12. Penipuan

Antara Subuh dan Senja

“Jihoon ah~”

“Hoon ah~”

Badannya terasa panas manakala kakinya terasa sejuk. Anak rambutnya basah dengan peluh sendiri. Jihoon membuka mata. Kepalanya terasa berat. Pergerakannya terasa terbatas. Jihoon melihat tangannya diikat pada kepala katil dan kedua-dua kakinya yang diikat rapat. Jihoon pana seketika. Apa yang berlaku?”

“Kau duduk sini dulu. Jangan pergi ke mana-mana”

Kata-kata Daniel terngiang-ngiang dalam mindanya. Di mana dia sekarang? Jihoon mengerling sekeliling, melihat keadaan bilik hotel yang mewah. Dirinya terbaring atas katil yang besar dan mempunyai sebuah pemanas udara yang dihidupkan di tepi katil. Langsir di tepi bilik tidak dibuka, dan keadaan agak kelam. Jihoon kemudian teringat yang dia diserang oleh seseorang dalam bangunan lama.

Jihoon menelan air liur, mukanya pucat. Nafasnya laju. Jihoon ketakutan. Pelbagai persoalan bermain dalam fikirannya. Di mana dia sekarang? Siapa yang menculiknya? Adakah Doohyun yang menculiknya? Di mana Daniel dan Sungwoon? Apa akan berlaku padanya? Berapa lama dia tidak sedarkan diri?

……………………………………………….

Tangan yang menggengam pegang stereng laju membuat pusingan patah balik. Titisan air hujan yang belum kering pada wajahnya dibiarkan. Jantungnya berdegup laju.

“Kenapa kau tinggal dia di sana?!!” Sungwoon meninggikan suara.

“Apa kau buat ni” Jisung memegang tahan stereng kereta, tidak membenarkan Sungwoon patah balik. “Jangan beritahu aku yang kau akan patah balik untuk kutip budak tu”

“Dia adik aku!” dada Sungwoon turun naik, diselangi nafasnya yang kencang.

Daniel mengigit bibir, dihimpit rasa bersalah kerana meninggalkan Jihoon keseorangan dalam bangunan tadi.

“Dia mungkin keseorangan di sana! Dia mungkin menunggu aku untuk patah balik!”

“Tak boleh!” Jisung menghalang. “Polis masih ada di sana! Kalau adik kau ada di sana, dia mesti sudah ditangkap oleh pihak polis tu”

Daniel memegang kedua-dua Jisung dan Sungwoon yang berada di tempat duduk hadapan. Dirinya takut untuk bersuara. Separuh hatinya ingin patah balik dan mencari Jihoon dalam bangunan itu, namun separuh lagi bersetuju dengan apa yang dikatakan Jisung.

“Aku tak akan benarkan mereka ambil adik aku!”

Buk

Jisung menumbuk Sungwoon. Lelaki itu terkejut, hampir terlepas pegangan stereng dan kereta tersebut hampir melanggar bahu jalan sebelum dikawal semula oleh Sungwoon. Daniel juga terkejut dengan tindakan Jisung.

“Mereka tak akan buat apa-apa pada adik kau. Adik kau akan selamat dalam tangan pihak polis. Kita akan bebaskan dia, tapi bukan malam ni” tegas Jisung.

Sungwoon mengelap hidungnya yang berdarah dan memandang Jisung di sebelahnya dengan pandangan geram. Bibirnya diketap kuat.

“Hyung” Daniel bersuara, cuba menenangkan Sungwoon, memegang bahu lelaki itu.

“Jangan sentuh aku!” Sungwoon menepis tangan Daniel. Marahnya masih tidak hilang.

“Aku tahu kau risau. Tapi aku yakin adik kau boleh jaga rahsia kau dan jaga diri sendiri” ujar Jisung, sempat menoleh pandang Daniel yang diselubungi rasa bersalah. Wajah Sungwoon naik merah, dan cuaca hujan yang sejuk tidak membantu menghilangkan rasa panas dalam badannya.

……………………………………………………

Di salah sebuah restoran berdekatan hotel, Guanlin menunggu di meja yang sudah ditempah. Jarinya mengetuk meja beberapa kali. Perutnya sudah kelaparan. Sejak pagi tadi dia tidak menjamah sebarang makanan berat kecuali gula-gula getah dan sebungkus roti di hotel.

Seorang lelaki muda menjengah masuk ke dalam restoran yang membuatkan Guanlin tersenyum.

“You’re late” tegur Guanlin sebaik lelaki tu mengambil tempat di mejanya.

“Why bother? Are you that hungry?”

“Im starving. Can we order now?”

“Sure, but I just want a cup of hot chocolate. Im already had my dinner at home”

“Lucky bastard” balas Guanlin sebelum memanggil pelayan kedai makan tersebut dan membuat pesanan makanan. Beberapa menu makanan disebut lancar memandangkan Guanlin sudah memilih menu apa yang dia ingin ketika menunggu tadi. Selesai membuat pesanan, Guanlin melihat pandang seseorang yang memerhatikan mereka di luar kedai.

“Daehwi, who’s that? He keep looking at us”

Daehwi memandang ke luar tingkap sebelum mengeluarkan telefon pintarnya. “Actually he’s only look at me. He’s my driver. Eun Hoseok. He won’t let me go anywhere alone. So just pretend to be my bestfriend from school and talked like we discuss school thing”

“You gonna let him wait outside? In the rain?”

“He don’t really mind” balas Daehwi bersahaja. “So how’s that boy?” soalnya, mengenai topik penting yang ingin dibincangkan. Telefonnya diletakkan di atas meja.

“Still sleeping. Don’t worry as he won’t escape like his brother this time”

Daehwi memincingkan mata memandang Guanlin. “Somehow I can’t trust your word”

“Then go find another damn person to do this kind of job. I got low paid for this. I only do this because you’re my friend” Guanlin membalas jelingan tajam Daehwi.

Sebuah cawan hot chocolate lalu dihidang di atas meja. “Terima kasih” ucap Daehwi kepada pelayan tersebut sebelum beralih kepada Guanlin semula. “Well, I think you kinda loose your skill. I means, how can you make mistake and took the wrong person”

“You should take a look at his face. They kinda look alike”

“Lai Guanlin, they’re brothers. Of course they kinda look alike”

Guanlin tersentak dengan kebenaran kata-kata Daehwi.

“Never mind. Lets see him after this” Daehwi bersuara setelah Guanlin diam seketika. Guanlin diam merasakan kekalahannya bertengkar dengan Daehwi. Dia tidak dapat menafikan kata-kata Daehwi. Bahkan dirinya sendiri terkejut melihat Jihoon, dan Guanlin juga menyalahkan diri sendiri kerana tersalah tangkap orang yang sepatutnya.

“By the way Guanlin, your korean kinda have some good improvisation. You did well in the train coach. Maybe you should try to be an actor” ujar Daehwi, cuba mengambil hati rakannya itu.

Guanlin tersenyum lebar. “I can pass as a korean now, right? I can understand what they said”

“They?” Daehwi memandang sekeliling. “Who?” soalnya, sambil merendahkan suara.

“The person we’re looking for, the wanted person” balas Guanlin tidak mendedahkan nama Sungwoon. Daehwi mengangguk faham.

Kemudian seorang pelayan datang menghidangkan makanan yang dipesan oleh Guanlin. Sepinggan nasi goreng kimchi dan semangkuk toppoki, juga sepiring kecil kimbap yang dihiris kepada beberapa keping. Minuman yang dipesan oleh Guanlin ialah teh barli suam.

“You’re gonna eat all of this? Even you taste will change to korean soon” ujar Daehwi dapat melihat keterujaan pada wajah rakannya itu. “So? What they talked about?”

“They talked about going to find someone, named Sanggun or Seonggyun? I don’t recall the name but they clearly mention about revenge” jelas Guanlin sambil merasa sesudu penuh nasi goreng yang terhidang depannya.

“Revenge?”

Guanlin mengangguk. “I think you already know to who”

“My brother isn’t?”

Guanlin mengangguk lagi sambil memejam mata menikmati makanan dalam mulutnya. “Ya, this is good. Sedap”

Daehwi diam seketika, berfikir. Kenapa Sungwoon dan Jisung berpakat untuk membalas dendam terhadap abangnya? Adakah semuanya saling berkait dengan kes tujuh tahun lepas

“How about you? Did you get any information about your brother’s old case?”

Daehwi tersentak. Lamunannya mati. “Ha?” soalnya pana.

“Well, you basically living in the same house. Did you get any information or you still need information from that person?” Guanlin memetik jarinya di hadapan wajah Daehwi.

Daehwi tunduk memicit kepalanya. “I still want to know why that person become my brother’s friend and why did my brother willingly want to become friend of the person that want to kill him? there’s might some info but i need to know from that person himself” balas Daehwi, tekad tetap ingin mendapatkan Sungwoon untuk mencari jawapan kepada persoalannya. Daehwi yakin Sungwoon mengetahui rahsia Doohyun yang disembunyikan daripada semua orang.

…………………………………

Ong Seongwoo berdiri di hujung katil, menunggu rakan kerjanya yang sedang dirawat oleh jururawat. Rambutnya yang basah juga sudah kering. Bajunya masih lembap dan terdapat kesan tompokan air hujan. Kaki seluarnya juga kotor. Seongwoo hanya memerhatikan luka goresan pisau di lengan Minhyun yang dalam itu dicuci dan dibalut kemas.

“Encik kena selalu cuci luka dan jangan terlalu aktif menggunakan tangan belah ni” ujar jururawat itu setelah selesai melaksanakan tugasnya. Dia sempat memberi tunduk hormat kepada Seongwoo sebelum beredar.

“Macam mana?”

“Pedih” jawab Minhyun jujur sambil menyarung pakai kasutnya semula. Tangan kanannya terasa pedih dan sakit, juga sedikit berat kerana balutan tersebut.

“Mereka dah melampau” ujar Seongwoo, mendekati Minhyun, cuba membantu lelaki itu untuk bangkit berdiri.

“Aku ok” balas Minhyun, sempat tersenyum.

“Aku dah beritahu Ketua Lee. Dia suruh kau balik berehat. Adik kau pun aku dah beritahu” Seongwoo lalu menyerahkan telefon, dompet dan lencana milik Minhyun yang dipegang tadi.

“Kenapa kau beritahu adik aku?” nada Minhyun tidak puas hati sambil menyimpan barang-barang tersebut ke dalam poket seluarnya. Pergerakannya agak lambat kerana menggunakan hanya satu tangan.

“Hyung!”

Kedua-dua Seongwoo dan Minhyun menoleh pandang suara tersebut. Jinyoung berlari ke arah mereka berdua.

“Hyung! Macam mana hyung boleh cedera? Hyung ditembak?” soal Jinyoung cemas melihat balutan luka di lengan kanan Minhyun.

Minhyun mengusap rambut adiknya yang membawa sekali payung. “Hyung tak apa-apa. Cedera ditoreh pisau sahaja. Tak teruk”

Jinyoung menoleh pandang Seongwoo di sebelah abangnya pula yang kelihatan tidak cedera namun dalam keadaan yang agak tidak terurus.

“Kau boleh bawa abang kau balik dan suruh dia berehat. Dia boleh kembali kerja pagi esok” balas Seongwoo dapat merasakan renungan Jinyoung. “Oh ye, kau kawan dengan Jihoon kan?”

Jinyoung menelan air liur dan memandang Minhyun dengan riak wajah risau.

“Kau mesti tahu kan apa yang berlaku pada Jihoon?”

Jinyoung mengepal erat buku lima tangannya disisi. Dia tahu soalan dan nama Jihoon akan ditanya kepadanya.

“Jihoon bukan orang jahat” Jinyoung bersuara dalam nada rendah.

Seongwoo memegang bahu Jinyoung, memandang tepat anak mata adik Minhyun itu. “Dia ada hubungi kau? ada dia beritahu kau apa-apa?”

“Seongwoo ah~” Minhyun cuba mengalihkan tangan Seongwoo dari bahu adiknya namun genggaman Seongwoo agak kuat.

Jinyoung menggeleng. “Tiada” bohongnya sebelum menoleh pandang Minhyun. “Saya tak tahu apa-apa mengenai Jihoon dan abangnya tapi saya yakin Jihoon dan abangnya tidak bersalah”

“Macam mana kau tahu?” Seongwoo menggoncang bahu Jinyoung.

“Saya kawan dia!” balas Jinyoung, menolak Seongwoo menjauhinya.

“Jinyoung ah~” Minhyun memegang tangan Jinyoung.

“Betul hyung. Jihoon tak akan bersubahat dalam perkara yang jahat. Hyung pun kenal dia”

Seongwoo tersenyum sinis. “Kau tahu siapa yang lukakan abang kau? Siapa yang buat ni semua pada abang kau? Ha Sungwoon. Abang kepada kawan kau”

…………………………………………

Guanlin menyapu sauk kad pada pemegang kad sebelum membuka pintu hotelnya. Kali ini Guanlin agak berhati-hati, membuka pintu dengan berhati-hati sebelum melangkah masuk. Keadaan dalam bilik masih sama seperti ketika ditinggalkan. Tiada sebarang tanda pecah masuk atau keluar. Lampu dihidupkan, menerangkan suasana kelam dalam bilik hotel tersebut dengan langsir yang masih menutupi ruang tingkap.

“He’s still here” ujar Guanlin, memberi isyarat kepada Daehwi untuk masuk. Daehwi yang dari tadi tercegat di muka pintu akhirnya melangkah masuk.

“Oh, you’re wake up already” Guanlin melihat Jihoon dalam kedudukan duduk sambil cuba melepaskan ikatan tangannya.

Daehwi menghampiri Guanlin, berdiri di sebelahnya sambil memandang Jihoon. Terdetik rasa kasihan melihat keadaan Jihoon. “He’s Park Jihoon?” soalnya.

“Yes” jawab Guanlin sambil mendekati Jihoon.

“Jangan dekat!” Jihoon bersuara, cuba menjauhi Guanlin. Suaranya serak.

Guanlin memandang Daehwi sebelum kembali pada Jihoon. “Don’t worry. I won’t eat you. Im full already”

Jihoon diam memandang lelaki yang menggunakan bahasa asing itu dan lelaki yang masih berdiri di hadapan katil.

“Apa korang nak? Korang diupah oleh Doohyun?” Jihoon masih berusaha untuk melepaskan tangannya yang diikat. Pergolangan tangannnya mulai merah, kesan pergelutan dengan tali kasar yang mengikat.

Daehwi membulatkan mata sebaik mendengar nama itu disebut oleh Jihoon.

“Kau kenal Doohyun?”soalnya, mencapai sebuah kerusi lalu bergerak ke bahagian tepi katil sebelum duduk di sebelah katil itu.

Jihoon diam memerhati. Siapa mereka? Apa mereka nak?

“Aku tanya ni, kau kenal Doohyun?” Daehwi mengulang soalannya.

“Should I ask in mandarin? Maybe he doesn’t understand korean anymore” celah Guanlin, melabuhkan punggung di hujung katil.

Jihoon menarik kakinya, menjauhi Guanlin. Peluh menitik dari dahinya.

“Yah, aku tanya ni. Mana kau kenal Doohyun? Abang kau ada sebut pasal Doohyun?”

Jihoon memandang Daehwi yang secara tiba-tiba menyebut mengenai abangnya. “Aku tak tahu” gelengnya

Daehwi menghembuskan nafas berat. Dia berasa geram apabila Jihoon enggan memberi kerjasama. “Aku tahu abang kau nak balas dendam terhadap Doohyun. Kau kena beritahu aku, kenapa?”

Jihoon menggeleng lagi.

“Kenapa susah sangat….”

“Hey stop it” Guanlin mencelah. “Im think he’s sick” ujarnya merapati Jihoon. Jihoon cuba menjauhi tapi tangannya terikat. Guanlin memegang sentuh dahi Jihoon yang terasa panas.

“Why?” soal Daehwi.

“I think he has a fever. He’s burning”

Daehwi turut menyentuh tempat sama, sebelum perasan mata Jihoon yang merah dan dahinya yang berpeluh. Dia tidak sangka yang Jihoon jatuh demam.

“So how?” Guanlin menjungkit bahu.

“What else? Go find damn medicine before he die here”

…………………………………………………………

Daniel merasakan badannya dalam kenderaan yang bergerak. Cerak matahari membiaskan cahaya melalui tingkap, mengenai wajahnya. Daniel pantas buka mata dan bangkit bangun.

“Hyung” Sungwoon kelihatan sedang memandu dan Jisung di sebelahnya kelihatan masih tidur.

“Aku nak cari Jihoon” ujar Sungwoon, memandu laju, menuju ke bangunan semalam.

Daniel menggosok mata. dia tidak sedar bila dia mula terlelap. Dari tempat duduk belakang, dia memerhatikan Sungwoon yang kelihatan pucat dengan lingkaran gelap bawah mata. Dia yakin lelaki itu tidak tidur semalaman, pasti risaukan Jihoon.

Sebaik tiba di bangunan yang sama semalam, Sungwoon memberhentikan kenderaan agak jauh, memerhatikan kawasan sekeliling. Jisung terbangun apabila menyedari kenderaan mereka sudah berhenti.

“Niel, kau pergi tengok” arah Sungwoon, masih melilau pandang sekeliling.

Daniel membuka pintu kereta dan melompat turun dari kenderaan tersebut. Sepucuk pistol dipegang sebagai senjata pertahanan. Dia masih ingat akan pegawai polis semalam dan dia tidak mahu berdepan dengan situasi yang sama.

“Mereka dah tiada?” soal Jisung, masih mamai mengantuk tapi memaksa matanya untuk bertahan.

“Aku rasa mereka dah tiada” balas Sungwoon tidak memandang Jisung.

Daniel berjalan dengan hati-hati. Hujan yang turun malam tadi menyebabkan banyak lopak air di sekitar bangunan tersebut. Daniel masuk ke dalam bangunan.

“Jihoon” Daniel memanggil.

Senyap. Tiada balasan kecuali suaranya sendiri yang bergema.

“Jihoon ah~ ni aku. Daniel”

Suara Daniel tidak bersahut. Anak muda menjadi semakin risau.

“Yah Park Jihoon!” jerit Daniel. Namun masih tiada sahutan. Daniel melepaskan satu keluhan. Tangannya yang mengangkat pegang pistol diturunkan dan Daniel berlari kembali kepada Sungwoon dan Jisung yang menunggu.

Sungwoon berasa kecewa apabila melihat Daniel berlari ke arahnya, bersendirian. Kepalanya menunduk sentuh stereng kereta.

“Dia tiada dalam sana?” soal Jisung sebaik Daniel membuka pintu kereta dan menyusup masuk.

Daniel mengangguk. “Macam mana ni hyung?” soalnya

Sungwoon diam tidak menjawab. Mereka bertiga diam seketika.

“Kita berpecah. Kau berdua ke masan manakala aku akan selamatkan adik kau”

Sungwoon mengangkat kepala, memandang Jisung di sebelahnya. “Apa maksud kau, berpecah?”

Soalan Sungwoon mempunyai nada keraguan. Sejujurnya dia masih tidak mempercayai Jisung dan jika mereka berpecah, Sungwoon risau Jisung akan jatuh ke tangan Doohyun. Sungwoon tidak mahu itu berlaku.

“Tidak. Kau tak boleh berpisah dengan aku” tegas Sungwoon.

“Kau takut aku akan larikan diri?”

“Aku takut Doohyun akan tangkap kau” nada Sungwoon serius, memandang Jisung tepat.

“Aku pernah larikan diri daripada dia dan aku rasa tak mustahil untuk aku lakukannya sekali lagi. Lepas apa kita alami semalam, aku rasa aku dah jadi sedikit berani” balas Jisung pula.

Sungwoon menggeleng beberapa kali. “Bahaya. Aku tak boleh biarkan kau sendirian. Lagipun macam mana kau nak cari adik aku?”

“Aku yakin dia mesti berada di balai polis ataupun hospital. Aku boleh pergi cari dia”

“Kalau ye pon kau dapat cari dia, macam mana kau nak bebaskan dia? kau akan jatuh ke tangan pihak polis juga dan itu akan lagi memudahkan Doohyun untuk cari kau”

Jisung menghembus satu nafas berat. Dia diam seketika mencari hujah untuk melawan Sungwoon.

“Jadi apa kau nak buat sekarang? Kau risaukan adik kau bukan?”

Daniel diam, hanya mendengar lihat dua orang lelaki di hadapannya, masing-masing dengan pendirian masing-masing.

“Kalau kau tak percayakan aku untuk pergi sendirian, biar aku pergi dengan dia” Jisung menuding tunjuk pada Daniel. Kedua-dua Sungwoon dan Jisung menoleh pandang Daniel di tempat duduk belakang.

“Saya rasa kita patut ke Masan dulu, cari bukti dahulu. Saya percaya Jihoon boleh jaga diri kalau dia berada dalam tangan polis” Daniel bersuara, merasakan renungan tajam mereka berdua.

………………………………………….

Hujan yang turun malam tadi menyebabkan cuaca pagi itu terasa dingin. Embun pagi terasa sejuk seperti ais. Musim luruh memberi petanda akan ketibaan musim salju. Sebuah baju kot labuh dicapai sebelum Jaehwan keluar dari rumahnya. Pesanan dalam telefon pintar yang diterima dari pegawai polis yang mengarahkannya untuk hadir ke balai polis, dibaca ulang kali. Perasaan Jaehwan tidak keruan dan kerisauan.

Sebaik tiba di balai polis, kebanyakan pegawai polis yang bertugas kelihatan sibuk untuk melayannya. Jaehwan menunggu di sudut menunggu sebelum seorang pegawai polis menyapanya. Jaehwan kenal pegawai tersebut, orang yang sama menemubualnya tempoh hari. Namun keadaannya kelihatan teruk dengan lengan yang berbalut.

“Encik Kim Jaehwan?”

“Ya saya” Jaehwan bangkit berdiri.

“Boleh ikut saya” Minhyun mempelawa. Jaehwan menuruti belakang pegawai polis itu dan dibawa ke sebuah bilik kecil. Terdapat satu meja di ruang tengah bilik tersebut, dan sebuah cermin gelap di dinding.

“Silakan duduk” pelawa Minhyun sambil mengambil salah satu tempat duduk. Jaehwan duduk di hadapannya.

“Baiklah, saya ada beberapa soalan…” Minhyun membuka fail yang sudah tersedia dibawa bersama.

“Encik kawan baik kepada Yoon Jisung?”

Jaehwan mengangguk. Suara Minhyun agak bergema dan Jaehwan berasa tidak selesa berada di situ. Dia merasakan dirinya seperti diperhatikan.

“Encik kenal Ha Sungwoon?”

Jaehwan mengangguk lagi.

“Encik kenal dia sebelum kes letupan tu?”

Jaehwan menggeleng pula. “Saya kenal dia sebab dia kan suspek utama kes tu”

“Sebelum ni encik Kim tak pernah dengar nama tu?”

 

Jaehwan mengangguk. Tangannya diletakkan atas peha.

“Encik Kim tahu samada mungkin Yoon Jisung dan Ha Sungwoon berkawan? Mungkin mereka kenal satu sama lain?”

Jaehwan diam seketika, riak wajahnya sedang memikirkan sesuatu. “Saya kenal hampir semua kawan Jisung hyung, tapi dia tak pernah sebut nama Ha Sungwoon dan saya rasa mereka tak kenal satu sama lain”

“Kebelakangan ni, ada tak Yoon Jisung menunjukkan kelakukan aneh? Seperti dia menyembunyikan sesuatu? Mungkin dia berahsia? Atau ada jumpa orang lain?”

Jaehwan menelan air liur. Pandangan Minhyun kelihatan lembut dan tegas dalam masa yang sama. Kedinginan bilik itu membuatkan Jaehwan berasa seram sejuk.

“Jisung hyung selalu berada di bilik studionya, menyiapkan lukisan. Dia jarang keluar berjumpa orang lain. Selalunya kalau dia stress, dia akan keluar di taman, tapi dia mesti akan ajak saya sekali. Dia juga bukan jenis berahsia. Dia seorang yang tegas dan jujur beritahu apa dia rasa dan apa dia suka” jawab Jaehwan jujur. Seketika matanya melilau sekeliling, dan dapat melihat kamera cctv di semua penjuru bilik tersebut.

Minhyun diam seketika sebelum menutup failnya.

“Semalam, kenapa Jisung hyung larikan diri bersama dengan Ha Sungwoon?” Jaehwan bersuara tanya. Minhyun mengangkat muka, memandang lelaki di depannya itu.

“Itu persoalan yang cuba kami rungkaikan. Kenapa Yoon Jisung berpihak dengan suspek utama? adakah dia diugut? Atau mereka merancang sesuatu bersama?”

…………………………………………………..

Kedinginan angin yang bertiup di luar menyebabkan Jinyoung terasa malas untuk keluar dari rumah. Di atas sofa di ruang tamu, Jinyoung terbaring. Tangannya diletakkan atas dahi sambil merenung siling kosong.

“Kau tahu siapa yang lukakan abang kau? Siapa yang buat ni semua pada abang kau? Ha Sungwoon. Abang kepada kawan kau”

“Korang tak malu berkawan dengan aku? Adik penjenayah”

Kata-kata Seongwoo dan Jihoon bermain dalam fikirannya. Jinyoung berasa risau melihat abangnya terluka, tapi dalam masa sama, perasaannya berasa bersalah untuk menyalahkan Jihoon dan abangnya. Terdetik dalam hati Jinyoung menyalahkan Jihoon, kenapa dia melibatkan diri dengan kesalahan abangnya? Kenapa Jihoon harus larikan diri kalau tidak bersalah?

Sebuah ketukan di pintu mengejutkan anak muda itu. Jinyoung bangun dari posisinya. Adakah Minhyun tertinggal barang? Jinyoung lalu bergerak ke pintu, membuka pintu yang dikunci dari dalam.

“Buat apa?” Woojin menyapanya di muka pintu


Taraa~ Happy Ong Day everyone.. Selamat membaca. I hope you still alive~ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^