6. Keresahan Daniel

Antara Subuh dan Senja

Beberapa botol bir dihabiskan sambil pemandangannya dicampakkan ke luar, pemandangan bandar Seoul yang disaluti warna kuning kemerahan. Awan di langit seperti menyukai sinaran tersebut yang memberi isyarat bahawa bulan akan kelihatan tidak lama lagi.

Lai Guanlin mengerling pandang Ha Sungwoon yang masih tidak sedarkan diri, terbaring atas katil. Tangan sudah diikat pada besi katil. Kakinya juga diikat rapat.

“Don’t kill him”

Guanlin tersenyum apabila teringat akan amaran Daehwi pagi tadi.

“Ha Sungwoon. Lai Guan Lin. Same” ujar Guanlin. Sama seperti Ha Sungwoon, dia juga pernah dipenjarakan. Tiga tahun berada di penjara dan lima tahun dihabiskan di pusat pemulihan. Di pusat pemulihan tersebut, dia bertemu dengan ibu Daehwi yang bekerja di sana dan secara tidak langsung, Guanlin berkawan dengan Daehwi dan hanya Daehwi yang kekal menjadi kawannya, menerima keburukan Guanlin seadanya.

Guanlin mengangkat tangannya ke udara, melihat jari-jemari disebalik cerak cahaya senja yang menyinggah di balkoni bilik hotel tersebut.

Aku pembunuh. Guanlin tidak pernah lupa akan jenayahnya. Aku boleh berubah. Guanlin tidak pernah lupa akan usahanya untuk berubah. Jari-jemarinya yang pernah bermain dengan pisau, pistol dan terlibat dengan mafia merupakan masa silamnya yang gelap. Lee Daehwi adalah salah seorang yang memberinya sinar harapan.

……………………………………….

“Siapa mereka?” Minhyun menarik lengan Seongwoo, membisik tanya.

“Aku dah hantar kat kau senarai lima orang yang tak ditemui tu kan? Salah seorang darinya ialah kawan mereka, Yoon Jisung” jelas Seongwoo, mempersilakan Jaehwan dan Daehwi duduk di kerusi yang disediakan di hadapan meja Minhyun.

“Boleh saya tahu nama encik berdua, adik beradik ke?” Minhyun memulakan, tangannya bersedia di papan kekunci komputer.

Jaehwan menggeleng. “Saya Kim Jaehwan, saya menaiki tren bersama dengan Yoon Jisung pagi tadi. Kami duduk bersebelahan sebelum dia menghilang, kami…..”

“Sekejap” Minhyun mencelah sebelum beralih kepada Daehwi. “Awak pula? pelajar sekolah??” soalnya melihat wajah dan penampilan Daehwi yang masih muda.

“Lee Daehwi. Saya ponteng sekolah hari ni sebab saya nak berjumpa dengan Yoon Jisung” ujar Daehwi, berbohong.

“Lee Daehwi? Anak keluarga jutawan Lee? Anak kedua Lee Donghwan?” soal Minhyun mendapatkan kepastian.

Jaehwan dan Seongwoo serentak memandang Daehwi. Remaja itu mengangguk.

Minhyun mencapai kertas yang tersedia di atas mejanya dan membelek baca dengan fokus.

“Yah, ada kaitan dengan kes tujuh tahun lepas?” Seongwoo bersuara, mendekati Minhyun, juga membaca maklumat tersebut.

“Kenapa tuan detektif?” soal Jaehwan kehairanan. “Kau ada kaitan dengan semua ni?” dia beralih kepada Daehwi.

“Awak masih pelajar kan? Hari ini awak ponteng sekolah? Kenapa awak naiki tren tu?” soal Seongwoo, matanya tertumpu kepada Daehwi.

Daehwi mengangguk sebelum menjawab “Saya peminat Yoon Jisung, saya ingin bertemu dengannya di sebuah pameran seni di Busan” Daehwi berbohong lagi. Dia sebenarnya sanggup ponteng sekolah hari ini adalah kerana ingin melihat agenda abangnya menculik Jisung tapi langsung tidak menyangka penculikan Jisung berjaya dilakukan tanpa Daehwi sedari. Daehwi enggan melibatkan diri dengan polis, makanya dia berpura-pura tidak tahu akan penculikan Jisung.

“Awak kawan Yoon Jisung?” Minhyun menyoal Jaehwan pula, sambil menaip sesuatu pada komputernya.

“Ya, kami berdua memang merancang untuk ke sebuah pameran seni di Busan”

“Dalam tren, awak duduk sebelah dia? Ada nampak sesiapa mencurigakan mendekati dia?”

Jaehwan menggeleng. “Dia ke tandas, dan langsung tidak kembali sehingga letupan berlaku. Dia masih hidup kan? Dia tidak terkorban dalam letupan tu kan?”

Minhyun dan Seongwoo saling berpandangan. Sesuatu terlintas di fikiran mereka.

“Lee Daehwi, awak duduk di koc mana? Sebelum letupan berlaku, di mana awak berada?”

“Saya berada satu koc dengan Yoon Jisung, hanya beberapa seat di belakang mereka. Bila saya ke tempat mereka, Yoon Jisung sudah tiada di tempatnya”

“Betul. Masa Daehwi datang untuk berjumpa dengan Jisung hyung, masa tu dah lebih 20 minit Jisung hyung ke tandas. Kemudian baru pengumuman suruh kami keluar dari tren tu didengari”

Daehwi mengangguk, mengiyakan apa yang ditambah oleh Jaehwan.

“Siapa target dia yang sebenar?” Seongwoo berbisik kepada Minhyun.

“Kita kena bincang dengan ketua Lee dahulu”

“Kenapa? Tuan detektif, Jisung hyung masih hidup kan?” Jaehwan mengulang soalannya, keresahan.

Minhyun melepaskan satu keluhan berat. “Identiti mayat yang dikenalpasti oleh pihak forensik bukan Yoon Jisung, tapi statusnya samada hidup atau mati tidak dapat dinyatakan lagi. Buat masa ni, dia dianggap mangsa yang hilang”

“Hilang?” soal Jaehwan agak terkejut. “Apa maksudnya? Dia tidak dijumpai di mana? Mana dia boleh pergi? Dia berada dalam tren bersama dengan saya”

“Ya dia bersama awak, tapi tidak selepas tren tu berhenti. Kami tak dapat jelaskan lebih sebab siasatan masih perlu dilakukan” jelas Seongwoo pula.

“Kenapa tuan detektif libatkan nama keluarga saya? Ada kaitan dengan saya?” soal Daehwi pula. Dia dapat rasakan sesuatu yang difikirkan oleh dua orang detektif tersebut.

“Salah seorang penumpang yang tidak ditemui sehingga kini selain Yoon Jisung ialah Ha Sungwoon. Dia ada rekod jenayah. Tujuh tahun lepas, dia ada cubaan untuk bunuh abang awak, Lee Doohyun”

“Abang saya?!” Daehwi sangat terperanjat mendengar pernyataan detektif itu.

“Ahhh rasanya itu kawan tuan muda Doohyun. Saya seperti pernah lihat salah seorang dari mereka”

Doohyun berkawan dengan penjenayah yang pernah cuba untuk membunuhnya? Kenapa? Sungwoon pernah cuba membunuh abangnya sendiri tapi sekarang dia melakukan kerja kotor untuk Doohyun?

“Lee Daehwi” Minhyun memetik jari, mematikan lamunan Daehwi yang berfikir dalam.

“Encik Kim Jaehwan, rasanya baik encik balik dulu. Kami akan hubungi jika ada sebarang makluman mengenai Yoon Jisung. Pastikan telefon encik sentiasa hidup supaya kami dapat menghubungi encik kemudian. Sila tinggalkan nombor encik di sini” sebuah buku nota dihulurkan kepada Jaehwan.

“Oh ye, telefon milik Jisung hyung juga ada pada saya” Jaehwan mengeluarkan telefon pintar Jisung yang disimpan dalam begnya.

“Itu semua barang milik Yoon Jisung?” soal Minhyun, melihat dua buah beg yang dibawa oleh Jaehwan. Anak muda itu mengangguk.

“Kami perlukan barang tersebut” Seongwoo lalu mencapai sebuah plastik besar khas dari dalam laci tepi mejanya. “Sila letakkan semua barang milik Yoon Jisung dalam ni”

Jaehwan menuruti arahan tersebut.

“Lee Daehwi, saya rasa awak lebih baik pulang ke rumah. Hubungi polis segera jika ada sebarang yang mencurigakan berlaku. Sebagai langkah berjaga-jaga, rasanya awak perlu mengupah pengawal peribadi”

“Boleh encik jelaskan lebih lanjut apa yang berlaku tujuh tahun lepas? Apa kaitan abang saya dengan Ha Sungwoon?” Daehwi bertanya, ingin tahu apa sebenarnya yang Sungwoon lakukan.

“Tujuh tahun lepas, dia hampir membunuh abang awak. Lee Doohyun bukan? Dia ditemui di atas bot dengan kesan tikaman di perut. Abang awak hidup sebab bantuan tiba tepat pada masanya. Ha Sungwoon terima hukuman 10 tahun penjara tapi nampaknya dia dilepaskan awal. Dia baru keluar penjara dalam dua hari lepas”

“Jadi apa kaitan dia dengan Jisung hyung? Dia culik Jisung dan merancang untuk bunuhnya?” Jaehwan bertambah risau apabila mendengar rekod buruk lelaki bernama Ha Sungwoon itu.

“Kami akan siasat dengan lebih lanjut kaitan mereka berdua” tambah Seongwoo pula.

……………………………………………….

Air mata Daniel melihat Sungwoon berdiri depannya namun mereka dipisahkan oleh sebuah kaca tebal. Sungwoon mencapai sebuah telefon yang tersedia atas meja dan duduk di hadapan kaca tersebut. Telefon di sebelah Daniel berdering.

“Hyung” Daniel menjawab panggilan tersebut, membolehkan dia berkomunikasi dengan Sungwoon.

“Daniel, kenapa kau menangis?” suara Sungwoon kedengaran lemah.

Daniel mengelap air mata dengan lengan bajunya. “Hyung~ kenapa hyung buat semua ni?” air matanya tetap turun dengan laju, seolah tidak dapat dihentikan. “Kenapa? kenapa?”

Sungwoon berasa sedih melihat tangisan Daniel tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. “Jihoon di rumah? Dia mesti benci aku kan?”

Daniel mengangguk laju. Wajahnya basah dengan air mata.

“Jangan beritahu dia. Dia masih kecil untuk faham semua ni” pinta Sungwoon. “Dan aku minta maaf atas apa berlaku pada nenek”

“Hyung jangan risau. Saya akan jaga Jihoon seperti adik saya sendiri. Satu hari nanti saya akan beritahu dia yang abang dia bukan penjenayah” ujar Daniel, teresak-esak disebalik kaca yang memisahkan mereka berdua.

“Hyung terlalu lemah untuk melawan dia. Tiada apa lagi boleh dilakukan”

“Doohyun sangat melampau. Saya tak akan maafkan dia. Nanti bila hyung dah bebas, saya akan tolong hyung balas dendam” Daniel melekapkan tangannya pada cermin kaca di depannya, mengharapkan tangannya dapat mengusap pegang wajah Sungwoon yang pucat.

“Doohyun tak bersalah. Jangan buat apa-apa” Sungwoon menggeleng. “Jaga diri kamu dan Jihoon” tangan Sungwoon juga mencapai lekap pada cermin kaca tersebut.

“Tidak. Tidak.” Daniel menggeleng. “Sungwoon hyung takkan keluar balas dendam. Mesti ada sesuatu yang berlaku”

Tangannya menggenggam telefon pintar, ingin mendail telefon polis dan bertanya lebih lanjut mengenai kes letupan keretapi yang berlaku di sempadan Busan. Entah kenapa hatinya membisikkan naluri kuat bahawa Sungwoon terlibat dalam kes letupan tersebut. Daniel keresahan.

“Saya dah pulang” Jihoon membuka pintu yang tidak berkunci. “Niel hyung dah pulang? Awal habis kerja” ujarnya seraya menanggal buka kasut.

“Ada apa-apa berlaku pada kamu di sekolah?” Daniel mendapatkan Jihoon di muka pintu.

“Apa yang berlaku?” Jihoon diam memikirkan seketika. “Ahhh Woojin patahkan rotan Cikgu Kim Jongkook. Aigoo teruk cikgu tu mengamuk. Woojin terpaksa menyorok di tandas pelajar perempuan selama sejam” Jihoon ketawa teringat kisah lucu yang berlaku di sekolahnya. “Saya dan Jinyoung janji untuk mengejeknya sampai tahun depan”

Daniel langsung tidak memberikan reaksi, namun lega kerana Jihoon dalam keadaan yang baik.

“Haish, dia tak ketawa pun” Jihoon berhenti ketawa dan menolak Daniel menjauhinya sebelum dia beredar masuk biliknya. “Niel hyung, malam ni masak awal ye. Saya dah lapar”

………………………………………

Daehwi menunggu lama di depan balai polis sebelum sebuah kenderaan mewah tiba menjemputnya. Kawasan itu hampir lengang, dengan pihak media yang tidak lagi mengerumuni di depan balai.

“Tuan muda” Eun Ho Seok mendapatkan Daehwi. “Tuan muda tak apa-apa? Saya ingat tuan muda di sekolah. Kenapa tuan muda naik tren tu? kenapa tuan muda tak maklumkan pada saya yang tuan muda mahu ke Busan?”

“Saya penat” ujar Daehwi, berjalan ke arah pintu kereta. Ho Seok pantas membuka pintu kereta dan Daehwi merebahkan diri di kusyen tempat duduk belakang.

“Tuan muda tak apa-apa?” Ho Seok bertanya setelah duduk di tempatnya. “Mahu saya bawakan encik ke hospital?”

“Balik. Saya nak berehat di bilik” Daehwi menggeleng.

“Tuan Lee risaukan tuan muda” ujar Ho Seok sambil memandu dengan kelajuan biasa.

“Ayah risaukan saya? Dia ada tanya mengenai saya?” Daehwi segera bangkit duduk, tidak menyangka ayahnya akan risaukannya.

“Ya. Pihak media keluarkan senarai nama penumpang yang menaiki tren tersebut. Sebaik tahu yang tuan muda dalam tren yang sama, dia terus pulang ke rumah. Dia telefon sekolah tuan muda dah dapat tahu tuan muda tidak hadir ke sekolah. Teruk saya kena marah tadi” Ho Seok menceritakan.

Hati Daehwi berasa sedikit gembira mendengarnya. Jiwanya sebagai seorang anak terusik apabila menjadi perhatian ayahnya.

“Betul? Ho Seok, awak tak tipu saya kan?” Daehwi mengulang tanya, mendapatkan kepastian.

“Betul! Tuan muda patutnya tengok riak wajah dia tadi, sangat risau” tegas Ho Seok, dapat melihat bibir Daehwi yang mengukirkan senyuman melalui cermin pandang belakang.

“Dia risaukan saya kan? Dia takut kalau ada apa-apa berlaku pada saya kan?”

Ho Seok mengangguk. “Mestilah. Tuan muda kan anak dia. Anak bongsunya”

……………………………

Pang!

Satu tamparan singgah di pipi.

“Macam mana dia boleh larikan diri?!” Chanbin naik angin, menyepak tendang semua barang yang berada berdekatannya termasuk sebuah kerusi duduk.

“Dia menyerang saya dari belakang. Kereta saya terbalik dan dia pengsan di tengah jalan. Saya tak boleh nak buat apa sebab orang ramai mula kerumuninya dan mereka menelefon ambulans” jelas salah seorang samseng yang bekerja di bawah arahan Chanbin dan Doohyun. Darah di kepalanya kesan kemalangan siang tadi sudah mengering di bawah anak rambutnya. Wajahnya comot dengan peluh dan kotor.

“Kau pula” Chanbin beralih kepada salah seorang lagi samseng upahannya. “Macam mana Ha Sungwoon boleh hilang?”

“Saya tak tahu. Saya turun bersama dengan penumpang yang lain, tapi masa tu dia memang dah tiada. Dia hilang sebelum kami menculik Yoon Jisung lagi”

Dua orang samseng upahan itu melutut tunduk di hadapan Chanbin, tidak berani melawan.

“Kumpulkan geng korang dan cari mereka berdua sampai dapat!”

…………………………………….

Daniel berjalan mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Matanya kerap melirik pandang ke arah pintu. Jihoon duduk di atas sofa dan hanya melihatnya, yakin dia pernah melihat situasi yang sama sebelum ini. “Niel hyung tunggu Sungwoon hyung ke?” soalnya.

Daniel mengangguk. Keresahan. “Kenapa dia masih belum pulang? Tiada apa-apa terjadi padanya kan?”

“Dia bukan budak kecil lagi. Dia tahu jaga diri. Mungkin dia balik lewat. Tak cuba telefon?’

Daniel menggeleng. “Dia belum sempat beli telefon lagi lepas keluar penjara”

“Ahhhh, jadi tunggu je lah, mungkin kejap lagi dia akan balik. Takkan dia dah lupa jalan balik rumah ni” ujar Jihoon bersahaja.

Daniel memberhentikan langkah. Kaku.

“Jihoon ah~”

“Hmmm?”

“Kemas barang cepat. Kita mesti keluar dari rumah ni”

“Ehhhhh?”

Daniel bergerak masuk ke biliknya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Ehhh? Niel hyung?” Jihoon pana melihat tindakan Daniel.

“Kemas apa yang penting sahaja. Kita mesti keluar malam ni juga” Daniel mencampakkan sebuah beg pakaian bersaiz sederhana kepada Jihoon.

“Cepat!” tegasnya.

“Baik. Baik” balas Jihoon, masih tidak faham apa yang cuba dilakukan Daniel tapi Jihoon hanya menurutinya kerana melihat riak Daniel, Jihoon tahu ia perkara serius.

……………………..

Jinyoung mengetuk dua kali sebelum membuka kuak pintu bilik Minhyun.

“Hyung~” kepalanya dijengahkan di muka pintu. “Boleh saya masuk?”

“Ahh Jinyoung” Minhyun segera meletakkan beberapa helai kertas yang dibaca tadi di atas meja kerjanya. “Masuklah”

“Kes letupan siang tadi?” soal Jinyoung, meneka kes yang diselesaikan oleh Minhyun. Bantal Minhyun diambil peluk sambil Jinyoung melabuhkan punggung duduk atas katil abangnya itu.

“Kamu ada dengar berita tu?” Minhyun memusingkan kerusinya, menoleh ke arah Jinyoung.

Jinyoung mengangguk. “Keluar di berita masa saya lepak di kafe petang tadi. Ada ramai mati?”

Minhyun menggeleng. “Mujur mereka dapat keluarkan semua penumpang sebelum letupan tu berlaku. Dua orang pekerja mereka yang buat pemeriksaan terakhir terkorban”

“Aigoo~ mesti pening kepala nak selesaikan kes tu”

“Ini kerja pihak polis Jinyoung. Kamu nak jadi polis suatu hari nanti?”

Jinyoung menggeleng. “Saya? Polis? Hyung buat lawak ke apa?”

Minhyun tersenyum kecil. “Kenapa? Hyung tengok kamu selalu buat baik dengan orang lain, kamu bersikap adil, dan masa kecil hyung perhatikan kamu selalu pertahankan perkara yang betul”

“Haish, hyung nak perli saya ke sekarang? Lagi satu, tak semua orang baik mesti jadi polis, dan saya yakin tak semua polis itu baik. Saya suka buat baik tapi dengan cara saya sendiri”

Minhyun mengangguk. “Betul tu. kamu memang degil. Hyung tarik balik pujian tadi”

“Mana boleh tarik balik!” Jinyoung mencampakkan bantal tepat ke muka Minhyun.

“Yah! Berani kamu pukul pegawai polis?” Minhyun mengigit bibir, membulatkan mata pada Jinyoung.

“Tengok tu tengok Detektif Hwang dah mula salah gunakan kuasa dia”

“Kamu nak hyung gari tangan kamu”

“Tak nak!”

…………………………..

Woojin duduk bersandar pada dinding. Sebuah bantal diletakkan di atas ribanya sambil tangannya memegang sebuah Ipad. Jarinya laju menekan tarik ke atas dan ke bawah pada skrin alat tersebut.

“Ha Sungwoon?” Woojin membaca sebuah berita yang singgah di portal berita terkini yang dilayarinya. Kebanyakan artikel yang diterbitkan hari ini menyentuh mengenai kes letupan yang berlaku siang tadi. Senarai nama penumpang yang terselamat, terkorban dan masih hilang ditularkan di setiap media.

“Ha Sungwoon, Yoon Jisung” Woojin membaca nama dua orang yang ditandakan status ‘hilang’ oleh pihak polis. Jarinya menekan buka pautan tersebut, membolehkan gambar yang dimuatnaik bersama artikel tersebut dapat dilihat.

Gambar Ha Sungwoon ditenung lama. Woojin merasakan seperti pernah melihat wajah tersebut. Wajah yang dikenali.

“Belajar elok-elok”

“Dia adalah abang aku”

Woojin menekup tutup mulutnya, terkejut. Matanya membulat

“Heol, aku baru ingat. Dia ni abang Jihoon”

Woojin meletakkan Ipad itu ditepi sebelum bangkit mencapai telefon pintarnya di atas meja belajar. Nombor Jihoon ditaip laju sebelum butang memanggil ditekan. Telefon lalu dilekapkan pada telinga kanannya.

“Hello?”

“Yah Park Jihoon. Kau dah tengok news mengenai abang kau tu?” Woojin kembali duduk atas katilnya.

“News? Pasal apa? Aku tak tengok news lagi”

“Yah, pasal abang kau. Dia muncul dalam artikel di internet”

Kedengaran bunyi kenderaan lalu berdekatan Jihoon.

“Jihoonie~”

“Apa kau cakap Woojin? Aku tak berapa dengar?” suara Jihoon pula kedengaran seperti dia sedang berjalan.

“Kau kat mana ni? kau tak balik rumah lagi?” Woojin menjadi ingin tahu.

“Aku di…..” Jihoon diam seketika sebelum menjawab. “…rumah”

Jihoon menipu. Woojin tahu rakannya itu menipu. “Yah, cakaplah kau kat mana? Tak payah tipu aku”

“Woojin ah~ aku tak dapat bercakap lama. Aku dah mengantuk ni. Jumpa esok di sekolah”

Talian dimatikan oleh Jihoon.

“Yah Park Jihoon! Jihoon! Jihoon!” Woojin menjerit panggil di telefon namun talian sudah dimatikan terlebih dahulu.

“Haish” anak muda itu merungut, memandang skrin telefonnya. Woojin yakin Jihoon bukan di dalam rumah. Berdasarkan bunyi sekeliling, pastinya Jihoon berada di luar.

...................................................

Jihoon memegang erat begnya, menunggu di ruang menunggu sementara Daniel membeli tiket bas untuk mereka berdua. Keadaan stesen bas agak lengang namun masih terdapat beberapa orang penumpang dan pekerja di situ.

“Mari pergi” Daniel mendapatkan Jihoon. “Hyung, kenapa kita mesti ke Incheon ni? kenapa kita mesti berjumpa dengan orang bernama Noh Taehyun ni?”

“Hyung pon tak tahu, tapi Sungwoon hyung dalam bahaya dan Noh Taehyun ni mungkin dapat menolong kita, setidaknya kita mesti lindungi kamu dulu” balas Daniel berjalan laju ke arah bas yang tersedia menunggu di lorong hujung. Jihoon mengikuti rapat.

“Melindungi saya? Kenapa Sungwoon hyung dalam bahaya? Dia di mana sekarang?” Jihoon masih keliru dengan keadaan sekarang. Dia tidak faham apa yang cuba dilakukan Daniel tapi dia meletakkan kepercayaan penuh pada lelaki itu.

Sebelum sempat Daniel menjawab, telefon pintar milik Jihoon yang disimpan dalam poket seluarnya bergetar. Jihoon memberhentikan langkah, meletakkan begnya di bawah sebelum menjawab panggilan tersebut.

“Hello?”

“Yah Park Jihoon. Kau dah tengok news mengenai abang kau tu?” kedengaran suara Woojin di talian.

“News? Pasal apa? Aku tak tengok news lagi” balas Jihoon jujur,

“Yah, pasal abang kau. Dia muncul dalam artikel di internet”

Sebuah bas di lorong ketiga tiba-tiba dihidupkan dan beberapa orang yang menunggu bas itu dari tadi segera menyerbu di depan pintu bas.

“Jihoonie~” Daniel memanggil, apabila menoleh lihat Jihoon jauh ketinggalan di belakang.

“Apa kau cakap Woojin? Aku tak berapa dengar?” Jihoon mencapai pegang begnya sambil tangan kirinya memegang lekap telefon di telinganya. Langkahnya dilajukan mengejar langkah Daniel.

“Kau kat mana ni? kau tak balik rumah lagi?”

“Aku di…..” Jihoon diam, memandang Daniel yang menggeleng kepalanya, memberi isyarat supaya tidak memberitahu lokasinya yang sebenar.

“…rumah” tipunya.

“Yah, cakaplah kau kat mana? Tak payah tipu aku”

Daniel memberi isyarat supaya menamatkan panggilan tersebut.

“Woojin ah~ aku tak dapat bercakap lama. Aku dah mengantuk ni. Jumpa esok di sekolah” Jihoon terpaksa turuti.

Usai talian dimatikan, telefonnya disimpan semula ke dalam poket seluar.

“Woojin?” Daniel meneka. Jihoon mengangguk.

“Dia tak boleh tahu. Matikan telefon kau” Daniel memberi penegasan dalam ayatnya.

Jihoon melepaskan satu keluhan sebelum terpaksa buat apa yang lelaki itu suruh. “Hyung hutang saya banyak penjelasan” ujarnya.

“Hyung akan beritahu kamu segalanya. Kebenaran dan kepalsuan”

 


Apa akan berlaku pada Sungwoon? jeng jeng jeng

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^