008 -- Extra

That Summer Fantasy

Donghan mempercepat langkahnya. Dari satu tempat ke satu tempat dia mencari kelibat seseorang namun tak berjumpa.

“Aduh…manalah hyung ni pergi? Aku call tak angkat, mesej tak reply.” Donghan membebel sendiri. Tadi lepas latihan, Nari kata nak pergi berjumpa dengan Master Jongsuk. Tapi sekarang dah nak pukul 9.30, dating ke apa lama-lama?

Dari dewan makan, Donghan berjalan menuju ke blok yang menempatkan pejabat pentadbiran termasuklah pejabat Master Jongsuk. Sewaktu melintasi taman yang terletak di tengah-tengah akademi itu, dia ternampak kelibat seseorang yang dikenali sedang duduk di atas bench.

“Eh hyung… asal ni?” Donghan baru bercadang untuk mengejutkan Nari dari belakang tetapi dia membatalkan hasratnya apabila dia menyedari yang Nari sedang menangis. Nari cepat-cepat mengesat air matanya.

“Kau… apa kau buat kat sini?” Nari tidak menjawab pertanyaan Donghan.

“Cari kau la hyung. Kau tu, buat apa dalam gelap sorang-sorang kat sini? Takde nyamuk ke?” Donghan mengambil tempat di sebelah Nari. “Kau gaduh dengan boyfriend ke?”

“Ish, mana adalah. Bila masa pulak aku ada boyfriend.”

“Habis tu, asal sedih-sedih ni? Haa… jangan cakap…” Donghan merenung tepat ke arah Nari.

“Jangan cakap…apa?”

“Master marah kau?”

Nari diam. Bukan sebab Master Jongsuk marah, tetapi lebih kepada dia merasa kecewa dengan dirinya sendiri. Kata-kata Master Jongsuk tadi terngiang-ngiang di telinga.

‘Saya pandang rendah kat awak? Saya tak nampak sebab kenapa saya patut rasa kagum dengan awak, Nari. Awak tahu tak kalau dalam pertempuran, saya rasa awak orang pertama yang akan mati.’

“Aku rasa aku tak layak untuk belajar kat akademi ni, Donghan. Kan best kalau aku stay je kat California dulu, tak payah aku nak belajar semua benda ni.” Kata Nari sambil memerhatikan fountain di hadapan mereka.

“Habis, kalau orang-orang Gin dapat jejak kau kat sana macam mana?”

“Biarlah. Kalau aku mati sekali pun, dah nasib kan lahir-lahir ada kuasa pelik-pelik ni. Padahal, kalau takde kuasa ni boleh je hidup macam orang lain kat luar sana.” Panjang lebar jawapan Nari.

“Amboi, marah betul ni. Terasa macam ada bahang keluar dari tepi aku ni.” Donghan cuba bergurau.

“Tak, aku bukan marah. Cuma, entahlah…” Air mata Nari bergenang lagi. “…I’m nobody la, Donghan. Aku bukan warrior macam diorang, macam kau. Korang bukan setakat boleh selamatkan diri sendiri je, tapi boleh selamatkan dunia sekali. Aku ni setakat loser je…”

“Aduh… apalah yang master dah cakap dekat kau sampai kau demotivated macam ni sekali? Kau okay je la hyung. Biasalah, beginner. Aku ni… johan taekwando daerah kau tahu tak? Memang la aku dah ada pengalaman fighting. Diorang tu, dah berapa lama diorang kat sini? Untuk orang yang takde basic martial art macam kau ni, aku rasa dah cukup baik dah kau buat masa latihan tadi. Kau boleh hyung, kau cuma kena berlatih sikit je lagi.” Panjang lebar Donghan membebel. Dia mencapai tangan Nari lalu mengenggamnya. “Kalau kau nak, aku sendiri boleh ajar kau berlawan, hyung.”

“Takpelah, Donghan. Aku dah ada latihan tambahan dah. Master aturkan.” Balas Nari, kurang bersemangat. Tetapi hatinya sedikit tenang mendengar kata-kata Donghan tadi.

“Ha, baguslah camtu. Kau berlatih sungguh-sungguh, pastu bila kau dah hebat, kau cabar Master Jongsuk tu berlawan dengan kau.”

“Banyaklah kau. Gila ke nak lawan dengan dia. Dia tu nama pun ‘Master’.” Nari menyinggung lengan Donghan sambil tergelak kecil. Donghan tersenyum kerana akhirnya dia berjaya menghiburkan hati Nari. “Yelah siapa suruh dia demotivate kau? Ish, aku pulak yang geram. Dah la hyung, kau mesti belum makan lagi kan?”

Nari mengangguk. Baru dia perasan yang perutnya dah menyanyi lagu Clap.

“Ha, tunggu apa lagi? Pergi makan. Nasib baik aku dah suruh mak cik tu simpankan makanan untuk kau.”

Nari mencubit pipi Donghan. “Alolo sweet nya dia ni. Jom teman aku makan.” Donghan cepat-cepat menarik mukanya. “Eee mengada-ngadanya. Pergilah makan sorang-sorang. Siapa suruh lambat.”

“Oh, tak nak teman eh? Fine.” Nari terus bangun meninggalkan Donghan. “Hyung! Alaa main-main pun nak merajuk. Bukannya nak cakap terima kasih ke…apa ke…” Donghan terus membebel sambil mengikuti langkah Nari yang tergelak kecil mendengar bebelan Donghan itu.


Beberapa hari kemudian…

“Kenta!” Kenta menoleh ke arah suara yang memanggilnya. “Hyung…ada apa?”

“Kau ada nampak Nari tak?”

“Tak. Tadi lepas kelas dia terus keluar. Haa, tu dia panjang umur.” Kenta menunjuk ke arah Nari yang sedang berjalan menuju ke arah dewan makan.

“Okay, cantik. Eh aku lupa pulak nak bagitahu, Master Jongsuk nak jumpa kau kat pejabat dia pukul 2.30 nanti. Jangan lambat pulak.” Taehyun terus berlari meninggalkan Kenta sebelum Nari hilang dari pandangannya. Kenta tertanya-tanya. Dah kenapa dia nak jumpa aku pulak ni?

“Nari!”

“Oh mak kau kuyeb jatuh.” Nari terkejut mendengar namanya dipanggil tiba-tiba. Dia menoleh. “Oh, oppa rupanya. Haa, saya dah dapat pesanan pasal latihan tambahan itu.” Jawab Nari sambil melihat ke arah Taehyun yang kelihatan termengah-mengah setelah berlari sejak tadi.

“Eh dia ni, tahu-tahu je orang nak cakap pasal tu. Okay, bagus-bagus. Jangan risau, saya pasti awak akan suka latihan tambahan tu nanti.” Taehyun tersengih.

“Kenapa pulak?”

“Errr… tak tahulah. Awak tunggu je lah nanti. Ha, saya kena pergi dulu. Jumpa lagi.” Taehyun berlalu meninggalkan Nari terpinga-pinga sendirian.

Dah kenapa pulak aku nak suka latihan tambahan ni? Sebab latihan ni la aku tak boleh nak marathon drama malam-malam lagi tau… Umpat Nari dalam hati.


Matahari baru sahaja menghilang di kaki langit apabila Nari keluar daripada biliknya. Sengaja dia datang awal ke latihan itu untuk menunjukkan kesungguhannya kepada Master Jongsuk. Lagi 15 minit sebelum kelas bermula, Nari dah pun sampai di tempat latihan. Dia membuka kesemua suis lampu dan kipas yang berada dalam bilik tersebut.

“Awal lagi ni. Warm-up je lah dulu.” Dengan earphone yang disumbat ke telinga, dan lagu I Yah yang bermain dari music player phone nya, Nari memulakan senaman ringan untuk memanaskan badan. Bermula dengan stretching di bahagian kepala, tangan, badan, pinggang dan kemudiannya kaki, disusuli dengan lompat bintang dan beberapa push-up (yang kini dia dah berjaya buat 15 kali dalam masa seminit atas bimbingan Master Gikwang).

“Ehem.”

Nari cepat-cepat menarik earphone dari telinga dan menoleh ke arah seseorang yang telah masuk ke dalam bilik tersebut tanpa disedarinya.

“Eh, awak… Ada apa awak datang sini?” Tanya Nari kepada Kenta yang kini berdiri di hadapannya.

“Hmm…awak datang sini untuk latihan tambahan kan?” Kenta berjalan ke arah dinding untuk meletakkan beg yang disandangnya. “Haah, oh so awak pun datang sini untuk latihan ke? Saya ingatkan saya sorang je yang kena…” Balas Nari.

Kenta memandang ke arah Nari. “Taklah. Memang awak sorang je pun anak murid saya.” Balasnya.

“Apa? Anak murid?” Nari membuntangkan biji matanya kerana terkejut dengan apa yang di dengar. Biar betik?

“Ya, saya pun baru je dapat arahan daripada Master Jongsuk petang tadi.” Nari sekadar merenung ke arah Kenta yang kini mula memanaskan badannya.

“Kenapa? Awak mesti nak tanya kenapa master suruh saya ajar awak kan?” Tanya Kenta setelah melihat renungan ‘tidak percaya’ Nari ke arahnya.

“Er, takdelah. Hmm tapi peliklah jugak. Saya ingat dia sendiri yang ajar saya, saya tak expect pulak orang lain.” Balas Nari. Tetapi separuh hatinya merasa lega melihat Kenta yang muncul di situ dan bukannya Master Jongsuk. Tak sanggup rasanya dia nak berhadapan dengan master tu tiap-tiap hari. Sebab ni la kot Taehyun cakap aku akan suka kelas ni…

“Mungkin…” Kenta mengilas pinggangnya ke kiri dan ke kanan sebelum menyambung “…master fikir yang saya boleh ajar awak dua perkara sekaligus. Pertahanan diri dengan kawalan kuasa. Sebab macam yang awak tahu tak guna kalau kita pandai berlawan tapi…”

“Tak pandai kawal kuasa. Macam yang master Hyungwon cakap dalam kelas dia hari-hari.” Nari memintas kata-kata Kenta membuatkan dia tergelak kecil. “Ha… betul tu. Pandai pun. So, boleh kita start sekarang?”

Nari menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan. “Okay… let’s start.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD