8. Dunia yang kecil

Antara Subuh dan Senja

Dada berombak turun naik. Nafas yang dihembus keluar laju dan terasa sesak. Bahunya yang cedera dipegang tahan hanya menggunakan tangan. Darah meruak keluar mengalir melalui celahan jari. Sungwoon menjilat bibirnya yang kering. Kepalanya terasa berat dan kakinya terasa lemah namun Ha Sungwoon menguatkan semangat.

“Tak guna. Mereka pergunakan aku” dengusnya sambil bersandar di lorong deretan kedai. lorong yang agak tersembunyi tidak digunakan ramai orang. Sungwoon duduk bersandar, melepaskan lelah. Pergaduhannya dengan Guanlin menyebabkan Sungwoon kehilangan banyak tenaga dan luka di bahunya menambah kesakitan. Wajahnya pucat dan Sungwoon berasa sangat haus.

Sementara Sungwoon berehat, dia teringat akan Daniel dan Jihoon. Bimbang. Risau. Sungwoon harap Daniel dapat mesejnya pagi semalam dan melarikan diri sebelum ditangkap oleh Doohyun.

“Celaka” Sungwoon menyumpah dalam diam. “Berani dia culik aku”

Sungwoon lalu bangkit berdiri dan berjalan ke sebuah kedai runcit kecil di kawasan kedai berdekatan. Paparan akhbar yang dijual menarik perhatian. Sungwoon melihat artikel yang menjadi muka depan akhbar tersebut. Dirinya sendiri. Gambar profilnya sebagai banduan juga gambar yang kabur ditangkap oleh kamera cctv menjadi hiasan tepi artikel tersebut. Sungwoong mengigit bibir sebelum beredar dengan segera.

“Tak guna. Ada letupan dalam keretapi tu? mereka ingat aku yang letupkan keretapi tu? kenapa aku? Haish” Sungwoon merungut dalam nafas yang tidak stabil.

“Aku mesti buat sesuatu. Aku mesti buat sesuatu. Dia dah melampau. Aku tak boleh berdiam diri lagi”

Sungwoon berjalan ke jalan besar dan menahan sebuah teksi.

“Encik, sila bawa saya ke Universiti Haneul”

……………………………………………….

Suasana dalam rumah agam milik Keluarga Lee sunyi seperti biasa. Di ruang tamu, Lee Donghwan menerima tetamu di pagi hari. Doohyun dan Daehwi, dua-duanya menjaga kelakuan di hadapan tetamu mereka.

“Terima kasih kerana memaklumkan mengenai perkara tersebut dan ambil berat keselamatan kami sekeluarga” ucap Donghwan ikhlas kepada dua orang detektif yang menjadi tetamunya itu. Pandangannya kemudian beralih kepada anak bongsunya.

“Mujur kamu tak cedera dalam letupan tersebut. Kamu mesti lebih berhati-hati selepas ni” ujarnya memandang Daehwi yang menunduk.

“Ya ayah” jawab Daehwi, tidak mengangkat muka, merasakan renungan semua orang padanya. “Saya minta maaf buat semua orang risau”

“Saya yang patut minta maaf” Doohyun turun melutut di lantai. Tindakannya menyebabkan kedua-dua detektif Jung Sewoon dan Im Youngmin terkejut.

“Saya tidak tahu yang Sungwoon akan kembali balas dendam. Saya tak sangka yang dia akan pergunakan adik saya kali ini” ujar Doohyun, melutut mengadap ayahnya.

“Bangun. Kamu terlalu baik sebab maafkan lelaki itu dan meminta hukuman penjaranya diringankan” Donghwan memegang lengan Doohyun, menyuruhnya bangkit.

Daehwi hanya merenung pandang tindakan lelaki itu. Sesuatu dirasakan aneh. Dia tahu tindakan Doohyun hanyalah lakonan semata-mata, tapi kenapa ia perlu?

Sewoon dan Youngmin saling berpandangan, memberi isyarat bahawa mereka perlu beredar dari rumah tersebut, dan tidak melibatkan diri dalam drama keluarga Lee.

“Kalau encik Lee Doohyun, atau tuan Lee terima sebarang ancaman atau ugutan, terus hubungi kami. Suspek masih berleluasa jadi kami harap masing-masing dapat jaga keselamatan sendiri. Kami masih berusaha untuk tangkap suspek” ujar Sewoon sebelum bangkit berdiri. Youngmin di sebelahnya ikut sama.

“Terima kasih atas kerjasama yang diberikan” tambah Youngmin pula.

“Suspeknya ialah Ha Sungwoon? Memang dia terbukti bersalah?” celah Daehwi, bangkit berdiri, kali ini, mengangkat muka, memandang dua orang detektif dari balai polis Seoul itu.

Youngmin mengangguk. “Ya, hasil forensik kebakaran juga siasatan polis, suspek utama yang dikenalpasti memulakan letupan tersebut ialah Ha Sungwoon” jawabnya.

“Anak saya tiada di sini semasa peristiwa tujuh tahun lepas berlaku, jadi dia tidak tahu mengenainya” jelas Donghwan pula.

“Ahhh~” serentak reaksi kedua-dua Youngmin dan Sewoon.

“Ini berkaitan kes tujuh tahun lepas, dia mana suspek Ha Sungwoon pernah terlibat dengan….”

“Tak mengapa. Kami boleh beritahu dia sendiri. Saya tak nak takutkan dia” Doohyun memotong percakapan Youngmin.

“Tuan detektif boleh teruskan kerja. Saya akan jaga keselamatan dua-dua anak saya” ujar Donghwan pula. Kedua-dua Youngmin dan Sewoon sempat memberi tunduk hormat sebelum diiringi keluar oleh seorang pembantu rumah.

“Tak nak takutkan saya? Saya bukan budak kecil lagi” Daehwi bersuara seteleh dua orang detektif itu beredar.

Donghwan melepaskan satu keluhan berat. “Daehwi ah~ peristiwa tujuh tahun lepas merupakan kisak buruk abang kamu. Ayah bukan tak nak beritahu kamu, tapi ayah cuma tak mahu hebahkan perkara buruk. Ayah minta kamu jaga diri agar perkara yang sama tidak berulang semula”

“Ayah takut ada orang cuba nak bunuh saya juga? Saya tahu tujuh tahun lepas, abang hampir mati dibunuh, tapi kenapa maafkan pesalah tu dengan mudah? Kenapa tak kenakan hukuman undang-undang yang lebih berat terhadapnya? Kenapa tak suruh mahkamah jatuhkan hukuman mati terhadap…”

“Daehwi ah~” suara Donghwan ditegaskan sedikit.

“Saya harus pergi ke pejabat, sekarang pun dah lewat” Doohyun menunduk sebelum beredar.

Daehwi kembali duduk di atas sofa.

“Jangan cakap pasal isu ni di depan abang kamu. Dia mesti trauma dengan apa yang berlaku”

“Kenapa ayah selalu berpihak pada abang?” soal Daehwi saat ayahnya bangkit berdiri. Soalan Daehwi itu membuatkan Donghwan terhenti seketika.

“Berpihak? Ayak tak pernah berpihak kepada sesiapa. Ayah layan kamu dan abang kamu samarata. Kamu berdua sama-sama anak ayah”

Daehwi mengukirkan senyuman sinis. “Ayah memang selalu berpihak pada abang. Semua abang betul. Malah ayah memilih untuk percayakan abang lebih dari mama”

“Lee Daehwi!” Donghwan meninggikan suara, memandang Daehwi dengan riak marah. “Mana kamu belajar perangai tidak beradap ni? ini mama kamu ajar di luar negara?”

Daehwi tidak berani membalas renungan tajam ayahnya. “Saya minta maaf” ucapnya perlahan sebelum ditinggalkan bersendirian di ruang tamu.

…………………………………………………………………………

“Aneh kan?” Youngmin bersuara sambil memakai pasang tali pinggang keselamatan di tempat duduk penumpang.

Kereta yang dipandu Sewoon sudah masuk ke lebuhraya. Keadaan di jalan raya berjalan lancar memandangkan kebanyakan pekerja sudah memulakan jadual pagi mereka.

“Apa yang anehnya?” soal Sewoon. Pandangannya fokus pada jalan raya.

“Anak bongsu keluarga Lee tu tak tahu apa yang berlaku tujuh tahun lepas. Dia tak tahu yang abangnya hampir mati dibunuh oleh orang yang sama cuba letupkan keretapi semalam. Dia langsung nampak tak takut”

“Dia tiada di korea tujuh tahun lepas, jadi padanlah dia tak faham apa yang berlaku” balas Sewoon pula.

Youngmin hanya mengangguk. “Boleh jadi juga tapi kenapa tiada sesiapa pernah cerita pada dia”

Sewoon mengjungkit bahu. “Aku pun tak faham sebenarnya kes tujuh tahun lepas. Apa yang berlaku pada anak sulung keluarga Lee sebenarnya?”

Youngmin memandang Sewoon kehairanan. “Kes itu diuruskan oleh cawangan Busan bukan? Aku hanya tahu yang suspek Ha Sungwoon pernah disabitkan dengan kesalahan cubaan membunuh, tapi cerita lebih dalam aku tak tahu” Sewoon memaklumkan.

“Ahhhh aku ingatkan kau tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kes tu hangat juga dulu. Aku masa tu sebagai polis peronda lagi. Berita keluar mengatakan seorang remaja sekolah cuba untuk membunuh anak jutawan. Bahagian cubaan membunuh anak jutawan tu masih boleh diterima tapi ramai yang terkejut tidak sangka pesalahnya ialah seorang pelajar sekolah”

“Suspek Ha Sungwoon merupakan pelajar sekolah ketika tu?”

Youngmin mengangguk. “Pelajar tahun akhir tak silap aku. Mereka saling kenal. Ha Sungwoon dan Lee Doohyun”

“Mereka berkawan?”

Youngmin menggeleng. “Rasanya tidak, tapi masa tu, Lee Doohyun juga merupakan pelajar sekolah. Dia terlibat aktif dengan persatuan sukarelawan. Dia dengan persatuan dia ke Busan untuk aktiviti sukarelawan di perkampungan nelayan sana. Mereka mungkin bertemu di sekolah memandangkan sekolah mereka bergabung untuk aktiviti tersebut. Pada satu hari, mereka mendapati Lee Doohyun hilang, tak datang ke mesyuarat yang ditetapkan. Satu kampung mencari dia sampai ke malam, dan malam tu mereka temui Doohyun dengan kesan tikaman di perutnya”

“Dia mati?” Sewoon tertarik mendengar cerita rakan kumpulannya.

“Tak mati. Kita kan baru jumpa dia tadi. Apa kau ni?” nada Youngmin merungut.

Sewoon menggaru kepalanya. “Betul juga tu. Apa jadi lepas tu?”

“Apa lagi, suspek Ha Sungwoon berada dengan dia sambil memegang pisau yang berlumuran darah”

“Apa motif dia buat macam tu? dia ada ugut nak duit ke?”

“Rasanya mereka ada pergaduhan. Biasalah, remaja tak matang. Sepanjang siasatan dilakukan, Ha Sungwoon hanya diam akui kesalahannya dan Doohyun juga meminta supaya hukuman dikurangkan terhadap pesalah”

“Heol~” reaksi Sewoon. Kereta yang dipandu semakin menhampiri kawasan balai polis. “Itu kita nak panggil baik hati atau bodoh sebab Ha Sungwoon keluar dari penjara dan cuba untuk bunuh adik dia pula”

…………………………………..

Jihoon dan Daniel berdiri sebelah menyebelah di hadapan sebuah rumah agam besar. Kedua-duanya mendongak rumah yang tersergam itu.

“Ini rumah orang yang Sungwoon hyung tulis tu?”

Daniel mengangguk sambil melihat skrin telefonnya, membaca nota yang disalin. “Teksi tadi berhentikan kita di sini, jadi mungkin ini adalah rumah lelaki bernama Noh Taehyun itu”

Mereka berdua jalan melalui sebuah laluan luas dan taman yang menghijau. Langkah Daniel agak besar, maka Jihoon terpaksa melajukan langkah, menuruti rapat di belakang lelaki itu.

“Aigoo ya~”

Kedua-dua mereka berhenti, menoleh pandang suara yang menegur. Seorang lelaki berkaca mata hitam dengan baju tee ringkas dan seluar pendek menampakkan lutut berjalan menghampiri mereka.

“Sungwoon ah~” lelaki itu mendapatkan Jihoon, memeluk rapat sambil menepuk belakang badannya. “Cepat kau keluar”

Jihoon dan Daniel tersentak.

“Saya bukan.. bukan” Jihoon menggeleng, menolak perlahan lelaki itu dan melangkah sedikit ke belakang.

“Hmmm?” lelaki itu menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai sebelum ketawa besar.

“Aigoo~ aigoo~ aku ingatkan Ha Sungwoon tadi”

Daniel dan Jihoon saling berpandangan.

“Saya nak berjumpa dengan seseorang bernama Noh Taehyun” Daniel bersuara, hairan melihat lelaki yang datang menerpa mereka secara tiba-tiba.

“Aku lah orangnya. Noh Taehyun” balas Taehyun sambil mengerling pandang Daniel yang tinggi darinya. “Kau mesti Kang Daniel kan. Sungwoon banyak cerita pasal kau”

“Dan kau pula mesti adik dia kan, Ha Jihoon” Taehyun kembali pada Jihoon pula.

Kedua-dua mereka mengangguk. “Saya datang sebab Sungwoon hyung suruh kami datang ke sini. Dia…”

“Aku tahu. Aku tahu” Taehyun menyangkut cermin mata hitamnya di kolar baju. “Rumah aku ada tv, internet. Berita mengenai Sungwoon dah kecoh”

“Dia tak buat semua tu, berita tu….”

“Aku tahu” sekali lagi Taehyun mencelah. “Mari masuk dulu. Setidaknya aku perlu beri korang minuman”

………………………………………………..

Baju seragam yang dipakai segera ditanggalkan dan disumbat ke dalam beg galas yang dibawa bersama. Woojin dan Jinyoung berjalan laju, mengelak dari pandangan sekeliling yang mungkin dapat mengagak bahawa mereka berdua ponteng sekolah.

Langkah Woojin berhenti sebaik mereka berdua tiba berhampiran kawasan perumahan kawan mereka, Jihoon.

“Kenapa?” Jinyoung bertanya, sebelum sebuah kenderaan polis melintasi depan mereka. Jinyoung dan Woojin serentak menunduk. Kemudian beberapa kenderaan biasa mengekori kereta polis tadi. Kenderaan itu berhenti di hadapan rumah Jihoon.


“Apa polis buat di depan rumah Jihoon?”

“Apa lagi? nak tangkap abang Jihoon tu” jawab Jinyoung yang berada di belakang Woojin. Mereka berdua bersembunyi di belakang tiang lampu tidak jauh dari rumah Jihoon.

“Jihoon? Dia macam mana?”

“Entah. Rasanya dia dah takde dalam rumah. Kan kau cakap masa kau telefon tu, Jihoon mungkin ada di luar, rasanya Jihoon dah larikan diri dengan abang dia”

Woojin menoleh pandang Jinyoung. “Kenapa pula Jihoon mesti larikan diri bersama? Bukan dia buat salah?”

“Mana aku tahu!” balas Jinyoung sebelum menarik Woojin lebih rapat. Terkejut apabila melihat salah seorang pegawai polis yang keluar dari kenderaan yang berhimpun di depan rumah Jihoon. “Tu abang aku”, ujarnya.

“Abang kau? Minhyun hyung?” Woojin melirik pandang pegawai polis yang sedang berjalan menghampiri rumah Jihoon tu. “Rasanya dia terlibat dengan kes abang Jihoon ni”

Jinyoung mengangguk. “Macam mana ni?”

“Kenapa?”

“Abang aku tahu Jihoon tu kawan aku. Nanti dia mesti akan tanya aku juga mengenai abang Jihoon. Kita kan dah janji dengan Jihoon untuk tidak beritahu sesiapa mengenai abang dia”

Woojin menggigit bibir, juga tidak tahu jawapan untuk soalan Jinyoung itu.

………………………………………

Cermin di tandas memantulkan wajah Daehwi yang berang. Sebelah tanganya memegang telefon yang dilekapkan pada telinga kanannya. Daehwi bercekak pinggang.

“How can he escape?” Daehwi menahan dirinya daripada menjerit. Bimbang orang lain mendengar perbualan mereka walaupun hanya dirinya seorang yang berada dalam tandas ketika itu.

“I will explain later. For now, yes I lost him. You don’t have to worry since I know his whereabout right now. Don’t think im stupid enough to just let him go like that”

“I know. I know. I trust you. Please Guanlin, I want him alive. He’s wanted suspect right now. Police want him. So does me. So I hope you find him before the police” suara Daehwi tegas. Dia dapat mendengar keluhan Guanlin di hujung talian sebelum panggilan itu dimatikan.

……………………………………

Minhyun berdiri kaku di ruang tamu rumah sementara Seongwoo mengeledah dalam salah sebuah bilik rumah yang mereka kenalpasti sebagai tempat tinggal Ha Sungwoon.

“Kenapa detektif Hwang?” tegur salah seorang polis peronda yang membawa mereka ke rumah tersebut.

Minhyun menggeleng sebelum melepaskan satu keluhan berat. “Awak pasti ini rumah dalam alamat yang kami nyatakan?” soalnya mendapatkan kepastian.

Pegawai polis peronda itu mengangguk yakin. “Kenapa?”

Sekali lagi Minhyun menggeleng sebelum menuruti Seongwoo ke dalam salah sebuah bilik.

“Minhyun ah~ ini….” Seongwoo mencapai salah satu gambar yang berada di atas meja kecil sebelah katil.

Minhyun mengangguk sebaik melihat gambar yang ditunjukkan oleh Seongwoo itu. “Ya. Itu adik aku”

“Detektif Hwang, Detektif Ong” salah seorang pegawai polis mendapatkan mereka berdua. Sebuah fail keras diserahkan kepada Ong Seongwoo. “Maklumat mengenai pemilik rumah ini”

“Terima kasih” ucap Seongwoo sebelum membelek baca maklumat yang dikepilkan dalam fail tersebut.

“Kang Daniel. Park Jihoon. Mereka tinggal di sini sejak lima tahun lepas. Kang Daniel, pekerja kafe dan Park Jihoon pula merupakan pelajar tahun akhir sekolah menengah tinggi”

Seongwoo memandang Minhyun terkejut. “Macam mana kau tahu?” matanya laju membelek maklumat dalam fail tersebut, sama seperti apa yang dikatakan oleh Minhyun.

“Aku kenal mereka. Jihoon adalah kawan adik aku. Aku pun pernah berjumpa sekali dua dengan Kang Daniel” balas Minhyun sebelum bergerak ke luar dari bilik Jihoon itu.

“Yah, kenapa kau tak beritahu?” Seongwoo menuruti langkah Minhyun.

“Mana aku tahu yang mereka berdua ada kaitan dengan Ha Sungwoon” Minhyun berkata jujur.

“Kalau dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara, Park Jihoon adalah adik kepada Ha Sungwoon. Nama asalnya ialah Ha Jihoon sebelum diubah pada enam tahun lepas” Seongwoo membaca salah satu maklumat yang tertera.

“Ahhhhh, Jihoon adalah adik Sungwoon” Minhyun kini dapat mengaitkan.

“Dunia ni sangat kecil” komen Seongwoo pula.

“Aku akan hubungi sekolah untuk bertanya mengenai Jihoon samada dia ke sekolah atau tidak pada hari ini. Kau pula periksa kafe di sekitar kawasan berdekatan. Seingat aku, Daniel berkerja di sebuah kafe makanan barat”

Seongwoo mengangguk.

………………………………….

Jisung memandang sekeliling. Matanya terasa berpinar melihat cahaya matahari terik. Kenderaan lalu lalang di jalan raya besar berhadapannya. Jisung dan kerumunan beberapa orang berdiri di tepi jalan, menunggu lampu melintas menyala hijau. Jisung hanya menunduk dengan adakalanya tangannya menutup pegang dahi.

Dia dalam buruan. Seseorang cuba menculiknya. Jisung tahu dirinya dalam bahaya sekarang dan dia dalam dilemma untuk melarikan diri. Ke mana dia harus pergi? Dia tidak mempunyai apa-apa, telefon dan duitnya ditinggalkan di dalam beg bersama Jaehwan. Jisung juga risau dan ingin tahu bagaimana keadaan Jaehwan. Adakah nasibnya sama seperti Jisung? adakah Jaehwan juga diculik?

Lampu bertukar hijau dan beberapa kenderaan berhenti di depan garisan kuning. Orang mula menyerbu, menggunakan kesempatan itu untuk melintas jalan. Beberapa terlanggar bahu Jisung. Kakinya melangkah sama, menggunakan kerumunan tersebut untuk menyembunyikan diri dari apa sahaja yang cuba mencarinya. Di depan stesen bas, Jisung memandang laluan perjalanan bas. Nama satu tempat menarik perhatiannnya. Setidaknya di situ, Jisung boleh mendapatkan bekalan duit, baju untuk ditukar dan bersembunyi.

…………………………………………

Guanlin menyarung pakai topi biru gelap. Pipinya yang terluka disentuh pegang sebelum menyarung pakai penutup mulut berwarna hitam. Luka tersebut kini sudah ditutup dengan pembalut luka. Bajunya berwarna kelabu dipadankan dengan seluar jeans biasa. Guanlin kemudian meraba pegang pergelangan tangan, merasakan sesuatu seperti hilang. Guanlin meraba cari di atas katil dan di atas rak depan katil.

“Damn it. He took my watch”

Di atas katil, komputer ribanya masih dalam keadaan hidup terbuka. Paparan skrin menunjukkan sebuah titik berwarna merah menyala dan berkelip-kelip. Titik tersebut bergerak perlahan dan Guanlin memerhatikan kawasan titik tersebut menyala.

“Where do you think you can run away?” monolog Guanlin sendirian sebelum menutup simpan komputer riba tersebut ke dalam beg galasnya. Beg tersebut kemudian disarung pakai di belakang badannya. Kunci kereta di rak kecil sebelah katil dicapai.

“Im coming Ha Sungwoon”

……………………………………..

Sebuah teksi memberhentikan kenderaan di hadapan Fakulti Seni dan Deria.

“Encik, maaf saya tak dapat bayar tunai. Hanya ini dapat saya beri sebab saya tak bawa sebarang duit” Sungwoon menghulurkan seutas jam tangan berjenama yang sempat diambil pagi tadi dalam bilik hotel sebelum dia melepaskan diri.

“Eh tak boleh macam ni. Encik kena bayar” pemandu tersebut enggan menerima namun tangan Sungwoon mengigil memberinya dan laju keluar dari perut kereta.

“Encik, encik” pemandu itu menurunkan cermin kereta memanggil namun Sungwoon langsung tidak menoleh belakang, melajukan langkah sebelum hilang ke dalam bangunan di hadapannya. Pemandu itu melihat semula jam tangan yang diberikan oleh Sungwoon itu. Terdapat calitan darah kesan tangan Sungwoon yang memegang. Pemandu itu kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya, mendail telefon beberapa digit nombor.

“Hello, ini pihak polis ya?”

………………………………………….

Jari jemarinya berpusing main dengan sebatang pen sementara tangan kanannya memegang kepala. Skrin komputer yang terpasang diabaikan. Beberapa fail di atas meja tidak dipedulikan. Lee Doohyun keresahan. Telefon di atas meja kerap kali dipandang, mengharapkan berita baik daripada kawan baiknya Chanbin. Separuh perasaannya lega kerana semua media menyalahkan Sungwoon dan polis menumpukan perhatian dalam mencari Sungwoon. Namun dalam masa, Doohyun resah kerana Sungwoon masih tidak ditemui. Ke mana dia pergi? Malah kehilangan Jisung juga membimbangkan Doohyun.

Doohyun keliru dan tidak faham bagaimana Sungwoon boleh melarikan diri dalam keretapi itu dan Doohyun takut jika Sungwoon menerima bantuan dari mana-mana pihak.

…………………………………………

Daniel dan Jihoon duduk di salah sebuah sofa mewah di sudut ruang tamu rumah Noh Taehyun yang luas. Kedua-dua mereka terasa kerdil.

“Jemput minum” seorang pembantu rumah menghidangkan dua gelas minuman kepada tetamu itu.

“Aku dah agak Sungwoon mesti akan terlibat dengan masalah. Dia tak nak dengar cakap aku masa di dalam penjara dulu” ujar Taehyun, berdiri di hadapan tetamunya namun pandanganya mengadap ke luar melalui dinding kaca lutsinar di ruang tamu tersebut.

“Saya tidak tahu macam mana dan apa kaitan Sungwoon hyung dengan letupan tersebut tapi saya pasti dia dipergunakan. Saya tahu dia tak bersalah” balas Daniel usai meneguk habis minumannya. Jihoon di sebelahnya juga berbuat yang sama, memerhati tiru setiap tindakan Daniel.

“Betul. Dia dipergunakan” Taehyun mengangguk sebelum berpaling menoleh Daniel dan Jihoon. “Jadi apa korang nak buat?”

“Saya nak tolong Sungwoon hyung, balas dendam. Jadi saya nak minta tolong Taehyun hyung jagakan Jihoon di sini sementara waktu” balas Daniel sebelum menunduk kepada lelaki itu.

“Hyung” Jihoon agak terperanjat dengan apa yang Daniel katakan. “Saya tak nak tinggal sini”

“Kau mesti. Kau kena faham, Sungwoon hyung dan aku buat semua ni demi kau” Daniel mengangkat muka, memandang Jihoon di sebelahnya dengan pandangan serius.

Jihoon menggeleng laju sambil memegang paut lengan Daniel. “Hyung tak boleh tinggalkan saya. Saya nak ikut. Kalau hyung nak balas dendam, saya pun ikut serta”

“Tak boleh” Daniel menarik lepas tangan Jihoon. “Terlalu bahaya”

“Hyung!” Jihoon menguatkan genggamannnya. “Sungwoon hyung adalah abang saya. Selama ni saya dah salah faham terhadap saya. Saya juga nak tolong tuntut bela. Saya bukan budak kecik lagi”

Taehyun mendengus perlahan. “Yah, ini drama siaran berapa?”

Teguran Taehyun menyebabkan kedua-dua Daniel dan Jihoon terdiam.

“Kalau budak ni nak ikut, biar dia ikut”

Daniel menggeleng laju. “Tak boleh. Dia masih kecil lagi dan terlalu bahaya untuk dia”

“Kau bukan pelajar sekolah menengah rendah kan? Kau biasa main game pistol? Kau tahu memandu?”

Jihoon mengangguk laju. “Saya pelajar sekolah menengah tinggi, dan saya tahu memandu”

“Jihoon ah~” Daniel mencegah.

“Hmmm” Taehyun meraut pegang dagunya. “Aku rasa ada baiknya kau bawa dia sekali. Aku boleh tolong perkara yang lain. Kau mesti ke Seoul semula dan dapatkan Sungwoon. Kemudian hubungi aku bila kau dan Sungwoon perlukan bantuan”

…………………………………………

Minhyun masuk ke dalam sebuah kafe setelah mendapati Seongwoo duduk di salah sebuah meja makan kafe tersebut.

“Macam mana?” soalnya mendekati Seongwoo.

“Daniel memang bekerja di sini tapi kali terakhirnya dia datang ialah semalam. hari ini mereka tidak dapat hubungi Daniel. Telefonnya juga dimatikan. Menurut pekerja di sini, Daniel memang ada menunjukkan kelakuan aneh dan seperti keresahan selepas berita letupan keretapi tu disiarkan di televisyen” jelas Seongwoo sebelum seorang pekerja menghantar minuman dan macaron yang diorder tadi.

“Terima kasih” ucap Seongwoo sebelum pekerja itu beralih kepada Minhyun. “Encik nak order apa-apa?”

Minhyun mengeleng balas.

“Macam mana dengan sekolah?” soal Seongwoo pula setelah pekerja itu beredar. Air minumannya disedut minum.

“Cikgu dia pon maklumkan bahawa Jihoon tak hadir ke sekolah hari ini”

“Mereka memang sah larikan diri bersama”

Minhyun mengangguk sebelum mencapai ambil satu kuih macaron milik Seongwoo.

“Yah! Order la sendiri” Seongwoo menepis tangan Minhyun namun kuih itu laju disumbat makan ke dalam mulut.

Minhyun ketawa kecil sebelum telefonnya di dalam poket seluar bergetar.

“Hello?” Minhyun menjawab panggilan yang diterima dengan mulut yang penuh.

Seongwoo diam membaca reaksi Minhyun, dapat mengagak panggilan penting yang diterima. Air minumannya dihulur beri membantu Minhyun menelan hadam makanan dalam mulutnya.

“Hmm! Baik! Kami ke sana sekarang” ujar Minhyun sebelum menyimpan semula telefonnya. Air minuman Seongwoo diminum laju.

“Sungwoon sudah dikesan” ujarnya lalu bangkit berdiri. Seongwoo menurutinya.

“Mana?”

“Universiti Haneul”

……………………………………………………….

 


Hello? Masih ada manusia yang baca cerita ni kan?? XD

Sebab saya tgk views untuk cerita ni macam tak berganjak dah beberapa bab. Rasa macam saya seorang je yang baca. Lol. 

Anyway mansae!Noh Taehyun cameo. Memang dah lama plan nak masuk watak dia. mulanya nak buat dia watak jahat tpi tak sampai hati. Saya ada tulis scene dia berkawan dgn Sungwoon di penjara tapi tpkasa di cut sebab meleretkan cerita ni dan sya tak nak bab ni terlalu panjang. I want to keep the suspense of Onghwang kejar Jicloud. 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^