001 -- A Normal Day

That Summer Fantasy

Pagi Isnin yang kurang ceria. Mana taknya, hari ini kelas mula pukul 8 pagi. Dan yang lebih teruk lagi, tiada kelas sampai jam 3 petang. Kebiasaannya Nari akan gunakan waktu itu untuk marathon drama atau movie. Tapi bukan untuk hari ni. Semuanya sebab….

“Guys! Exam dah nak dekat! Lagi berapa hari je!”

“Diam sikit boleh tak? Exam minggu depan kot.” Balas Nari.

“Minggu depan tu lagi 6 hari je okay. Stop acting chill please.” Hyungseob tak senang duduk sampaikan Nari rasa bila-bila masa je dia boleh jatuh dari kerusi tu. Tapi Nari tak kisah sebab dah biasa. Hyungseob merupakan antara manusia yang paling clumsy pernah Nari jumpa.

“Morning princess. Senyum sikit boleh?” Tiba-tiba satu suara muncul dari sebelah Nari. Nari tak perlu menoleh sebab dia kenal sangat dengan suara tu.

“Okay, firstly aku bukan princess and secondly apa kata kalau kau yang buat aku senyum sebab aku dah sakit kepala dah buat math ni.” Nari menutup buku nota dan mencapai handphone yang dari tadi bergetar (notification game).

“Okay…tapi sebenarnya aku pun dah naik gila dengan exam minggu depan.” Jinyoung menggeliat sebelum menguap besar seolah-olah dia baru tidur dua jam, membuatkan Nari yakin yang dia habiskan sepanjang malam tadi bermain game online sebab itu je lah aktiviti yang akan dilakukan oleh Bae Jinyoung dengan kawan sebiliknya, Park Jihoon.

“Kau main game?” Tanya Nari. Jinyoung segera mengangguk. Budak ni- “No wonder la kau naik gila pun. Stop main game and start study boleh? Boleh tak boleh? Ke aku patut nasihatkan roommate kau sekali?” Walaupun tak sekelas dengan Jihoon tapi Nari agak kenal dengan dia memandangkan dia selalu sangat berkepit dengan Jinyoung.

“Kau tahu kan kau takkan boleh stop Jihoon?” Tiba-tiba Hyungseob menyampuk. “Dia tu hantu. Main game hari-hari tapi tak pernah fail exam. Apa monster dalam game tu ajar dia calculus ke?”

“Yelah, memang Jihoon tu hantu. Tapi mamat ni tak. Ingat tak dia hampir fail satu subjek semester lepas?”

“Yah… dah dah la tu Nari. Malam nanti aku study la.” Jinyoung meletakkan kepalanya ke atas meja dan Nari yakin yang dia dah tertidur. Boleh percaya ke mamat ni? (-__-)

“Hyungseob, make sure yang dia study malam ni.” Hyungseob terus buat rolled eyes. “Kau ingat aku ni penjaga dia….” Hyungseob terus membebel tapi Nari pura-pura tak dengar. Tiga minit kemudian, Profesor Seo masuk ke dalam kelas dan memberikan syarahannya selama dua jam tanpa henti. Dia tidak mempedulikan para pelajarnya yang dah hanyut dalam dunia sendiri selepas setengah jam dan kemudiannya memberikan so-called tips peperiksaan (yang Nari harap berguna). Hyungseob nampaknya menyalin semua tips yang diberikan oleh Prof Seo jadi Nari cuma perlu bertanya kepada dia di kemudian hari.

“Okay class, itu sahaja untuk hari ni. Good luck in your exams.” Dengan muka takde perasaan, Profesor Seo berjalan keluar kelas dan Jinyoung masih dalam mimpinya….

 


 

Di mata masyarakat, mereka hanya melihat Nari sebagai seorang pelajar kolej yang biasa, yang tinggal berseorangan dan mempunyai kawan yang sedikit. Hakikatnya, Nari bukanlah sombong tapi kerana dia baru berpindah dari California ke Korea, maka mereka menganggap Nari sebagai seorang yang cold. Tapi Nari tak kisah sangat sebab dia masih ada ‘game-freak-Jinyoung’ dan ‘bookworm-nerd-Hyungseob’ sebagai kawan baiknya dalam kelas.

Dan sebenarnya Nari masih lagi ada kawan lain iaitu kakak janda berhias yang tinggal di sebelah kanan rumah dan juga nenek yang tinggal di sebelah kiri rumah bersama-sama dengan satu-satunya cucu lelaki yang bernama Kim Donghan.

“Hyung!” Nari menoleh dan memerhatikan seorang kanak-kanak riang berlari ke arahnya (err takdelah kanak-kanak sangat kot dia ni). “Baru balik ke?” Sapanya ramah.

“Takdelah, baru nak pergi kelas ni. Tak nampak?” Balas Nari sambil tercungap-cungap mendaki cerun untuk sampai ke kawasan rumah mereka. “Ish, tanya sikit dah marah. Nanti cepat tua baru tahu.” Donghan berjalan mengadap Nari (maksudnya dia mendaki cerun itu ke belakang), membuatkan Nari risau kalau dia missed step bila-bila masa je.

“Asal kau balik awal hari ni? Ponteng eh?” Tanya Nari memandangkan kebiasaannya Donghan akan pulang dalam pukul 8 – 9 malam kalau hari Isnin. “Eh, mana kau tahu aku balik awal ni? Stalker eh?”

“Hello, pagar rumah kau yang berbunyi tu boleh dengar satu kejiranan tau tak. Tahu sangat kalau kau atau nenek keluar rumah.” Donghan ketawa mendengar jawapan Nari. “Pintu pagar tu legend tau. Baru pencuri tak berani nak masuk sebab satu kejiranan tahu. By the way class malam cancel hari ni sebab cikgu aku tak sihat. That’s why.”

“Ohh…” Nari dah tak mampu nak berkata-kata memandangkan nafasnya dah habis setelah mendaki hampir 100 meter. Mujurlah dah sampai dah pun depan rumah.

“Nari, baru balik? Lambat hari ni.” Satu suara tiba-tiba menegur. “Jalan jem tadi nek. Lagipun tadi stay sekejap untuk study. Next week exam.” Balas Nari.

“Nenek tegur hyung ni je? Donghan ni nenek tak nampak ke? Ohh kau pun satu, dengan nenek kau elok je jawab baru balik. Dengan aku tadi bukan main lagi kata baru nak pergi kelas.”

“Ish! Kamu ni…“ Nenek terus menampar bahu Donghan “… cuba jangan menyampuk nenek bersembang dengan Nari. Lagi satu kenapa kamu panggil dia hyung? Dia kan noona. Kamu nampak dia ada halkum ke?” Nari menjelirkan lidah ke arah Donghan. Sememangnya nenek kadang-kadang lagi baik dengannya berbanding dengan kanak-kanak ribena tu.

“Yelah, Donghan tak menyampuk dah. Tapi kalau nenek tak caya dia ni hyung cuba nenek selak skirt dia. HAHAHHAA~!” Donghan sempat lari masuk ke dalam rumah sebelum nenek sempat menamparnya untuk kali kedua. Tak guna punya budak. Dia ingat aku nyah?

“Haih… maaflah ye Nari. Donghan tu memang…”

“Takpe nek. Dah biasa dah.” Walaupun baru setahun Nari menetap di rumah itu (sejak masuk kolej), tetapi dia agak rapat dengan Donghan dan neneknya. Mungkin sebab Nari tinggal keseorangan jadi nenek sangat mengambil berat tentang dirinya.

“Jap gi datanglah makan kat rumah nenek. Nenek dah masak.” Perut Nari yang menyanyi lagu Baby Shark Doo Doo Doo Doo nampaknya gembira mendengar pelawaan itu. Tambahan pula dia memang dah penat gila untuk memasak. Nari baru bercadang nak makan roti je tadi.

“Okay, nek. Nanti Nari datang.” Balasnya tanpa segan silu. Bukan apa, nenek ni cukup pantang kalau Nari tolak pelawaan untuk makan kat rumah. Nanti dia sendiri akan datang ke rumah Nari membawa makanan. Jadi sebelum nenek masuk ke dalam rumahnya yang macam tongkang berderai tu, lebih baik Nari sendiri ke rumah nenek.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD