Buat masa ni..

Antara Subuh dan Senja

Dua buah kenderaan polis laju menyusuri di jalan raya, menyusup masuk ke kawasan bandar. Bunyi siren polis yang kedengaran kuat menarik perhatian orang awam yang berada di kaki lima, deretan kedai berhampiran. Sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam kelihatan laju dipandu, menjadi sasaran polis.

“Laju Jihoon laju” arah Daniel, tidak senang duduk dan kerap berpusing memandang belakang. Sebuah kenderaan polis di belakang semakin menghampiri.

Jihoon juga tidak keruan, cuba untuk fokus pada pemanduannya sambil tangan memegang kuat stereng kereta. Pedal minyak ditekan dan kenderaan tersebut dipandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan di kawasan bandar. Dahi Jihoon berpeluh. Nafas Jihoon gementar. Beberapa ketika Jihoon teringat beberapa tips pemanduan yang diajar oleh ayah Woojin dahulu. Jihoon tidak menyangka kelas memandu yang dia, Woojin dan Jinyoung belajar secara tidak sah dulu, kini digunakan untuk melarikan diri daripada polis. Mereka pernah memandu kereta tanpa lesen namun kali ini, perasaan gementarnya berganda.

“Kita perlu buat sesuatu” ujar Sungwoon juga kerap memandang belakang. Sepucuk pistol di tempat letak barang di belakang lalu dicapai.

Jisung membulatkan mata, terkejut melihat senjata yang dipegang oleh Sungwoon. “Apa kau nak buat?”

“Jangan risau, aku tak akan bunuh polis tu” balas Sungwoon sambil memeriksa peluru dalam pistol tersebut. “Ini Taehyun yang beri?”

Daniel mengangguk laju. “Dia kata kita mungkin perlukan”

“Kita memang perlukan ia” ujar Sungwoon sebelum menurunkan cermin kereta di bahagian kiri dan menjenguk kepalanya di luar tingkap. Pistol diangkat acu.

“Ketua Lee!”

Minhyun yang mengejar laju di belakang kereta yang dipandu oleh Jihoon terkejut apabila melihat suspek utama menjengukkan kepala di tingkap dan mengacukan pistol.

Bang!

Minhyun memusingkan stereng, mengelak butiran peluru tersebut.

“Apa yang terjadi?!” Jihoon menjerit takut mendengar bunyi tembakan tersebut. Daniel memegang bahu Jihoon, menenangkan anak muda itu.

Di belakang kereta yang dipandu Minhyun, Seongwoo dan Youngmin mengekori dari belakang juga. Namun ketinggalan agak jauh.

“Kau dengar tu? Mereka lepaskan tembakan?” soal Youngmin sambil cuba mengejar laju, dan dalam masa sama cuba berhati-hati kerana mereka di kawasan bandar.

“Celaka, Mesti mereka lepaskan tembakan. Bahaya, ini kawasan bandar” Seongwoo juga tidak senang duduk, matanya fokus memandang depan, memastikan kereta Minhyun dan suspek masih dapat dikejar.

Bang!

Sungwoon melepaskan satu lagi tembakan.

“Oh Oh Oh” Minyun memusingkan stereng kereta, merasakan ketidakseimbangan. Kereta yang dipandu mula hilang arah sebelum Donghae perasan tayar depan kereta yang pancit ditembak oleh Sungwoon. Stereng dipusing laju dan cekap, memastikan kenderaan bergerak ke bahu jalan tanpa melanggar sebarang objek.

Minhyun merehatkan dagu di atas stereng kereta sambil mengeluh. “Kita kehilangan mereka”

“Tak guna!” Donghae menendang dashboard di depannya.

Sungwoon kembali duduk dan menarik nafas lega. Pistol di tangannya dilepaskan.

“Pandai kau tembak” ujar Jisung di sebelahnya.

“Pandu ke arah pinggir bandar, kawasan yang tiada cctv. Kita tak boleh terus berada di atas jalan” ujar Sungwoon, memandang Jihoon yang masih memandu.

“Teruskan, dan belok ke arah kanan apabila sampai di persimpangan Jalan Goseong. Di depan sana ada bangunan kilang terbengkalai. Kita berhenti di sana” Daniel memberitahu Jihoon dengan nada yang tenang. Kelibat kereta polis yang mengekori di belakang sudah tiada. Daniel bersandar lega.

Jihoon sempat mengerling pandang lelaki itu sebelum mengangguk. Daniel menepuk peha Jihoon. “Aku tak sangka kau pandai bawa kereta”

Jihoon cuba untuk senyum namun resahnya masih tidak hilang. Namun dalam masa sama, terdetik perasaan bangga dalam hatinya apabila dipuji oleh Daniel.

Youngmin memandu laju melepasi kereta Minhyun yang tersadai tepi jalan. Seongwoo sempat menoleh pandang dua orang pegawai polis tersebut yang menunggu di tepi jalan. Di persimpangan sebuah jalan, Youngmin memandang Seongwoo di sebelahnya.

“Kita dah kehilangan mereka”

Seongwoo meraup sapu mukanya sambil mengeluh. “Habislah kita”

…………………………………

Guanlin sempat mengerling dua buah kereta polis yang berada di bahu jalan bersama empat orang pegawai polis. Bibirnya tersenyum sinis.

“Idiots” sindirnya. Telefon bimbit yang diletakkan atas dashboard diperhatikan. Satu titik kelihatan bergerak di dalam kawasan peta skala dalam telefon tersebut.

“Where you goin tho?” ujarnya sendirian melihat titik merah itu melalui sebuah persimpangan. Guanlin mengejar kenderaan yang dipandu Jihoon berdasarkan penjejak yang diletakkan di dalam kasut Sungwoon. Titik merah yang aktif tersebut menunjukkan lokasi keberadaan Sungwoon.

………………………………………………………

Bunyi loceng terakhir yang didengari menandakan waktu persekolahan tamat. Beberapa pelajar mula beredar meninggalkan kelas sebaik guru terakhir mengajar keluar.

“See you tomorrow” ucap rakan sebelah meja Daehwi sebelum beredar. Daehwi hanya melambai balas sambil mengemas alatan tulisnya ke dalam beg. Usai mengemas beg, Daehwi bangkit, berjalan ke pintu hadapan kelas.

“Haish” Daehwi memegang dada, terkejut melihat Eun Hoseok menunggu di depan pintu.

“Apa awak buat sini?” soalnya hairan. Lelaki yang bekerja sebagai pemandu Daehwi tersenyum lebar.

“Awak tak perlu jemput saya di depan pintu kelas” jelas kedengaran nada Daehwi tidak menyukai apa yang dilakukan oleh Hoseok.

“Saya hanya nak lindungi tuan muda” balas Hoseok sambil berjalan di sebelah Daehwi. Tangannya dihulurkan, meminta untuk memegang beg sekolah Daehwi.

Daehwi sempat mengeluh sebelum memberi lelaki tersebut begnya.

“Tuan muda jangan risau. Saya akan lindungi tuan muda. Saya pandai Taekwando” Hoseok memeluk rapat beg sekolah anak majikannya itu.

“Awak dah tengok berita tadi? Lelaki yang berjaya larikan diri tu adalah suspek utama kes letupan tu kan?”

“Ya. Saya ada tengok. Jangan risau. Dia tak akan berani datang dekat dengan tuan muda”

Daehwi tersenyum sinis. “Kalau dia tak nak datang dekat dengan saya, saya sendiri akan cari dia”

“Eh?” Hoseok pana seketika. Langkahnya terhenti.

Daehwi mengeleng-geleng sambil menoleh pandang Hoseok, sempat mengukirkan senyuman melihat riak wajah pemandunya itu. “Hoseok shi, saya nak tanya sesuatu boleh?”

Hoseok mengangguk.

“Awak tahu apa yang berlaku tujuh tahun lalu? Pasal abang saya dengan suspek utama tu, Ha Sungwoon”

Hoseok melajukan langkah, menuruti Daehwi. “Saya tak tahu pasal itu. Saya mula bekerja dengan Tuan Lee tahun lepas”

“Ahhhh~ jadi sebelum ni awak jadi pemandu ayah saya?”

Hoseok menggeleng pula. “Tidak. Sebelum ni, saya jadi pemandu Tuan Muda Doohyun”

“Abang saya?”

“Ya” Hoseok mengiyakan. “Selama setahun sehingga tuan muda Daehwi pulang, saya diberikan tugas untuk jadi pemandu tuan muda pula”

“Macam mana?”

“Hmmm?”

“Bekerja dengan abang saya? Macam mana?”

Hoseok menggaru belakang lehernya. “Saya jarang bawa keluar Tuan Muda Doohyun, kecuali bila ke pejabat waktu pagi. Tuan Muda Doohyun selalu keluar dengan kawannya, lelaki yang kita lihat tempoh hari. Kadang dia selalu bawa kereta sendiri, dia jarang panggil saya untuk pandunya ke mana-mana” jelas Hoseok.

Daehwi diam, memikirkan samada Hoseok perasan atau tidak salah seorang lelaki yang dilihat tempoh hari adalah lelaki sama yang pada hari ini menjadi suspek utama polis, Ha Sungwoon, lelaki yang dipercayai cuba untuk meletupkan keretapi kerana Daehwi adalah salah seorang penumpang koc tersebut.

“Jadi saya boleh katakan saya umpana berada di syurga tahun lepas, kurang bekerja tapi dapat gaji lumayan” tambah Hoseok lagi, tersenyum teringatkan keadaannya tahun lepas yang mempunyai banyak masa terluang.

“Bila awak jadi pemandu saya, nampaknya syurga awak dah bertukar jadi neraka” ujar Daehwi dalam nada sindiran, melajukan langkah ke kereta yang diparkir oleh Hoseok di hadapan pagar sekolah.

“Bukan begitu tuan muda. Tuan muda!” Hoseok berlari mengejar Daehwi. “Saya bekerja dengan tuan muda tak sampai sebulan lagi”

Daehwi memberhentikan langkah sebaik sampai di depan kereta mereka. “Betul. Awal lagi untuk awak tetapkan saya syurga atau neraka bagi awak”

Hoseok melepaskan satu keluhan. “Bukan macam tu tuan muda. Tuan muda Daehwi dah salah faham ni”

Kunci di dalam poket kotnya diraba dan dibawa keluar sebelum butang nyahkunci ditekan. Daehwi laju mencapai buka pintunya sendiri dan menyusup masuk ke dalam perut kereta.

Hoseok bergerak pantas ke bahagian pemandu dan menyusup masuk. Beg sekolah Daehwi diletakkan di tempat duduk sebelahnya. Daehwi di belakang dilihat sedang memeriksa telefon pintarnya.

“Kalau tuan muda nak tahu tentang apa yang berlaku tujuh tahun, saya rasa orang yang paling sesuai tuan muda tanya ialah Pekebun Ma”

Hoseok lalu menarik pakai tali pinggang keselamatan sebaik menghidupkan enjin kereta. Daehwi mengalihkan perhatiannnya daripada skrin telefon kepada Hoseok.

“Pekebun Ma? Pekebun tua yang jaga taman bunga di halaman rumah saya tu?”

Hoseok mengangguk. “Dia dah bekerja dengan Tuan Lee lebih 20 tahun, mungkin sebelum Tuan Muda Doohyun lahir lagi”

Daehwi diam seketika sebelum membalas. “Baiklah, saya akan jumpa dengan dia nanti. Terima kasih beritahu”

Hoseok tersenyum memandang Daehwi melalui cermin pandang belakang. “Jadi sekarang tuan muda dah tak marah saya?”

“Bila pula saya marah awak? Saya masih fikir, nak beri awak syurga atau neraka”

“Ahhh tuan muda~”

……………………………………

Doohyun membaling campak telefon pintarnya. Alat komunikasi itu pecah bersepah di lantai. Chanbin melepaskan satu keluhan berat sambil menunduk.

“Nak gila dibuatnya. Kau nampak kan? Macam mana?” Doohyun bercekak pinggang. Di hadapannya, televisyen yang sebentar tadi menyiarkan berita secara langsung sudah bertukar kepada iklan.

“Aku nampak” balas Chanbin, juga terkejut dengan apa yang dilihat di berita. “Aku tak sangka yang Sungwoon tu bersama dengan Yoon Jisung. Aku tak tahu macam mana dia larikan diri masa letupan tu berlaku dan bagaimana dia tetiba boleh berada di kampus tu dengan Jisung?”

Doohyun melonggarkan tali lehernya. Dadanya berombak naik. Wajahnya mula kemerahan, menahan marah. Bidai tingkap dan pintu pejabatnya mujur sudah ditutup rapat. Doohyun sempat memberitahu kepada setiausahanya supaya tidak menganggu mereka setiap kali Chanbin datang ke pejabatnya.

“Kita mesti buat sesuatu. Kita mesti buat sesuatu” ujarnya sambil berdiri dan mula berjalan mundar mandir di hadapan Chanbin. Kawannya itu masih duduk di atas sofa.

“Apa lagi kita boleh buat? Kita mesti cari dan tangkap mereka berdua sebelum polis” Chanbin mendongak pandang Doohyun keresahan.

“Bukankah lebih baik kalau polis tangkap Sungwoon? Itu kan perancangan awal kita?” Doohyun berhenti, memandang Chanbin dengan wajah pana.

“Kita dah tak boleh guna rancangan tu memandangkan sekarang Sungwoon bersama Jisung. Aku dapat rasakan Sungwoon dah tahu rancangan kita dan dia tak nak Jisung jatuh ke tangan kita. Dia mesti dah beritahu Jisung mengenai rancangan kita untuk gunakan Jisung sebagai pelukis di kilang duit kita. Kalau polis tangkap dia, dia akan beritahu yang kita beri beg berisi bom tu kepada dia”

“Yah, dia tak akan cuba untuk balas dendam kan? Sungwoon tak akan berani untuk bongkarkan rahsia aku kan?” nada Doohyun keresahan.

Chanbin diam seketika sebelum terjawab. “Mana aku tahu. Dia kan kawan baik kau, kau mesti tahu apa dia akan lakukan. Kalau kau jadi Sungwoon, apa kau akan lakukan?” di hujungnya, Chanbin mengukirkan senyuman sinis.

Doohyun menelan air liur. Badannya terasa panas, tidak merasai kedinginan pendingin hawa dalam pejabat tersebut. Dadanya terasa semakin sesak. Kata-kata Chanbin seperti pisau yang menusuk dada.

“Tak… tak.. tak…akan berani… berani buat apa-apa. Aku … aku kenal dia. Dia.. dia takkan berani”

…………………………………………………………………………

Minhyun, Seongwoo, Youngmin dan Sewon berdiri tegak di hadapan bilik mesyuarat 1. Terdapat kesalan pada raut wajah masing-masing. Seketika kemudian, beberapa pegawai yang berjawatan tinggi keluar dari bilik mesyuarat tersebut dengan muka yang kelat. Keempat-empat pegawai itu memberi tunduk hormat, tidak berani mengangkat muka.

“Ahh~” Seongwoo memegang kepalanya, terasa diketuk oleh sebuah fail.

“Ikut aku” Minhyun dan Seongwoo mendongak pandang Donghae, kemudian segera mengikutinya. Youngmin dan Sewoon pula menuruti langkah ketua kumpulan mereka.

“Apa tindakan seterusnya?” soal Minhyun, dapat mengagak yang Donghae pasti kena marah oleh pegawai atasan dalam bilik mesyuarat tadi.

Donghae membawa ahlinya ke meja mesyuarat terbuka di satu sudut balai tersebut. “Yoon Jisung tu ada kawan baik kan? Dia pernah datang balai ni sebelum ni kan?”

“Ya” Seongwoo mengangguk mengiyakan. “Nama dia Kim Jaehwan kalau tak silap”

“Panggil dia ke balai untuk disoalsiasat. Kita mesti siasat hubungan antara Yoon Jisung dan Ha Sungwoon”

“Patutkah dapatkan keluarga dia sekali?”

Donghae menggeleng. “Youngmin dan Sewoon akan soalsiasat keluarganya”

……………………………..

Jisung mengerling pandang beberapa buah senjata yang disimpan letak di tempat duduk belakang kereta berupa pistol, pisau dan kotak peluru. Budak lelaki yang memandu tadi kelihatan berehat dalam kereta. Pandangannya kemudian beralih kepada lelaki yang berjaya memujuknya tadi, Ha Sungwoon, kelihatan cuba memicit pegang bahunya yang berbalut. Terdapat kesan darah pada balutan tersebut.

“Aku mula menyesal ikut kau sampai sini” Jisung mendekati Sungwoon yang sedang duduk di atas batu bangunan terbengkalai dan mengambil tempat di sebelahnya.

“Jangan cakap macam tu, aku akan buktikan yang pilihan kau tak salah. Aku tak akan sia-siakan kepercayaan kau” balas Sungwoon, menutup kesan luka di bahunya dan menyarung semula lengan baju.

Jisung tersenyum sinis. “Jadi sekarang apa rancangan kau? Aku hanya nak selamatkan diri aku dari dipergunakan oleh sindiket duit palsu yang kau cakapkan tu”

Sungwoon diam sebelum Daniel menghampiri mereka berdua dengan sebungkus plastik makanan.

“Saya belikan ni untuk kita” Daniel menghulurkan sebiji kimpab tiga segi kepada Sungwoon dan Jisung.

“Ini sahaja?” soal Jisung sambil membuka balutan kimbap tersebut.

“Saya beli banyak, untuk simpanan juga” balas Daniel sebelum menghulurkan tangannya kepada Jisung. “Kang Daniel”

Jisung hanya tersenyum. “Yoon Jisung”. Jisung tidak mahu terlalu mesra dengan orang asing yang baru dikenalinya itu. Separuh perasaannya percaya akan Sungwoon namun Jisung mengambil jalan untuk berhati-hati.

Daniel mengelap tangan yang tidak bersambut pada seluarnya. “Saya ada tengok berita, Yoon Jisung yang hilang tu kan?” Daniel kemudian mengalihkan pandangan pada Sungwoon. “Kenapa bawa dia sekali?”

“Doohyun perlukan dia untuk kilang duit palsunya. Aku takkan benarkan dia culik Jisung. Mungkin dia akan bunuh Jisung dan tuduh aku sebagai pembunuh, jadi aku selamatkan Jisung dulu”

“Aku yang selamatkan diri aku sendiri, kau cuma bertuah jumpa aku di studio tu” celah Jisung teringat akan kemalangan keretanya. Balutan di kepalanya sudah ditanggal buang namun adakalanya sakitnya masih terasa. “Oh ye, mana kau dapat semua senjata tu?” Jisung mendongak pandang Daniel yang masih berdiri di hadapan mereka.

“Kereta dan senjata ni semua Taehyun hyung yang beri”

Pandangan Daniel dan Jisung tertatap pada Sungwoon. “Noh Taehyun, kawan aku di penjara. Ketua kongsi gelap di Incheon. Dia pernah berjanji dengan aku dulu, kalau aku perlukan bantuan, dia akan tawarkan apa yang dia boleh bantu” jelasnya.

Mulut Jisung terbuka, terkejut. “Kau pernah masuk penjara sebelum ni?!”

“Ya dan aku tak nak masuk buat kali kedua. Aku tak nak diperbodohkan lagi. Kali ini, aku akan tuntut semula nama aku, aku akan balas dendam terhadap Doohyun” nada Sungwoon ditegaskan.

“Ahhh, Doohyun? Orang yang cuba culik aku dan letupkan keretapi tu?”

Sungwoon mengangguk. “Buat masa ni aku panggil dia dengan nama Doohyun”

Sementara itu, Daniel mengerling lihat Jihoon yang enggan keluar dari kereta. “Jihoon ah~” Daniel memanggil. “Aku ada belikan makanan ni”

“Dia tu pula siapa?” soal Jisung ingin tahu.

“Adik aku. Park Jihoon. Dia bencikan aku sebab dia tidak tahu perkara sebenar kenapa aku masuk penjara tujuh tahun lepas”

Daniel menggeleng. “Dia dah tahu. Saya dah ceritakan semuanya pada dia”

………………………………………………

Sepasang kaki melangkah perlahan dengan penuh berhati-hati. Tangannya didepakan ke hadapan.

“Hah!”

“Arghhh ah hyung!” Daehwi menjerit terperanjat sebelum disambut oleh hilai tawa Doohyun. Lengan Doohyun kemudian ditampar kasar beberapa kali oleh Daehwi.

Doohyun masih ketawa sambil menyapu pegang lengan yang terasa sakit dipukul Daehwi. “Kau termenung jauh sangat! Apa yang adik abang fikirkan?”

Daehwi yang berumur tujuh tahun itu melepaskan satu keluhan kecil sambil menongkat dagu, baring meniarap di atas katilnya. “Saya tak nak ke Amerika. Saya tak nak tinggal di asrama. Saya nak belajar di Korea”

Doohyun sempat mengusap kasar rambut adiknya. “Aigoo~” keluhnya sambil baring di sebelah Daehwi, terlentang memandang siling putih dalam bilik adiknya itu. “Nanti kamu boleh sambung belajar di Korea semula. Tak lama, paling lama pun lima tahun”

“Hyung tak pergi belajar di Amerika pun, kenapa saya harus pergi?”

“Hyung tak pandai macam kamu”

“Tipu” Daehwi mencebik. “Hyung masuk sekolah menengah elit, macam mana pula tak pandai?”

Doohyun ketawa kecil. “Yah, hyung yang sepatutnya cemburu dengan kamu!. Kecil-kecil lagi dah dapat belajar di luar negara. Hyung akan gembira kalau hyung jadi kamu”

Daehwi menggeleng. “Saya tak gembira langsung. Saya akan terpisah jauh dari mama papa dan hyung. Saya akan tinggal di tempat asing. Saya akan pasti kesunyian”

Doohyun berpusing, meniarap sambil sebelah tangannya memeluk bahu Daehwi. “Hyung janji akan selalu lawat kamu di sana. Adik abang tak akan rasa kesunyian”

Daehwi menoleh pandang abangnya itu. “Janji?”

“Janji” Doohyun menghulurkan jari anaknya sambil tersenyum.

Daehwi baring di atas katil yang sama, terlentang sambil mendepakan tangan. Perbualan 10 tahun lepas masih segar di ingatannya. Perbualan terakhir mereka sebelum Daehwi merasakan kedinginan Doohyun terhadapnya. Telefon pintar di dalam poket lalu dikeluarkan sambil Daehwi memeriksa log panggilan dan peti masuk pesanan yang belum dibaca. Tiada sebarang khabar dari Guanlin.

“Kalau tuan muda nak tahu tentang apa yang berlaku tujuh tahun. saya rasa orang yang paling sesuai tuan muda tanya ialah Pekebun Ma”

Daehwi bangkit bangun dari katil dan bergerak ke tingkap. Seorang lelaki tua di halaman rumah dilihat sedang mengangkat alih beberapa buah pasu bunga. Dahwi tidak ingat adakah dia pernah bertegus sapa dengan tukang kebun itu sebelum ini.

……………………………………………

Guanlin memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Titik merah yang dilihat dalam aplikasi telefon pintarnya kelihatan masih berkelip namun tidak bergerak, menandakan penjejak dalam kasut Sungwoon juga tidak bergerak. Cermin kereta diturunkan dan Guanlin menjenguk pandang sekeliling. Di pinggir bandar itu, merupakan jalan masuk ke sebuah kawasan perumahan atas bukit. Terdapat sebuah bangunan terbengkalai di hadapannya dan Guanlin yakin Sungwoon bersama kereta yang menyelamatkannya ada di sana.

Enjin kereta dimatikan, dan Guanlin menjengah keluar. Topeng mulut dipakai dan sebuah kotak kecil bersaiz kotak pen disimpan di dalam poket jaket. Pistol pula disimpan di dalam poket seluar. Telefon pintarnya juga dibawa bersama. Guanlin berjalan menghampiri titik merah tersebut.

Tiga orang lelaki kelihatan duduk rapat di satu sudut. Kenderaan mereka berada berhampiran. Seorang lelaki kelihatan berada dalam kereta. Guanlin menyembunyikan diri di sebalik sebuah tiang di dalam bangunan lama tersebut sambil memerhatikan Sungwoon, Jisung dan seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Jadi apa rancangan hyung? Macam mana kita nak dedahkan Doohyun?” Guanlin mendengar suara lelaki yang tidak dikenali itu. Bahunya lebar dan ketinggiannya hampir sama dengan Guanlin. Suaranya agak serak dan kedengaran dialek daerah.

“Masa aku dalam penjara, aku ada fikirkan. Doohyun dah hapuskan semua bukti yang ada, tambah pula sekarang dia dah ada duit dan kuasa jadi dia mampu buat apa sahaja. Tapi, ada satu bukti yang aku rasa dia masih tak tahu” Guanlin mendengar jelas suara Sungwoon. Seketika Guanlin memicingkan mata, melihat kesan luka di bahu Sungwoon. Guanlin yakin luka tersebut adalah kesan tikamannya pagi lalu. Di sebalik topeng mulut yang dipakai, Guanlin tersenyum sinis.

……………………………….

“Jadi apa rancangan hyung? Macam mana kita nak dedahkan Doohyun?” soal Daniel, masih berdiri di hadapan Jisung dan Sungwoon.

“Masa aku dalam penjara, aku ada fikirkan. Doohyun dah hapuskan semua bukti yang ada, tambah pula sekarang dia dah ada duit dan kuasa jadi dia mampu buat apa sahaja. Tapi, ada satu bukti yang aku rasa dia masih tak tahu”

Jisung menoleh pandang Sungwoon. “Bukti apa yang korang maksudkan ni?”

“Bukti yang Sungwoon hyung tak bersalah?” celah Daniel.

Sungwoon mengangguk. “Betul tu. Bukti kewujudan Doohyun”

“Jadi di mana kita nak dapatkan bukti tersebut? kau adanya?”

“Bukan aku. tapi seseorang yang aku kenal” Sungwoon kemudian mendongak pandang Daniel. “Kau ingat tak Kim Sanggyun?”

Daniel mengangguk laju. “Anak lelaki tukang pajak gadai tu kan?”

“Ya” Sungwoon mengiyakan, juga lega Daniel masih ingat nama itu. “Pada dia ada sesuatu yang aku berikan tujuh tahun lepas. Dia pernah lawat aku di penjara dan dia kata dia masih simpan benda tu”

Jisung memegang plastik kimbapnya yang sudah habis dimakan. “Benda?”

Sungwoon menoleh pandang Jisung. “Video rakaman”

“Video rakaman?” Daniel bertanya.

“Dalam video, ada kami bertiga. Aku, Doohyun dan Kigyeol. Kalau aku serahkan rakaman tu pada polis, mereka akan siasat balik kes aku dan dedahkan siapa sebenarnya Doohyun….”

“…. Dan semua perkara sebenar terjadi tujuh tahun lepas akan diketahui” Daniel menambah. Bulu romanya tegak berdiri, berasa seram sejuk.

Jisung mendongak pandang langit mendung di atas. “Aku akan tolong apa yang aku mampu, tapi apa yang paling penting ialah aku nak selamatkan diri aku”


Sorry late. Tesepit antara masa kerja dan masa yang membazir ke arah perkara yang tidak berfaedah sehinga hampir lupa fanfic ni. ehehe. Opss, can u spotted nama baru dalam bab ni? yes, he is the bad guy. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^