Si hairan yang memerhati

Antara Subuh dan Senja

Kakinya terasa lemah, penat berjalan. Jisung memandang bangunan di depan matanya. Hanya itu tempat yang dirasakan paling selamat. Bilik studionya sendiri. Dalam hatinya, Jisung berharap dapat berjumpa dengan Jaehwan. Dia ingin kembali ke rumah sewanya namun nalurinya seolah membisikkan firasat buruk. Setibanya di depan pintu bilik studionya, Jisung mula merasa tidak sedap hati dan mempersoalkan tindakannya. Tombol pintu dipulas dan ternyata tidak berkunci.

Perlahan-lahan pintu dikuak, dan sebaik Jisung melangkah masuk. Seseorang menerkam pegang lengannya. Jisung jatuh tertiarap di atas lantai dengan kedua-dua tangannya dipegang cekup oleh seseorang. Jisung melawan, meronta. Tangannya berjaya dilepaskan dan Jisung melihat seorang lelaki memakai baju kelabu dalam bilik yang sama. Lelaki itu pantas menutup dan mengunci pintu. Jisung bangkit berdiri namun lelaki itu menahan kakinya. Jisung jatuh terduduk.

“Siapa kau?!” Jisung menendang dada lelaki itu.

“Aku datang nak selamatkan kau” ujar Ha Sungwoon sambil memegang dadanya yang terasa sakit akibat tendangan kuat Jisung.

Jisung tidak pedulikan Sungwoon dan berlari ke arah pintu sebelum badannya ditolak lagi. Jisung jatuh ke lantai dan kali ini Sungwoon mengepin kedua-dua tangannya di lantai.

“Kau Yoon Jisung bukan?” Sungwoon menekan kuat kedua-dua tangan Jisung sambil kakinya juga menekan kaki Jisung.

Jisung cuba meronta sebelum beberapa titis darah menitik mengenai pipinya. Jisung lalu perasan akan luka di bahu Sungwoon yang berdarah.

“Siapa kau?” Jisung mengulang soalannya.

“Ha Sungwoon” jawab Sungwoon jujur dengan nafas yang mengah. Pandangannya tetap melihat anak mata Jisung.

“Aku perlukan kerjasama kau. Aku nak selamatkan kau”

Jisung memandang luka di bahu Sungwoon dan darah yang masih mengalir. Lelaki itu kelihatan pucat dan lemah.

“Lepaskan aku”

Sungwoon mengeleng. “Tidak sehingga kau beri aku kerjasama”

Jisung menolak badan Sungwoon sekuat hati. Lelaki itu tergolek ke tepi. Darahnya menitis di lantai.

“Apa yang kau nak?” Jisung mengelap kesan darah di pipinya. “Kau nak culik aku?”

“Aku tahu siapa yang culik kau dan aku nak selamatkan kau dari jatuh ke tangan mereka” Sungwoon menahan sakit di badannya.

“Apa? Siapa mereka?” Jisung memerhatikan sekeliling, mencari sebarang objek yang boleh dijadikan senjata pertahanan.

“Mereka nak culik kau dan pergunakan aku” jawab Sungwoon masih terbaring, dengan nafas yang lemah.

Seketika kemudian terdengar bunyi siren polis menghampiri. Semakin lama semakin kuat. Jisung lantas bangkit berdiri dan menghampiri tingkap, melihat kereta polis yang berderet berkumpul di hadapan bangunan fakultinya. Tanpa berfikir panjang, Jisung berlari ke arah pintu. Sungwoon lalu bangkit juga, mengejar langkah Jisung dan sempat menahan di muka pintu. Tangannya didepakan, menghalang Jisung membuka pintu tersebut.

Jisung berundur beberapa langkah sehingga terlanggar meja kerjanya. Sebatang berus lalu dicapai genggam. “Apa kau nak daripada aku? Polis ada di sini, kau tak akan boleh larikan diri”

Sungwoon kemudian duduk melutut, tidak berganjak dari tempatnya. “Aku nak minta tolong”

Jisung pana seketika melihat kelakukan Sungwoon. Polis di bawah kelihatan mengepung kawasan fakulti berkenaan, siap berperisai dan senjata. Kawasan di hadapan bangunan tersebut dipenuhi kenderaan polis. Pelajar yang kebetulan berada di fakuti tersebut juga turut berkerumun ingin tahu.

Sungwoon juga mendengar tapak kaki di luar pintu. Tombol pintu juga cuba dipulas buka dari luar. Sungwoon dapat mengagak polis sudah berada di luar bilik studio itu.

“Ha Sungwoon. Kami tahu anda ada di dalam” kedengaran satu suara jelas. Jisung menoleh pandang lihat seorang lelaki memakai jaket kalis peluru berdiri di atas kereta polis. Di tangannya dipegang pembesar suara.

“Macam mana kau larikan diri dari letupan semalam?”

“Ada orang cuba culik dan aku berjaya larikan diri”

Sungwoon mengukirkan senyuman. “Kau ingat kau dah berjaya? Mereka masih mencari kau”

Jisung menelan air liur. “Siapa?”

“Orang yang menculik kau adalah orang yang sama pergunakan aku. Mereka tidak akan lepaskan kita berdua. Jadi aku tak boleh serahkan diri pada polis. Itu namanya cari mati. Kalau aku serah diri pada polis, mudah untuk mereka tangkap aku. Kau pula, mereka akan tangkap kau juga” jelas Sungwoon, memandang tepat mata Jisung.

Berus lukisan dalam tangannya digenggam kuat. “Kenapa mereka nak tangkap aku?”

“Kau pandai melukis kan? Mereka nak gunakan kau untuk sindiket duit palsu. Kemudian mereka akan gunakan aku sebagai kambing hitam. Aku akan dianggap lelaki yang menculik kau dan bila kau dah tak berguna, mereka akan bunuh kau dan aku.. aku.. mereka akan katakan bahawa aku yang bunuh kau”

Sungwoon bangkit bangun dan berjalan mendekati Jisung. “Aku perlukan kerjasama kau. Aku tak nak kau ditangkap oleh mereka dan kau kena tolong aku lari dari pihak polis sehingga aku berjaya bersihkan nama aku. Aku akan dedahkan siapa mereka kepada pihak berkuasa. Jadi aku perlukan kerjasama kau”

Anak mata Jisung ketar. Sungwoon pantas mencapai berus lukisan dari tangan Jisung dan memaut leher Jisung dari belakang. “Berlakon sebagai mangsa” bisik Sungwoon sebelum membuka tingkap.

“Jangan buat apa-apa” jerit Sungwoon sambil mengacu tekan batang berus itu ke leher Jisung. “Jangan buat apa-apa kalau tidak aku akan bunuh dia dan letupkan bangunan ni”

“Letakkan senjata anda Ha Sungwoon. Kami dah kepung kawasan ini. Serah diri dan kita boleh bincang dengan cara baik” pegawai polis yang memegang pembesar suara tadi kelihatan panik melihat Sungwoon menggunakan Jisung sebagai tebusan.

“Pihak polis tak dapat bantu kau? lindungi aku?” soal Jisung dengan suara yang rendah.

Sungwoon menggeleng. “Kau percayakan mereka? Kau yakin polis boleh melindungi kau?”

Jisung memandang kerumunan yang berkumpul di hadapan bangunan itu, memikir hadam kata-kata Sungwoon.

……………………………………………..

Seongwoo dan Minhyun memberhentikan kenderaan di belakang salah sebuah kereta polis. Beberapa orang polis peronda kelihatan sibuk mula memasang pita ‘dilarang melintas di kawasan berkenaan dan beberapa pasukan penggempur khas beratur menuruni kenderaan mereka. Para pelajar universiti Haneul turut berkumpul secara berkelompok. Seongwoo dan Minhyun melajukan langkah sehingga mereka bertemu dengan Donghae.

“Ketua Lee”

“Bersedia. Detektif Ong, kamu di pasukan hadapan” Donghae menyerahkan jaket kalis peluru kepada kedua-dua detektif bawah seliannya itu

“Dia dalam bangunan ni?” soal Minhyun sambil menyarung pakai jaket tersebut.

“Aras dua. Bilik Studio 11. Detektif Hwang, pastikan semua pelajar dan kakitangan dalam bangunan tersebut dikeluarkan”

Minhyun mengangguk sebelum beredar. Seongwoo memerika butiran peluru dalam pistolnya sebelum bergerak masuk ke dalam bangunan tersebut. Beberapa orang pegawai polis mengekorinya rapat.

“Inspektor Lee, ini” salah seorang polis peronda memberikan Donghae sebuah pembesar suara.

“Kawal keadaan dan pastikan tiada sesiapa mendekati kawasan bangunan terutama pihak media” ujar Donghae sebelum memanjat kereta polis yang dipandunya tadi.

Polis peronda itu hanya mengangguk, sedikit terkejut dengan tindakan Donghae. Pasukan penggempur mengepung kawasan bangunan Fakulti Seni dan Deria itu, mengikut isyarat tangan yang diberikan oleh Donghae.

“Inspektor Lee” Youngmin yang sudah tiba di kawasan kejadian lebih awal dari Minhyun dan Seongwoo berlari mendekati Donghae.

“Tengok ni” sebuah teropong mata dicampak beri kepada Donghae dan disambut baik. Donghae menggunakan alat tersebut, dapat melihat jelas kelibat seorang lelaki yang berdiri dekat dengan tingkap.

“Yoon Jisung” Youngmin memberitahu apabila melihat pandangan Donghae yang keliru.

“Dia memang dah ada di sini?” soal Donghae, menyerahkan semula alat tersebut kepada Youngmin.

“Saya dah periksa bilik studionya semalam tapi tiada sesiapa di situ. Rasanya mereka datang situ pagi tadi”

Donghae mengangguk lalu mengangkat pembesar suara yang dipegang paras mulut.

“Ha Sungwoon. Kami tahu anda ada di dalam” suara Donghae jelas dapat didengari.

Seongwoo di dalam bangunan bergerak perlahan bersama tiga orang lagi pegawai polis. Di hadapan pintu bilik studio no 11, Seongwoo berhenti. Pistol di tangan diangkat sedia. Perlahan-lahan tangannya memegang pulas tombol pintu berkenaan namun ia terkunci.

“Tak guna” Seongwoo menyumpah dalam diam. Walkie talkie yang tersangkut di jaket yang dipakai lalu dikeluarkan. “Pintu dikunci dari dalam”

Beep. Jangan gempur lagi. Tunggu arahan. Beep

Seongwoo melepaskan satu keluhan ringan sebaik mendengar arahan tersebut, namun masih dalam keadaan siap sedia.

“Semua orang dah berjaya dikeluarkan” lapor Minhyun sambil mendekati Donghae yang masih lagi berdiri di atas kereta polis.

“Jangan buat apa-apa!”

Semua orang mendongak pandang apabila mendengar suara jeritan Sungwoon di tingkap bilik studio berkenaan yang dibuka.

“Jangan buat apa-apa kalau tidak aku akan bunuh dia dan letupkan bangunan ni”

Donghae mengenggam kuat alat pembesar suara yang dipegang. Perkataan bom merisaukannya.

“Letakkan senjata anda Ha Sungwoon. Kami dah kepung kawasan ini. Serah diri dan kita boleh bincang dengan cara baik”

………………………………………………………

“Oh pudding! Yah, boleh aku makan ni?”

“Makanlah apa kau nak” balas Woojin yang terbaring di atas sofa. Bae Jinyoung pula masih di dapur, mencari makanan ringan sekadar untuk mengunyah.

“Mak kau tiada?” soal Jinyoung berjalan ke ruang tamu dengan secawan pudding manga di tangannya.

Woojin menggeleng. “Macam biasa, kali ni dia pergi Hong Kong sebulan” jawabnya acuh tak acuh. Fokusnya tertumpu pada permainan telefon pintarnya.

“Yah!” secara tiba-tiba Woojin bangkit duduk.

“Apa? Kau terkejutkan aku” balas Jinyoung duduk di sofa berhadapan Woojin.

“Hyungseob mesej, dia cakap cikgu cari Jihoon tadi”

Jinyoung segera menelan pudding dalam mulutnya sebelum bangkit mendekati Woojin. “Apa?!” riaknya terkejut. “Cikgu tahu tak kita ponteng kelas ni?”

“Cikgu kata abang kau telefon sekolah tanya pasal Jihoon. Dia periksa kehadiran tapi mujur Hyungseob katakan yang kita ada urusan persatuan”

“Ahhh lega” Jinyoung menarik nafas dalam sambil melentangkan diri. “Mati aku kalau abang aku tahu aku kerap ponteng kelas”

“Betul tu. Mujur Hyungseob backup kita” balas Woojin pula. “Abang kau cari Jihoon sampai ke sekolah. Aku rasa risau. Jihoon tak apa-apa kan?”

Jinyoung menjungkit bahu. “Entah. Aku tak tahu macam mana nak cakap” ujarnya sambil mencapai alat kawalan tv dan menekan hidup skrin televisyen. Cawan puddingnya tadi juga dicapai semula.

Woojin meletakkan telefonnya di tepi. Sesuatu seolah menganggu perasaannya. Woojin merasa tidak sedap hati.

“Di belakang saya sekarang ialah bangunan A Fakulti Seni dan Deria Universiti Haneul. Di dalam bangunan, suspek utama kes letupan dua koc keretapi KTX Seoul-Busan yang meletup semalam dipercayai menyembunyikan diri iaitu Ha Sungwoon”

Kedua-dua Woojin dan Jinyoung saling berpandangan. “Abang jihoon!” serentak mereka terkejut. Woojin mencapai alat kawalan tv dan menekan butang untuk menguatkan audio tv tersebut.

“Salah seorang mangsa yang dipercayai hilang dari senarai penumpang keretapi KTX Seoul-Busan itu juga berada dalam bangunan yang sama dan menjadi tebusan kepada suspek”

…………………………………………..

Daehwi mengelap tangannya dengan sehelai sapu tangan sambil berjalan pulang ke kelasnya.

“Daehwi, kau mesti tengok berita ni” salah seorang kawan sekelas Daehwi menarik tangannya, mendekati televisyen yang berada di sudut hadapan kelas.

“Kau kan berada dalam keretapi yang meletup semalam kan?” soal Yoo Seonho serius. “Tengok tu, suspek tu kali ini ugut nak letupkan bangunan tu pula”

Pandangan Daehwi fokus pada berita yang disiarkan secara langsung itu. “Di mana tempat ni?” soal Daehwi sambil meraba keluarkan telefon pintarnya dari poket seluar.

“Univeristi Haneul. Sekarang penjenayah pun bersembunyi di tempat yang sukar dijangka”

“Aku nak telefon seseorang sekejap” Daehwi menepuk bahu Seonho sebelum beredar meninggalkan kelas. Telefonnya diangkat lekap di telinga kiri, menunggu panggilannya berjawab.

“Hello?”

“Where are you? Have you seen the news? Ha Sungwoon is at Haneul University right now”

“I know. Im at the right place. I was following him this morning and he lead me here” kedengaran tenang suara Guanlin menjawab.

Dahwi mengigit kukunya. “What’s your plan? Are you gonna let the police take him?”

“What else can I do? I cant involve myself with the police. Im just gonna wait what’s gonna happen in here. He’s trapped already. Police everywhere…..”

Kedengaran jeritan beberapa orang dan bunyi bising di sebalik talian.

“Hello? Guanlin? what happen?” Daehwi bertanya dalam nada keresahan. “Guanlin, answer me!”

“Daehwi, im call you back later. There’s something big happening right now”

“What? Hello? Hello?”

Talian sudah dimatikan oleh Guanlin. Daehwi berlari masuk semula ke dalam kelas, mendapatkan Seonho yang masih berdiri di hadapan televisyen.

“Apa yang berlaku?”

“Heol” riak Seonho tidak berkelip matanya. Daehwi juga terkejut dengan apa yang dilihat di kaca televisyen.

………………………………………….

Tiket sebuah pameran seni di Busan yang berada di atas meja direnung lama. Kelihatan nama peserta Yoon Jisung dan Kim Jaehwan yang tercetak bersama dalam meklumat tiket tersebut. Jaehwan melepaskan satu keluhan sambil meraup sapu wajahnya.

“Hyung”

Jaehwan risau dengan keadaan Jisung, memikirkan ke mana agaknya seniornya itu menghilangkan diri.

“Jaehwan ah!”

Satu ketukan di pintu rumah sewanya mematikan lamunannya yang tenggelam memikirkan mengenai Jisung.

“Siapa tu?” Jaehwan membuka pintu dan melihat jiran sebelah rumah sewanya, “Kau nak apa Hyun bin?”

“Hyung! Hyung dah tengok berita? Jisung hyung ada di fakulti!” teriak Hyunbin sambil menarik lengan Jaehwan. “Semua dah berkumpul ramai di sana”

“Jisung hyung?” Jaehwan pana sambil menyarung kasutnya laju namun membiarkan dirinya ditarik oleh Hyunbin

Hyunbin mengangguk laju. “Dia ada di bilik studionya”

………………………………………..

Gula-gula getah yang dikunyah mula hilang manisnya. Telinga dapat menangkap bunyi bising sekeliling. Di kerumunan tersebut, Guanlin berdiri antara mereka, berpura sebagai pelajar di kampus itu. Beberapa minit berlalu dan masih tiada tindakan dari pihak polis. Guanlin terus membatu menunggu. Matanya kerap kali mengerling pandang seorang pegawai polis yang kelihatan tidak senang duduk. Guanlin tersenyum. Telefon pintarnya dikeluarkan, dan melihat titik merah penjejak yang diletakkan dalam kasut Ha Sungwoon masih menyala dan bergerak dalam kawasan yang sama. Guanlin yakin Sungwoon masih berada dalam bangunan tersebut.

Sesekali Guanlin melepaskan keluhan, bosan menunggu tindakan seterusnya pihak polis. Guanlin tahu yang pihak polis sedang memeriksa jika terdapat sebarang bom aktif dalam bangunan tersebut seperti yang didakwa oleh Sungwoon. Pihak media di kawasan tersebut kelihatan lenguh memegang kamera dan beberapa kali Guanlin perasan salah seorang wartawan perempuan kerap mengurut tumit kakinya.

Telefonnya yang berdering sedikit memberi harapan kepada Guanlin yang kebosanan.

“Hello?”

“Where are you? Have you seen the news? Ha Sungwoon is at Haneul University right now” Guanlin tersenyum dapat membayangkan riak wajah Daehwi

“I know. Im in the right place. I was following him this morning and he lead me here” tenang Guanlin menjawab.

“What’s your plan? Are you gonna let the police take him?”

“What else can I do? I cant involve myself with the police. Im just gonna wait what’s gonna happen in here. He’s trapped already. Police everywhere…..”

Telefon yang dipegang Guanlin hampir terjatuh lepas dari genggaman. Beberapa orang menolaknya sehingga Guanlin terpaksa berundur beberapa langkah ke belakang.

Pinnnn!!

Kedengaran bunyi hon kenderaan yang kuat.

“What the…” Guanlin agak terkejut, berjalan ke depan, cuba membolosi dirinya dalam kerumunan yang saling bertolak. Pihak media juga kembali aktif mengangkat lensa kamera. Sebuah kenderaan pacuan empat roda baru sahaja melalui di tepi mereka, merempuh penghadang yang diletakkan oleh pasukan polis. Masing-masing bertolak-tolak untuk mendapatkan pandangan penuh terhadap apa yang berlaku.

………………………………….

Jisung mengeluarkan peti alat bantuan kecemasan dalam almari yang sudah tersedia dalam setiap bilik studio.

“Apa kau cuba lakukan?”

“Setidaknya darah kau mesti dihentikan terlebih dahulu” balas Jisung sambil mengeluarkan beberapa alatan mencuci luka. “Aku juga kemalangan semasa melarikan diri dari orang yang diculik aku semalam tapi aku beruntung sebab aku dirawat di hospital”

“Aku lega kau percayakan aku” ujar Sungwoon sambil sandar duduk. Dia kemudian mengerling luka di bahunya dan mengoyakkan bahagian lengan bajunya. Sungwoon lantas teringat akan lelaki yang menyerangnya. Dia hairan kerana dikurung di sebuah hotel mewah dan beberapa barangan lelaki tersebut ditinggalkan dalam bilik tersebut.

Jisung menggeleng sambil mendekati Sungwoon dengan kain yang dicelup dengan pencuci. “Aku tak percayakan kau. Aku cuma nak selamatkan diri aku” ujarnya sebelum melekapkan kain tersebut pada luka Sungwoon.

Sungwoon mengetap bibir menahan sakit, membiarkan Jisung mencuci lukanya. Bajunya di bahagian kanan lenjun dengan darah, sudah mulai mengering.

“Luka kau agak dalam tapi tak besar” usai mencuci luka itu, Jisung menyapu ubat cecair sebelum membalut dengan kain. “Jadi apa rancangan kau?”

“Pihak polis mesti tengah periksa jika terdapat kesan sebarang bom aktif dalam bangunan ini. Kita mesti cari jalan keluar”

“Jalan keluar mana? Sekeliling bangunan ni ada polis”

Sungwoon diam. Badannya terasa letih untuk memaksa otaknya berfikir.

Pinnnnnnnnnnn

Kedua-dua Jisung dan Sungwoon tersentak dan bangkit mendekati tingkap. Sebuah kenderaan dilihat merempuh penghadang yang diletakkan oleh pihak polis di hadapan bangunan fakulti itu.

“Sungwoon hyung!”

Kedengaran suara seseorang menjerit. Sungwoon kenal suara tersebut.

“Daniel” ujar Sungwoon sebelum menoleh pandang Jisung di belakangnya. “Mereka datang selamatkan kita”

“Ha?’ Jisung pana.

Sungwoon menunduk lihat Daniel membuka tetingkap atas kenderaan yang dibawa. Anak muda itu memberinya isyarat.

“Serbu!” jerit Donghae sambil mengacukan pistol mendekati kenderaan tersebut. Di setiap penjuru, pasukan polis mengangkat senjata tinggi, menghampiri kenderaan yang muncul secara tiba-tiba itu. Jihoon yang berapa di tempat duduk pemandu lantas tunduk menutup telinga.

“Hyung!” jeritnya memanggil Daniel. Tangannya ketar. Dia masih terkejut dan seolah tidak percaya yang dia baru sahaja memandu masuk, hampir melanggar beberapa orang dan merempuh penghadang polis dan sekarang mereka dikepung.

Sungwoon melilau sekeliling sebelum matanya menangkap sebuah pasu di tepi bilik. Pasu tersebut diangkat sebelum dilempar ke luar tingkap dan mengenai bucu tingkap.

Prangggg

Kaca jatuh bersepai. Sebuah pasu jatuh di belakang kenderaan, hampir mengenai salah seorang pegawai polis. Masing-masing terkejut. Pihak media tolak menolak di belakang barisan polis peronda yang membentuk pagar manusia. Kerumunan masyarakat masing-masing ingin tahu apa yang berlaku.

“Jisung hyung” Jaehwan yang berada antara kerumunan pelajar di kawasan berdekatan, terkejut melihat Jisung bersama dengan penjenayah.

“Lompat” Sungwoon menjerit sebelum melompat turun dan jatuh tepat di atas kenderaan yang dibawa Daniel. Jisung tanpa membuang masa, turut sama melompat. Lompatannya agak tersasar namun mujur disambar laju oleh Sungwoon.

“Jihoon sekarang!” arah Daniel sebaik kedua-dua Sungwoon dan Jisung berjaya masuk ke dalam kereta itu.

Jihoon gagahkan diri, bangkit semula memegang stereng dan menekan pedal minyak dalam gear reverse. Donghae terkejut apabila kenderaan tersebut mengundur dan hampir melanggarnya.

“Ketua Lee” Minhyun menarik Donghae ke tepi sebelum dilanggar kenderaan itu.

“Tak guna” Minhyun mengangkat pistolnya sebelum sempat dihalang oleh Donghae

“Ramai orang awam di sini! Cepat kejar mereka!”

Seongwoo dan rakan pasukan di depan pintu bilik studio pana seketika apabila mendengar bunyi bising dan kaca pecah.

“Apa yang berlaku?” Seongwoo bertanya melalui alat komunikasi walkie talkie miliknya.

Beep. Turun sekarang Detektif Ong. Beep. Suspek melarikan diri. Beep” kedengaran suara Youngmin keluar dari alat tersebut.

“Kita turun sekarang”

Seongwoo bergegas turun dan mendapatkan Youngmin yang menunggunya dari dalam kereta. Seongwoo laju menyusup masuk ke dalam kereta. “Apa yang berlaku?” soalnya sambil Youngmin menekan pedal minyak, mengejar kenderaan Minhyun dari belakang.

“Suspek utama ada rakan subahat. Mereka datang selamatkan Sungwoon dan Jisung sekali”

…………………….

Jaehwan hampir terjatuh apabila ditolak kasar oleh kerumunan yang mengundur beberapa langkah. Badannya distabilkan sambil lehernya cuba ditinggikan, ingin melihat kekecohan yang berlaku.

Sebuah kenderaan melintas laju. Beberapa orang menjerit terkejut. Kenderaan polis laju mengekori belakang.

“Hyung!”

Jaehwan berusaha memboloskan diri daripada kerumunan tersebut, melihat kenderaan tadi berlalu pergi dengan pantas.

“Jisung hyung!”

 


Sorry lambat sebab sibuk kerja dan juga #WannaoneinKL

Boleh baca entri blog tentang pengalaman saya di konsert tu di sini  Apa Berlaku #WannaoneinKL

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^