009 -- Saturday Morning

That Summer Fantasy

Pagi Sabtu.

"Yeke? Kenapa aku tak pernah tahu pun?" Yongguk meletakkan garfu yang mencucuk sosej ke pinggannya.

"Kau ni memang sah la Windows 98. Pak cik guard akademi pun silap-silap tahu tau pasal ni." Balas Taedong. Hyunbin sekadar tergelak.

"Takdelah. Aku ingatkan selama ni Master Jongsuk yang ajar latihan tambahan tu.” Yongguk kembali menggigit sosejnya yang tinggal separuh tadi.

"Kalau Master Jongsuk yang ajar, dia kena stay sampai malam. Kau ingat dia rajin sangat ke nak buat overtime?" Kata Hyunbin.

"Habis tu, apa yang Kenta hyung dapat kalau dia yang kena ajar Nari noona? Gaji?" Yongguk semakin curious. Dia pun tak pasti kenapa dia seorang sahaja yang tak tahu pasal perkara tu. Padahal dah seminggu latihan tambahan Nari bermula.

"Mana ada gaji. Dia cuma dapat spend time lebih dengan Nari noona berbanding dengan kau hyung." Balas Taedong lagi.

"Ya ya ya, korang punya mengumpat tu macamlah aku takde kat sini..." Kenta buat muka derp. Dia perhati je budak bertiga di hadapannya.

"Hahahaha. Tapi betul kan? Tak cukup dengan sekelas, sekarang dapat date tiap-tiap malam pulak." Kata Hyunbin.

"Maksud kau 5 malam seminggu je kan." Kenta membetulkan kenyataan.

"Tak kisah la hyung. So bila kau nak ajak dia date?" Tiba-tiba Taedong menyampuk. Soalan itu membuatkan Kenta hampir tersembur kopi ke muka Yongguk.

"Eh kau ni nerd nerd pun pandai gak usik orang eh." Hyunbin menepuk bahu Taedong sebelum mereka ber hi-5.

"Korang ni mengarut la. Kitorang mana ada apa-apa." Kenta menghirup kopinya cepat-cepat sebelum dia tersedak atau tersembur lagi.

"Hmm jawapan cliché."

"Kalau takde apa-apa, buatlah jadi ada apa-apa." Hyunbin buat kening double jerk. Kenta menggelengkan kepala. Sejak bila pulak kawan - kawan aku jadi penasihat cinta ni?

"Whatever la. Dah, aku nak keluar. Daripada layan korang ni... "

"Kau nak keluar ke hyung? Sorang je?" Tanya Yongguk.

"Haah. Asal? Nak ikut? "

"Takdelah. Gi la ajak Nari noona." Kini Yongguk, Taedong dan Hyunbin saling bertukar hi-5 sebelum mereka sama-sama ketawa. Terhibur pulak kacau Kenta, tambah-tambah bila telinganya kini berubah menjadi warna merah.

"Hahahaha. Kelakar ke? Dah la. Jumpa lagi." Kenta terus bangun dari kerusi dan meninggalkan mereka bertiga.

"Eleh padahal dia suka tu. Saja pura-pura cool." Kata Hyunbin.

"Haa haa tu Nari noona datang." Dari kejauhan kelihatan Nari masuk ke dalam dewan makan tersebut.

"Morning Nari." Tegur Kenta sewaktu mereka berselisih.

"Oh morning, Kenta." Nari membalas berserta senyuman.

"Laa, diorang senyum macam tu je?" Taedong menepuk dahinya.

"Hyunbin, aku rasa kau kena tolong la Kenta hyung tu. Kalau tak aku rasa dia sampai bila-bila akan single." Ujar Yongguk.

"Eh. Asal aku pulak hyung?" Hyunbin buat muka pelik.

"Entah. Muka kau nampak macam banyak experience je." Balas Yongguk.

"Pandai-pandai je kau ni hyung. Hmm tapi memang betul pun. Dah lebih 5 kali aku couple tapi malangnya semua separuh jalan." Terang Hyunbin panjang lebar.

"Wow kasanova."

"Diamlah kau." Hyunbin menyinggung rusuk Taedong di sebelahnya. Waktu itu Nari sudah pun berada di hadapan Yongguk, menggantikan tempat Kenta duduk tadi.

"Morning korang."

"Morning. Amboi berseri nampak muka pagi-pagi." Hyunbin dengan ramah membalas.

"Berseri? Hahaha muka tak cukup tidur ada lah." Kata Nari. Maklumlah semalam layan drama Dokkebi sampai pukul 4 pagi. Menangis siap sebab sedih sangat tengok Gong Yoo oppa menangis.

"So macam mana dengan Kenta hyung?"

Nari baru nak menyuap tart karamel terus menghentikan suapannya. "Eh, sorry. Takpe makanlah dulu." Hyunbin tersengih, pura-pura tak bersalah.

"Kau ni Hyunbin, tak menyabar. Bagilah noona makan dulu kalau ye pun." Taedong menggeleng kepala. Nari tergelak kecil. "Okay je. He's strict. Tapi at least dia baik sikit dari Master Jongsuk."

"Eh tak maksud saya sebagai boyfriend."

"Hyunbin..." Yongguk menjeling.

"Direct sangat tu. Hahahaha." Taedong terhibur. Tadi kenakan Kenta sekarang Nari pulak. Giliran Nari pulak tersedak kuih tart.

"Sorry sorry. Nah air." Tangan Hyunbin yang panjang terus mencapai teh yang diambil Nari tadi. Tapi tawanya masih bersisa.

"Apa ni. Pagi-pagi dah tanya soalan maut." Nari menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Terasa serdak tart melalui tekaknya lalu ditolak lagi dengan teh panas.

"Takdelah noona. Kitorang main-main je. Seronok pulak gossipkan korang." Balas Yongguk.

"Tapi kalau gossip comes true pun apa salahnya..."

"Seriously you guys. Kitorang memang takde apa-apa lah." Nari memintas kata-kata Hyunbin.

"Okay okay. Dah la noona makanlah dulu. Saya nak kena blah ni." Jawab Hyunbin.

"Blah je la Hyunbin takde siapa halang." Balas Yongguk tanpa perasaan. Hyunbin terus derp.

"Jap. Biar aku teka. Game baru?" Taedong yang dah hadam perangai Hyunbin itu sepertinya tahu ke mana rakannya itu hendak pergi. Semestinya lepak di hadapan komputernya untuk bermain game.

"Yeah... Grand Theft Autumn kot nama dia. Baru beli semalam. Okay, jumpa lagi." Hyunbin terus meninggalkan meja mereka, membawa pinggan dan cawan yang telah digunakan ke tempat yang sepatutnya.

"Haish, aku tak faham betul macam mana gamer macam dia tu boleh jadi orang kedua yang hebat berlawan kat sini. Apa character dalam game tu ajar dia berlawan ke?"

"Ehhh jap. Ayat awak tu..." Nari terfikir - fikir kat mana dia pernah mendengar ayat Taedong itu. Tiba-tiba dia teringat itu ayat yang Hyungseob pernah katakan tentang Jihoon. "...haa sebijik macam ayat kawan saya." Sambung Nari.

"Oh yeah? Kenapa dia cakap macam tu?" Tanya Taedong.

"Sebab kat kolej saya ada gak budak macam Hyunbin tu. Gamer, tapi hebat dalam pelajaran. In fact, student terbaik mata pelajaran kalkulus kot." Nari terus teringat pada Jihoon.

"Pergh... sakit hati betul dengan orang macam tu." Balas Taedong.

"I know right."

"Genius." Sambung Yongguk sepatah. Waktu itu, Nari baru nak menghirup teh nya apabila dua tangan hinggap di bahunya membuatkan dia tersentak dan terjerit kecil. Terus air teh tadi terpercik mengenai hidungnya.

"Yaa Kim Donghan!" Donghan tergelak melihat Nari mengesat hidungnya dengan tisu.

"Haa tu la. Siapa suruh mungkir janji. Text orang pagi-pagi kata nak turun breakfast sama-sama lepas tu tinggalkan. Dasar alzheimer." Donghan mengambil tempat di sebelah Nari.

"Oh ada eh? Lupa la. Kau bangun lambat siapa suruh? Kenapa, jam loceng tak bunyi? Aku lapar kot." Balas Nari sebelum dia meletakkan beberapa keping tart nya yang tak habis ke dalam pinggan Donghan.

"Korang dua ni kalau orang yang tak tahu mesti ingat adik beradik." Tiba-tiba Yongguk bersuara setelah melihat kemesraan dua orang di hadapannya.

"Haah. Tapikan ada satu benda je yang aku nak tanya kau Donghan. Dari dulu lagi." Sambung Taedong.

"Haa, kau nak tanya kenapa aku panggil Nari hyung kan?" Donghan meneka. Taedong dan Yongguk ikut mengangguk.

"Haah, aku pun nak tahu gak kenapa." Kata Nari sebab dia pun tak tahu apa sebabnya Donghan memanggilnya hyung dari dulu lagi.

"Laa kau pun tak tahu ke? Okaylah sebabnya kali pertama aku jumpa dia, dia tak nampak macam perempuan langsung." Nari cuba mengingat kembali kali pertama dia bertemu dengan Donghan. "Ohhhhhhhh...man!"

"Maksud kau dia tomboy ke?"

"Tak. Jap jap aku ada gambar kat Twitter."

"Eh Donghan. Jangan...." Nari tersedar sesuatu. "…banyak lagi gambar lain kan." Nari cuba merampas phone dari tangan Donghan tapi tak berjaya. Donghan lebih pantas dan sudahpun menjumpai gambar tersebut.

"Tengok ni." Donghan menyuakan phone nya ke arah Taedong dan Yongguk. Nari terus derp. Apasal la dia simpan gambar zaman gelap aku tu?

"Wow, Nari noona ke ni?" Taedong dan Yongguk mengamati gambar tersebut dan cuba membandingkan dengan Nari di hadapan mereka sekarang. Nari setahun yang lalu mempunyai rambut pendek paras telinga, dengan fesyen baju punk rock serba hitam, dipadankan dengan but hitam yang langsung tidak menunjukkan sisi feminin Nari. Berbeza dengan sekarang, rambutnya yang lurus kini melepasi bahu, dengan blaus warna pastel dan tiada lagi celak tebal di matanya.

"Fine, noona membesar kat US and that's the fashion okay. Tapi tu tak bermaksud noona tomboy or whatsoever."

"Hahaha, it's okay noona. Cool apa fesyen ni. Tapi yang sekarang ni lagi okay kot." Kata Yongguk.

"Jap, noona membesar kat US? Wah. Habis tu kenapa datang belajar sini?" Tanya Taedong.

"Saje. Penat la duduk negara orang. Dah sepuluh tahun kat sana tiba-tiba rindu Korea. Lagipun keluarga tak kisah. Pastu best jugak duduk sini, dapat pulak jiran baik macam nenek Donghan." Jawab Nari.

"Nenek je? Aku baik gak kan?" Nari buat rolled eyes mendengar kata-kata Donghan.

"Kau tu annoying tau tak?" Nari menyinggung siku Donghan. Tiba-tiba Yongguk bangun dari tempat duduknya.

"Oh, sorry guys. Aku kena pergi sekarang. Jumpa lagi." Yongguk terus berlalu meninggalkan mereka bertiga.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD