005 -- Dreamcatcher Academy

That Summer Fantasy

Bunyi alarm ‘Nyan Cat’ mengejutkan Nari dari tidur seperti kebiasaannya. Dia menutup alarm tersebut dan memeriksa jam yang tertera di skrin. 7.01 pagi.

“Mimpi apa lah aku semalam?” Nari merenung ke arah siling. Beberapa saat kemudian baru dia perasan yang siling itu bukan siling biliknya. Nari terus bangun dari pembaringan.

“Bukan mimpi ke? Aku betul-betul kat akademi sekarang?” Nari memerhatikan sekeliling bilik itu. Memang benar, itulah bilik yang ditunjukkan oleh seorang pekerja akademi semalam. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk beberapa kali.

“HYUUUUNG!” Satu suara menyapa sebaik sahaja Nari membuka pintu.

“Kim DONGHAN!” Tanpa disedari, Nari memeluk Donghan sekuat hati. Pada waktu ini, hanya Donghan je la yang mampu membuat hatinya lega sedikit. “Aku ingatkan aku salah dengar semalam. Kenapa kau pun ada kat sini? Nenek mana?” Mendengar nama nenek disebut, muka Donghan berubah.

“Hmm, banyak benda aku nak cerita kat kau tapi apa kata kau mandi dulu hyung. Bau macam kambing.”

“KAU-!” Nari menampar kuat bahu Donghan. Memang dasar la budak ni! Aku mandi kot sebelum tidur semalam.

“Okay, fine.” Nari terus menutup pintu. Tiba-tiba dia tak pasti sama ada dia patut gembira atau tak dengan kehadiran Donghan di akademi itu. xD


“Semalam sebelum diorang datang rumah kau, diorang dah jumpa aku dulu. Sebenarnya, aku pun tak tahu pasal superpower ni. Jadi semalam aku cuba, and memang betul aku ada kuasa rupanya. Hahahaha.”

“Oh, so apa superpower kau?” Tanya Nari penuh minat.

“Strength.” Jawab Donghan penuh semangat.

“Wow, cool gila. Eh kau tak jawab lagi soalan aku. Mana nenek sekarang?”

“Sebenarnya, diorang dah pindahkan nenek kat satu tempat yang jauh dari sini.”

“What? Kenapa?”

“Hyung, orang-orang tu bukan aim kita je. Ahli keluarga kita pun dalam bahaya juga. Melainkan…diorang tak tahu siapa ahli keluarga kita. Tapi semalam…diorang dah nampak nenek. Jadi rumah tu dah tak selamat... dan nenek kena pergi dari sini.” Donghan kelihatan sedih dengan apa yang telah berlaku. Nari faham perasaan Donghan pada waktu itu kerana dia sangat rapat dengan neneknya.

“Tapikan hyung. Asalkan kau ada dengan aku, aku rasa aku boleh hadapi semua ni.” Nari merenung ke arah fountain yang terletak di tengah taman tersebut. Yelah, aku pun bersyukur sebab kau ada kat sini, Donghan.

“So, apa kita nak buat sekarang?” Tanya Nari sambil memandang ke arah Donghan.

“KORANG! Buat apa kat sini?” Tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang. Yongguk datang dengan masih memakai pajamanya.

“Hei… Yongguk hyung…” Tegur Donghan sambil memerhatikan Yongguk dari atas ke bawah. “Eh, janganlah pandang aku macam tu. Awal lagi kan baru pukul 8...” Yongguk tersengih-sengih. “…korang tak nak gi breakfast ke? Haa, mesti korang tak tahu nak makan kat mana kan.”

“Ada restoran ke kat sini?” Tanya Nari.

“Restoran tu takdelah. Tapi kat sini ada dewan makan. Makan je apa yang korang nak. Semua free.” Balas Yongguk.

“Free? Biar betik hyung.”

“Betik bro tak tipu. Dah jom.” Tanpa banyak bicara lagi, aku dan Donghan terus mengikut ke mana Yongguk pergi.


“YONGGUK! NARI! DONGHAN!” Satu suara menyapa sebaik sahaja mereka bertiga tiba di dewan makan tersebut. Di suatu sudut, Taehyun sedang menikmati sarapannya seorang diri.

“Hyung, good morning!” Donghan membalas panggilan Taehyun dengan ramah. Memang dia peramah pun, senang je nak masuk dengan orang. Dewan makan itu agak besar, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang menikmati sarapan pada pagi itu. Nari memerhatikan makanan yang tersedia. Nampak sedap tambahan pula perutnya dah menyanyi lagu Energetic.

“Meh duduk sini. Eh hyung, mana yang lain?” Tanya Yongguk. “Entah. Letih sangat kot semalam.” Balas Taehyun.

“Letih? Aku, kau dengan Kenta hyung je kot yang berlawan.”

“Eh, aku ada gak eh semalam. Aku yang selamatkan Nari-ssi.” Tiba-tiba seseorang muncul di hadapan Nari. Nasib baik garpu kat tangan tak tercampak ke kepala manusia tersebut.

“KWON HYUNBIN. NO POWER USED IN DEWAN MAKAN.” Taehyun menggelengkan kepalanya.

“Kau dah lama hidup ke Hyunbin?” Balas Yongguk pula.

“Ehehe. Lupa la hyung. Hai korang. Sihat pagi ni?” Hyunbin tersenyum ke arah Nari dan Donghan. “Okay je.” Balas Nari sambil membalas senyumannya.

“By the way mana Sanggyun? Sejak semalam lagi dia hilang.” Tanya Taehyun. “Kau tak tahu ke hyung? Dia kan masuk rehab semalam.”

“Asal?”

“Salah makan. Dah kena food poisoning.” Balas Hyunbin. Muka Yongguk kelihatan separuh simpati dan separuh nak tergelak.

“Morning. Wah full house nampak.” Satu suara yang dikenali datang dari belakang. Nari menoleh dan ternampak Kenta yang kelihatan lain memakai T-Shirt dan jeans. Di sebelahnya, seorang mamat yang tak dikenali yang kelihatan sedikit tinggi dan muda.

“Taedong~ Long time no see~ long time no see~” Hyunbin menegur. 

“Baru balik akademi semalam la bro. Eh kata ada orang baru. Mana?” Tanya Taedong.

“Ni depan kau ni haa. Ai… kena beli spek baru ke bro?”

“Oh hai. Sori la tak perasan pulak.”

“Jap jap. Apa kata korang semua pergi ambil makanan lepas tu kita duduk sini, kita berkenalan. Alang-alang semua orang ada kat sini.” Taehyun memberi cadangan.

“Tapi, Sanggyun hyung takde.”

“Tuuuu, kan dia baru sampai tu.” Kelihatan seorang manusia berambut coklat gelap sedang memilih makanan. Nari tertanya-tanya, ada berapa ramai manusia superpower yang ada di akademi ni sebenarnya?

“Cool. Okay korang tunggu jap biar aku ambil makanan dulu.” Hyunbin terus berlalu memandangkan hanya dia masih belum mengambil sarapannya.

Kira-kira lima minit kemudian, meja yang kosong tadi dipenuhi dengan kami berlapan.

“Wahhh terasa meriah sekarang.” Taehyun yang kini berpindah ke tempat paling hujung, kelihatannya seperti seorang ayah yang sedang memerhatikan anak-anaknya makan.

Dewan makan yang sunyi tadi mulai bertukar menjadi pasar tani. Masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing sebelum datang ke akademi. Dalam ramai-ramai itu hanya Taehyun dan Kenta sahaja yang paling lama berada di akademi itu iaitu 2 tahun. Selain itu, Nari dan Donghan merupakan dua manusia superpower terakhir yang berjaya dijumpai.

“Jadi, dalam 100 orang tu, tinggal… kita berlapan je?” Tanya Donghan.

“Sadly, yes. Ada yang tak dapat dikesan langsung dan ada jugak…”

“…yang dah mati.” Sambung Hyunbin setelah Taehyun teragak-agak menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba Nari rasa ada rama-rama terbang dalam perut. Makanan yang dimakan tadi pun rasa nak terkeluar balik.

“Nari, awak okay ke? Nampak pucat je?” Tegur Sanggyun yang duduk bertentangan dengannya. Walaupun baru berkenalan tapi dia nampak baik. (Sebenarnya semua orang baik jugak).

“O…okay.” Nari senyum untuk menghilangkan kegusaran semua yang kini menumpukan perhatian ke arahnya. Camne la nak bertempur kalau musuh baru datang aku dah rasa nak pengsan.

“Okay gais. Dah nak tengah hari ni. Jangan lupa schedule masing-masing. Nanti aku update yang baru untuk Nari ngan Donghan okay dalam group chat. Aku gerak dulu.” Taehyun meminta diri sebelum yang lainnya ikut bersurai kecuali Nari dan Donghan yang masih tak tahu nak ke mana.

Beberapa minit kemudian, satu notification masuk dari satu aplikasi yang tak dikenali; Dreamcatcher Messenger atau DCAM. Rupanya dah macam Mystic Messenger.

“Waah, cool gila ada apps sendiri macam ni.” Donghan teruja.

“Donghan, kau rasa…kita buat keputusan yang tepat ke?” Tiba-tiba ayat itu muncul dari bibir Nari.

“Ha?” Donghan yang sedang leka membelek aplikasi itu berhenti menatap phone nya. “Kenapa hyung? Bukan ke kita datang sini untuk pertahanan diri kita jugak?”

“Iye tapi masalahnya… aku tak yakin dengan diri aku. Yelah aku ni apa je yang ada? Tikus mati lemas pun aku nangis, ini pulak nak lawan dengan orang. Kau tak tengok betapa scary nya orang yang serang rumah aku malam tadi.”

“Eh yeke hyung? Bila kau tengok tikus lemas?”

“Donghan…aku serius ni.” Nari mencubit perlahan lengan Donghan. “Aduh duh hyung sakitla. Kau ni nenek pun tak pernah cubit aku tau.” Tiba-tiba air mukanya berubah lagi. Nari pula yang dihurung rasa bersalah. Adeh kesian pulak dengan budak yang tak pernah berenggang dengan nenek ni.

“Hyung, kau sendiri dengar tadi kan. Semua orang ada kisah sendiri. Diorang pun tinggalkan keluarga diorang jugak, bukan kita je. Tapi macam yang Taehyun hyung cakap, kalau kita bersatu kita akan lagi kuat nak lawan Gin daripada kita gerak sendiri.” Nari memandang ke arah Donghan. Kadang-kadang berguna jugak nasihat kanak-kanak ribena ni.

“Okay okay. Aku cuba, tapi dengan satu syarat. Boleh tak kau janji dengan aku, walau apa pun terjadi, kau takkan tinggalkan aku dan aku pun takkan tinggalkan kau jugak.” Tanya Nari sambil mengangkat jari kelingkingnya.

Donghan mengikat jarinya pada jari Nari.

“Janji.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD