014 -- Not A Sweet Encounter

That Summer Fantasy

Keesokan harinya.

"Manalah budak Donghan ni? Berak ke apa lama sangat?" Nari memerhatikan keadaan sekeliling kafe itu namun kelibat Donghan tidak kelihatan di mana-mana. Dia menghirup perlahan green tea yang dipesan tadi. Aku tinggalkan dia sorang-sorang kang baru tahu. Padahal Nari tak tahu yang dia sebenarnya dah ditinggalkan oleh Donghan.

"Ha, kau masuklah dulu. Aku lupa la aku kena pergi cari something jap." Yongguk memberikan isyarat supaya Kenta masuk ke dalam sebuah kafe hipster. "Eh kau nak pergi mana? Jom la gi sekali." Kenta pelik dengan perangai Yongguk. Dah la tetiba ajak keluar, lepas tu nak lepak kafe. Sekarang biar aku sorang – sorang pulak masuk kafe ni. Takik kang.

"Takpe - takpe. Japgi aku datang. Bye." Yongguk sekadar smirk sebelum berjalan meninggalkan kafe tersebut. Kenta yang malas nak layan perangai Yongguk itu terus meliarkan pandangannya untuk mencari tempat kosong sehinggalah perhatiannya tertumpu pada seseorang yang dikenali.

Mana kau? Lama betul dalam toilet?

Nari menghantar pesanan KakaoTalk kepada Donghan tetapi budak itu sekadar 'Seen' mesejnya. Nari mengeluh. Aku balik je lah macam ni...

"Sorang je?" Tiba-tiba seseorang mengambil tempat di hadapannya. Nari yang sibuk mengadap telefonnya terus mengangkat muka.

"Eh. Buat apa kat sini?" Nari terkejut melihat Kenta tiba-tiba muncul di hadapannya. Ish jangan - jangan...

"Haa tengah lipat baju. Tak nampak?" Kenta tersenyum dengan lawaknya sendiri, dan senyuman itu membuatkan Nari berasa sedikit lega kerana sikap Kenta yang agak dingin dengannya sejak kebelakangan ini.

"Wow, banyak gak eh baju awak lipat. Tak sangka rajin rupanya awak ni." Nari yang boleh tahan loyar buruknya membuatkan Kenta tergelak pula.

"Kenapa duduk sorang-sorang? Kan bahaya." Pada waktu itu, seorang waiter menghampiri mereka dan Kenta memesan secawan Americano. "Tak, sebenarnya tadi saya datang dengan Donghan. Lepas tu dia cakap nak pergi tandas. Agaknya dia bina tandas sekali kot sebab sampai sekarang tak muncul-muncul."

"Hahaha. Tak tahu la tapi saya rasa Donghan tu pergi toilet kat akademi kot." Balas Kenta.

"Kenapa pulak?" Padahal Nari pun dah dapat meneka apa yang sedang berlaku sebenarnya.

"Sebab... Yongguk pun tadi ada dengan saya, tetiba dia suruh masuk dalam kafe ni lepas tu dia lesap." Nari menggelengkan kepalanya sebelum tersenyum. "Diorang ni kan... Adaa je lah rancangan diorang."

“Kan. Plan apa la diorang buat ni.” Kenta dan Nari sama – sama tergelak.

Tiba-tiba suasana senyap seketika. Pada waktu itu, Nari ingin sekali bertanya mengapa sikap Kenta tiba-tiba berubah terhadap dirinya tetapi dia simpankan sahaja soalan itu.

"Nari, jom. Saya nak bawak awak pergi satu tempat." Tiba-tiba Kenta bersuara separuh excited.

"Pergi mana?"

"Adalah."

"Habis tu, air awak?"

"Boleh take-away. Jom."

Selepas membayar harga kopi (dan juga teh hijau Nari), Kenta terus membawa Nari menuju ke sebuah kedai. Di pertengahan jalan, Kenta tiba-tiba sahaja menggapai tangan Nari, lalu mengenggamnya erat seolah-olah Nari ingin lari daripadanya. Jantung Nari terus berdegup lebih kencang daripada angin taufan.

"Kita nak pergi mana sebenarnya?" Tanya Nari.

"Jap, dah nak sampai dah." Tidak jauh dari kafe hipster tadi, kini mereka berhenti di hadapan sebuah kedai yang kelihatan seperti kedai aksesori. Kenta melepaskan tangan Nari sebelum menolak pintu kedai tersebut memandangkan sebelah tangannya memegang kopi take-away tadi. Nari terus mengikuti langkahnya.

"Hari tu saya nampak sesuatu yang cool kat sini." Kata Kenta sambil matanya mencari-cari sesuatu.

"So awak nak beli la?" Mata Nari terpukau melihat deretan cincin yang disusun di dalam bekas kaca. Cantik pulak cincin-cincin ni.

"Haah. Tapi untuk awak. Haa sini sini." Nari terkaku seketika mendengar kata-kata Kenta. Asal dia ni tetiba sweet semacam? Possessed ke?

"See? Cantik kan?" Kenta menunjuk ke arah seutas rantai perak yang tergantung bersama-sama rantai lain. Uniknya, di hujung bawah rantai itu tergantung sebiji loket yang berbentuk jam pasir yang kelihatannya diperbuat daripada kristal berwarna ungu.

"Wow." Reaksi Nari benar - benar jujur kerana rantai itu betul - betul kelihatan cantik di matanya.

"Sesuai la dengan power awak. Time - controller." Kenta berbisik di telinga Nari sehinggakan dia dapat merasakan muka Kenta hanya beberapa sentimeter dari dirinya. Aduh, asal tetiba aku rasa shaking ni.

"M… Maksud awak power awak jugak kan?" Nari tersenyum kecil sambil bergerak beberapa inci menjauhi Kenta. Bukan apa, risau kalau Kenta terdengar degupan jantungnya yang laju itu.

Seorang pembantu kedai yang tinggi lampai menghampiri mereka. "Ada apa-apa boleh saya tolong ke?" Tanyanya dengan ramah.

"Saya nak ambik rantai ni. Boleh pakai terus kan?" Tanya Kenta. Pembantu kedai itu mengangguk. "Takde masalah." Balasnya sambil mengeluarkan rantai tersebut daripada plastik dan menyerahkannya kepada Kenta.

"Okay, pusing." Tanpa membantah, Nari terus berpusing membelakangkan Kenta sambil menarik ponytail nya ke hadapan. Perlahan-lahan, Kenta memakaikan rantai itu ke leher Nari. Nari hampir beku di situ kerana seumur hidupnya 23 tahun, tiada siapa pun yang pernah melakukan perkara seperti itu kepadanya. Hatinya tiba-tiba tersentuh.

"Done. Cer tengok cermin."

"Cutenya. Serius..." Nari teruja melihat loket itu bergemerlapan apabila dipantul cahaya lampu.

“Haah, cantik sangat. Sesuai dengan awak.” Puji Kenta. Nari berpaling ke arahnya. Mata mereka bertemu buat beberapa ketika. Saat itu, masa di sekeliling mereka terasa bagaikan berhenti walaupun tiada kuasa yang mereka gunakan.

“Ah, thanks.” Nari cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Malu pulak rasa bila pembantu kedai yang tercegat di situ bukan main tersengih lagi melihat gelagat mereka. “Ha, biar saya pulak cari something untuk awak.” Nari teringat deretan gelang dan rantai tangan yang tersusun di sebelah cincin tadi. Ada satu rantai tangan yang menarik perhatiannya.

“Susah-susah je la awak ni.” Tapi Kenta tetap mengikuti langkah Nari menuju ke rak bersebelahan. Lima minit kemudian, mereka berjalan menuju ke kaunter setelah Kenta bersetuju untuk menerima seutas rantai tangan yang mempunyai buah berbentuk bintang.

“16,000 won.” Kata penjaga kaunter itu kepada Nari. Sebaik sahaja dia selesai membuat pembayaran, kedengaran satu dentuman kuat dari pintu kedai sebelum Kenta menjerit “TUNDUK SEMUA!”

“Apa tu?” Tanya Nari, cemas.

“Nari, selamatkan dua orang tadi sementara saya alihkan perhatian Jun.” Tanpa menjawab soalan Nari, Kenta terus berlalu pergi. Nari tidak membuang masa. Nampaknya orang Gin sudah dapat mengesan mereka.

“JUNHOE!” Kenta memandang ke arah ‘musuh tradisi’ nya yang sedang berdiri di pintu. “Hey… long time no see eh? Dating nampak?”

“Kau ni tak boleh ke kalau tak menyusahkan hidup aku?” Kenta memulakan serangan. Nari yang merangkak perlahan akhirnya berjaya mendapatkan pembantu kedai tadi yang kelihatan sangat takut. “Awak okay?”

“O..okay.” Pembantu kedai itu hampir menangis. Nari terus membawanya menuju ke arah juruwang yang bersembunyi di balik kaunter tadi. “Awak berdua, keluar ikut pintu belakang. Sekarang!” Nari mengawasi pergerakan dua orang tadi sebelum seseorang tiba-tiba datang menyerangnya. Nampaknya Junhoe tidak datang seorang. Nari tercampak ke tepi setelah ditumbuk oleh konco Gin yang bernama Jinhwan itu.

Tak guna! Nari menyumpah dalam hati. Dia memberhentikan masa tepat jam di dinding menunjukkan angka 12.11. Jinhwan kaku di tempatnya. Tak sampai seminit, akhirnya Jinhwan tumbang dan pengsan kerana terhantuk pada rak yang menempatkan beg-beg tangan setelah ditumbuk dan disepak oleh Nari.

Di hujung kedai, perlawanan antara Kenta dan Junhoe menjadi sengit memandangkan mereka mempunyai kuasa yang sama. Nari bertambah cemas apabila dia ternampak Junhoe menarik sesuatu keluar dari poket seluarnya. Pisau?

Nari memerhatikan sekeliling. Sebatang kayu besbol yang terletak di belakang kaunter (mungkin digunakan oleh penjaga kedai untuk pertahanan diri), terus dicapai.

Kenta mengelak beberapa kali serangan pisau yang diayun oleh Junhoe. Tak guna dia ada senjata pulak. Dah la nak kena guna tenaga lebih pulak kalau nak overcome power hanat ni. Dia bernasib baik apabila dia sempat menahan tangan Junhoe sebelum pisau di tangan itu terbenam tepat ke dadanya.

PANG!

Junhoe merasakan pandangannya berpinar. Pisau yang dipegang terlepas sebelum dia rebah ke lantai. Pandangannya yang kabur makin lama makin bertukar gelap.

“Aaaaargh!” Jeritan pembantu kedai yang muncul dari pintu belakang bersama-sama dengan rakannya dan seorang pegawai polis mengejutkan Nari yang terkaku di tempatnya. Kayu besbol yang digunakan untuk memukul kepala Junhoe tadi terlepas dari pegangan. Kenta cepat-cepat menuju ke arah Nari dan mencapai tangannya.

“Nari, kita kena pergi dari sini sekarang.”

“Tapi…” Nari menoleh ke arah pegawai polis yang sedang berjalan ke arah mereka.

“It’s okay. Kita kena pergi sebelum orang Gin lain datang.” Tanpa mempedulikan jeritan pegawai polis tadi, Kenta terus membawa Nari keluar dari kedai tersebut. Dia tahu apa yang patut dilakukan. Dia hanya perlu memberitahu pihak akademi dan mereka yang akan berurusan dengan pihak polis. Pada masa ini, nyawa mereka berdua yang patut diutamakan...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD