024 - Final Battle

That Summer Fantasy

Yunhyeong menarik keluar picagari yang tercucuk di bahunya. Dengan tenaga yang masih bersisa, dia menumbuk Kenta hingga jatuh ke lantai. Dia membenamkan pula picagari yang mempunyai sisa racun ke lengan Kenta.

“Argh~” Kenta menahan kesakitan.

“Kenta!” Nari cuba berdiri tetapi kakinya terasa lembik. Seluruh tubuhnya menggigil. Ah sudah. Jangan cakap penyakit aku datang sekarang. Nari cuba menenangkan dirinya.

Kenta menolak Yunhyeong ke dinding. Pandangannya kabur tetapi dia menguatkan dirinya. Muka Yunhyeong ditumbuk berkali-kali. Marahnya pada Yunhyeong yang hampir membunuh Nari masih membuak-buak. Tetapi dia tidak sedar sesuatu, dia terlupa yang Yunhyeong sama seperti mendiang adiknya, sentiasa ada senjata rahsia. Yunhyeong menarik keluar pisau dari poket dalam jaketnya.

CAK.

Satu tusukan tajam membelah perutnya. Kenta memegang tangan Yunhyeong yang mengenggam pisau itu.

“Kau…musuh adik aku kan...” Yunhyeong menggunakan tenaga terakhirnya untuk menekan pisau jauh ke dalam. Kenta merasakan ada darah mengalir keluar dari mulutnya. Genggaman Yunhyeong semakin lemah apabila racun yang mengalir dalam badannya mula bertindak. Hidung dan mulutnya juga mulai berdarah. Kenta menggunakan kesempatan itu untuk menarik keluar pisau itu dan menikam tepat ke dada Yunhyeong, sebelum menolak Yunyeong jatuh dari koridor itu. Yunhyeong mati serta-merta.

“K….Kenta…!” Nari sempat menyambut Kenta sebelum dia rebah ke lantai. “…no…no…awak bertahan please…” Nari menekan luka kesan tikaman tadi tetapi darah masih membuak-buak keluar. Damn. Too much blood…

“Nari…” Kenta mencapai tangan gadis itu. Air mata Nari mengalir laju. “S..shh…. awak jangan cakap apa-apa. I’m sorry…I’m so sorry…somebody please…tolong~!” Nari menjerit dalam tangisannya.

“Awak…it’s okay…jangan nangis…” Sebelah tangan Kenta sedaya-upaya cuba mencapai pipi Nari. Dia mengesat air yang mengalir di hujung dagu. “…a…awak selamat kan?”

“Awak akan selamat jugak Kenta. Jangan tinggalkan saya please. A…awak dah janji…” Air mata Nari semakin laju apabila darah mula mengalir dari hidung Kenta. Dia mengesat darah itu berserta air mata Kenta yang mengalir kerana menahan kesakitan. Nafasnya semakin perlahan. Muka dan bibirnya bertukar pucat manakala tubuhnya menggigil.

Nari menarik Kenta ke dalam pelukannya. “Ss…saya sayang awak, Kenta. Stay with me... stay with me please…” Nari meminta dengan sepenuh hatinya. Hatinya terasa pedih. Dia tidak sanggup melihat keadaan Kenta yang sebegitu.

“I…I’m sorry…Nari…” Bisik Kenta. Air matanya mengalir perlahan kerana dia terpaksa memungkiri janjinya pada Nari. Dia tahu dia takkan selamat. Sisa racun tadi bila-bila masa sahaja akan menghentikan degupan jantungnya. Dia merenung rantai yang tergantung di leher gadis itu. Loket kristal ungu itu bersinar sebelum pandangannya bertukar kepada kegelapan. Dalam pelukan Nari, Kenta menghembuskan nafasnya yang terakhir…dan pergi buat selama-lamanya…

 


 

“Hyunbin, kau okay?” Sanggyun mendapatkan Hyunbin yang melutut di tanah. Hyunbin menahan air mata melihat Hanbin yang terbaring kaku di hadapannya. Hanbin sebenarnya kawan baiknya sejak kecil, tetapi dia tidak menyangka kawannya itu akan menjadi salah seorang mangsa uji kaji Gin. Hyunbin menggelengkan kepala. “Aku okay, hyung… aku tak apa-apa…”

Sanggyun membantu Hyunbin untuk berdiri. Setelah hampir dua jam bertempur, konco-konco Gin akhirnya tewas di tangan mereka. Tetapi mesej bantuan yang dihantar kepada pihak akademi masih belum dijawab. Sanggyun memerhatikan keadaan sekeliling, mencari kawan-kawannya yang lain.

“Taedong?” Hyunbin melihat ke arah seseorang yang menghampiri mereka. “Kau okay? Apa dah jadi? Kenapa ni?” Sanggyun risau melihat Taedong yang kelihatan seperti mental breakdown tahap keempat.

“Tuan Hwang…dia…” Kata-kata Taedong akhirnya bertukar tangisan. Tapi Taedong menggagahkan dirinya. “Aku dah hantar semua details kat Kapten Yoon. Dia akan datang japgi.”

“Jap, apa dah jadi dengan Tuan Hwang sebenarnya?” Sanggyun pelik apabila Taedong tidak menghabiskan kata-katanya.

“Dia…dia betray kat kita selama ni. Dia yang serahkan semua data kat Gin. Dia…bunuh family aku…” Taedong mengesat air matanya. “Jadi…aku dah balas dendam aku kat dia…” Sanggyun dan Hyunbin cepat-cepat memeluk Taedong apabila tangisannya semakin deras.

Sanggyun menggelengkan kepalanya tidak percaya. Patutlah…takde bantuan dari tadi…Tak sangka Tuan Hwang sanggup buat macam ni…

“Sabarlah bro, semuanya dah berakhir sekarang…” Hyunbin menenangkan Taedong. “Okay…okay…” Taedong menarik nafasnya dalam-dalam untuk menenangkan dirinya. Jauh di sudut hati dia bersyukur kerana segalanya sudah selesai pada malam itu.

“Jom, kita kena cari yang lain.” Sanggyun mengajak kedua-dua sahabat itu untuk mencari 4 orang yang lain. Di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan Donghan dan Yongguk. Donghan sedang membantu Yongguk yang berjalan terincut-incut kerana kaki kanannya cedera.

“Bro, kau okay?” Hyunbin segera membantu Donghan untuk memapah Yongguk. “Aaaa…bolehla… Kalau Donghan takde tadi maybe aku dah mendiang dah.” Balas Yongguk. “Ah, merepek je la kau ni Yongguk. Eh, korang berdua je? Mana Nari? Jap, Taedong… bukan kau sepatutnya selamatkan Kenta?” Sanggyun tiba-tiba cemas. 

“T..tapi tadi Kenta hyung kata dia nak selamatkan noona…”

“Sebenarnya dari awal lagi kitorang dah terpisah dari Nari…” Balas Donghan pula. Mereka berpandangan sesama sendiri. Tak…takkanlah…

“Kita cari diorang sekarang.” Sanggyun terus memberi arahan. Tidak sampai lima minit, mereka ternampak kelibat Nari yang berada di koridor tingkat satu. Dan seseorang yang terbaring…

“Nari? Kenta?” Sanggyun orang pertama yang menghampiri mereka. Dia terdengar tangisan Nari yang tidak berhenti sebelum merenung ke arah Kenta di hadapannya. “Tak…tak mungkin… KENTA!”

Sanggyun menarik Kenta dari ribaan Nari. Air mata Nari mengalir lagi, beberapa minit tadi Kenta telahpun meninggalkan mereka. “Kenta, bangunlah! Kenta!” Sanggyun menggoncangkan badan kawannya walaupun dia tahu perbuatannya sia-sia. Kenta sudah tidak bernafas lagi. Air mata Sanggyun segera mengalir. “I’m so sorry bro…I’m sorry…Kenapa boleh jadi macam ni…”

Yongguk melepaskan dirinya daripada Donghan. Dia terus terlupa pada kesakitan di kakinya. Dia berlari terincut-incut ke arah mereka.

“Hyung…” Yongguk merenung tidak percaya ke arah Nari. “…noona… K..Kenta hyung tak apa-apa kan? Dia…” Air mata Yongguk mengalir apabila Nari menggelengkan kepalanya. “No…hyung…k..kenapa kau tinggalkan aku hyung? …h..hyung…” Yongguk tersedu-sedu. Dia terduduk di sisi Kenta. Donghan segera mendapatkan Nari yang kelihatan hampir pitam. Air matanya turut mengalir. Timbul rasa kesal kerana dia tak sempat menyelamatkan Kenta.

“Hyung? Asal ni?” Hyunbin dan Taedong yang mencari di tingkat tadi segera berlari ke arah mereka apabila terdengar jeritan Sanggyun tadi. Kalau tadi Taedong mental breakdown tahap keempat, kini dia dan Hyunbin sama-sama mental breakdown tahap berapa pun tak tahulah. Hyunbin jatuh terduduk apabila dia ternampak Kenta dalam pelukan Sanggyun. Kenta hyung… kau…

Koridor yang gelap dan senyap itu terisi oleh tangisan mereka berenam, mengenangkan pemergian seseorang yang berharga dalam hidup mereka…

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD