadi apa kau cakap pada polis?”

Jaehwan menggeleng laju. “Saya tak cakap apa-apa. Saya cakap saya tak tahu dan saya tak kenal Ha Sungwoon”

“Baiklah kalau macam tu. Kalau ada sebarang maklumat mengenai Yoon Jisung, kau kena terus beritahu aku. Jangan buat yang macam-macam, kalau tak…”

“Saya faham. Saya faham. Saya akan terus beritahu kalau ada sebarang maklumat. Jangan risau” ujar Jaehwan sebelum menamatkan panggilan tersebut. Jaehwan memegang dadanya, dengan tangan yang ketar. Jantungnya berdegup keresahan.

……………………………….

Kot berwarna coklat muda. Seorang pemuda yang berdiri di depan balai. Ketinggiannya, gayanya berjalan dan gaya rambutnya. Jisung cam pemuda tersebut.

“Itu Jaehwan” Jisung bersuara sambil mengangkat sedikit kepalanya, mengintai dari dalam kereta melalui tingkap cermin gelap.

“Lelaki yang pakai kot coklat tu?”

Jisung mengangguk. “Nak aku keluar? Aku boleh tanya dia samada Jihoon ada di balai itu atau tidak”

“Tak bahaya?” Sungwoon berasa bimbang.

“Dia kawan aku. Dia boleh dipercayai. Dia bersama aku dalam keretapi tu, jadi mesti dia risaukan aku. Aku akan tanya dan beritahu dia supaya jangan risaukan aku”

Sungwoon menahan pegang lengan Jisung tatkala lelaki itu membuka pintu kereta. “Pastikan dia tak beritahu polis”

Jisung mengangguk sebelum keluar dari perut kereta. Topeng mulut dipakai, disertakan dengan topi milik Daniel yang dipinjam.

“Jaehwan ah~” Jisung memanggil sambil berlari ke arah Jaehwan.

Anak muda itu pana seketika melihat seorang lelaki menghampirinya.

“Ini aku” Jisung menurunkan sedikit topeng mukanya. Jaehwan membulatkan mata.

“Hyung” ujarnya memandang Jisung yang berdiri di hadapannya, sebelum menoleh pandang balai polis di belakangnya. “Hyung”

“Hyung nak cakap sesuatu dengan kamu” Jisung menarik lengan Jaehwan, ke suatu sudut, berdekatan dengan deretan kereta polis.

“Hyung, mana hyung menghilangkan diri? Hyung tak apa-apa?”Jaehwan meraba pegang sambil melihat-lihat sekitar badan Jisung.

“Aku okay” balas Jisung. “Kau mesti risaukan aku. Jadi aku nak beritahu, jangan risaukan aku. Aku okay dan sekarang aku bersama Ha Sungwoon. Masa di dalam keretapi tu aku diculik dan aku sekarang tengah larikan diri daripada penculik tu. Kau pun mesti hati-hati, aku bimbang kau juga jadi sasaran mereka”

“Hyung dengan lelaki tu? Polis tengah cari hyung dan penjenayah tu. Hyung, polis boleh lindungi hyung”

Jisung menggeleng. “Sungwoon bukan penjenayah. Panjang ceritanya, tapi aku nak tolong Sungwoon. Kau tak perlu desak polis untuk cari aku. Lagi satu, aku nak tanya, dalam balai tu, ada kau nampak seorang budak lelaki yang ditahan? Nama dia Park Jihoon, dia adik Ha Sungwoon, dia juga yang pandu kereta selamatkan aku masa di fakulti tempoh hari”

Jaehwan diam seketika, melihat wajah Jisung yang nampak lain. Jisung kelihatan risau, namun tidak seperti Jaehwan, Jisung nampak bersemangat.

“Ya. Orang itu ada di dalam balai. Dia tengah disoalsiasat. Tapi nampaknya dia tak beritahu apa-apa. Polis panggil saya, tanya samada saya kenal dia atau tidak”

“Ahhh betul?” Jisung tidak mengetahui kata-kata Jaehwan itu merupakan pembohongan. “Polis dera dia?”

Jaehwan menggeleng. “Mereka cuma bertanya, tapi budak tu cakap abang dia tak bersalah dan tak tahu apa rancangan abang dia”

Jisung menarik nafas lega.

“Hyung dan Ha Sungwoon patut serahkan diri”

Jisung memegang cekup kedua-dua pipi Jaehwan sambil menunduk paras mata anak muda itu. “Hyung nak tolong Sungwoon dapatkan bukti untuk tebus nama dia. Jangan risau”

“Apa bukti? ke mana hyung nak pergi lepas ni?”

“Kami akan ke hospital, berjumpa dengan salah seorang doktor yang ada bukti. Setelah semuanya selesai, kami akan serah diri bersama bukti”

“Hospital? Hospital mana?”

Jisung mengerling sekeliling, bimbang perbualannya dengan Jaehwan dicuri dengar. “Hospital Yangji. Lagi satu, kamu tak boleh beritahu sesiapa yang kita berjumpa arini. Jaga diri kamu”

Jisung kemudian memakai topeng mulutnya semula, dan melajukan langkah ke arah Sungwoon dan Daniel yang menunggu dalam kereta.

“Jihoon ada di dalam. Jangan risau, Jihoon tidak tahu rancangan kita untuk ke hospital dan Masan, dan pihak polis tak boleh nak dera paksa dia”

Sungwoon menarik nafas lega. “Aku lega, setidaknya dia berada di tangan polis, bukan Doohyun”

…………………………………

Sebuah fail dicapai apabila tahun yang dilabelkan pada fail tersebut dipastikan betul. Walaupun terasa sakit pedih, namun Minhyun masih boleh menggunakan lengan kanannya. Fail yang dicapai tadi lalu dibuka baca.

“Aneh bukan?”

Minhyun mengalihkan perhatiannya pada Seongwoo yang muncul dari belakang.

“Aku dah baca. Terdapat beberapa yang tak kena”

“Maksud kau, rekod kesihatan dia?”

Seongwoo mengangguk. “Tiada tanda pergelutan namun terdapat banyak tanda lebam pada badan mangsa. Tanda yang kelihatan lama padahal rekod Lee Doohyun bersih, tidak pernah dengan apa-apa pergaduhan”

Minhyun membaca rekod kesihatan yang dilampirkan dalam fail tersebut.

“Baju dan kasut yang dipakai berbeza, hanya jaket yang dikenalpasti sebagai jaket sama yang dipakai oleh Doohyun sebelum menghilangkan diri”jelas Seongwoo lagi.

“Apa maksud kau? Apa yang kau cuba simpulkan?”

“Pergaduhan Lee Doohyun dan Ha Sungwoon. Mereka tak kelihatan seperti musuh. Apa motif Sungwoon nak tikam Doohyun? Kenapa malam tu di atas bot sedangkan Sungwoon merupakan penduduk tempatan dan mesti tahu banyak kawasan yang rahsia dan terpencil di mana kalau dia bunuh Doohyun, mesti tiada siapa dapat jumpa mayat Doohyun malam tu. Kenapa dia harus nak cuba bunuh Doohyun atas bot tu? kenapa dia tak tolak Doohyun dalam laut?”

“Mungkin mereka bukan musuh dan kes itu sememangnya dikenalpasti sebagai kemalangan di mana suspek mengatakan dia tidak sengaja menikam perut mangsa. Ha Sungwoon mengaku kesalahan dia dalam perbicaraan mahkamah dan Lee Doohyun merayu untuk meringankan hukuman dia atas persahabatan mereka”

Seongwoo memegang raba dagunya. “Itu lagi membuatkan semuanya bertambah pelik”

Minhyun ketawa kecil. “Kenapa? Salah untuk dia maafkan kawan dia? Lee Doohyun dikenali sebagai seorang yang pemurah dan baik hati. Kalau aku jadi Ha Sungwoon, aku pun akan rasa bersalah sebab cuba bunuh dia, dan aku rasa tak pelik Lee Doohyun maafkan kawan dia”

“Tapi Ha Sungwoon cuba untuk bunuhnya semula? Letupan keretapi tu, apa motif dia? nak bunuh adik kawan yang telah memaafkan dia?”

Minhyun diam seketika. “Mungkin dia tak pernah rasa bersalah dan geram sebab semua orang nampak sisi baik Lee Doohyun. Penjenayah memang selalu macam tu, mereka ada sisi yang suka menyimpan dendam” Minhyun meletakkan semula fail kes lama yang dipegang pada tempat asalnya.

“Aku keluar dulu”

Seongwoo memegang tahan lengan Minhyun. Anak muda itu berpaling toleh.

“Kalau aku? kalau aku cuba buat apa-apa pada kau? kau akan maafkan aku?’

Minhyun mengukirkan senyuman. “Drama apa ni? Aku akan maafkan kau kalau kau tangkap orang yang lukakan tangan aku ni”

…………………………………………….

Sebuah kereta empat roda yang berada di bahu jalan tidak jauh dari balai polis, kelihatan berlalu pergi. Jaehwan hanya memandang, tidak mampu menghalang.

“Hyung”

“… jangan risaukan aku”

Jaehwan mendail semua nombor yang berada dalam log panggilannya tadi.

“Kenapa?” kedengaran kasar suara yang menjawab panggilan Jaehwan.

“Saya jumpa Jisung hyung”

“Kau jumpa Yoon Jisung?!”

Jaehwan mengangguk sambil mengerling pandang sekeliling. Kakinya melangkah laju ke perhentian bas berdekatan.

“Dia datang jumpa saya”

“Kau di mana sekarang?!”

“Dia dah tiada di sini, dia dah pergi. Dia kata dia akan pergi ke hospital”

“Hospital?? Kenapa dia pergi ke hospital? Hospital mana?”

“Hospital Yangji. Dia tak cakap kenapa, tapi dia baru sahaja berlalu pergi”

“Dia bersama Ha Sungwoon?”

Jaehwan mengangguk lagi. “Dia cakap dia nak tolong Sungwoon. Tolong jangan buat apa-apa pada dia” ujar Jaehwan sebelum secara tiba-tiba panggilan mati.

“Hello? Hello?”

Tiada sahutan di talian selain bunyi yang menandakan panggilan tersebut sudah tamat.

…………………………………………..

Daehwi bersilang tangan, berdiri di depan tingkap yang terbuka luas. Cahaya pagi masih bersinar, warna yang seakan sama dengan waktu petang. Sinaran yang jarang dihargai.

Jihoon diam memandang anak muda itu. Jihoon dapat rasakan lelaki itu lebih muda daripadanya. Guanlin pula memerhatikan Jihoon, kerap kali bibirnya terangkat mengukirkan senyuman. Di hadapan Guanlin, terdapat sebuah komputer riba yang dihidupkan. Sebuah titik merah penjejak yang berada dalam kasut Sungwoon masih aktif namun kelihatan tidak bergerak. Guanlin membaca kod lokasi dalam peta dan ternyata Sungwoon berada berdekatan balai polis. Apa yang dia lakukan? Guanlin tidak menyatakan soalannya kuat.

“Kau tak percayakan abang kau sendiri?” Jihoon bersuara.

Daehwi menoleh pandang, Guanlin turut mengangkat muka memandang Jihoon. “Kau sanggup upah orang untuk tangkap aku semata-mata untuk tahu mengenai abang kau dan hubungannya dengan abang aku, maknanya, kau percayakan dia kan? Kau tak tanya dia sendiri”

Daehwi mengangguk. “Aku rasa dia bukan abang aku” jawabnya jujur.

Guanlin mengalihkan pandangannya kepada Daehwi pula. “What do you means by that? Bukan abang aku?”

“Aku tak tahu tapi aura dia berbeza. Dia dah berubah. Dia penuh kepura-puraan. Aku pernah berjumpa dengan dia masa di Amerika, dia tak cam aku dan dia hanya layan aku baik di depan ayah aku. Bahkan mak aku sendiri cakap perkara yang sama. Abang aku berubah”

Guanlin diam, cuba menghadam dan menterjemahkan perkataan Daehwi satu persatu.

“Dia tak berubah. Dia tak pernah berubah. Tujuh atau lapan tahun berlalu, dia tetap orang yang sama” nada Jihoon rendah dengan suaranya yang dalam.

“Apa maksud kau?”

“Dia bukan abang kau. Orang tu, bukan abang kau. Dia adalah Moon Kigyeol”

Daehwi menghampiri Jihoon, duduk di tepi katil dengan pandangan yang serius. “Dia Moon Kigyeol? Apa maksud kau?”

“Abang aku masuk penjara sebab dia, dia berubah jadi abang kau. Abang aku tahu segalanya, dan dia takut kalau abang aku dedahkan segalanya sebab dia kini ada segalanya, harta, kuasa, pangkat. Dia takut akan kehilangan semuanya kalau abang aku dedahkan perkara sebenar. Dia rancang untuk bunuh abang aku, atau setidaknya buat abang aku meringkuk semula dalam penjara. Dia yang letupkan keretapi dan letak kesalahan itu pada abang aku” jelas Jihoon, berani membalas pandangan Daehwi.

“Kau tak main-main dan cuba nak tipu aku kan?” terdapat keraguan dalam nada Daehwi.

“Apa aku dapat kalau aku tipu kau? Kau nak kenal abang kau kan?” balas Jihoon yakin, tidak mengerlipkan mata.

“Kilang dan Yoon Jisung pula? kenapa dia suruh Sungwoon culik Jisung? apa kaitan Yoon Jisung?”

Jihoon menggeleng. “Itu aku tak tahu tapi ia semua adalah komplot untuk jadikan abang aku suspek utama polis. Dia berjaya, sekarang abang aku dikejar polis, jadi aku dan Daniel hyung nak tolong abang aku untuk bersihkan nama dia dan dedahkan siapa Lee Doohyun”

Daehwi menekup mulut, diam seketika.

“What wrong?” soal Guanlin, juga ingin tahu.

“He’s saying that my brothers is not my real brothers and he is Moon Kigyeol” balas Daehwi, memandang wajah rakannya itu dengan riak yang keliru, buntu dan tidak tahu samada apa yang Jihoon katakan itu boleh dipercayi atau tidak. “Does that make sense?”

“If he’s not your brother? Then where is your real brother?”

Daehwi berpaling semula, mengadap Jihoon. “Kalau dia bukan abang aku, jadi abang aku yang sebenar? Dia di mana?”

Jihoon diam seketika. “Mati”

……………………………………………

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^