3.

Antara Subuh dan Senja

Langit kelihatan mendung dikelilingi dengan awan gelap. Angin bertiup lembut. Dedaun kering melayang ditiup angin. Jihoon mendongak pandang ke atas sebelum melajukan langkah, bimbang hujan turun sebelum sempat sampai rumah.

Rumahnya terletak dalam kawasan perumahan yang biasa, tidak berbukit namun dikelilingi rumah yang tidak mempunyai struktur tetap. Jihoon sering melalui kawasan yang sempit, lorong belakang kedai untuk cepat sampai ke rumah. Usai melalui beberapa lorong, Jihoon melihat ramai orang berkerumun depan rumahnya. Jantungnya tidak semena-mena berdegup kencang. Beberapa buah kenderaan polis juga kelihatan.

Anak kecil yang berumur 11 tahun itu menyelit antara kerumunan orang tersebut. Jihoon kehairanan.

“Kenapa?” soal Jihoon namun tiada sesiapa menjawab soalannya. Jihoon meneruskan langkah seperti biasa sebelum langkahnya terhenti.

“Hyung” Jihoon memanggil Sungwoon apabila melihat abangnya keluar melalui pintu. Kemudian Jihoon tergamam apabila melihat tangan Sungwoon yang bergari dan dua orang pengawal polis yang memegang iringnya.

Jihoon pana. Apa yang berlaku? Kenapa Sungwoon hyung digari? Kenapa Sungwoon hyung dibawa polis? Apa yang Sungwoon hyung lakukan? Apa dah terjadi pada Sungwoon hyung?

Jihoon terdiam sambil matanya melirik lihat Sungwoon yang dibawa masuk ke salah satu kenderaan polis yang menunggu di depan rumah.

“Jihoon” suara Sungwoon didengari sebalik bunyi bising kerumunan orang ramai yang bercakap dan berbisik.

Jihoon dan Sungwoon saling berpandangan beberapa saat sebelum kelibat Sungwoon dipaksa masuk ke dalam perut kereta.

“Hyung!” Jihoon tersentak dan terus berlari ke arah kereta tersebut.

“Hyung! Hyung! Sungwoon hyung!” Jihoon mengetuk tampar tingkap kereta tersebut beberapa kali sebelum badannya ditahan pegang oleh seorang lelaki asing. Sebaik badan Jihoon menjauhi kereta polis, kenderaan itu terus bergerak laju.

“Hyung!” Jihoon menjerit panggil. “Sungwoon hyung!” Jihoon jatuh terduduk atas jalan raya sebaik lelaki tadi melepaskan pegangannya. Masyarakat sekeliling hanya mampu memandang kasihan akan anak kecil itu.

“Sungwoon hyung!” air mata Jihoon jatuh berjurai.

……………………………………………….

“Terima kasih” Sungwoon memberi tunduk hormat sebelum beredar keluar dari salah sebuah kedai makan. Sudah lebih sepuluh kedai yang disinggahnya untuk mencari kerja namun tiada siapa yang menerimanya. Alasan yang diterima ialah mereka tidak memerlukan pekerja baru buat masa ini. Sungwoon mengeluh sambil mengurut bahunya. Badannya terasa sedikit lenguh namun Sungwoon enggan mengalah. Dia perlukan kerja untuk mulakan hidup baru, setidaknya untuk tebus semua masa yang terbuang di penjara selama tujuh tahun.

“Aigooo, siapa ni?”

Satu suara menyapa Sungwoon dari belakang. Anak muda itu terkejut.

“Ohhhh, macam kenal je”

Sungwoon menelan air liur. Riaknya kelat dan matanya ketar. Dia tahu siapa lelaki itu. Salah seorang lelaki yang menyebabkan Sungwoon meringkuk dalam penjara selama lapan tahun.

“Maaf, salah orang” ujar Sungwoon, cuba berjalan laju menjauhi lelaki tadi.

“Hey, hey Ha Sungwoon. Kau nak ke mana?” lelaki itu menyambar pantas kolar baju Sungwoon. Langkahnya terus terhenti.

“Baru tujuh tahun berlalu tapi kau langsung tak berubah. Muka bulat yang sama, mata yang sama, pandangan takut yang sama. Suara kau pun langsung tak berubah” lelaki itu menampar lembut pipi Sungwoon.

Sungwoon tidak berani mengangkat muka. “Aku dah buat apa yang kau suruh. Lepaskan aku Kim Chan Bin”. Nada Sungwoon penuh ketakutan.

“Apa kau nak takutkan ni? Jangan risau, aku dan Doohyun tak akan menyusahkan kau lagi” ujar Chan Bin sambil ketawa kecil. “Kau tengah cari kerja kan? Aku datang nak tolong kau. Aku nak bagi kau kerja”

Sungwoon laju menggeleng. Dia tahu kerja apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Tidak. Sungwoon enggan terlibat lagi dengan kerja kotor mereka.

“Kau tak nak?” soal Chan Bin merapatkan mukanya dengan Sungwoon. “Betul kau tak nak?” suaranya semakin perlahan, seolah berbisik. Sungwoon berasa seram sejuk.

“Aku tidak mahu lagi terlibat dengan korang semua. Cukup. Aku akan simpan rahsia Doohyun sampai aku mati. Dia tak perlu risau” balas Sungwoon, juga dalam nada perlahan.

“Aigoo, kalau mengenai itu kau jangan risau. Aku dan Doohyun percayakan kau…” mata Sungwoon kemudian membulat besar apabila merasakan sejuk mata pisau mengenai pipinya.

“… tapi kami cuma perlukan pertolongan kau. Tak banyak. Sikit je. Perkara kecil”

Sungwoon tahu pisau itu amaran. Sungwoon juga tahu dia tidak boleh mempercayai kata-kata lelaki itu.

“Aku merayu. Lepaskan aku. Aku nak kembali hidup normal” rayu Sungwoon, masih berasa takut dengan pisau Chan Bin yang dekat dengan mukanya.

“Hidup normal macam adik kau?”

Sungwoon terkejut apabila Chan Bin mengeluarkan sekeping gambar. Gambar Jihoon pagi tadi ketika keluar dari rumah.

“Kau….” Sungwoon laju mencapai genggam kolar Chan Bin. “Jangan berani sentuh dia”

Chan Bin ketawa lalu menyimpan lipat pisau tadi ke dalam poket seluar. “Kalau kau tak nak apa-apa terjadi pada adik kau, jom aku bawa kau jumpa Doohyun. Dia rindukan kau”

…………………………………………

Sebaik pintu dibuka, Jinyoung sempat mengerling hairan sepasang kasut asing yang diletakkan di depan pintu. Jinyoung mengerling lihat sekeliling di ruang tamu. Tiada sesiapa selain dirinya.

“Hyung?” Jinyoung memanggil setelah menanggalkan kasut. Perlahan-lahan dia berjalan ke ruang tamu.

“Minhyun hyung” sekali lagi Jinyoung memanggil. Dia berasa tidak sedap hati, dapat merasakan ada orang asing dalam rumahnya. Jinyoung mencapai pegang payung yang tersangkut di dinding. Pertahanan. Fikirnya.

Jinyoung bersandar pada dinding, perlahan-lahan menjenguk kepala ke dapur.

“Jinyoungie~!”

“Ahhhhh!!” spontan Jinyoung menjerit. Payung yang dipegang tadi terus dilempar baling

“Kenapa kamu menjerit?” sempat Minhyun mengelak dari terkena payung yang dibaling Jinyoung.

“Ahhh hyung~” Jinyoung terduduk bersandar. “Hyung terkejutkan saya!” marahnya.

“Kamu yang terkejutkan hyung. Kenapa kamu masuk rumah sendiri macam pencuri?” soal Minhyun kehairanan sebelum ketawa kecil. “Penakut kamu ni” ujarnya pula sambil menghulurkan tangan.

“Kenapa? kenapa?” Ong Seongwoo berlari mendapatkan Minhyun apabila mendengar jeritan tadi.

“Saya rasa tak sedap hati tadi. Ingatkan ada orang lain masuk rumah kita” Jinyoung mencapai pegang huluran tangan Minhyun sebelum bangkit berdiri.

“Siapa?” soalnya memandang hairan Ong Seongwoo.

“Ahhh, ini rakan hyung. Rakan sekumpulan. Ong Seongwoo. Yah, ini adik aku Bae Jinyoung” Minhyun memperkenalkan mereka.

“Anyeonghaseyo” Jinyoung memberi tunduk hormat.

“Kami habis awal hari ni jadi hyung ajak dia makan malam sekali dengan kita” jelas Minhyun lagi. Ong Seongwoo hanya tersenyum.

“Ahhhh~ kalau macam tu, saya nak mandi dulu” ujar Jinyoung sambil membetulkan beg galasnya yang sudah senget.

“Baik. Baik. Kamu pergi rehat dan bersihkan diri dulu. Makanan dah siap nanti hyung panggil kamu” Minhyun menepuk bahu Jinyoung sebelum adiknya itu masuk bilik.

“Boleh tahan adik kau” komen Ong Seongwoo sambil mereka berdua kembali ke dapur.

“Tengoklah abang dia” selamba ujar Minhyun.

“Tapi… nama dia Bae Jinyoung. Kau pula Hwang Minhyun. Kenapa nama keluarga korang tak sama?” Seongwoo bertanya terus, tanpa berselindung.

“Ahhh, kitaorang lain ayah. Lagipun mak tak nak ubah nama keluarga kitaorang, dan dia tak nak lupakan ayah. Aku dan Jinyoung ambil keputusan untuk hormat keputusan mak kami bahkan selepas dia meninggal”

“Ahhhh” Seongwoo mengangguk faham.

…………………………..

Seharian di sekolah menyebabkan Daehwi kepenatan, terutama minggu awal. Dirinya masih mengambil masa untuk mengadaptasi dengan persekitaran baru. Walaupun berjaya menyesuaikan diri dengan beberapa orang rakan baru namun Daehwi masih terasa kosong.

“Tuan muda nak keluar ke mana-mana malam ni?” pemandu peribadinya bertanya sambil memegang beg galas Daehwi. Pemandu yang sama mengambilnya di lapangan terbang tempoh hari. Eun Ho Seok.

Daehwi hanya menggeleng sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Eun Ho Seok mengikuti dari belakang sebelum langkahnya terhenti apabila Daehwi berhenti secara mengejut.

“Pemandu Eun” Daehwi memanggil dengan nada perlahan. “Siapa tu?” soalnya, berbisik.

Ho Seok melihat dua orang pemuda menaiki tangga untuk ke aras atas. Dua pemuda itu seperti tidak perasan akan Daehwi dan Ho Seok.

“Ahhh rasanya itu kawan tuan muda Doohyun. Saya seperti pernah lihat salah seorang dari mereka” jawab Hoseok jujur, berkerut dahinya cuba mengingati semula di mana dia pernah melihat salah seorang dari pemuda tersebut.

“Kawan?” soal Daehwi lagi mendapatkan kepastian. Ho Seok mengangguk laju. Anak mata Daehwi terus melirik pandang dua pemuda itu yang kemudian hilang apabila mereka masuk ke dalam salah sebuah bilik, bilik kerja Doohyun.

Kawan? Daehwi meraguinya. Dua pemuda itu kelihatan tidak sama taraf dengan mereka, malah pakaian yang dipakai mereka tidak berjenama. Salah seorang memakai tee biasa dengan seluar hitam kosong, manakala seorang lagi memakai baju tee bercorak dengan jaket jeans lusuh dan seluar jeans yang berlubang di lutut.

“Hantar beg saya ke bilik. Kemudian awak boleh balik. Saya tak mahu keluar ke mana-mana malam ni. Jumpa esok pagi” ujar Daehwi lalu berjalan menuruti tempat yang sama pemuda tadi lalu, menaiki tangga ke aras atas, ke bilik kerja Doohyun.

Hoseok hanya memandang Daehwi dengan pandangan kosong. Apa yang tuan muda Daehwi nak buat? Soalan itu ditelan hadam olehnya.

………………………………………

“Ha Sungwoon!”

Doohyun mendepakan tangan, mendakap rapat Sungwoon sambil tersenyum. “Aku rindukan kau kawanku”

Sungwoon hanya diam, tidak membalas dakapan tersebut mahupun tersenyum. Chan Bin terus melabuhkan punggung atas sofa yang tersedia sebelum mengeluarkan kotak rokok dari dalam poket jaket jeansya yang kelihatan lusuh.

“Mari duduk Sungwoon ah. Waaa, dah berapa lama kita tak berjumpa” Doohyun menarik lengan Sungwoon dan memaksa lelaki itu duduk di sofa, berhadapan dengan Chan Bin. Doohyun kemudian mencari raba pemetik api atas mejanya sebelum mencampak beri kepada Chan Bin yang sudah tersedia sepuntung rokok antara bibirnya.

“Nice” komen Chan Bin menyambut dengan tepat dan menyalakan hujung punting rokoknya. Sungwoon hanya memandang. Jelas mereka berdua masih berperangai sama.

“Aku tak nak terlibat dengan apa-apa lagi” Sungwoon bersuara ketika Chan Bin menghulurkan sebatang rokok padanya.

“Releks, ia hanya rokok” ujar Chan Bin sambil menghembus asap di hujung bibirnya.

“Aku cakap serius. Aku tak nak terlibat dengan korang lagi. Tolong jangan ganggu aku dan adik aku” Sungwoon beralih kepada Doohyun yang masih berdiri, dengan tangan diselukkan ke dalam poket seluar. Kemeja tidak bertali leher yang dipakai juga kelihatan terbuka butang atasnya. Tangan kemejanya juga dilipat paras siku.

“Hey, kita kawan kan. Apa kau cakapkan ni?” Doohyun mengambil tempat duduk di sebelah Sungwoon, memeluk bahu lelaki itu. “Aku ada masalah sikit dan aku rasa kau orang paling sesuai dengan kerja ni”

“Doohyun ah~” Sungwoon enggan menukar topik. Nadanya dikeraskan.

“Adik kau apa khabar? Apa ya nama dia? Ha Jihoon kan? Oppps, tidak. Tidak. Dia dah tukar nama jadi Park Jihoon. Kan? Rasanya sekarang dia adalah pelajar sekolah menengah tinggi. Dia tinggal dengan budak lelaki yang dari Busan tu kan? Jiran lama kau. Apa nama dia?” Doohyun bermain dengan kata-kata, nadanya ceria namun Sungwoon tahu itu adalah ugutan.

“Daniel” celah Chan Bin, masih leka dengan rokoknya.

“ah Daniel. Sekarang dia kerja di mana? Agak-agak dia cam tak muka aku kalau aku jumpa dia? Aku pun dah lama tak tengok dia? Dia sihat?”

Sungwoon diam tertunduk.

“Sungwoon ah~ sertai kiteorang. Kau perlukan duit kan. Sampai bila kau nak harapkan Daniel jaga adik kau. Lagi satu, kau tu bekas banduan, tiada siapa mahukan bekas banduan sebagai pekerja zaman sekarang. Pelajar universiti sekarang pun belambak menganggur” Chan Bin seolah memujuk.

Sungwoon mengenggam kepal buku limanya. Geram. Marah. Namun perasaan itu ditahan. Sakit hati apabila diperlekehkan oleh orang yang menyebabkan dirinya meringkuk di penjara tujuh tahun lepas.

“Apa-apa pun. Kerja ni senang. Kau hanya perlu culik seseorang” ujar Doohyun tanpa berlengah lagi. Sekeping gambar diletakkan atas meja.

“Yoon Ji Sung. Salah seorang pelajar Universiti Haneul. Kami perlukan dia. Pelukis utama kami cedera dan dia tak boleh melukis buat masa ni. Kilang kami agak tergendala sebab tiada pelukis aktif yang boleh melukis dengan sempurna” jelas Doohyun sambil jarinya menekan tunjuk pada gambar tersebut.

Sungwoon memandang gambar tersebut, seorang lelaki tersenyum dengan matanya yang sepet. “Culik? Kau bergurau? Aku tak reti buat semua tu” ujar Sungwoon mengeleng.

“Reti atau tak reti, kau kena buat” tambah Chanbin pula.

Sungwoon mengeluh. “Doohyun ah~ kau kenal aku. Aku tak biasa dengan semua kerja ni. Dulu aku boleh tolong kau, aku masuk penjara sebab kau. Tapi kali ni, aku dah tak mampu. Tolong lepaskan aku, adik aku dan Daniel”

Doohyun menhembus nafas berat lalu mengeluarkan sekeping lagi gambar. “Aku tahu di mana adik kau sekolah, aku tahu di mana tempat kerja Daniel, jadi sebelum aku mengamuk, baik kau beri kerjasama” ujarnya dalam nada tegas. Chanbin hanya tersenyum melihat. Dia tahu Doohyun memang tidak reti dalam bertoleransi.

“Kenapa aku?” soal Sungwoon, memandang mata Doohyun. Mata yang sama pernah menjadi kawannya dahulu.

“Sebab aku kawan kau. Kau mesti tolong kawan kau. Siapa lagi aku boleh harapkan” Doohyun membalas pandangan Sungwoon.

“Sebab aku kawan kau. Kau mesti tolong kawan kau. Siapa lagi aku boleh harapkan”

Sungwoon tertunduk.

“Apa-apa pun, kau mesti culik dia. Hari sabtu ni, dia akan ke Busan untuk sebuah pameran seni. Aku akan beri kau kelengkapan. Apa kau perlu buat cuma bawa dia ke kilang kiteorang. Lepas tu, kiteorang janji, tak akan sebut pun nama adik kau”

…….....................................

Daehwi menekup mulut terkejut. Dia mencuri dengar apa yang dibincangkan oleh Doohyun dan dua orang lelaki yang Daehwi tidak kenali.

Culik? Kilang? Apa yang Doohyun hyung lakukan?

Daehwi ingin mengetahui ingin lebih lanjut sebelum dengar bunyi tapak kaki yang mendekati pintu. Daehwi terus menyembunyikan diri di sebalik sebuah langsir, memerhatikan dua orang pemuda tadi keluar dari bilik Doohyun.

“Jangan risau Sungwoon. Semua akan berjalan lancar. Kau buat saja apa yang Doohyun suruh”

Daehwi terus memerhatikan mereka sehingga kedua-dua keluar melalui pintu.

“Sungwoon” Daehwi menyemat nama itu dalam memorinya. Lelaki itu tahu rahsia Doohyun dan Daehwi tekad mahu membongkar rahsia tersebut.

………………………………..

“Jihoon ah~” Daniel menjerit panggil sambil membuka peti ais dan mengeluarkan beberapa botol soju dan bir.

“Chicken~ chicken” Daniel melaungkan sambil melabuhkan punggung di atas lantai di ruang tamu. Tidak sampai beberapa saat, Jihoon tiba, sudah lengkap memakai pajama tidurnya. Laju dia mencapai bukak kotak ayam goreng yang sudah tersedia di hadapan Daniel. Jihoon mengerling sekeliling.

Daniel tersenyum sebelum berkata, “Dia keluar petang tadi cari kerja. Sekejap lagi dia balik”

“Siapa?” Jihoon pura-pura tidak tahu.

“Saya dah balik” suara Sungwoon kemudian didengari di muka pintu.

“Hyung, mari makan” Daniel mengajak sambil membuka sebotol soju, bersedia untuk menuangnya. “Hyung dah makan?” soalnya sambil menghulurkan cawan kecil kepada Sungwoon.

“Belum” jawab Sungwoon ringkas sambil mengambil tempat duduknya, bersila atas lantai, berdepan dengan Daniel. Sempat dia mengerling Jihoon yang senyap makan ayam gorengnya. Dia tersenyum melihat Jihoon yang memakai pajama tidur warna merah jambu dengan corak beruang kecil.

“Kamu masih suka makan ayam?” soalnya, melihat Jihoon laju mengigit sehingga ke tulang ayam.

Jihoon hanya mengangguk.

“Hyung kan tahu, Jihoon dan ayam goreng tak boleh dipisahkan” celah Daniel sambil menghabiskan secawan kecil minumannya. Kedengaran bunyi ‘ahhh’ sebaik cawan dikosongkan. “Minum hyung” Daniel menuang penuhkan cawannya lagi.

Sungwoon hanya mengangguk sebelum meneguk minum soju yang dihulurkan Daniel dalam cawan kecil tadi.

“Pagi tadi tu, kawan kamu ke?”

Jihoon mengangkat muka, menyedari soalan yang ditanya oleh Sungwoon itu ditujukan kepadanya. “Hmmm” balasnya ringkas.

“Macam mana kawan kamu? Siapa nama budak tadi?” Sungwoon bertanya, tidak memikirkan soalan tersebut, sekadar ingin berbual lebih dengan Jihoon. Dia merindui suara adiknya itu.

“Semua baik. Pagi tadi tu namanya Woojin” Jihoon sedaya upaya mengelak pandangan mata Sungwoon. Sesuatu menyentuh perasaannya. Jihoon ingin memeluk abangnya, menjadi rapat seperti sebelumnya namun apabila hakikat yang abangnya merupakan penjenayah seolah mencucuk jiwa naluri Jihoon sebagai seorang adik. Jihoon seolah cuba menafikan bahawa dia mempunyai seorang abang.

“Dia mesti kawan baik kamu. Hyung lega mendengarnya” luah Sungwoon jujur sebelum mencapai tuang soju ke dalam cawannya.

“Saya masuk bilik dulu. Kerja sekolah saya masih belum siap” Jihoon tiba-tiba bangkit berdiri. Dia berasa tidak selesa berdekatan dengan Sungwoon.

“Yah, sejak bila kau rajin buat kerja sekolah?” Daniel menarik pegang tangan Jihoon, menghalang. Daniel tahu itu adalah alasan Jihoon semata-mata.

“Semenjak saya diberi banyak kerja sekolah dan peperiksaan semakin dekat” balas Jihoon, menarik lepas tangannya dari genggaman Daniel.

“Jihoon ah~” Daniel memanggil apabila Jihoon terus berlalu masuk ke dalam bilik.

“Biarkan dia” Sungwoon menahan Daniel. “Dia mesti tak selesa dengan aku”

“Tapi hyung…”

“Beri dia masa. Dah tujuh tahun berlalu, jadi tak pelik kalau dia berasa kekok” luah Sungwoon dengan nada sesal.

“Hyung~” Daniel mencebik. “Ni semua sebab Doohyun tak guna tu. Saya tak akan maafkan diaorang sampai bila-bila”

“Adik kau apa khabar? Apa ya nama dia? Ha Jihoon kan? Oppps, tidak. Tidak. Dia dah tukar nama jadi Park Jihoon. Kan? Rasanya sekarang dia adalah pelajar sekolah menengah tinggi. Dia tinggal dengan budak lelaki yang dari Busan tu kan? Jiran lama kau. Apa nama dia? Daniel”

Sungwoon memandang wajah Daniel dan teringat kata-kata Doohyun.

“Kenapa hyung?” soal Daniel dapat membaca riak wajah Sungwoon yang sedang memikirkan sesuatu.

Sungwoon menggeleng. Tidak. Dia tidak mahu melibatkan Daniel dan Jihoon. Dia tidak mahu mereka berdua dalam kesusahan.

“Daniel, boleh tolong hyung untuk mulakan hidup baru, dengan Jihoon sekali?” Sungwoon mengukirkan senyuman. Setidaknya untuk menutup keresahannya. Dia enggan Daniel tahu yang dia masih terlibat dengan Doohyun.

“Tentu boleh hyung. Mari cheers” Daniel merapatkan cawannya dengan cawan milik Sungwoon.

“Hidup baru~!” sorak mereka berdua.

…………………………………………………….

Daehwi berjalan mundar mandir dalam biliknya sendiri. Pakaian seragam sekolahnya masih tidak bertukar.

“Ha Sungwoon”

Nama itu diulang sebut beberapa kali. Sesuatu menggangu fikirannya. Daehwi yakin Doohyun ada merahsiakan sesuatu. Sesuatu yang sangat penting.

Daehwi mencapai telefon pintarnya yang berada atas katil. Jarinya laju mendail telefon seseorang yang sangat diperlukan ketika ini. Sesorang yang Daehwi yakin dapat membantunya.

“Hello?” kedengaran suara di talian mengangkat panggilan Daehwi.

“Hey Guanlin. I need your help”


i still thinking nma bab ni ><..... ade cadangan? lol

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^