Lampu merah

Antara Subuh dan Senja

Minhyun dan Seongwoo segera keluar dari kenderaan sebaik memberhentikan kenderaan. Bunyi siren polis mula kedengaran. Ahli keluarga juga pesakit dalam hospital mula kehairanan dengan ketibaan polis. Pegawai keselamatan juga kelihatan terkejut dan cuba untuk menenangkan kerumunan orang awam yang berada di lobi hospital agar tidak panik.

“Beep. Seongwoo, Minhyun, kepung mereka dari bawah di tangga kecemasan. Beep”

Walkie talkie yang berada dalam poket jaket kalis peluru yang dipakai Seongwoo berbunyi. Minhyun dan Seongwoo saling berpandangan, mengangguk.

“Beep. Roger. Beep” balas Seongwoo, mendekatkan walkie talkie tersebut pada mulutnya.

Mereka berdua mengatur langkah cermat tapi laju menuju ke tangga kecemasan. Pintu besi ditolak buka dan Minhyun mendongak ke atas. “Kau naik dulu, aku ikut belakang” ujarnya.

Sungwoon, Jisung dan Daniel laju menuruni anak tangga. Fail yang disimpan dalam sampul surat besar berwarna coklat disimpan sorok dalam baju.

Seongwoo melajukan langkah, menaiki anak tangga dan Minhyun mengekori dari belakang.

“Jangan bergerak!”

Seongwoo menegakkan tangan, mengacukan pistol ke hadapan terhadap tiga orang lelaki. “Angkat tangan” arah Minhyun pula dari belakang Seongwoo. Jisung segera mengangkat tangannya tinggi tegak.

Nafas Sungwoon mengah. Dadanya turun naik. Dia memandang lengan Minhyun yang ditutupi dengan baju yang dipakai.

“Pusing belakang” arah Seongwoo sambil sebelah tangannya meraba cari gari dalam poket seluarnya.

Hanya Jisung yang memusingkan badannya. Daniel dan Sungwoon kekal tidak berganjak dari posisi mereka.

“Aku akan serah diri bila tiba masanya tapi sekarang bukan masa yang sesuai” Sungwoon bersuara.

“Hyung” Daniel memandang Sungwoon, bimbang andai lelaki itu berbuat perkara yang tidak diduga.

“Niel, kalau ada apa-apa terjadi, aku nak kau cari Sanggyun dan dapatkan bahan bukti tu. Aku percayakan kau” tambah Sungwoon. Tangannya cuba untuk mendapatkan senjata di dalam poket seluarnya.

“Aku kata jangan bergerak!” tegas Seongwoo. Minhyun mendekati Sungwoon dengan berhati-hati, cuba untuk merampas pistol dalam simpanan lelaki itu.

Buk!

  1. menumbuk Minhyun.

Bang!

Satu tembakan dilepaskan, namun tersasar apabila Daniel sempat menyergah Seongwoo, menolak tangan yang memegang senjata itu ke atas. Peluru menembus ruang siling dalam zon tangga kecemasan itu. Jisung tunduk menutup telinga, terkejut juga takut. Sungwoon mencapai tangan Jisung, berlari menuruni tangga

“Tak guna” Seongwoo menolak badan Daniel dan cuba untuk melepaskan tembakan ke arah Sungwoon dan Jisung yang melarikan diri.

Daniel mengepin tangan Seongwoo, jatuh ke lantai. Minhyun bangkit, menuruni tangga mengejar Sungwoon dan Jisung.

Beberapa das tembakan dilepaskan, hanya mengenai besi pemegang tangga. Sungwooon dan Jisung merapatkan diri ke dinding, mengelak peluru yang ditembak oleh Minhyun.

“Beep. Suspek menuju keluar melalui tangga kecemasan. Beep” Minhyun melaporkan melalui walkie talkie miliknya.

Daniel sedaya upaya merampas pistol yang dipegang oleh pegawai polis itu. “Lepaskan!” Seongwoo meraung sambil cuba menolak badan Daniel yang menhimpitnya.

Daniel tidak membalas dan menghempuk kepala Seongwoo dengan pistol yang berjaya dirampas.

“Arghhhhh” Seongwoo meraung sakit namun bangkit bangun untuk menghalang Daniel. Daniel mengacukan pistol ke arah Seongwoo.

“Ini kali kedua kita berjumpa” ujarnya dengan nafas yang tercungap-cungap. Rambutnya menjadi kusut.

Darah mengalir di dahi Seongwoo. Pegawai polis itu mengah mencari nafas. “Serahkan diri dan semuanya akan diselesaikan oleh pihak polis”

Daniel menelan air liur, cuba menstabilkan nafas. “Aku akan serah diri selepas semuanya selesai”

Pedih di kepalanya ditahan. Darah yang mengalir dibiarkan tidak diseka. “Pulangkan pistol aku”

Daniel sempat mengerling pandang tag nama yang dijahit pada baju kalis peluru milik polis itu. “Ong Seongwoo”

Daniel mengundur, menuruni turun beberapa anak tangga sambil tangannya masih tegak dengan pistol yang diacukan pada Seongwoo. “Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam keadaan yang lebih baik”

Daniel kemudian laju berlari menuruni anak tangga, meninggalkan Seongwoo yang terluka bersendirian.

“Tak guna” Seongwoo menendang pemegang tangga sebelum mencapai walkie talkienya. “Beep. Suspek melarikan diri. Beep”

…………………………………..

Sungwoon dan Jisung berlari laju menuju ke arah pintu utama. Di kawasan hadapan lobi, beberapa orang pegawai polis sudah mengepung kawasan pintu masuk. Jisung memberhentikan langkah, memandang belakang dan depan bergilir-gilir. Mereka dikepung. Lelaki itu pantas mengangkat tangan ke atas.

Minhyun hampir tersungkur di anak tangga sebelum sempat menstabilkan diri, mengangkat acu pistol apabila melihat kedua-dua Sungwoon dan Jisung berhenti lari. Darah yang mengalir di hujung bibirnya hanya dijilat.

“Yah, macam mana ni?” Jisung dan Sungwoon bersandar pada satu sama lain, sambil mereka berpusing melihat sekeliling yang sudah dikelilingi oleh polis.

Fail yang diberi oleh Dr Shin masih ada dalam pegangan. Sungwoon tekad enggan melepaskan bahan bukti tersebut. Pegawai polis yang berada di sekeliling, direnung seketika. Mampukah polis-polis itu melindunginya? Mampukah mereka memberi keadilan terhadap kematian Doohyun?

Bang!

Pintu kaca di bahagian lobi Hospital Yangji pecah berkecai. Kedengaran suara jeritan para pelawat yang masih berada dalam bangunan yang sama. Daniel berlari mendapatkan Jisung dan Sungwoon.

“Jangan buat apa-apa kalau tak, aku akan bunuh dia” Daniel menarik Jisung, menjerut leher lelaki itu dengan lengannya, sambil mengacukan pistol pada kepala Jisung.

“Apa kau buat ni?” bisik Jisung bingung. Namun cengkaman Daniel pada lehernya terasa agak kuat sehingga menyesakkan nafas.

“Ke tepi” arah Daniel sambil menarik Jisung ke arah pintu utama yang sudah pecah. “Beri laluan!”

Sungwoon menuruti langkah Daniel rapat. Apa pun Daniel buat, Sungwoon percayakan anak muda itu.

Pihak polis terpaksa memberi laluan, berganjak ke tepi namun masing-masing masih mengangkat acu pistol terhadap tiga anak muda itu.

“Berhenti Kang Daniel. Lepaskan Yoon Jisung” Donghae bersuara. Seongwoo tiba lambat, menghampiri Minhyun yang masih cuba mendapatkan suspek. Terbit penyesalan dalam hatinya kerana cuai dan pistolnya sendiri dirampas guna oleh suspek.

Perlahan-lahan Daniel menarik Jisung, mengenjek keluar dari kawasan lobi hospital. Di kawasan luar juga masih terdapat anggota polis dan pengawal keselamatan yang bersedia. Daniel memandang sekeliling, mencari idea untuk melepaskan diri.

“Hyung, macam mana ni?” Daniel merendahkan suara.

“Ketua Lee” Minhyun mendapatkan ketua kumpulannya. Donghae mengangkat tangan sebagai isyarat. “Tunggu. Mereka tiada jalan keluar lagi. Mereka sendiri tidak tahu cara untuk melepaskan diri” ujarnya dapat membaca riak wajah Daniel dan Sungwoon.

“Niel hyung!”

Ketiga-tiga anak muda yang menjadi sasaran polis itu serentak menoleh cari suara itu,

Pinnnnnnnnnnnnnnnnnn

Bunyi hon kereta membuatkan pegawai polis yang berada di situ tersentak. Sebuah kenderaan empat roda menghampiri kawasan lobi hospital dengan laju dan berhenti betul-betul di hadapan Daniel, Sungwoon dan Jisung.

“Cepat naik” suara dalam kereta menggesa. Sungwoon kosong seketika, sementara fikirannya cuba mengingati semula wajah anak muda yang memandu kereta itu.

“Jangan lepaskan mereka” arah Donghae berlari ke arah suspek.

Bang!

Daniel melepaskan satu lagi tembakan ke atas, ke udara sebelum mereka bertiga masuk ke dalam perut kereta. Pedal minyak lalu ditekan dan kereta tersebut memecut laju.

Seongwoo dan Minhyun turut berlari, namun hanya sempat melihat kenderaan tersebut memecut melarikan diri.

“Cepat kejar mereka” arah Donghae mendapatkan keretanya semula.

Seongwoo sempat memandang Minhyun dengan pandangan aneh. “Yah, itu bukan ke kereta kau?”

Minhyun diam tidak menjawab soalan Seongwoo kerana dia juga mempunyai soalan yang sama. Jenis dan nombor plat kereta itu adalah miliknya sendiri.

“Cepat, kita kejar mereka” Seongwoo membuatkan lamunan pendek Minhyun mati.

“Seongwoo, aku rasa tak sedap hati” ujar Minhyun ketika masuk dalam perut kereta dan duduk di sebelah rakannya yang memandu.

“Kenapa?”

Seongwoo tidak membuang masa, terus menekan pedal minyak, cuba mengejar kereta suspek dan kereta Donghae yang sudahpun berada di hadapan.

“Beep. Detektif Hwang, Detektif Ong, kenal pasti laluan yang cuba digunakan oleh suspek. Beep” suara Donghae kedengaran dari walkie talkie yang berada dalam kereta polis itu.

“Beep. Roger. Beep” balas Seongwoo mencapai walkie talkie yang ternyata berada lebih dekat dengan Minhyun, namun rakan sekerja itu kelihatan pana.

“Beep. Unit B, tutup laluan lebuh raya berdekatan. Beep” suara Donghae kedengaran memberi arahan kepada pasukan polis lain.

“Minhyun, kau kenapa?” soal Seongwoo, hairan melihat kelakuan Minhyun yang secara tiba-tiba senyap dan seolah memikirkan sesuatu.

“Seongwoo yah, aku rasa aku tahu siapa yang datang selamatkan suspek tadi” Minhyun bersuara.

Seongwoo menggengam kuat stereng, cuba fokus pada pemanduanya. Dia dah dapat agak apa yang Minhyun akan katakan. Seongwoo juga dapat merasakan perkara yang sama.

“Dia adik kau bukan?”

Minhyun mengangguk.

…………………………………

Sungwoon tidak begitu mengenali dua anak muda yang datang menyelamatkannya itu. Sebuah gambar kecil tergantung hias di cermin pandang belakang dan Sungwoon cam mata lelaki dalam gambar itu. Lelaki yang sama dicederakan oleh Sungwoon tempoh hari dan lelaki yang sama cuba menangkapnya tadi. Pegawai polis yang ditumbuk di hospital tadi.

“Yah Woojin, Jinyoung, apa korang buat ni?!” Daniel menyergah dari tempat duduk belakang. Woojin yang memandu kereta cuba untuk bertenang walhal hatinya penuh dengan pelbagai perasaan.

“Ini sangat bahaya. Jinyoung, abang kau….”

“Saya tahu” celah Jinyoung yang berada di tempat duduk pemandu sebelah Woojin. “Jihoon telefon dan minta selamatkan hyung di Hospital Yangji. Saya… saya percayakan hyung” anak muda itu mengerling pandang Daniel dan Sungwoon. Itu merupakan kali pertama dia bersemuka dengan abang Jihoon.

“Jihoon?” Sungwoon tersentak apabila Jinyoung menyebut nama adiknya. “Dia berada di mana sekarang? Bukankah dia dengan pihak polis?”

Woojin menggeleng. “Kami tak tahu. Saya dapat panggilan daripada nombor peribadi yang dilindungi. Jihoon tak cakap banyak, dia hanya suruh datang selamatkan Daniel hyung di Hospital Yangji” jelasnya.

Jisung dan Sungwoon saling berpandangan. “Macam mana dia tahu kita berada di hospital Yangji?” Jisung bertanya. Woojin hanya mengjungkit bahu, tidak mempunyai jawapan soalan itu.

“Sekarang apa yang penting ialah kamu berdua tak boleh terlibat sekali. Bahaya. Berhentikan kereta ni dan balik rumah”

“Ahhh Daniel hyung. Kami dah selamatkan hyung” rungut Woojin.

“Aku tahu dan aku berterima kasih tapi keadaan sekarang bahaya. Aku tak nak apa-apa terjadi pada korang” balas Daniel dengan nada tegas. Dia mengenali dua anak muda itu sebagai rakan baik Jihoon dan dia enggan membahayakan nyawa mereka. “Berhentikan kereta ni sekarang”

“Jangan” Jisung menghalang sambil memandang belakang. “Kita masih diekori polis” ujarnya.

Woojin memandang cermin sisi, melihat kereta polis yang masih mengikut laju.

Daniel melepaskan keluhan berat lalu menyandarkan diri pada tempat duduk belakang. “Kita lepaskan diri daripada polis dulu”

………………………………

“…Lagi satu, tak semua orang baik mesti jadi polis, dan saya yakin tak semua polis itu baik. Saya suka buat baik tapi dengan cara saya sendiri”

“Minhyun” Seongwoo memanggil rakan di sebelahnya yang kelihatan termangu. “Hwang Minhyun”

“Berhenti” Minhyun mengangkat acu pistolnya tepat pada kepala Seongwoo.

Seongwoo terkejut merasakan hujung mata pistol glock19 menyentuh kepalanya. “Apa kau cuba buat ni Minhyun?” soalnya dengan tangan yang masih cekap mengawal stereng kereta.

“Aku kata berhenti!” Minhyun menjerit sambil menekan sedikit pistolnya.

“Ahhh” kepala Seongwoo disengetkan sedikit.

“Berhenti atau hadang kereta Ketua Lee. Pilih salah satu” suara Minhyun meninggi.

“Kenapa aku harus hadang kereta Ketua Lee? Yah Hwang Minhyun, kita tengah kejar suspek ni!” Seongwoo menepis pistol yang diacu oleh Minhyun.

Bang!

Jantung Seongwoo hampir berhenti berdegup apabila mendengar bunyi tembakan tersebut terlalu dekat dengan telinganya. Minhyun menembak ke atas, menimbulkan satu lubang kecil pada bumbung kenderaan tersebut.

“Kau dah gila?!” teriak Seongwoo, terkejut dengan tindakan rakan sekerjanya itu.

“Berhenti! Aku kata berhenti!”

“Ya Hwang Minhyun! Jangan jadi gila!” Seongwoo sempat mengerling pandang Minhyun di sebelahnya.

“Jangan cabar aku” Minhyun mengacu hujung pistolnya tepat pada kepala Seongwoo. Jika pemicu ditarik lepas, sebutir peluru akan menembus segala sel dalam otak Seongwoo dan akan menyebabkan kematian serta merta. “Aku kata berhenti” Minhyun meletakkan jarinya di pemicu pistol

“Ya Hwang Minhyun!” nafas Seongwoo laju. Pertama kali dalam hidupnya dia berasa takut dengan Minhyun, tak sangka rakan sekerjanya sanggup berbuat demikian. Stereng kereta dipusingkan, dan kereta berhenti di bahu jalan.

“Keluar” arah Minhyun sambil menekan buka kunci pintu kereta dan membuka pintu tersebut

Seongwoo perlahan-lahan keluar dari kereta tersebut dengan tangan yang diangkat. “Yah, apa yang kau cuba lakukan?”

Sebaik Seongwoo keluar, Minhyun bangkit dan merampas kedudukan pemandu sebelum menutup pintu semula.

“Ya Hwang Minhyun!” jerit Seongwoo, melihat Minhyun memecut keretanya laju, meninggalkan dia sendiri di tepi jalan. “Tak guna”

Tangannya yang masih berbalut terasa kebas. Minhyun tekad. Walkie talkie dicapai.

“Ketua Lee, berhenti! Jangan tembak kereta suspek!” jeritnya namun tiada balasan didengari. Walkie talkie tersebut dicampakkan. Minhyun menekal pedal minyak, memecut laju, mengejar kereta Donghae, tidak mempedulikan semua peraturan jalan raya. Sebaik nampak kereta Donghae di hadapan, Minhyun memotong dan memusingkan stereng kereta, memberhentikan kenderaan di hadapan kereta Donghae yang bergerak laju.

“Apa yang dia buat tu?!” Kim Heechul menekan bunyi hon kereta sambil kakinya menekan brek sekuat hati. Dalam beberapa saat, nafas Minhyun laju, anak matanya melihat kenderaan Donghae yang laju menuju ke arahnya.

Heechul menekan brek sekuat hati namun keretanya masih berlanggar dengan kenderaan yang berhenti di hadapan. Kedua-dua Heechul dan Donghae menunduk.

Bam!

Bunyi dentuman dua buah kereta dan cermin kaca berkecai didengari jelas oleh Minhyun sebelum badannya tercampak, tergolek atas jalan raya. Sesuatu panas dirasakan mengalir keluar dari kepalanya.

“Jinyoung ah~” Minhyun terbaring atas jalan raya.

……………………………………………………

Daehwi turun dari kereta dengan tergesa-gesa. Langkahnya terus ke bahagian halaman kiri rumah, di mana terdapat sebuah kebun bunga kecil.

“Tuan muda cari saya?”

Daehwi tersentak apabila disapa secara mengejut. Anak muda itu menoleh pandang lelaki yang bekerja sebagai pekebun rumah tersebut.

Daehwi mengangguk, sempat mendongak pandang langit atas. “Saya rasa ini masa sesuai untuk Pekebun Ma beritahu saya apa yang sepatutnya saya tahu”

Pekebun itu memakai topeng muka, yang sedikit comot dengan kesan hitam tanah gambut. Daehwi tidak dapat melihat riak sebenar lelaki tua itu.

“Apa yang tuan muda nak tahu?”

Daehwi menelan air liur. Tangannya dikepal genggam. Buat seketika dia berasa takut untuk meluahkan soalannya.

“Abang saya…. Dia…dah mati?”

………………………………….

Sebuah gambar loket yang tergantung pada cermin pandang belakang dicabut tarik. Sungwoon menatap gambar tersebut lalu memandang ke luar, melihat Daniel sedang bersama dengan dua orang anak muda yang dikenali sebagai kawan adiknya. Rantai loket itu kemudian disimpan di dalam dashboard kereta apabila merasakan pandangan tajam Jisung.

“Dia polis yang kejar kita kan?” soal Jisung, hanya memandang perlakuan Sungwoon. Lelaki itu mengangguk. Daniel beritahu mereka adik beradik.

Jisung mengukirkan senyuman sinis. “Abang dia polis yang mengejar kita dan sekarang adik dia tolong lepaskan kita dari polis. Aku rasa seperti dalam drama”

Sungwoon bersandar pada tempat duduk pemandu. “Kita pula gunakan kereta anggota polis yang cuba nak tangkap kita”

Sungwoon dan Jisung kemudian melihat Daniel yang berjalan menghampiri mereka.

“Macam mana?” soal Jisung apabila Daniel menyusup masuk ke dalam kereta melalui pintu tempat duduk belakang.

“Kita tak boleh bawa mereka. Saya suruh mereka balik rumah sebelum pihak polis kenalpasti mereka yang tolong kita” jawab Daniel jujur, sempat memandang riak kosong Woojin dan Jinyoung yang ditinggalkan.

“Abang dia polis, jadi abang dia mesti tahu”

“Saya dah tanya Jinyoung, dia cakap abangnya tak tahu dia tolong kita”

“Kita boleh percayakan dia?”

Daniel mengambil masa sebelum mengangguk. “Saya harap”

Jisung melepaskan satu keluhan berat. “Kereta ni pula?”

“Kita guna dulu kereta ni untuk ke Masan”

“Kalau macam tu, pihak polis mesti akan tahu budak tu yang tolong kita” balas Jisung, menoleh pandang Daniel.

Daniel menggeleng. “Andai pihak polis tanya, saya suruh Jinyoung beritahu yang kita rampas kereta ni. Jangan risau”

“Apa-apa je lah” Jisung mengalah. “Sekarang kita nak ke mana? Bukti yang doktor tadi beri tak cukup lagi?”

Soalan Jisung membuatkan Sungwoon teringat akan fail laporan yang diberi oleh Dr.Shin. Fail yang disimpan dalam baju itu dikeluarkan. “Masih ada satu bukti yang kuat. Kita perlu ke Masan untuk berjumpa dengan seseorang. Dia ada bukti tu”

“Hyung, macam mana Chanbin tahu yang kita berada di hospital?” Daniel merapatkan badannya ke kerusi tempat duduk pemandu. Jisung juga menoleh pandang Sungwoon, ingin mendengar jawapan lelaki itu.

Sungwoon menggeleng, tidak mempunyai jawapan. “Entah. Aku pun hairan”

“Lagi satu adik kau, macam mana dia boleh tahu kau berada di hospital, dan kalau dia berada dalam tangan polis, macam mana dia boleh hubungi kawan-kawan dia?” Jisung mencelah tanya.

Sungwoon diam berfikir sebelum menanggal buka bajunya.

“Hyung, buat apa?”

Sungwoon membuka baju dan meraba pegang kain fabric tersebut. “Aku rasa Doohyun letak penjejak pada aku” ujarnya sebelum menanggalkan kasutnya juga. Kasut itu dibelek dan Sungwoon dapat melihat sebuah sim kecil yang diletakkan dibahagian tapak kasut yang terlindung. Sim itu dicabut buka.

“Ini…..?”Jisung merampas pegang sim kecil itu sambil Sungwoon memakai bajunya semula.

“Ini penjejak?” soal Daniel pula, merapatkan badan pada kerusi penumpang depan.

Sungwoon mengangguk, mengambil sim tersebut pada tangan Jisung sebelum mencampak keluar. “Tak guna”

Jisung diam, menggigit bibirnya. Sudah beberapa hari berlalu dan Jisung masih tertanya-tanya adakah tindakannya untuk membantu Sungwoon adalah sepatutnya? Adakah patut jika dia berhenti sekarang dan mendapatkan perlindungan dari pihak polis? Jisung menoleh pandang Sungwoon yang kini sedang tertunduk membenamkan muka pada stereng kereta.

“Aku memang bodoh. Kenapa baru aku sedar yang Doohyun ekori kita?”

Jisung membuka dashboard di depannya dan mencapai pegang rantai loket yang disimpan oleh Sungwoon tadi. Gambar Minhyun dan Jinyoung dalam loket tersebut dipandang. Sungwoon dan Daniel memandang Jisung hairan.

“Kenapa?” soal Daniel.

Jisung menggenggam rantai tersebut. “Terlambat untuk kita sesali apa yang dah berlaku. Kita perlu dapatkan bukti di Masan kan? Sekarang, jangan buang masa. Kita perlu ke Masan segera dan dapatkan bukti untuk tukar posisi kau dan Doohyun tu. Dia yang sepatutnya takut sekarang, bukan kita” Jisung lalu menarik pakai tali pinggang keselamatan dan menyimpan semula rantai loket tersebut. Semangatnya tekad. Jisung teringat akan pergelutannya ketika diculik dalam kereta dan bagaimana dia melarikan diri dalam keadaan takut daripada hospital.

“Kenapa? kenapa hyung sanggup nak tolong Sungwoon hyung?”

Jisung menoleh pandang Daniel sebaik mendengar soalan anak muda itu. “Sebab aku ada maruah aku sendiri. Si Doohyun tu cuba culik aku untuk buat kerja kotor lukis duit palsu. Kalau aku tak tolong Sungwoon, aku akan jadi mangsa juga. Aku tak nak rendahkan maruah aku sebagai pelukis haram”

Sungwoon mengukirkan senyuman kecil, mengagumi semangat Jisung.

…………………………………………..

Kenderaan milik abangnya akhirnya berlepas meninggalkan mereka. Woojin memandang kawannya di sebelah. Jinyoung duduk mencangkung sambil meraup tutup mukanya.

“Kau ok?” soal Woojin.

Jinyoung mendongak pandang Woojin yang berdiri di sebelahnya. “Aku buat perkara yang betul kan? aku tak buat benda yang salah kan? aku hanya nak tolong Jihoon, kawan baik aku”

Woojin mengangguk. “Kau jangan takut”

Jinyoung lalu bangkit berdiri. “Abang aku mesti kecewa dengan aku”

Woojin menggeleng pula. “Dia mesti bangga kalau tahu kau sebenarnya buat perkara yang betul. Dia mesti percayakan kau kau?”

“Dan aku percayakan Jihoon” balas Jinyoung.

……………………………………..

Titik merah yang menyala berkelip-kelip dalam komputer riba bertukar biru. Guanlin yang dari tadi memandang titik merah itu, membulatkan mata melihat titik tersebut bertukar warna.

Detector deactivated

Muncul satu pop up tetingkap di skrin dan Guanlin menoleh pandang Jihoon yang terikat atas katil. Lelaki itu hanya senyap membaca tindakan Guanlin.

“Did you call your brother and told him about the chip?”

Jihoon tersentak apabila Guanlin tiba-tiba mengajukan soalan. Spontan anak muda itu menggeleng balas.

“He found the chip. How the hell did he found it? You must be the one that told him right?” Guanlin bangkit dari tempat duduknya dan mendekati Jihoon. Guanlin menyangkakan Jihoon memberitahu Sungwoon melalui peluang panggilan yang diberi olehnya tadi.

Jihoon menggeleng laju, agak takut melihat Guanlin mendekatinya. Tangannya yang diikat ketat dengan sebuah tali kasar pada kepala katil, cuba meronta.

“You!” Guanlin mengacukan pisau kecil pada leher Jihoon.

“Hmmmph!” Jihoon memejam matanya rapat.

“… and don’t kill him”

Suara Daehwi bergema dalam kepala Guanlin. Tangannya ketar dan pisau yang dipegang lantas terlepas dari genggaman.

Jihoon perlahan-lahan membuka mata dan melihat Guanlin berada dekat dengan dirinya. “Don’t kill me” ujarnya perlahan.

Anak mata Guanlin ketar. Seketika Guanlin berasa keliru. Semua dosa dan pembunuhan yang pernah dilakukan bermain lintas dalam fikiran.

“Argh!” Guanlin menerkam cekik leher Jihoon dengan kuat. Anak muda di hadapannya itu membulatkan mata, terkejut juga sakit.

“Le…pas…kan” suara Jihoon merayu tersangkut-sangkut. Anak muda itu tidak mampu meronta. Cengkaman tangan Guanlin di lehernya kuat. Wajahnya bertukar merah.

“Gu….. Guan…lin…ah”

Chamdeep to the resque! on another note, Sungwoon tak tahu penjejak tu diletakkan oleh Guanlin dan Guanlin pula tak tahu yang Jihoon call woojin  bukan Sungwoon.Saya harap babak aksi tak terlalu sarat dalam bab ni sebab well, ni cerita aksi,. Haha. Believe me, im crying lepas taip scene Minyeon korbankan diri untuk selmatkan adiknya. Damn la Minyeon so stupid and baik, supportive brother dot com. //pasang lagu Infinite  The eye//

 

btw, bab seterusnya, saya akan dedah peranan salah satu watak. Mungkin ada yang perasan dn dapat tangkap klu. Apa2 pun, stay tuned~ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^