20. Dia

Antara Subuh dan Senja

Tawa. Senyuman. Luahan.

Semua yang dirakam oleh Doohyun tujuh tahun lepas masih kelihatan jelas melalui skrin tayangan yang dipaparkan di bilik siasatan. Seongwoo, Youngmin, Sewoon, Donghae dan Heechul masing-masing menumpukan perhatian pada video yang ditayangkan.

‘Baik. Itu sahaja rakaman saya Lee Doohyun pada hari ini. Saya harap dengan rakaman ini, kita boleh membantu Kigyeol”

Ayat terakhir dituturkan oleh Doohyun kedengaran sebelum video tersebut tamat. Skrin bertukar hitam. Gelap.

Youngmin mencapai suis lampu, menerangkan bilik siasatan.

Donghae meraup sapu rambutnya ke belakang, memberi dahinya ruang untuk bernafas. Heechul segera mencapai sebuah kerusi sebelum duduk. Wajahnya kosong.

“Mereka ada tiga orang. Sungwoon, Doohyun dan Kigyeol. Selama ni kita sangka ia hanya melibatkan Doohyun dan Sungwoon, kita tak tahu kewujudan Kigyeol” suara Seongwoo memecahkan kesunyian.

“Mereka serupa. Wajah mereka. Doohyun dan Kigyeol. Umpama kembar” celah Sewoon pula.

Donghae dan Heechul masing-masing mengangguk.

“Buku teks lama dan gambar rumah usang yang kau hantar tu?” Donghae beralih pada Seongwoo.

“Ya” Seongwoo mengangguk. “Rumah usang yang saya pergi tu, sama macam rumah dalam video tu, cuma keadaannya agak lama ditinggalkan”

“Saya dah siasat dengan pihak forensik. Laporan bedah siasat yang diberikan oleh Dr.Shin adalah laporan betul dan laporan tujuh tahun lepas berkaitan gambar mayat yang diberikan oleh Seongwoo juga palsu” ujar Youngmin, menghulurkan sebuah fail laporan kepada Heechul, ketua kumpulannya.

Donghae mendekati Heechul yang membuka baca laporan dalam fail tersebut.

“Seongwoo, gambar mayat ni diberikan oleh Pegawai Daerah di Busan?” soalnya memandang anak buahnya itu.

Seongwoo mengangguk lagi.

Donghae menarik nafas dalam sebelum melepaskan satu keluhan berat. “Kau tahu ke pasal ni?” soalnya teringat akan permintaan Seongwoo untuk siasat kes tujuh tahun lepas.

Seongwoo laju menggeleng, menafikan. “Saya cuma rasa pelik dan tergerak hati untuk kaitkan dengan kes tujuh tahun lepas. Sungwoon, Kang Daniel dan Doohyun, semuanya seolah mempunyai kaitan tersendiri, bukan sahaja dalam kes letupan keretapi tu, tapi semuanya bermula dengan tujuh tahun lepas. Sekarang kita dah tengok video tu, kita dah tahu bahawa kaitan dengan Kigyeol”

“Kigyeol, Doohyun, Sungwoon. Apa yang aku dapat simpulkan di sini ialah mereka bertiga saling kenal dan mungkin mayat yang ditemui tujuh tahun lepas ialah mayat Doohyun yang sebenar dan Kigyeol pula menyamar sebagai Doohyun, dan dia takut Sungwoon dedahkan kepada orang ramai maka dia nak masukkan Sungwoon dalam penjara dan jadikan Sungwoon sebagai suspek utama kes letupan tu” jelas Heechul, sejenak dia diam tertunduk.

Youngmin dan Sewoon saling mengangguk.

“Bagaimana pembunuhan Doohyun yang sebenar berlaku dan macam mana Kigyeol boleh menyamar jadi Doohyun tu, hanya Sungwoon mempunyai jawapannya” tambah Donghae pula.

“Aku akan soalsiasat Ha Sungwoon mengenai tu. Donghae, kau jadi pemerhati, dan Seongwoo, kau nak soalsiasat Kang Daniel tu kan? Boleh. Aku akan carikan pegawai lain sebagai pemerhati. Youngmin, mengenai suspek kes letupan tu macam mana?”

“Baik Ketua Kim. Terima kasih percayakan saya” balas Seongwoo sebelum beralih pada Youngmin pula.

“Pada mulanya saya berasa sangsi namun selepas kaitan antara Kigyeol sebagai Doohyun palsu dirungkaikan, akhirnya saya faham. Youngmin kemudian menghulurkan beberapa helai kertas yang dikepilkan bersama”

“Kim Chan Bin” Heechul membaca nama yang tertera. “Dia merupakan rakan sekelas Sungwoon, dan saya yakin dia berkawan dengan Doohyun palsu sebab dia dilihat kerap keluar masuk pejabatnya, juga kerap dilihat bersama Doohyun palsu atau Kigyeol. Mulanya saya tak faham macam mana rakan sekelas Sungwoon boleh berkawan dengan Doohyun anak jutawan Lee, tapi kini saya rasa kita semua dah boleh faham kaitan antara mereka bertiga”

“Berempat” Donghae membetulkan. “Kigyeol, Sungwoon, Chanbin dan Doohyun. Aku faham Youngmin. Waran tangkap boleh dikeluarkan tapi siasatan lanjut perlu diteruskan. Kita perlu bukti kukuh kaitan Chanbin”

“Baik Ketua Lee” balas Youngmin, sempat mengerling ketua kumpulannya Kim Heechul yang mengangguk beri kebenaran.

“Sewoon, sebabkan Minhyun tiada, aku nak minta tolong kau, siasat dan cari tahu di mana adik Ha Sungwoon, menghilang. Dia tiada bersama suspek bertiga dan aku bimbang kalau dia ada bersama dengan Lee Doohyun palsu” ujar Donghae sebelum mereka beredar keluar dari bilik siasatan.

“Park Jihoon kan namanya? Baik. Saya akan siasat dengan segera”

………………………………………..

Angin menderu kuat. Bau laut dapat dihidu sehingga ke kawasan hutan. Pepohon kecil melambai-lambai ditiup angin. Tingkap yang tidak berkunci, menghentak dinding beberapa kali. Kigyeol bangkit bangun dan mengikat tali, menutup tingkap tersebut. Generator dihidupkan, menghasilkan bunyi deruman kasar dalam kawasan rumah. Pemanas kecil yang diberikan oleh Sungwoon dihidupkan, sebelum Kigyeol mencapai selimut buruknya dan baring semula di atas katil.

Wajah seorang lelaki singgah di benak fikiran. Lelaki yang mempunyai rupa paras yang sama sepertinya. Kigyeol teringat ketika pertama kali mereka bertemu, lelaki itu mempunyai gaya yang mewah, memakai jam tangan, baju dan seluar yang kemas, wajah yang mesra dan bersih. Kigyeol mengiring ke kiri, sambil berfikir, ‘Macam mana agaknya kalau dilahirkan sebagai anak orang kaya, dilahirkan dalam keadaan mempunyai keluarga sempurna?’

“Kalau aku jadi kau, aku akan guna kesempatan menyamar jadi dia. sekejap pun jadilah asalkan dapat merasa jadi orang kaya”

Kata-kata Chanbin ketika lelaki itu singgah di rumahnya petang tadi bermain di fikiran. Kigyeol membetulkan posisi di atas katilnya yang usang.

“Menyamar” tutur Kigyeol perlahan sambil memikirkan kemungkinan dia untuk bertukar jadi Doohyun.

Kigyeol lalu bangkit berdiri, mencapai sebuah jaket labuh, juga pemberian dari Sungwoon. Sebuah pisau lipat di atas meja juga laju dicapai, disimpan di dalam poket. Senjata yang tidak pernah lekang darinya. Jaket disarung sambil Kigyeol kemudian meninggalkan rumahnya dalam keadaan lampu dan generator yang tidak dimatikan.

Hujan turun menitik lembut. Gerimis. Dedaun terasa sejuk apabila disentuh. Kaki Kigyeol melangkah laju, tidak peduli akan gelap kawasan di sekitar kaki bukit tersebut. Kawasan tersebut merupakan kawasan permainan sejak kecil, tiada apa yang boleh menakutkannya.

“Ah!” Kigyeol tersentak apabila bertembung dengan seseorang. Sebuah lampu kecil terjatuh bergolek ke tanah.

“Siapa?” soal Kigyeol sebelum melihat seorang lelaki memakai jaket biasa, bangkit bangun, sempat menyapu kotoran yang melekat di seluarnya. Kedengaran suara tawa kecil lelaki itu. Lampu suluh yang terjatuh lalu diambil pegang.

“Saya” Doohyun menyuluh mukanya sendiri, tersenyum. “Maaf. Saya mesti terkejutkan Kigyeol” ujarnya sambil memegang bahu Kigyeol, mengelap sisa air hujan yang jatuh mengenai bahu.

“Kau buat apa sini?” soal Kigyeol, terkejut dan tidak sangka akan bertembung dengan lelaki itu.

“Saya bawakan jaket. Saya fikir malam nanti mesti hujan dan saya teringat yang Kigyeol hanya ada satu jaket dan satu pemanas kecil. Saya ada bawa jaket saya”

Kigyeol terdiam seketika, memikirkan samada Doohyun betul-betul baik atau hanya berlakon.

“Kigyeol nak keluar ke mana?”

“Aku nak pergi jumpa Sungwoon” jawab Kigyeol, meneruskan langkah, membiarkan Doohyun seolah tidak pernah berjumpa dengannya.

“Kigyeol” Doohyun memanggil, mengejar langkah Kigyeol yang laju menuruni bukit walaupun dalam keadaan tanah yang agak licin, memandangkan dia sudah biasa dengan kawasan tersebut. “Kigyeol, tunggu”

Tangannya diseluk masuk ke dalam poket sambil jaketnya diketatkan. Dingin menerpa tubuhnya yang hanya memakai baju nipis dengan jaket lama. Seketika dia mengerling belakang, melihat Doohyun menuruti langkahnya.

“Haish” Kigyeol merengus. “Apa dia nak? Nak tunjuk baik depan aku?”

Di kaki bukit, Kigyeol menunduk, ingin orang lain melihat wajahnya. Sekeliling diperhatikan melihat kawasan di tepi pelabuhan agak sunyi, tiada lagi nelayan yang membersihkan bot memandangkan hujan sudah turun walaunpun tidak lebat.

“Kigyeol” Doohyun memanggil.

“Kau nak apa?” Kigyeol meninggikan suara, berasa jengkel dengan lelaki itu. Separuh dari dirinya ingin menafikan perasaan bahawa lelaki bernama Doohyun itu sememangnya baik hati dan ingin membantunya. Hati kerasnya enggan menerima sebarang kebaikan dari lelaki asing itu.

“Setidaknya, pakai ni dulu” Doohyun menyarungkan jaketnya yang dibawa bersama. Terdapat pangkal huruf LDH dijahit pada bahagian dada jaket tersebut.

Kigyeol mengukirkan senyuman sinis, sambil menarik lengan Doohyun, bergerak ke salah satu bot yang diikat di tepi pelabuhan. Mereka berdua bergerak ke hujung dek, jauh dari penglihatan orang yang lalu lalang. Seketika bot bergerak-gerak, ditolak oleh ombak kecil di bawah bot. Tali kuat yang diikat membuatkan bot tersebut tidak boleh hanyut ke mana-mana.

“Kau nak tolong aku kan?”

Doohyun mengangguk. “Jangan risau. Saya dah berjumpa dengan pegawai daerah petang tadi”

“Kau dah serahkan video tu?”

Kali ini Doohyun menggeleng pula. “Belum, tapi jangan risau, saya akan serahkan kepada pegawai daerah secepat yang mungkin dan mereka pasti akan ambil tindakan untuk bantu Kigyeol” anak muda itu memegang bahu Kigyeol. Ketinggian mereka sama, bahu mereka sama, wajah mereka sama kecuali seorang tersenyum, seorang lagi kelihatan masam.

“Aku…”Kigyeol mengerling tangan Doohyun yang berada di bahunya. “Aku… aku nak jadi macam kau”

“Hmmm, saya tak pasti kenapa Kigyeol nak jadi macam saya, tapi saya pasti apapun impian Kigyeol, saya dan Sungwoon akan tolong, akan usahakan bersama”

“Aku nak ada keluarga kaya macam kau, aku nak orang sayangi aku macam kau, aku nak jadi popular macam kau, aku nak jadi baik macam kau, aku nak jadi kau” tutur Kigyeol, memandang tepat pada wajah lelaki yang sama sepertinya itu. Tangannya memegang pisau yang disimpan dalam poket jaket.

Sssapppp.

Bunyi guruh berdentum. Angin menderu kuat. Hujan rintik bertambah sebelum menjadi lebat. Air laut di bawah bergelora. Semuanya berlaku sekelip mata, pisau dilibaskan mengenai leher lelaki di depannya. Air hujan membasahi rambut, mengalir di dahi, turun mengalir di leher, berwarna merah.

Doohyun mencapai pegang lehernya yang terasa pedih dan panas sebelum melihat darah yang berlumuran mengalir keluar.

“Kigyeol…” wajahnya terasa panas, air hujan yang mengalir menambah pedih sakit. “Apa Kigyeol buat…” kepalanya terasa pening.

“Aku…. nak jadi kau, jadi kau mesti jadi aku. Kau kena jadi tak berguna dan orang yang tak penting macam aku” ujar Kigyeol, sambil menolak lelaki itu dari bot.

Pandangan Doohyun menjadi lemah. Air yang menitis mengenai wajahnya berubah sebelum dia tenggelem dalam air masin. Gelap. Tangannya mencapai, kakinya meronta.

“Kigyeol!” laungannya tengelam dalam air laut yang bergelora dan dentuman guruh di langit.

Tangan Kigyeol menggigil. Pisau yang dibasahi darah lalu dibasuh dengan air hujan. Lambaian dan laungan Doohyun hanya mampu dilihat, tidak menyedari bahawa lelaki dari Seoul itu tidak reti berenang. Seketika Kigyeol panik, menyedari perbuatannya salah.

Kigyeol kemudian beredar, berlari dalam hujan.

“Sungwoon ah!”

……………………………………………………..

Laci digeledah. Barang bersepah atas meja dan katil. Tangannya meraba cari sementara otaknya ligat memikirkan jalan penyelesaian.

“Sial, mana pula aku letak passport aku?” Chanbin menyumpah geram sambil menggeledah cari dalam beberapa laci berdekatan katilnya. Tidak sangka akan tiba hari di mana dia begitu perlukan passport tersebut dalam keadaan kelam kabut.

Berita mengenai Sungwoon yang sudah menyerah diri kepada polis sudah tersebar luas dan Chanbin yakin Sungwoon akan dedahkan perkara sebenar. Chanbin dapat mengagak Sungwoon pasti cari bukti mengenai kes tujuh tahun lepas dan Chanbin berasa tidak sedap hati. Lambat atau cepat, jenayahnya akan terbongkar. Jenayahnya bersekongkol bersama Kigyeol.

Barang-barang dalam laci, dicampak keluar. Passport miliknya tidak ditemui langsung mematikan idea Chanbin untuk melarikan diri ke luar negara. Jantungnya mula berdegup laju, berdebar. Pintu biliknya beberapa kali dikerling, bimbang mendengar ketukan dari pihak berkuasa.

Telefonnya yang dari tadi berdering di atas katil, menerima panggilan masuk, langsung tidak dipedulikan. Chanbin sudah tahu, ia pasti dari Kigyeol yang juga mesti dalam keluh kesah sepertinya.

“Jangan-jangan….”Chanbin diam seketika, berfikir, mendapatkan telefon pintarnya. Nombor telefon yang disimpan dengan ‘Lee Doohyun’ itu terus menerus menelefonnya. Skrin telefon hanya dipandang sambil Chanbin memegang alat tersebut. “….. passport aku ada pada dia. Kurang ajar Kigyeol”

……………………..

“Apa yang berlaku malam tu? boleh awak ceritakan apa yang berlaku sehingga awak boleh tikam dia?”

Soalan Kim Heechul hilang dalam memori Sungwoon. Tenggelam dalam ingatan Sungwoon. Memori yang bermain dalam fikiran seolah tujuh tahun lepas berlaku hanya tujuh hari lepas. Sungwoon masih ingat jelas waktu dan ketika peristiwa tersebut berlaku. Cahaya dan gelap, bau dan angin laut, darah dan jeritan kecil, buka dan tutup matanya.

“Malam tu, saya bersendirian di rumah. Adik saya Jihoon bermain di rumah jiran saya Daniel. Hujan lebat dan angin kuat, saya baru bercadang untuk menjemput adik saya balik sebelum mendengar satu ketukan di pintu. Dia datang dengan nafas tercungap. Matanya ketar dan tangannya mengigil. Rambutnya basah dan wajahnya pucat…..”

“Dia?” soal Heechul, menumpukan perhatian kepada Sungwoon yang berada di hadapannya.

“Dia. Moon Kigyeol”

Sebuah jaket dicapai sarung, menutupi labuh sehingga ke paras lututnya. Dua buah payung juga dicapai.

‘Haish, Jihoon ni, pergi main tak reti nak balik” rungut Sungwoon, menyarung kasutnya sebelum mendengar satu ketukan kuat di sebalik pintu.

“Ha, tahu pun nak balik, aku ingat lupa rumah dah” Sungwoon membuka pintu sebelum pana melihat lelaki yang berdiri di muka pintu, bukan adiknya Jihoon.

“Kigyeol, kau…..” Sungwoon mengerling rakannya dari atas sampai bawah, melihat lelaki itu dengan rambut dan bahu yang basah. Kaki seluarnya kotor menandakan dia melanggar lopak air berdekatan rumah Sungwoon.

“Sungwoon… tolong aku” tangan Kigyeol dirasakan sejuk sebaik dia mencapai pegang lengan Sungwoon. Matanya ketar dan Sungwoon perasan akan tangannya juga mengigil.

“Kenapa?” Sungwoon rasa tidak sedap hati, bimbang akan rakannya. “LDH? Lee Doohyun? Kenapa kau pakai jaket Doohyun?” Sungwoon perasan akan jaket yang dipakai oleh Kigyeol, merupakan jaket rasmi yang dipakai oleh pelajar sukarelawan yang datang dari Seoul.

“Aku…. Doohyun… dia…” suara Kigyeol gagap depan Sungwoon.

“Doohyun kenapa?” Sungwoon melepaskan payung yang dipegang dari tadi. “Kau buat apa dengan dia? Kigyeol, apa yang terjadi?”

“Aku… aku tak sengaja Sungwoon ah. Doohyun… dia jatuh dalam laut”

Bunyi guruh berdentum. Satu pacaran kilat memancar, memberi satu cahaya silau. Kedua-dua Sungwoon dan Kigyeol kelihatan pucat.

“Apa?!” Sungwoon meninggikan suara. “Dia jatuh dalam laut? mana?” tangan Kigyeol yang memegang lengannya tadi digenggam. Nada Sungwoon kerisauan.

“Dekat dengan bot” jawab Kigyeol, juga keresahan.

“Mana? Mana? Tunjukkan!”

Kigyeol lalu menarik lengan Sungwoon, membawa rakan baiknya ke tempat dia menolak Doohyun tadi. Mereka berlari dalam hujan, dalam dentuman guruh yang kerap, dalam pancaran kilat yang bertarung di langit, dalam kerisauan, dalam keresahan, dalam degupan jantung yang laju.

“Lee Doohyun!!!” jerit Sungwoon sebaik mereka sampai di dek sebuah bot. “Dia jatuh dalam ni?”

Kigyeol mengangguk sebelum melihat Sungwoon yang memanjat dek tersebut, ingin melompat terjun ke dalam laut.

“Apa kau nak buat?!” Kigyeol memegang peluk pinggang Sungwoon, menarik lelaki itu turun. Mereka berdua jatuh ke lantai dek.

“Aku nak selamatkan dia! Doohyun tak reti berenang!” Sungwoon meninggikan suara, melawan bunyi hujan.

“Mana kau tahu dia tak reti berenang?!”

“Aku tahu! Dia beritahu aku. Dia kawan aku!”

Hujan turun membasahi wajah, membasahi jaket yang diberi oleh Doohyun tadi. Kigyeol terdiam mendengar kata-kata Sungwoon. Buku limanya dikepal. Sesuatu menjentik perasaannya. Cemburu.

“Tak! Kau tak boleh selamatkan dia! Kau juga akan lemas nanti! Hujan lebat ni, bahaya!” Kigyeol mencapai pegang lengan Sungwoon, menguatkan genggamannya.

“Doohyun dalam bahaya! Kita mesti selamatkan dia! kenapa kau tak tolong dia?!” jerit Sungwoon kerisauan, menepis tangan Kigyeol, matanya melilau melihat sekitar bot sekiranya ada tangan yang terkapai minta tolong. Sungwoon kemudian tersentak, berpaling lihat Kigyeol yang hanya berdiri, tidak membantu.

“Kau….” Sungwoon memandang tepat pada anak mata Kigyeol dengan wajahnya yang dibasahi air hujan. “… yang tolak dia?”

Kali ni, nada Sungwoon tidak lagi meninggi jerit.

Kigyeol diam tidak menjawab, mendengar jelas soalan Sungwoon itu. Mereka berdua saling berpandangan.

“Kigyeol…” Sungwoon mencapai pegang tangan rakannya. “Beritahu aku, apa yang kau buat pada Doohyun”

Kigyeol memandang mata Sungwoon, meletakkan kepercayaan tinggi pada lelaki yang sudi berkawan dengannya itu. Tangan Sungwoon kelihatan hangat memegang tangannya walaupun dalam kedinginan hujan dan angin yang bertiup.

“Aku tak sengaja… aku betul-betul tak sengaja. Dia datang jumpa aku dan beri jaket ni. Aku cuma cemburukan dia. Sungwoon ah~ kau percayakan aku kan? Aku tidak sengaja, aku tak tahu dia tak reti berenang”

Sungwoon menelan air liur. “Kenapa? kenapa kau buat macam tu pada Doohyun? Kenapa kau tolak dia? sebab kau cemburu?”

“Sungwoon ah~” Kigyeol melihat wajah rakannya dan tidak tahu samada air yang mengalir di pipinya adalah air mata atau air hujan, namun riak Sungwoon sedih, kelihatan kecewa dengan Kigyeol. Ketika itu Kigyeol dijentik rasa bersalah.

“Kenapa Kigyeol? Kau tak boleh buat macam tu, macam mana kalau Doohyun mati? Kau akan kena tangkap sebab membunuh orang”

Suara Sungwoon yang rendah, membuatkan Kigyeol takut. Lantas lelaki itu menggeleng-geleng. “Aku tak nak ditangkap polis. Sungwoon, kau kena tolong aku”

Sungwoon juga menggeleng. “Kenapa aku kena tolong kau? Semua ni salah kau, cemburu kau, sifat kau terburu-buru kau, dan kau langsung tak fikir kesan tindakan kau”

“Sebab aku kawan kau. Kau mesti tolong kawan kau. Siapa lagi aku boleh harapkan”

Kilat berpacaran dan sekilas saat, Sungwoon dapat melihat jelas wajah Kigyeol di atas bot yang tidak mempunyai sebarang lampu itu. Wajah milik kawan baiknya yang sentiasa mendengar luahan Sungwoon, milik lelaki yang cekal dihina oleh orang lain, milik lelaki yang sentiasa memuji Sungwoon, milik lelaki yang mempunyai semangat untuk belajar. Namun sesuatu dirasakan berbeza. Perlahan-lahan tangan Kigyeol dilepaskan.

“Sungwoon ah~” Kigyeol mencapai semula tangan Sungwoon. Kehangatan tadi sudah hilang. “Kau tak boleh beritahu sesiapa apa yang berlaku malam ni”

Sungwoon menggeleng. “Mereka akan cari Doohyun, dan mereka akan risau bila mereka tak jumpa Doohyun”

“Aku…. Doohyun. Biar aku jadi Doohyun”

“Apa?” Sungwoon terkejut dengan apa yang Kigyeol katakan. “Kau nak jadi Doohyun? Kau dah gila?”

“Tak. Aku tak gila. Apa kata aku jadi Doohyun dan Doohyun jadi aku. Doohyun jadi Moon Kigyeol yang tiada siapa pedulikan. Tiada siapa kisah kalau aku mati. Aku akan jadi Doohyun dan tiada siapa akan tahu yang Doohyun dah mati. Orang akan ingat Kigyeol yang tak guna tu yang mati lemas dan tiada siapa akan pedulikan mayat dia”

Sungwoon rasa meremang bulu roma. Mata dan pandangan Kigyeol di hadapannya berubah. Sungwoon seolah tidak mengenali pandangan lelaki itu.

“Tak. Tak boleh” Sungwoon menggeleng, enggan membiarkan apa yang dibayangkan oleh Kigyeol berlaku. “Kau tak boleh jadi Doohyun. Kalau dia mati, kau akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku, aku tak akan biarkan”

“Jangan risau Sungwoon, tiada siapa tahu mengenai perkara ni kecuali kau dan aku”

Sungwoon berasa tidak sedap hati. “Aku akan minta tolong orang lain untuk cari Doohyun”

Belum sempat Sungwoon mengangkat kaki untuk meninggalkan bot tersebut, tangannya disambar kasar oleh Kigyeol.

“Kau jangan cabar aku Sungwoon”

Sungwoon melihat pisau yang dikeluarkan oleh Kigyeol dengan riak wajahnya yang berselindung di sebalik air hujan yang menitis.

“Jadi kau nak buat apa? Kau nak tikam aku?”

Buk!

Satu tumbukan singgah di pipi Sungwoon. Remaja belasan tahun itu hampir tumbang jatuh mencium lantai sebelum sempat menstabilkan kaki.

“Kau!” Sungwoon naik marah seraya meludah darah dalam mulutnya. Gusinya terasa sakit. “Kau dah melampau” Sungwoon membalas dengan satu tumbukan padu, mengenai tepat wajah Kigyeol.

“Ha Sungwoon!”

Masing-masing melepaskan tumbukan mengenai wajah dan abdomen perut.

“Moon Kigyeol! Sedar diri kau! Apa yang pengaruhi kau sampai macam ni?!” Sungwoon menggengam kuat pergelangan tangan Kigyeol yang memegang pisau.

“Kau!” Kigyeol meninggikan suara. “Chanbin cakap kau semakin rapat dengan Doohyun, dan kau cuba gantikan tempat aku dengan budak Seoul tu! Aku nak jadi macam dia! Aku nak jadi Doohyun”

“Erghhh” Sungwoon menahan marah dan geram, masih tidak melepaskan tangan Kigyeol yang ternyata juga sedang dalam angin marah dan bila-bila masa pisau tersebut boleh singgah di badan sendiri. “Kau percaya cakap Chanbin?! Dia sengaja buat kau cemburu! Kau bukan Doohyun! Kau adalah Kigyeol!”

Kigyeol menggeleng kepala. Air merenjis dari rambutnya yang basah kuyup. “Doohyun dah mati!”

“Kau mesti bertanggungjawab Kigyeol! Kau……”

Air hujan menitik dari hujung baju mula bercampur dengan warna merah. Genggaman dilonggarkan. Sungwoon terdiam. Mulut Kigyeol ternganga, tidak mengeluarkan sebarang suara.

“Ki….ki… kigyeol ah~” Sungwoon menunduk melihat pisau yang tercucuk di abdomen rakannya. Tangan Sungwoon mengigil. Perlahan-lahan Kigyeol menarik keluar pisau yang menikam perutnya. Detingan pisau jatuh ke lantai didengari di samping hujan yang menimpa. Darah pekat keluar mengalir tidak berhenti. Air hujan yang mengalir menambah pedih luka yang terbuka.

“Sung…. Sungwoon” Kigyeol memegang lengan Sungwoon sebelum jatuh melutut ke lantai dek bot.

“Siapa tu?!”

Sungwoon berpaling pandang satu cahaya yang menyuluh tepat pada wajahnya. Tanganya diangkat melindungi mata daripada silau cahaya.

“Doohyun?! Doohyun ah!!!”

Suara yang baru muncul itu menjerit lantas mendapatkan Kigyeol yang melutut menahan sakit di hadapan Sungwoon.

“Kau… kau tikam Doohyun?! Kau cuba nak bunuh Doohyun?!” lelaki yang dikenali sebagai rakan pasukan Doohyun dari Seoul itu memberi Sungwoon satu jelingan tajam.

Sungwoon tergamam.

Tidak. Aku tak sengaja. Aku tak sengaja nak tikam dia dan dia bukan Doohyun.

Ayat-ayat tersebut hanya berlegar keluar dalam kepala, tidak diluah melalui mulut. Sungwoon tidak mampu bersuara. Sesuatu dirasakan berat menyeksakan dada. Kawan baiknya Kigyeol dilihat terbaring tidak sedarkan diri. Air mata Sungwoon mengalir bersama air hujan.

Kang Dongho pantas mengeluarkan telefon bimbitnya sambil memangku Kigyeol di atas ribanya. “Hello? Aku dah jumpa Doohyun, dia cedera kena tikam! Dia ada di atas bot di pelabuhan berdekatan kampung. Datang sini cepat! Kita perlu bawa dia ke hospital!”

“Doohyun ah~” Dongho memanggil nama ahli pasukannya, menyangkakan Kigyeol adalah Doohyun.

Sungwoon menggeleng-geleng. “Dia… dia… bukan..”

Suaranya tersekat. Nafasnya langsung jadi mengah.

“Tolong aku” Kigyeol bersuara sambil menahan sakit. Tangannya memegang tutup luka tikaman di perutnya. Raut wajah Sungwoon kelihatan jauh dan kabur. “Sungwoon ah~”

…………………………….


Ampun beribu-ribu ampun. Patik bukan sengaja delay post bab. Something stuck, flow tu tak lancar. Entah kenapa. So im sorry, tapi series i gigihkn juga cari inspirasi untuk siapkan. Sikit je lagi. Maybe smpai bab 23 or 24 something like thatand tada~ final, tapi saya tk janji happy ending. Anyway, this bab merungkai apa yan terjadi antara Sungwoon dan Kigyeol. Line yang menjadi titik tengah persahabatan mereka, 'kau kan kawan aku, siapa lagi boleh aku harapkan'. Line tu adalah line pertama saya bayangkan, line yang menjadi punca cerita ni dibuat. Hehe. Enjoy~ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^