Percaya

Antara Subuh dan Senja

Beberapa buah pasu bunga kelihatan bertangkup tidak digunakan. Alatan berkebun pula tersusun kemas di suatu sudut. Sarung tangan lalu ditanggalkan sebelum disidai di atas ampaian besi kecil. Lelaki tua lingkungan umur 60-an itu melepaskan lelah, duduk di atas sebuah kerusi kayu buatan sendiri. Kerusi yang dicat dan diubahsuai kelihatan seperti kerusi kayu mahal yang dibeli dari kilang perabut walhal ia hanya hasil tangan seorang pekebun.

“Sila duduk tuan muda” lelaki itu menjemput anak muda yang mengekori belakangnya.

Daehwi mengambil tempat duduknya, berhadapan lelaki yang dikenali sebagai Pekebun Ma itu. Kali pertama mereka bertentang muka dalam jarak yang dekat.

“Saya ingatkan cik puan dah beritahu tuan muda segalanya” Pekebun Ma memulakan.

Daehwi menggeleng, melihat wajah lelaki itu dengan beberapa kedutan di muka. “Mama tak beritahu saya apa-apa, tapi saya tahu, nada dia sentiasa suruh saya berhati-hati, seolah dia takut perkara buruk akan berlaku pada saya”

“Dia tak nak perkara yang sama terjadi pada kamu”

“Perkara yang sama?” Daehwi bertanya. “Maksudnya, ketika mama saya dihalau oleh ayah sendiri?”

Pekebun Ma mengangguk.

“Saya tak faham sampai hari ni, kenapa mereka bergaduh, kenapa mama dan ayah bergaduh disebabkan abang saya?”

Pekebun Ma diam sejenak, memikirkan ayat yang sesuai untuk digunakan.

“Cik puan percaya yang abang kamu tu….”

“Bukan abang saya yang sebenar?” celah Daehwi.

Pekebun Ma mengangguk. Riaknya tidak terkejut, hanya kosong memandang Daehwi namum nadanya berat, penuh dengan sesalan dan kekecewaan. “Selepas kejadian tujuh tahun lepas, di mana abang kamu hampir mati dibunuh, cik puan berasa janggal dengan abang kamu dan dia rasa abang kamu tu bukan lagi tuan muda Doohyun yang sebenar. Seolah orang lain. Dia maklumkan pada Tuan Lee, namun tuan tidak percaya dan anggap perubahan tuan muda Doohyun adalah kerana trauma. Cik puan tidak tahan dan akhirnya tekad untuk keluar dari rumah ni”

Daehwi diam mendengar, cuba membayangkan situasi yang dialami oleh ibunya.

“Keadaan tujuh tahun lepas agak tegang. Cik puan bergaduh dengan tuan muda Doohyun, menuduh tuan muda bukan anaknya. Tuan Lee masuk campur dan cuba meredakan cik puan, tapi cik puan mengajak tuan Lee untuk ke luar negara dan menjauhi tuan muda Doohyun yang dirasakan orang asing. Tuan Lee berkeras tidak mahu dan cik puan menyuruh tuan Lee untuk membuat pilihan samada memilih cik puan atau tuan muda Doohyun”

“Ayah kemudian memilih abang saya?”

Sekali lagi Pekebun Ma mengangguk. “Tuan muda sangka cik puan hanya stress dan akan pulang selepas beberapa hari, tapi tak sangka dia menghantar surat permohonan cerai”

Lintasan imej majikannya bergaduh kembali dalam kotak ingatan dan sehingga ke hari ini, Ma Wonhyuk masih ingat hari di mana majikannya meninggikan suara, menarik perhatian semua pekerja. Majikannya yang sentiasa berlemah lembut antara satu sama lain itu bertengkar kerana berselisih faham dan ketika tu Ma Wonhyuk masih ingat senyuman sinis yang melihat pertengkaran itu. Senyuman sinis seorang remaja lelaki yang berdiri di hujung tangga, seolah gembira melihat pasangan itu bergaduh. Lee Doohyun.

“Dia bukan abang saya kan? dia bukan Lee Doohyun kan? Orang yang menyebabkan mama dan ayah saya bergaduh” nada suara Daehwi rendah. Riaknya jelas sedih mendengar apa yang berlaku terhadap ibubapanya. Namun jauh dalam sudut hatinya, dia lebih ingin tahu mengenai abangnya.

“Saya tak pasti tuan muda Daehwi perasan atau tidak, namun selepas kejadian tujuh tahun lepas, dia seperti orang yang berbeza. Semua orang mengatakan perkara yang sama. Cik puan sendiri sebagai ibu turut merasakan tuan muda bukan lagi anaknya”

Daehwi menunduk. “Saya pun sama. Saya berjumpa dengan abang enam tahun lepas dan dia tak cam saya sebagai adiknya sendiri, dia tolak pelukan saya dan beri amaran supaya berkelakuan baik dengan dia.”

Daehwi senyap seketika sebelum menyambung, “Dia bukan abang saya kan? Dia bukan Lee Doohyun yang sebenar kan?”

Secara tiba-tiba mata dan bulu matanya terasa basah. Pandangannya bergenang dengan air mata. Pantas Daehwi menyeka sebutir air mata yang tumpah.

“Abang saya yang sebenar, dia masih hidup kan? dia tak mati lagi kan?” nada anak muda itu sebak.

Pekebun Ma hanya memerhatikan. “Saya tak tahu tuan muda” jawabnya jujur.

…………………………………………..

Darah merah yang tercalit pada kukunya diusik gores. Darah milik Minhyun tatkala Seongwoo memegang tangan lelaki itu.

“Minhyun ah~”

Seongwoo tidak melepaskan tangan Minhyun yang berlumuran darah.

“Seongwoo ah~, aku…. percayakan adik aku” suara Minhyun masih didengari disebalik topeng pernafasan yang menutupi mukanya.

Mereka berlepas tangan tatkala katil Minhyun diseret masuk ke dalam bilik kecemasan. Seongwoo ditinggalkan di ruangan menunggu, terpinga keseorangan.

“Detektif Ong”

Seongwoo menoleh apabila disapa oleh Donghae, ketua kumpulannya. Laju Seongwoo mengejar langkah ketuanya itu yang sedang menuju ke lif utama.

“Ketua Lee”

Donghae berhentikan langkah, menoleh belakang mengadap anak buahnya itu. “Aku kecewa dengan korang. Kita sepatutnya selesaikan kes ni, tapi Minhyun pula…”

Satu keluhan berat disertakan.

“Aku akan arahkan orang untuk kawal Detektif Hwang di hospital. Beberapa orang detektif dah keluar untuk cari adiknya. Kau pula, aku harapkan kau dapat selesaikan kes ni”

“Ketua Lee, saya… saya” Seongwoo tunduk sambil tangannya direhatkan di belakang. Dia cuba mencari ayat yang sesuai untuk digunakan. “Saya percayakan Minhyun”

“Apa maksud kau?” dahi Donghae berkerut.

“Tuan tak rasa pelik terhadap kes ni? Saya rasa suspek utama kes ni tak bersalah. Saya rasa Ha Sungwoon melarikan diri, bukan dari pihak polis tapi dari perkara lain”

“Perkara apa?” soal Donghae. “Dia bersalah atau tak, dia perlu mengadap polis dan kita akan siasat samada dia betul-betul bersalah atau….”

“atau dipergunakan untuk mengaburi mata pihak polis” celah Seongwoo. “Ketua Lee, izinkan saya ke Busan”

“Busan?”

“Saya nak siasat mengenai kes tujuh tahun lepas yang melibatkan kes lama suspek Ha Sungwoong dan anak jutawan Keluarga Lee”

“Kes tu bukan tumpuan utama kita sekarang, kita kena selesaikan kes letupan keretapi tu dulu. Perhatian media dan rakyat sekarang desak kita cari dalang letupan tu”

“Saya tahu tapi saya dapat rasakan semuanya bermula dengan kes tujuh tahun lepas. Lagipun Minhyun cedera sebab nak lindungi adiknya”

“Jadi? Apa kaitan adik Minhyun dengan kes letupan tersebut?”

“Adik Minhyun berkawan baik dengan adik suspek, yang turut melarikan diri bersama. Saya percaya kalau Minhyun percayakan adiknya, maknanya adiknya di pihak yang betul. Suspek utama Ha Sungwoon mungkin tak bersalah dan kita mungkin buru suspek yang salah untuk kes letupan tu”

Donghae memegang kepalanya. Dia berasa penat untuk bertengkar suara dengan Seongwoo.

Ting. Pintu lif di hadapannya terbuka.

“Ketua Lee” Seongwoo menuntut kata putus dari ketua kumpulannya itu tatkala Donghae melangkah masuk ke dalam lif.

“Aku beri kau 24 jam. Kalau dalam masa 24 jam, kau tak temui apa-apa, kau mesti fokus terhadap kes letupan keretapi tu”

Seongwoo menunduk paras pinggang. “Terima kasih Ketua Lee” sebelum pintu lif tertutup rapat.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Perjalanan ke Masan agak senyap. Tiada sesiapa bersuara. Masing-masing seolah penat. Sungwoon memandu dengan agak laju. Daniel di belakang cuba menahan diri daripada tertidur, dirinya bimbang andai mereka dikejar oleh polis atau berlaku apa-apa. Jisung beberapa kali terlelap, keletihan.

Jisung membuka mata, merasakan kenderaan yang dinaikinya sudah berhenti. Pantas Jisung menoleh sebelah, melihat Sungwoon masih berada di tempat duduk pemandu. Jisung menarik nafas lega.

“Kita di mana?” soal Jisung, sebelum menoleh belakang, melihat tempat duduk belakang yang kosong. Kelibat Daniel tidak kelihatan.

“Kita dah sampai di Masan” balas Sungwoon, memandang ke luar tingkap. Jisung menjenguk, ingin melihat apa yang diperhatikan oleh Sungwoon. Sebuah kedai gambar kelihatan di hadapan mereka.

Sungwoon melihat Daniel berjalan pulang ke kereta mereka dengan seorang lelaki bersamanya. Bibir Sungwoon mengukirkan senyuman. Dia kenal lelaki itu. Lebih lima tahun berlalu namun lelaki itu tetap dalam keadaan yang sama. Ketinggian, gaya rambut, cara jalan dan pandangan mata yang langsung tidak berubah.

“Itu kawan kau nama Sanggyun tu?” soal Jisung, melihat kelibat seorang lelaki bersama Daniel.

Sungwoon mengangguk. “Betul. Dia tu Sanggyun. Kim Sanggyun”

Daniel membuka pintu kereta dan Sanggyun menyusup masuk ke dalam kereta terlebih dahulu diikuti oleh Daniel sebelum menutup semula pintu.

“Sungwoon hyung”

Sungwoon menoleh belakang dan tersenyum. “Sanggyun ah~”

Sanggyun menekup tutup mulutnya. “Macam tak percaya saya dapat jumpa hyung setelah sekian lama. Hyung popular sekarang ni. Semua orang cari hyung. Saya cemburu”

Daniel ketawa kecil.

“Sanggyun, hyung perlukan pertolongan kau. Hyung…”

“Saya tahu. Saya masih simpannya. Saya tahu hyung pasti perlukannya”

“Kau masih simpan rakaman video tu?” Daniel bertanya mendapatkan kepastian samada Sanggyun tahu apa yang dimaksudkan oleh Sungwoon.

Sanggyun mengangguk tegas. “Aku tahu” lengan Daniel dipukul lembut. “Aku Kim Sanggyun. Aku sentiasa boleh diharapkan”

……………………………………..

Woojin dan Jinyoung melangkah turun dari bas sebaik kenderaan awam itu berhenti di perhentian tepi jalan. Kedua-duanya tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan lepas ditinggalkan oleh Daniel.

“Kau betul tak nak balik rumah kau lagi?” Woojin bersuara sedang mereka berdua berjalan pulang ke rumah Woojin. Sebuah kawasan apartment mewah berdekatan perhentian bas tadi.

Jinyoung hanya mengangguk sambil menyeluk tangannya ke dalam poket.

“Abang kau tak hubungi kau?”

Jinyoung menggeleng pula, menunduk sepanjang perjalanan.

Woojin kemudian enggan terus mengajukan soalan. Dia yakin hati Jinyoung pasti sedang berbolak balik sekarang ni dan Woojin tidak mahu mengeruhkan keadaan. Mereka berdua jalan terus ke blok apartment rumah Woojin.

“Jinyoung” Woojin memanggil tatkala jarinya menekan butang lif.

“Hmm?”

“Aku rasa tak sedap hati” luah Woojin jujur. Hanya mereka berdua di dalam lif. Suasana sunyi.

“Hmmm?” Jinyoung hanya memandang Woojin, mengharapkan penjelasan.

Woojin menjungkitkan bahu.

Ting!

Lif terbuka dan sebelum sempat dua anak muda itu melangkah keluar, “Jangan bergerak. Park Woojin, Bae Jinyoung, anda berdua ditahan”

Kedua-dua Woojin dan Jinyoung saling berpandangan.

…………………………………………………

Keadaan dalam tren keretapi ke Busan agak sunyi. Beberapa koc kosong tidak mempunyai penumpang. Berita letupan keretapi yang berlaku tempoh hari memberi kesan buruk kepada sistem pengangkutan awam tersebut.

“Encik nak dapatkan minuman apa-apa?” salah seorang pekerja perkhidmatan wanita yang menolak troli minuman berhenti di sebelah seorang lelaki tinggi, memakai baju kasual dan topi hitam. Lelaki itu menggeleng seraya memberikan senyuman.

Wanita itu membalas dan sempat mengerling beberapa barang yang diletakkan di tempat duduk sebelah lelaki itu. Sepasang jaket detektif dengan nama ‘Ong Seong Woo’ tertera. Wanita itu lalu meneruskan kerjanya. Seongwoo menghidupkan komputer riba yang dibawa bersama dan memakai earphone yang dicucuk sambung pada komputer ribanya.

Beberapa fail media yang berjaya diperolehi daripada arkib media lalu dipasang tayang. Seongwoo diam menonton video-video lama tersebut. Video yang memuatkan rakaman interview juga keratan berita mengenai kes tujuh tahun yang melibatkan Ha Sungwoon. Tidak banyak fail yang diterima memandangkan pihak media dilarang untuk menyebarkan berita tersebut atas permintaan Keluarga Lee.

Sebuah video yang ditonton menarik perhatian Seongwoo.

‘Dia tak pernah bunuh sesiapa dan dia tak akan bunuh orang. Saya kenal dia dari kecil dan saya sumpah Sungwoon hyung tak akan buat macam tu’

Video itu ditekan jeda. Seorang remaja lelaki yang ditemubual oleh wartawan melalui lensa kamera itu diperhatikan.

“Ah!” Seongwoo akhirnya ingat dan cam wajah remaja tersebut. Pandangan mata yang sama, suara yang sama,

“Aku tak cakap ini semua adalah permainan. Ini adalah soal maruah diri, soal kebenaran dan kepalsuan”

“Kang Daniel”

Seongwoo yakin remaja dalam video tersebut adalah Kang Daniel, lelaki yang dikejar tempoh hari dan tadi. Dahinya disentuh pegang dan Seongwoo masih teringat pedih dihentak oleh pistolnya sendiri oleh Daniel.

“Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam keadaan yang lebih baik”

Suara Daniel masih terngiang jelas. Pandangan mata yang Seongwoo yakin bukan milik seorang yang sanggup melakukan perkara jahat. Seongwoo lalu menekan klik sebuah folder yang lain, yang mempunyai kata kunci khas. Folder demi folder ditekan buka sebelum sebuah fail PDF muncul di skrin. Fail maklumat peribadi milik Kang Daniel. Seongwoo membaca sekali imbas maklumat tersebut.

Sesuatu menarik perhatiannya. Seongwoo mencapai buku notanya dan cuba menulis kaitan antara maklumat yang menangkap perhatiannya.

“Neneknya mati selang beberapa minggu selepas Ha Sungwoon ditangkap. Neneknya mati bunuh diri. Kang Daniel berhenti sekolah dan menyambung pelajaran ke Seoul bersama adik Ha Sungwoon”

Di hujung nota yang ditulis, Seongwoo membulatkan nota tersebut dan ditanda dengan tanda soal.

“kenapa?” monolog Seongwoo bersendirian dalam perjalanan keretapi Seoul ke Busan itu.

“Dia bersungguh membela nasib Ha Sungwoon yang dianggap tidak bersalah tapi kenapa dia terus berhenti tak lama selepas tu? Kenapa neneknya bunuh diri di saat Kang Daniel paling memerlukan sokongan?”

Seongwoo bersandar pada tempat duduknya dan seketika mengerling lihat pemandangan di luar. Bangunan-bangunan Seoul kini hilang dari pemandangan dan digantikan dengan cuaca cerah bandar Busan.

……………………………………..

Anak mata yang hitam pekat merenungnya dengan perasaan merayu, mendesak untuk dilepaskan. Perlahan-lahan Guanlin melepaskan cengkaman tangannya. Jihoon cungap mencari nafas sambil terbatuk-batuk. Tekaknya terasa perit. Lehernya kemerahan.

Guanlin diam seketika, tahu bahawa dirinya baru sahaja hilang kawalan dan hampir membunuh anak muda yang berada di hadapannya.

“Im sorry” tuturnya dalam nafas yang rendah. Guanlin menjauhi Jihoon dan bangkit berdiri.

Jihoon masih berada di atas katil dalam keadaan terikat. Dadanya kelihatan turun naik, menstabilkan nafas. Dia mengerling Guanlin. Dia mendengar nama ‘Guanlin’ yang disebut oleh Daehwi, dan mengagak itu adalah nama lelaki tinggi yang bertutur menggunakan bahasa Inggeris itu.

Jihoon pana seketika, cuba membaca lelaki itu namun gagal. Hairan kerana seketika Guanlin membantunya, seketika pula Guanlin kelihatan seperti orang jahat, ada ketika Jihoon merasa Guanlin seorang yang baik, namun sebentar tadi dia hampir mati dicekik oleh lelaki itu. siapa dia yang sebenarnya? Jihoon menggeleng-geleng.

“Why?” soal Jihoon, mahu berkomunikasi namun Jihoon tahu tahap bahasa asingnya tidak begitu tinggi. Di saat itu, Jihoon menyalahkan dirinya kerana tidak pernah fokus dalam kelas Bahasa Inggeris.

Guanlin yang berdiri berdekatan balkoni sempat menoleh pandang Jihoon dan mengukirkan satu senyuman kecil. “Sorry bout that. Im a little frustrated”

Jihoon melihat Guanlin mencapai sekotak rokok yang diletakkan di atas meja dan sepuntung rokok dinyalakan di hujung bibir.

“You want some?” Guanlin menghulurkan sepuntung kepada Jihoon, namun anak muda itu menggeleng.

Suasana diam seketika dengan Guanlin menghembuskan asap rokok berdekatan balkoni, manakala Jihoon masih berada atas katil. Telefon Guanlin di atas meja lalu bergetar, menandakan panggilan masuk. Kedua-dua Guanlin dan Jihoon menoleh pandang alat tersebut.

“Hello?” Guanlin menjawab panggilan masuk tersebut setelah melihat nombor yang tertera di skrin.

“How’s everything?”

“Damn. He deactivated the chips inside his shoes. I almost kill his brother” luah Guanlin jujur, sambil matanya memandang Jihoon yang dalam keadaan waspada.

“You what? Are u mad? Lai Guanlin, I warn you! Don’t do anything stupid. You’re not a murderer anymore. Remember?” suara Daehwi marah bercampur risau dalam talian.

“I said almost. He’s still alive and fine. Im tried my best to control my self. Thanks for your warning. Its helpful” balas Guanlin. Punting rokoknya disepit pegang antara jari. “So how yours? Is everything being ok? You met with the person that hold your answer?”

Guanlin mendengar keluhan berat Daehwi. “Hey are you crying?” soalnya mendengar esakan rakannya itu.

“I feel so devastated right now Guanlin. What Jihoon said is true. My brother is not my real brother. I don’t know where and what happen to my real brother but im certainly sure the one that used name of Lee Doohyun in my house right now is not the real Doohyun. He’s fake one”

Guanlin diam seketika, menghadam analisis apa yang disampaikan oleh Daehwi. “So what are you gonna do right now? How about this kid?”

Jihoon dapat merasakan renungan tajam Guanlin apabila menyebut perkataan ‘this kid’. Jihoon hanya diam tidak bersuara.

…………………………………………….

Jisung menyandarkan diri dengan selesa pada sofa sambil meluruskan kaki. Semenjak harinya melarikan diri dari hospital dan berjumpa dengan Sungwoon, ini kali pertama Jisung dapat merehatkan diri dengan selesa tanpa risau memikirkan siapa akan menyerang mereka.

“Hyung yakin Sanggyun masih ada bukti tu?”

Jisung memandang Sungwoon dan Daniel yang berdiri berdekatan, menunggu di luar bilik lelaki yang dikenali sebagai kawan Sungwoon tadi.

Jisung memandang riak Sungwoon, membaca keresahan yang dialami oleh lelaki itu.

Seketika Sanggyun kemudian keluar dari biliknya. “Hyung” lelaki itu tersenyum lebar sambil mengangkat pegang sebuah kotak sederhana besar. Jisung terus bangkit berdiri, entah kenapa berasa bersemangat melihat kotak tersebut.

“Dalam ni ada bukti yang kau perlukan tu?” Jisung menuruti langkah Sungwoon dan Daniel yang bergerak mengekori Sanggyun ke arah meja besar di ruang makan. Kotak tersebut diletakkan atas meja sambil mereka berempat mengerumuni di tepi meja.

Sebuah alat perakam dikeluarkan bersama beberapa pita rakaman. “Ini perakam yang original. Saya takut ia rosak jadi saya ada buat salinannya. Ini pula videonya yang saya sudah buat salinan. Saya buat salinan banyak sebab takut kalau saya hilangkan rakaman asalnya” jelas Sanggyun sambil mengelap habuk pada alat perakam tersebut.

Sungwoon memegang salah satu pita rakaman tersebut sebelum memegang alat rakaman yang diserahkan oleh Sanggyun. Alat rakaman yang sama seperti tujuh tahun lepas. Peristiwa tujuh tahun bermain di fikirannya, seolah baru berlaku semalam.

“Apa yang ada dalam alat rakaman ni?” soal Jisung, merasa agak ketinggalan dalam pertemuan semula Sungwoon dan kawan-kawannya itu.

“Doohyun pernah pinjam perakam video ni dulu dan gunanya selama beberapa hari. Terdapat satu video yang dirakam tentang Kigyeol dan Sungwoon hyung. Doohyun pulangkan pada saya dan minta saya edit beberapa video sebelum mahu diberikan kepada pegawai daerah” jelas Sanggyun dalam nada serius, teringat akan memori yang berlaku tujuh tahun lepas.

“Terima kasih Sanggyun sebab masih simpan bukti ni” Sungwoon menepuk bahu Sanggyun sebelum menarik lelaki itu ke dalam sebuah dakapan. Dakapan seorang kawan yang terharu. Sanggyun mengusap belakang badan Sungwoon, dapat merasakan kepayahan dan pengorbanannya selama ini.

“Jadi kita sekarang hanya perlukan serahkan pita perakam ini kepada polis bukan?” Jisung bersuara.

Sungwoon melepaskan Sanggyun dari dakapannya. “Ya, bersama dengan fail laporan yang diserahkan oleh Dr. Shin. Sekarang, aku hanya harapkan polis dapat beri kerjasama dan tangkap orang yang sepatutnya”

“Kigyeol tak akan dapat larikan diri lagi. Dia tak boleh menyamar sebagai Doohyun selama-lamanya” ujar Daniel pula.

“Aku hanya membantu setakat ini. Lagipun tadi ada keluar berita mengenai dua orang remaja lelaki yang ditangkap kerana membantu Sungwoon hyung”

Daniel dan Sungwoon saling berpandangan. Dua orang remaja yang disebut oleh Sanggyun seolah memberi gambaran siapa yang dimaksudkan.

“Dua orang remaja? Siapa?”

Sanggyun menjungkit bahu. “Pihak polis tak maklumkan identiti dua orang remaja tapi aku rasa korang mesti tahu siapa orang tersebut.”

Daniel mengangguk. “Woojin dan Jinyoung. Kawan Jihoon”

“Jadi sekarang apa Sungwoon hyung nak buat?”

“Aku rasa dah masanya kita berhenti larikan diri dan berdepan dengan pihak polis. Kau dah dapat dua bukti dan sekarang kita harus minta bantuan polis untuk selesaikan kes kau” ujar Jisung, memegang bahu Sungwoon.

Sungwoon mengangguk. “Aku pun tak nak susahkan sesiapa lagi. Kita akan ke balai polis dan serahkan diri bersama dua bukti ni”

Sungwoon kemudian beralih pandang Daniel. “Kau bersedia?” soalnya.

Daniel mengukirkan senyuman tawar dan mengangguk. “Betul kata Jisung hyung, sudah masanya kita berhenti main sorok-sorok dengan pihak polis”

……………………………………….

Pen lukisan yang dipegang diletakkan di tepi. Pergelangan tangan diurut seketika, lenguh. Telefon pintar di dalam beg galas lalu dikeluarkan sambil sekeliling diperhatikan. Hanya dirinya seorang diri ketika itu di samping sebuah mesin yang masih berjalan, menghasilkan bunyi. Bau mesin yang memenuhi ruang sudah menjadi satu kebiasaan. Di atas meja, beberapa duit kertas palsu tersusun di hadapannya.

Skrin telefon dihidupkan dan Jaehwan melepaskan satu keluhan. Tiada sebarang berita baru daripada sesiapa mengenai Jisung. Jaehwan kerisauan.

“Dia ada hubungi kau?”

Satu suara menyapa, memeranjatkan anak muda itu. Pantas Jaehwan bangkit dari tempat duduknya. “Tiada” jawabnya jujur sambil memerhatikan punca suara tersebut yang mendekatinya.

“Kau beritahu aku, kau boleh pujuk Yoon Jisung, tapi sampai sekarang aku tak nampak batang hidung dia. kau cuba nak main-mainkan aku?”

Jaehwan menggeleng laju. “Tak. Bukan macam tu. Saya pun tak sangka yang Jisung hyung akan larikan diri dan bersama dengan Ha Sungwoon. Saya tak tahu kenapa dia ikut Ha Sungwoon”

“Jaehwan ah~”

Jaehwan rasa bahunya dipicit kasar oleh lelaki yang menyapanya tadi. “Kau yang cadangkan kepada aku, yang Jisung pandai melukis, malah lebih baik daripada kau. Kau kata dia boleh jadi macam kau, tapi kenapa dia macam tak nak beri kerjasama? Dia tak tahu kan kau sebahagian dari aku?”

Jaehwan menunduk. “Tak. Dia tak tahu yang saya buat kerja macam ni” nadanya seolah tenggelam dalam penyesalan.

Lelaki itu berkerut. “Mesti dia tak sangka kan, orang yang menyebabkan dirinya diculik adalah kawan baik dia sendiri. Dia mesti terkejut kalau dapat tahu selama ni kau guna bakat kau untuk bantu aku hasilkan duit palsu dan kau yang cadangkan kepada aku untuk gunakan dia sekali sebab bakat dia dalam lukisan lebih baik daripada kau”

Jaehwan kemudian mendongak pandang lelaki itu. “Tolong. Jangan beritahu sesiapa, jangan beritahu Jisung hyung” rayunya dalam pandangan yang terdesak.

Kigyeol mengukirkan senyuman sinis sambil menepuk bahu Jaehwan. “Kita tengok macam mana”


Hmmmm, tak taw la menjadi ke tak elemen suspen saya untuk watak Jaehwan. Kalau tak menjadi, sya minta maaf.//menangis tepi meja //.. Anyway, masa saya tulis ni, saya dah blur, dah kenapa saya tulis macam u, sebab ni firt time saya tulis plot tanpa rangka panjang smpai ending Yes, percaya tak tak, saya masih belum fikirkan ending certa ni. hahahaha. Opps. Anyway, saya tengh dalam idea nak buat cerita pasal lumba kereta. Maybe cerita pendek. Kalau menjadi, nanti saya akn post di Aff. Maybe la. Idea banyak je, cuma mlas nak menulis. Damn damn damn. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^