7. Aku? Aku nak balas dendam

Antara Subuh dan Senja

“Jihoon~ bangun” suara Daniel lembut memanggil sambil menggerakkan badan Jihoon. Jaket baju yang digunakan sebagai selimut oleh Jihoon ditarik lipat. “Kita dah sampai Incheon” ujarnya lalu bangkit berdiri.

Beg yang diletakkan di bahagian tempat letak barang di atas lalu dicapai. Jihoon menggosok-gosok mata, masih mamai, sempat melihat keadaan luar yang masih samar-samar gelap.

“Mari”

Jihoon berjalan menuruti Daniel, memegang hujung baju Daniel seperti anak kecil bimbang kehilangan ibu.

“Kita nak ke mana sekarang ni?” soal Jihoon setelah mereka berdua turun dari bas. Perhentian bas itu juga masih lengang, hanya beberapa orang penumpang menunggu bas dan pekerja-pekerja penjual tiket yang masih mencari sarapan. Keadaan juga masih awal pagi.

Jam 5.30 pagi, Daniel sempat melihat jam pada skrin telefonnya. Alamat yang sudah disalin dalam aplikasi nota telefon pintarnya lalu diperiksa semula.

“Mari kita cari teksi”

“Ahhh hyung saya lapar” Jihoon mula memegang perutnya.

“Tak boleh tahan?” Daniel bertanya sambil memandang sekeliling.

“Hmmm” Jihoon mengeleng-geleng, sambil mencebik.

Daniel mengeluh kecil. “Duduk sana dulu. Hyung akan cari sarapan untuk kita. Jangan pergi mana-mana, dan jangan tegur sesiapa”

Jihoon mengangguk lalu beredar ke tempat duduk di sebuah sudut taman berdekatan perhentian bas tersebut. Terdapat sebuah meja bulat dengan empat buah kerusi kayu di kelilingnya.

“Niel hyung, saya tunggu sini” jerit Jihoon, menunjukkan ke arah meja tersebut. Beg galas yang dibawa bersama diletakkan di atas meja.

Daniel hanya mengangguk.

………………………………………………………..

Minhyun dan Seongwoo bergegas ke bilik mesyuarat 1 di awal pagi. Masing-masing membawa pegang sebuah fail keras.

“Pagi” ucap Youngmin, berjalan serentak dengan mereka berdua.

“Kumpulan kau pon join siasatan kes ni?” soal Minhyun mendapatkan tempatnya sebaik berada di bilik mesyuarat tersebut. Youngmin duduk berhadapan dengannya manakala Seongwoo berada di sebelahnya.

“Tiada pilihan lain” celah Sewoon sebaik tiba dan mengambil tempat di sebelah Youngmin.

Lee Donghae dan Kim Heechul tiba selang beberapa saat. Kim Heechul mengambil tempat di sebelah Sewoon, paling dekat dengan skrin layar.

“Tanpa buang banyak masa lagi, kes letupan keretapi di sempadan Busan semalam akan disiasat oleh dua kumpulan, kumpulan saya dan kumpulan Inspektor Kim. Pegawai di bawah Inspektor Kim iaitu Detektif Im dan Detektif Jung juga terlibat secara langsung” Masing-masing sempat memberi tunduk hormat.

“Saya rasa masing-masing dah diberi salinan profil dua orang penumpang yang distatuskan sebagai ‘hilang’. Ha Sungwoon, dan Yoon Jisung. Mereka berdua tidak ditemui di tempat kejadian dan sehingga kini masih tidak dijumpai”

“Saya baru sahaja hubungi Kim Jaehwan dan ahli keluarga Yoon Jisung pagi ni. Yoon Jisung dilaporkan tidak pulang ke rumah mahupun asrama kampusnya” tambah Minhyun memaklumkan.

“Ha Sungwoon pula, kenalan dan ahli keluarganya tidak dapat dikenalpasti. Adiknya Ha Jihoon dan alamat tempat tinggal Ha Sungwoon selepas keluar dari penjara masih disiasat” Seongwoo memaklumkan bahagiannnya.

“Suspek utama kes ini adalah Ha Sungwoon” ujar Donghae sebelum mematikan lampu bilik tersebut dan menghidupkan skrin layar. Minhyun membantu dengan menyediakan komputer riba yang dihubungkan dengan skrin layar.

Sebuah gambar serpihan kain hitam ditunjukkan melalui skrin layar, mendapatkan perhatian semua orang dalam bilik mesyuarat.

“Hasil laporan forensik kebakaran mendapati bahan letupan tersebut disimpan dalam satu material jenis kain. Dalam erti kata lain, sebuah beg. Tempat beg tersebut diletakkan ialah di koc ketiga, tempat duduk 3B1. Tiket yang direkodkan menunjukkan bahawa tempat tersebut ialah tempat duduk Ha Sungwoon ketika dia berada dalam koc tersebut dan beg tersebut dapat disimpulkan sebagai begnya sendiri” jelas Donghae terperinci sambil menunjukkan gambar laporan forensik yang diperolehinya.

“Surat yang diterima oleh Detektif Ong pada pagi semalam, iaitu surat amaran mengenai letupan tersebut juga diterima dari seorang lelaki misteri”

Skrin bertukar, menunjukkan gambar dari cctv yang diperolehi oleh Minhyun semalam.

“Lelaki dalam cctv tersebut menyerahkan kotak yang mengandungi surat itu kepada seorang wanita sebagai perangkap” ujar Minhyun pula.

“Kalau dilihat dari rakaman tersebut, lelaki berkenaan memakai baju kelabu, seluar panjang berwarna hitam, memakai topi hitam dan penutup mulut…..” Donghae memainkan rakaman CCTV selama beberapa saat “…. Kalau kita perhatikan, lelaki tersebut membawa galas sebuah beg hitam”

Skrin bertukar lagi. Kali ini menunjukkan pula CCTV di hadapan stesen Seoul. Rakaman CCTV tersebut dimain pasang dan dihentikan oleh Donghae. “Lelaki yang sama, dengan pakaian dan beg yang sama juga ditemui di Stesen Keretapi Seoul”

Tangkapan skrin video tersebut difokuskan pada muka. “Dia adalah Ha Sungwoon”

Heechul memandang gambar lelaki dalam CCTV tersebut dan membandingkan pula dengan gambar profile Ha Sungwoon dalam kertas yang dipegang. “Ya, orang yang sama” ujarnya, tidak meragui Donghae.

“Motif dia melakukan letupan tersebut? Menculik Yoon Jisung? Apa kaitan mereka berdua?” Sewon bertanya, sambil membelek dua-dua profile yang dipegang.

“Motif suspek masih tidak dapat dikenalpasti tapi….”

“Tapi?” Heechul mendongak pandang Donghae yang masih berdiri di hadapan komputer ribanya.

Suis lampu dibuka semula. Donghae lalu mengambil tempat duduk di sebelah Minhyun, bertentangan dengan Heechul. Sekeping gambar dikeluarkan dan diserahkan kepada Heechul.

“Lee Daehwi” Donghae memberitahu nama orang yang berada dalam gambar tersebut.

“Anak bongsu jutawan Lee. Abangnya Lee Doohyun nyaris dibunuh oleh Ha Sungwoon tujuh tahun lepas” jelas Donghae pula.

“Motif dendam?” soal Youngmin apabila gambar tersebut sampai di tangannya. “Dia berada dalam tren yang sama?”

“Ya” Seongwoo mengangguk. “Dia berada dalam tren yang sama dan sama baris dengan suspek. Tempat duduk Lee Daehwi ialah 3A1”

“Lee Daehwi ada datang ke balai semalam dan dia sendiri nyatakan bahawa dia adalah peminat Yoon Jisung dan dia ke Busan adalah untuk melihat sebuah pameran seni” tambah Minhyun pula.

“Jadi suspek Ha Sungwoon, meletupkan tren untuk membalas dendam dan meculik artis kegemaran Lee Daehwi?” Youngmin cuba membuat kesimpulannya sendiri.

Donghae mengangguk. “Setakat ini, itu kaitan yang dapat kami cari”

“Kalau macam tu, kita kena bertindak segera. Kumpulan aku akan fokuskan kepada pencarian Yoon Jisung dan kaitan suspek dengan Keluarga Lee” ujar Kim Heechul sambil memandang ahli kumpulannya. Youngmin dan Sewoon hanya mengangguk.

“Jangan lupa periksa jika Keluarga Lee ada terima sebarang ugutan atau ancaman sebagai pertukaran Yoon Jisung” Donghae mengingatkan, “Kumpulan aku akan fokuskan kepada pencarian Ha Sungwoon”

Minhyun dan Seongwoo tiada pilihan lain. Mereka harus bersetuju.

“Cari alamat tempat tinggal Ha Sungwoon selepas dia keluar penjara dan periksa jika dia ada hubungi adiknya. Kita mesti cari dia sampai dapat”

…………………………………….

Yoon Jisung perlahan-lahan membuka mata. Badannya terasa ringan dan sesuatu seperti membalut kepalanya. Jisung meraba pegang kepalanya dan perasan akan tampalan luka di lengannya dan wayar di hujung lengannya yang disambung dengan sebuah beg tabung air. Jisung bangkit duduk, memerhatikan sekeliling.

Jisung mencampak buang selimut yang menutupi kakinya dan menyarung pakai kasutnya yang berada di tepi katil. Keadaan sekeliling diperhatikan, di mana pesakit lain masih lena di katil masing-masing dan seoang jururawat yang berada di hujung wad. Jisung melajukan langkah, bergerak ke kaunter depan wad, mencapai penutup mulut yang tersedia di atas kaunter tersebut, dan kemudian berlari ke tandas.

“Kenapa aku di hospital? Siapa bawa aku ke sini?”

Jisung risau. Dia masih ingat jelas, seseorang mencucuk dengan bius pelali semasa dia ke tandas dalam tren yang bergerak semalam, kemudian menyedari dia berada dalam kereta asing dalam keadaan yang kaki tangannya terikat. Jisung dapat kesan bahaya. Seseorang cuba menculiknya. Nafas Jisung menjadi laju. Baju yang dipakai lalu dibuka dan diterbalikkan sebelum menyarungnya semula.

Jisung tahu dirinya dalam bahaya dan dia perlu buat apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya.

Dalam keadaan baju yang terbalik, Jisung kelihatan memakai baju yang berlainan. Air paip dibuka dan Jisung membasahkan mukanya, menyegarkan matanya. Penutup mulut lalu dipakai sebelum Jisung mencari jalan keluar dari hospital tanpa disedari sesiapa. Jisung ingin mencari Jaehwan.

……………………………………………………

Daehwi mencapai telefon pintarnya sambil duduk di sofa panjang bersebelahan katilnya, mengadap tingkap luas. Cahaya matahari pagi terbias mengenai separuh wajahnya. Daehwi menelefon hubungi seseorang.

“Hello?” kedengaran suara agak serak menjawab panggilan.

“How’s everything?” soal Daehwi.

“Fine? I guess? I let him sleep in other room”

“That didn’t sound convincing” ujar Daehwi sebelum pintu biliknya diketuk.

“Tuan muda, sarapan dah sedia” kedengaran suara pembantu rumahnya dari luar pintu.

“Kejap lagi saya turun” balas Daehwi, hanya memandang pintu biliknya sebelum beralih kepada panggilannya.

“You don’t have to worry. I already tied him up”

“I know. Please don’t do anything to him. I need him alive. I will come later after school”

“Ya sure, I will……”

Suara Lai Guanlin hilang. Kedengaran bunyi sesuatu berlaga.

“Hello? Guanlin? Guanlin? Are u there?”

Tiada sahutan didengari. Talian masih hidup namun tiada suara Guanlin didengari.

“Lai Guanlin? What happen?!” Daehwi menjadi risau, dapat rasakan sesuatu buruk berlaku pada Guanlin.

………………………………………………………….

Kepalanya terasa berat. Badannya mula menerima kesan negatif minuman berlebihan yang diambilnya malam tadi. Lai Guanlin membuka mata, tangannya meraba di dalam selimut, mencari telefon yang bergetar. Sebuah panggilan masuk diterima.

“Hello?” Guanlin menjawab panggilan tersebut. Guanlin bangkit bangun sambil membuat senaman leher ringkas. Langsir tingkap ditarik buka, membiarkan cahaya matahari menyinar masuk.

“How’s everything?”

Lai Guanlin mencapai sebuah kad di atas meja tepi katilnya sebelum teringat akan Ha Sungwoon yang dibiarkan berada di bilik sebelah.

“Fine? I guess? I let him sleep in other room” balasnya, sebelum bergerak keluar dari biliknya dengan hanya menyarung sepasang selipar.

“That didn’t sound convincing” kedengaran suara Daehwi seolah bimbang.

Lai Guanlin melayarkan kad yang dipegang pada kunci pintu.

“You don’t have to worry. I already tied him up”

Pintu terbuka. Lai Guanlin melekapkan telefon antara telinga dan bahunya sambil membuka pintu bilik dan tangannya mencapai tempat pemegang kad yang berada berhampiran pintu.

“Ya sure, I will…” badan Guanlin ditolak kuat sehingga dia tersandar dan mengadap dinding. Telefonnya terjatuh ke lantai.

“What the..” Guanlin terkejut dengan serangan yang tidak diduga. Pantas Guanlin memusingkan badannya dan menendang lelaki yang menyerangnya tadi. Ha Sungwoon.

“How the hell are you escape?” Guanlin langsung tidak menyangka Ha Sungwoon akan dapat membuka ikatan pada kaki dan tangannya.

Sungwoon mencapai pemegang pintu untuk melarikan diri sebelum pantas Guanlin menjerut lehernya, mengheret Sungwoon masuk ke dalam bilik.

Sungwoon memusingkan lehernya dan menumbuk Guanlin. Anak muda itu pantas mengelak. Tumbukan Sungwoon hanya mengena udara. Tangan Guanlin dicengkam dan ditolak ke kabinat berhampiran.

Guanlin menghentuk kepalanya pada Sungwoon. Cengkaman tangannya terlepas sambil Sungwoon mengerang sakit dan memegang kepalanya. Guanlin lalu menarik buka rantai yang dipakai. Rantai berloketkan sebutir peluru itu rupanya adalah sebuah pisau kecil yang dilipat. Pisau itu dibuka dan Guanlin cuba menikam lengan Sungwoon.

Menyedari bahaya dari Guanlin, Sungwoon menendang tangan Guanlin dan bangkit berdiri. Guanlin pantas mendapatkan semula pisaunya yang tercampak dan perasan akan pecahan kaca yang bersepah atas lantai.

Guanlin mendengus dan mengejar Sungwoon yang berlari keluar dari bilik.

“Don’t you dare” Guanlin berjaya memintas Sungwoon, menahan lelaki itu ke dinding. Sungwoon melawan, menumbuk perut anak muda itu. Tumbukan Sungwoon menyebabkan cucukan pisau Guanlin tersasar. Pisau itu menikam bahu Sungwoon. Darah mencurah. Guanlin tidak melepaskan genggaman dan terus menekan tikamannya dalam.

“Arghh!” Sungwoon menjerit sakit sambil mengumpul kekuatannya dan menolak Lai Guan Lin. Anak muda itu terjatuh dan pisau yang dipegang terlepas dari genggamannya, terkena gores pada pipinya sebelum jatuh ke lantai.

“” Guanlin bangkit bangun, cuba mengejar Ha Sungwoon sebelum melihat seorang pekerja hotel yang baru keluar dari sebuah lif. Ha Sungwoon menggunakan kesempatan itu, melarikan diri menggunakan lif yang tersedia depannya.

“Omo, encik tak apa-apa?” soal pekerja itu terkejut melihat darah yang mengalir keluar dari bahu Sungwoon.

Sungwoon tidak menjawab sebaliknya laju menekan butang menutup pintu lif.

Lai Guanlin terus berpaling, mencapai ambil pisaunya dan pulang ke biliknya, berkelakukan biasa untuk tidak mengundang curiga pekerja hotel itu. Di dalam bilik, Guanlin melihat keadaan bilik yang bersepah dan lampu sisi katil yang sudah pecah. Tanganya meraba pegang luka pada pipinya. Darah merah mengalir mengenai jarinya. Telefonnya yang terjatuh tadi juga diambil, dan melihat talian panggilannya dengan Daehwi tadi sudah dimatikan.

“Damn”

……………………………………

Woojin menarik pusing kerusinya mengadap meja Bae Jinyoung.

“Kau rasa kenapa dia tak datang sekolah hari ni?”

“Yah, kalau kau jadi dia, agaknya kau nak datang sekolah hari ni?” Jinyoung membalas dengan soalan.

“Tapi yang tahu mengenai abang dia tu cuma kau dan aku. Lagipun hanya aku je yang pernah tengok abang dia tu. Nama abang dia pun aku tak tahu. Kau pun mesti tak tahu kan?”

Jinyoung diam sejenak, sambil memandang tempat duduk Jihoon di sebelahnya yang kosong.

“Semalam lepas aku baca berita tu, terus aku call dia” Woojin menceritakan. “Tapi Jihoon macam mengelak pastu dia tipu, dia beritahu dia ada di rumah tapi aku dengar bunyi kenderaan lain, maknanya dia ada di luar. Pagi tadi aku ke rumah dia pon tiada sesiapa di rumah”

“Takkan dia larikan diri kot?”

Woojin menggeleng. “Entah la, tapi aku rasa tak sedap hati”

“Kita ke rumah dia tengah hari nanti” Jinyoung mencadangkan.

“Tengahari ni?”

Jinyoung bangun dan membisik pada telinga Woojin. “Kita ponteng kelas lepas rehat”

Woojin mengangguk tersenyum. “Yess good”

………………………………………….

Daniel mengemas bekas sampah kimbap segi tiga dan beberapa kotak minuman yang menjadi sarapan mereka berdua. Sampah tersebut dibuang ke tong sampah berhampiran.

“Kenapa?” Daniel bertanya apabila melihat Jihoon tertunduk malah tidak bersuara ketika mereka makan tadi.

“Hyung…” Jihoon menunjukkan telefon pintarnya kepada Daniel. Paparan sebuah artikel dan gambar Ha Sungwoon tertera pada skrin telefon Jihoon. “….. ini betul? Sungwoon hyung buat masalah lagi? sebab tu kita melarikan diri?”

Daniel memegang telefon tersebut sebelum melihat anak mata Jihoon. Merah menahan marah dan tangisan.

“Betul?” Jihoon mengulang soalannya. “Kita buat semua ni sebab Sungwoon hyung timbulkan masalah lagi? dia tak serik? Dia baru keluar dari penjara dan….” Suara Jihoon makin meninggi, menahan marah.

“Jihoon ah~” Daniel meletakkan telefon pintar milik Jihoon dan memegang tangan anak muda itu. “Dengar dulu sini”

“Apa?!” Jihoon menepis tangannya. “Tak guna Niel hyung nak pertahankan dia lagi”

“Jihoon!” Daniel menarik kasar tangan Jihoon. Anak muda itu tersentak. “Dengar sini. Aku akan ceritakan semuanya, dan aku tak akan ulang, jadi dengar betul-betul. Semua yang aku akan cakap ni adalah perkara yang betul, jadi kau kena percaya”

Dada Jihoon berombak turun naik. Bila-bila masa marahnya boleh dilepaskan. Mata Daniel ditenung.

“Semalam, Sungwoon hyung yang beritahu aku supaya kita datang Incheon, bertemu dengan seseorang yang dia kenal, mungkin orang tu boleh bantu kita”

“Siapa?” mata Jihoon masih merenung Daniel tajam.

“Aku tak tahu tapi…”

“Tengok tu. Kenapa Niel hyung mudah percayakan dia? Sungwoon hyung mungkin menipu, mungkin dia nak kenakan kita” Jihoon menarik lepas tangannya dari genggaman Daniel.

“Jihoon” Daniel bangkit berdiri sebelum mengambil tempat di sebelah Jihoon. “Kau percaya yang Sungwoon adalah penjenayah tujuh tahun lepas? Kau percaya yang Sungwoon hyung berniat nak bunuh orang?”

Jihoon diam tidak membalas, menunduk.

“Tujuh tahun lepas, Sungwoon hyung terpaksa mengaku kesalahan cubaan membunuh seseorang, walhal waktu kes cubaan bunuh itu dilakukan, Sungwoon hyung bersama dengan aku. Kami berdua saksikan semuanya. Sungwoon hyung buat kesilapan kecil, dan dia terpaksa menanggung semuanya”

Jihoon menggeleng, sambil memandang wajah Daniel yang duduk di sebelahnya. “Saya tak faham. Kesalahan kecil? Dia bersama Niel hyung?”

“Kau ingat waktu nenek mati dulu?”

Kali ni Jihoon mengangguk pula.

“Kau tahu sebab apa nenek mati?”

“Bunuh diri” jawab Jihoon dalam nada rendah.

Daniel mengukirkan senyuman. “Dia tak bunuh diri. Dia dibunuh. Sebab aku”

Jihoon mengangkat kepala, agak terkejut. “Betul? Kenapa?”

“Masa Sungwoon hyung kena tangkap masa penjara, aku tak puas hati. Aku mengamuk. Aku jumpa polis dan peguam, aku nak tolong Sungwoon hyung bebas sebab aku tahu Sungwoon hyung bukan penjenayah dan aku adalah satu-satunya saksi yang dapat jadi alibi dia. Macam-macam aku buat”

Kawasan depan balai polis Busan dikelilingi oleh pelbagai jenis jenama media, siap dengan lensa kamera dan mikrofon masing. Apabila sebuah kenderaan polis tiba masuk ke perkarangan depan balai polis, wartawan dan media menyerbu kenderaan tersebut.

“Tolong beri laluan” seorang pegawai polis menolak beberapa wartawan sebelum membuka pintu kereta belakang. Seorang pemuda belasan umur melangkah keluar. Lensa kamera aktif mengambil gambar.

“Apakah motif anda melakukan pembunuhan tersebut?”

“Apa dorongan utama anda melakukan pembunuhan tersebut?”

“Adakah anda berkawan dengan mangsa?”

“Apa yang anda fikirkan ketika melakukan jenayah?”

Ha Sungwoon yang masih memakai baju seragam sekolah menengah itu menunduk, matanya silau dengan flash kamera ke arahnya.

“Cepat jalan” dua orang pegawai polis mengiringinya masuk ke dalam balai polis.

“Sungwoon hyung!”

Satu suara menjerit kuat, mendapatkan perhatian media tersebut juga beberapa orang pegawai polis.

“Niel ah~” Sungwoon memandang pemilik suara tersebut. Seorang remaja lelaki yang juga memakai baju seragam yang sama sepertinya.

“Sungwoon hyung tak bersalah! Sungwoon hyung tak bersalah!” jerit Daniel sambil mengepal genggam buku limanya.

Sungwoon menggeleng-geleng, memberi isyarat supaya Daniel menghentikan apa sahaja rancangan yang difikirkan.

“Aku fikir keadilan berpihak pada kami. Aku berikan keterangan kepada pihak polis dan bayar duit untuk upah peguam mahal. Tapi suatu hari…..”

“Nenek, Niel dah pulang”

Daniel menanggalkan kasut. “Jihoon ah~ kamu ada di rumah?” soalnya sebaik perasan pintu utama tidak tertutup rapat. Perasaannya mula berdebar-debar, merasa tidak sedap hati.

“Nenek? Jihoon?” Daniel melangkah masuk ke rumahnya sendiri perlahan-lahan. Dirinya tetiba terasa asing dalam rumah tersebut.

“Nenek?!!” Daniel menjerit terkejut apabila di depan bilik neneknya, wanita tua itu kelihatan tergantung di atas. Lehernya dijerut dengan tali kasar yang digantung pada kipas siling.

“Nenek!” Daniel berlari memeluk wanita itu, perlahan-lahan menurunkan badan yang dirasakan sudah sejuk.

“Nenek” Daniel memanggil. Air matanya turun membasahi pipi tidak berhenti. “Bangun. Niel dah pulang~ nenek~”

Tiada sahutan mahupun riak balas didengari. Mata wanita tua itu terpejam rapat.

“Kenapa? kenapa?” Daniel menangis teresak-esak sambil memeluk neneknya yang sudah tidak bernyawa. Matanya melilau sekeliling dan perasan akan sebuah pisau yang dicucuk pada almari kayu dalam bilik tersebut.

Daniel bangkit berdiri, mencabut pisau tersebut dan beberapa keratan akhbar dan gambar jatuh ke lantai. Air matanya diseka dengan hujung baju tee yang dipakai. Daniel menunduk capai semua keratan dan gambar yang terjatuh itu.

‘Seorang remaja tampil menegaskan bahawa rakannya tidak bersalah’

‘Kawan sekolah Ha Sungwoon tampil memberi maklumat sebagai saksi utama’

Tajuk artikel akhbar itu dibaca dan Daniel melihat dirinya dalam gambar tersebut di mana ketika dirinya baru keluar dari balai polis, bertemu dengan pegawai polis dan berdiri di depan penjara.

“Tak guna” Daniel mengenggam kerunyuk gambar tersebut. “Mereka memerhatikan aku”

Daniel melihat pula kepingan gambar terakhir, lantas jatuh terduduk. “Celaka” Daniel menyumpah. Air matanya tumpah lagi. Gambar itu adalah gambar neneknya yang berada di dalam bilik, memakai baju yang sama dengan waktu itu. Neneknya tersenyum sambil menghidangkan air di atas meja.

Daniel memandang wajah neneknya yang sudah tidak bernyawa. Akhirnya dia faham. Itu semua adalah amaran. Amaran supaya Daniel menghentikan apa yang sedang dia lakukan. Daniel menunduk, air matanya menitis laju.

“Arghhhhhhhhhhhhhhh!” raungnya kuat.

Daniel menhembus satu nafas berat. Jihoon diam tidak mencelah.

“Lepas tu, aku berhenti. Kau tahu kenapa??” Daniel memandang Jihoon.

“Supaya tiada lagi orang terkorban macam nenek?” Jihoon cuba menjawab.

“Sungwoon hyung merayu. Lepas nenek mati dibunuh, aku jadi makin marah. Tapi Sungwoon hyung tenangkan aku. Dia nangis, bukan sebab dia sedih akan kematian nenek, tapi dia takut. Dia takut kalau kau akan jadi mangsa seterusnya. Dia merayu pada aku supaya jaga kau, lindungi kau macam adik sendiri”

Jihoon mengukirkan senyuman sinis. “Drama apa ni?”

“Drama kehidupan kita” balas Daniel dengan nada serius.

Senyuman Jihoon pudar. “Semua ini betul? Jadi Sungwoon hyung bukan penjenayah?”

Daniel mengangguk.

“Tapi kenapa dia libatkan diri dalam letupan keretapi tu? kenapa artikel dalam internet sebut nama dia?”

“Tak tahu” Daniel menggeleng pula. “Sekarang ni, kita perlu buat sesuatu. Kau dah besar jadi aku tak nak rahsiakan apa-apa dari kau. Sungwoon hyung suruh kita berjumpa dengan seseorang bernama Noh Taehyun. Dia mesti dapat tolong kita”

“Jadi apa rancangan Niel hyung sekarang?”

“Aku? Aku nak balas dendam”

……

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^