022 - Battle Night II

That Summer Fantasy

Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Yongguk merasakan dia hampir menggunakan keseluruhan tenaganya namun lawannya masih belum tumbang. Mungkin jugak sebab dia berlawan dengan dua orang dalam satu masa.

Ah lah. Yongguk menyumpah dalam hati sebaik sahaja salah seorang daripada mereka menyerang sebelum sempat dia mengumpulkan semula tenaganya. Dia akhirnya berjaya menumbangkan lawannya dengan satu tendangan di dada, tetapi lehernya tiba-tiba dipaut dari belakang oleh lawan yang sorang lagi.

Yongguk hilang sabar. Dia mengumpul segala kekuatannya untuk menyiku rusuk manusia tersebut sehingga pegangan di lehernya itu terlepas. Yongguk melepaskan nafasnya dengan kuat sebelum menumbuk beberapa kali muka lawannya itu. “TOLONGLAH, AKU DAH PENAT LAWAN KORANG DUA NI TAU TAK?!” Jerit Yongguk sebelum belakang kepalanya diketuk kuat oleh sesuatu. Pandangan Yongguk berpinar selama dua saat sebelum segala-galanya menjadi gelap…

“HYUNG!” Donghan yang kebetulan menoleh ternampak Yongguk yang rebah ke bumi. Kemarahannya memuncak. Dia melangkah ke arah Jiwon yang masih memegang batang besi yang digunakan untuk memukul Yongguk tadi.

“KAU! DAH LAMA HIDUP KE HA?!” Donghan menerpa ke arah Jiwon sebelum batang besi itu bertukar tangan. Beberapa minit kemudian, apa yang pasti… Jiwon tak dapat diselamatkan lagi. Dia terbaring di tanah, mengerang kesakitan dan tinggal nyawa-nyawa ikan sambil Donghan berlari mendapatkan Yongguk yang masih pengsan. Mujurlah, dia betul-betul cuma pengsan.

Donghan memerhatikan sekelilingnya, hampir kesemua lawannya sudah terbaring tak berdaya di atas tanah. Dia berasa sedikit lega, ternyata training nya dengan Taehyun selama ini tak sia-sia. Donghan kemudiannya cuba menyedarkan Yongguk.

“Argh.” Yongguk memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.

“Hyung! Kau okay tak? Kau ingat nama kau siapa? Ingat aku tak?” Soal Donghan bertalu-talu.

“Wo rileks. Rileks. Aku ingat kau, Donghyun kan?” Yongguk menggelengkan kepala untuk membetulkan pandangannya yang berpinar.

“Donghyun pun boleh. Hyung, kita kena cari mana Nari hyung. Dari tadi dia lesap.”

“What?” Mendengar nama Nari membuatkan Yongguk terus teringat tujuan mereka datang ke situ. Dia memerhatikan tempat Gin berdiri tadi, tetapi Gin tidak berada di situ.

Donghan membantu Yongguk untuk bangun. Tiba-tiba 5 orang konco-konco Gin menghampiri, menghalang mereka daripada pergi dari situ. Donghan menggelengkan kepala.

.

 


 

“Letak pisau tu.” Arahan itu hanya sempat didengari oleh Kenta sebelum pengawal itu tiba-tiba diserang dari belakang. Pistol yang diacu ke arahnya tadi tercampak jauh. Lepas sorang, sorang lagi pengawal berjaya ditumbangkan. Kenta tidak membuang masa, dia terus menerpa ke arah DK dan membelasah DK yang cedera itu sehingga separuh mati.

“Hyung!” Kenta menoleh ke arah suara yang dikenali itu.

“Taedong!” Taedong terus berlari dan memeluk erat Kenta seolah-olah mereka dah tak jumpa seminggu. “Kau okay tak hyung?”

“Aku okay. Mana yang lain?”

“Hmm luar sana. Hyung…” Taedong merenung ke arah komputer yang berada di hadapannya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Kenta.

“Kau boleh… ambik semua data yang ada kat sini?” Tanya Kenta yang faham maksud Taedong itu.

“Aku cuba.” Taedong terus duduk di tempat DK tadi. Untuk menewaskan musuh utama mereka itu, mereka harus tahu apa perancangan Gin yang sebenarnya. Taedong memindahkan semua data tentang kegiatan Gin terus ke cloud rahsia miliknya.

“Taedong, aku tak boleh lama kat sini. Aku kena pergi.”

“It’s okay hyung. Aku boleh settle semua ni. Jangan risau pasal aku.” Kenta menepuk bahu Taedong beberapa kali. “Thanks Taedong, I count everything on you.” Tapi belum sempat Kenta keluar dari bilik itu, satu suara menyapa dari pintu.

“Nak pergi mana?”

Aduh orang tua ni datang pulak aku sikit lagi nak habis transfer ni. Umpat Taedong dalam hati.

“Kau memang dah melampau, Kenta. Kau fikir kau hebat macam datuk kau?”

“Sekurang-kurangnya dia tak loser macam kau, Gin. Pentingkan diri, dasar pengkhianat!” Gin mencapai picagari yang mengandungi racun yang tersimpan dalam poketnya sebaik sahaja mendengar kata-kata Kenta. Dia rasa terhina. Mungkin ini malamnya, aku sendiri akan bunuh cucu kau, Ying!

Kenta menahan Gin yang hampir membenamkan jarum picagari itu tepat ke dadanya. Tapi tenaga orang tua lebih kuat berbanding dirinya. Mujur saja jarum itu tersasar ke tepi kepalanya.

Taedong tidak tenang di tempatnya. Sekejap dia memandang ke skrin, sekejap ke arah Gin dan Kenta yang sedang bergelut di belakangnya. Nak tolong tak nak, nak tolong tak nak. Akhirnya, data yang dipindahkan tadi siap sepenuhnya. Dia mendengar bunyi sesuatu jatuh di belakang sebelum menoleh. Kenta dah rebah ke lantai.

“HOI!” Satu high-kick dihadiahkan kepada Gin membuatkan orang tua itu tersandar ke dinding. Taedong terus membelasah Gin berkali-kali.

“TAK GUNA! SEBAB KAU LAH KELUARGA AKU MATI!” Taedong teringat kejadian 2 tahun lalu, seseorang telah merosakkan brek kereta ayahnya sebelum mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan. Taedong satu-satunya mangsa yang terselamat, dan dia terus berpindah ke akademi sejak dari hari itu. Dia menyimpan dendam yang sangat dalam sejak dia mengetahui dalang di sebalik kemalangan itu merupakan orang Gin.

“Taedong…” Taedong berhenti membelasah Gin yang dah separuh mati apabila namanya dipanggil. “Hyung, kau hidup lagi rupanya.”

“Aku…aku kena cari Nari.” Kenta memegang kepalanya yang sakit akibat terhantuk di meja sebelum terjatuh tadi. Aduh nak terkeluar dah otak ni.

“Okay, biar aku settle kat sini. Kau boleh tak ni hyung?”

Kenta mengangguk sebelum memegang bahu Taedong. “Thanks bro. For everything.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD