012 -- Double Attack

That Summer Fantasy

Beberapa hari kemudian…

“Okay, tarik nafas dalam – dalam.” Nari memejamkan mata sebelum menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Setelah hampir tiga jam menjalani latihan pertempuran pada malam itu, dia dan Kenta kini duduk berhadapan untuk memulihkan energy masing-masing.

“Ingat, jangan terlebih guna kuasa masa berlawan. Habis energy nanti.”

“Baik cikgu. Saya akan ingat tu.”

“Lagi satu, kalau lawan awak tu ada sama kuasa dengan awak…”

“…saya kena double kan energy untuk overcome kuasa dia. Kalau tak, takde effect pun dekat lawan tu.” Nari teringat bagaimana Kenta masih lagi boleh bergerak walaupun dia dah menghentikan masa sewaktu mereka ‘menceroboh’ masuk ke dalam rumahnya dulu.

“Yup. Itu la salah satu kelemahan kuasa kita ni. Setakat ni yang saya tahu adalah sorang dua konco-konco Gin yang ada kuasa kawalan masa ni. Jadi nak tak nak kenalah berlawan bermati-matian.” Nari mengeluh mendengar kata-kata Kenta. Dia berharap sangat dia takkan berjumpa dengan orang-orang yang macam tu.

“Patutlah master Gikwang bersungguh-sungguh suruh kita buat latihan fizikal. Kalau tak, tak sampai 5 minit berlawan mesti dah pancit.” Nari mencapai air glukosa dalam botol yang dibawanya lalu dia meneguk air itu sehingga habis. Fuh, macam seminggu tak minum air.

PLAP!

Tiba-tiba bilik latihan itu berubah menjadi gelap-gelita. Nari terjerit kecil akibat terkejut. Serta-merta jantungnya berdegup kencang. “B…blackout ke?”

“Nari, stay kat tempat awak.” Satu cahaya menerangi lantai di hadapan Nari apabila Kenta menghidupkan flashlight dari phone nya. Saat itu Nari mula menyesal kerana meninggalkan phone nya dalam beg yang terletak jauh darinya. “Awak nak pergi mana?” Tanya Nari apabila melihat Kenta berdiri.

“Saya nak cari yang cuba nak buat prank ni.” Jawab Kenta. Prank? Seriuslah tak kelakar lah duh prank macam ni. Nari menyumpah dalam hati.

“Guys…” Nari nampak Kenta berjalan ke arah pintu sambil menyuluh sekeliling. Dia mula rasa seram sejuk apabila kegelapan menyelubungi dirinya. Tingkap-tingkap bilik itu dilindungi dengan tirai gelap yang tebal, jadi cahaya lampu dari koridor luar hanya samar-samar.

“Argh~!” Jeritan Kenta dan cahaya flashlight yang tiba-tiba menghilang membuatkan Nari jadi tak tentu arah. “Kenta? A..awak okay tak?” Nari cuba berdiri walaupun dia merasakan seluruh tubuhnya menggeletar pada waktu itu. Apakah semua ni? Jangan cakap…orang Gin ada kat sini…

“SURPRISE!” Dalam beberapa saat kemudian, cahaya lampu menerangi bilik itu semula. Nari terus kaku di tempatnya berdiri.

“HAPPY BIRTHDAY TO YOU~ HAPPY BIRTHDAY TO YOU~” Nari terus terduduk dan menutup mukanya dengan kedua tangan. Air matanya mengalir deras apabila ketujuh-tujuh lelaki yang muncul di balik pintu menyanyikan lagu tersebut. Ishhhhh tak guna…

“Happy birthday to you~~~ Noona, happy birthday!” Yongguk menarik tangan Nari yang menutupi mukanya. “Alalala nangis pulak birthday girl ni.” Dia tergelak melihat reaksi Nari yang jelas ‘terkena’ dengan prank ciptaan mereka itu.

“Jahat la korang. Ingat kan apa-apa lah yang jadi tadi…”

“Alaa kitorang main-main je la. Jangan risau, Kenta tak pergi mana-mana pun.” Kenta memberi pandangan maut ke arah Taehyun. Hyung.

“Hahaha. Bila lagi nak tengok kau nangis kan, masa ni je lah ada.” Donghan yang membawa cekak ‘Birthday Girl’ terus menyarungkannya ke kepala Nari. “Banyak la kau. Scary kot duduk dalam gelap tadi…” Nari masih mengesat air matanya. Aduh tak pasal-pasal semua orang nampak muka huduh aku menangis.

“Ha…ni semua idea Yongguk. Salahkan dia.” Hyunbin menunjuk ke arah Yongguk.

“Eh idea Sanggyun hyung la.”

“Ya ya ya bising la korang ni. Bagilah Nari tiup lilin dulu kalau ye pun.” Taehyun menghulurkan pisau kek kepada Nari. Taedong yang memegang sebiji kek chocolate indulgence dari tadi, menghulurkan kek itu kepada Kenta untuk diberikan kepada Nari (macam tak boleh bagi sendiri je).

“Make a wish.” Ujar Kenta sebelum meletakkan kek itu di hadapan Nari. Nari memejamkan mata sambil menyilang jari tangannya. I just want to wish for happiness.

“Yey~” Mereka semua bertepuk tangan apabila Nari meniup 5 batang lilin yang berada di atas kek itu. “Thanks semua. Sebenarnya saya sendiri pun lupa birthday saya esok. Sebab tu tak sangka ada surprise ni.”

“Haa, tu yang bagus tu. Kalau tak kantoi la plan kitorang nak kenakan awak.” Sanggyun tersenyum bangga kerana memang dia yang memberi idea untuk prank tersebut. Kemudian, mereka berlapan tidak menunggu lama untuk menjamah pizza dan ayam yang telah disponsor menggunakan duit Yongguk. Tak cukup dengan itu, sempat juga mereka bermain game Annyeong Cleopatra.

“Eh, kita tak ingat langsung nak ambik gambar!” Hyunbin tiba-tiba menepuk dahinya. “Haah la. Tadi aku macam dah ingat pastu lupa.” Balas Taedong.

“Ah, sudahlah kau. Takpe – takpe sekarang semua say cheese.” Hyunbin yang dah bersedia dengan phone nya terus mengangkat tangannya untuk ber’we-fie’.

“Alamak, tak cantik lak kamera ni. Ni mesti sebab phone ni jatuh hari tu.” Hyunbin menggelengkan kepala melihat gambar yang diambil tadi kelihatan kabur. “Guna phone saya je lah.” Nari menawarkan telefonnya pula.

“Jap, aku rasa kalau lighting belah Kenta hyung lagi lawa kot. Cer kau yang ambik gambar, hyung.” Yongguk memberi cadangan lalu Nari pun menyerahkan telefonnya kepada Kenta. “Okay semua cakap kimchi~”

KLIK! KLIK!

Ppallippalli pihae Right Cherry bomb feel it yum~~~

Telefon yang masih di tangan Kenta tiba-tiba berdering. Terpampang besar nama ‘Bae Jinyoungie’ yang menelefon. Kenta cepat-cepat menghulurkan telefon itu kepada Nari.

“Siapa tu? Boyfriend dia ke” Tanya Taedong tanpa selindung sebelum rusuknya disinggung oleh Hyunbin. Dia menunjuk ke arah Kenta yang hanya memandang ke arah Nari yang telah berlalu untuk menjawab panggilan tersebut. Suasana dalam bilik itu tiba-tiba senyap seketika.

“Er korang, jom kemas. Dah lambat ni esok semua tak bangun.” Taehyun akhirnya bersuara untuk memecahkan suasana ‘awkward’ itu. Mereka bertujuh terus bangun dan mengemas semua sampah yang ada berhampiran mereka.

“Princess~!!!! Happy Birthday! Sorry lambat wish.” Kedengaran suara Jinyoung di hujung talian sebaik sahaja Nari menjawab panggilan tersebut.

“Thanks Baejin. Takdelah lambat sangat pun. Ha, jangan lupa hadiah untuk aku pulak.”

“Yee aku tak lupa pun. Hmm kalau kau ada kat sini kan best boleh celebrate sekali.”

“Ala nanti kalau kita jumpa, kita celebrate la eh. Tak yah nak sedih sangat.” Nari tergelak kecil. “Yelah yelah. Tak sabar nak tunggu kau habis kem tu. Nanti aku belanja Starbucks.”

“Serius? Yeay~ aku nak mintak unicorn frappe la macam tu. Special sikit.”

“Sudah tentu ada harganya. Hahaha takdelah. Boleh princess, untuk kau semua boleh. Mintak je.”

“LOL. Aduh sweet sangat kau ni, boleh kena diabetes. Eh, okaylah Baejin. Aku kena pergi ni.” Ujar Nari sebaik sahaja melihat mereka yang lain sudah berkemas-kemas. Terasa bersalah pula tak tolong sekali.

“Okay, aku pun baru sampai rumah ni. Baru nak mandi. Good night, princess. Happy birthday sekali lagi.”

“Good night. Thanks Baejin.” Nari menyimpan kembali telefon bimbitnya sebelum menyertai rakan-rakannya yang lain mengemas bilik tersebut.


Setelah beberapa minggu menjalani latihan tambahan, akhirnya tiba waktu untuk latihan pertempuran sebenar di bawah bimbingan master Jongsuk yang paling membimbangkan Nari. Nak-nak pulak bila master Jongsuk mengumumkan yang dia akan berlawan dengan Hyunbin pada hari itu.

“Wah, bukan main-main master ni suruh Nari lawan dengan Hyunbin.” Kata Sanggyun kepada Donghan yang merupakan lawannya pada hari itu. “Agak la. Tapi bagus jugak, barulah dia dapat cabar diri dia kan?”

“Yelah, tapi kalau Nari dapat kalahkan Hyunbin dia memang hebat lah. Aku sendiri pun kalah waktu first time lawan Hyunbin.” Sanggyun mengaku dengan jujur.

“Fighting, Nari~”

“Eh, master pun ada kat sini?” Nari terkejut melihat coach peribadi yang mengajarnya mixed martial art, master Bomi tiba-tiba muncul di situ. “Ye. Saya tengah bosan ni sebab tu saya datang sini. Do your best, okay?” Bomi menepuk bahu Nari. Nari mengangguk walaupun dia dapat merasakan jantungnya berdebar pada waktu itu.

“Mula!” Master Jongsuk yang berada di tepi gelanggang memerhatikan dengan teliti perlawanan antara Hyunbin dan Nari itu.

“Kalau lawan awak tu ada kuasa teleportasi, tak pun kelajuan, awak kena bertindak lagi pantas dari diorang.” Kata-kata Kenta bermain di fikiran Nari. Belum sampai dua saat perlawanan bermula, Nari dapat merasakan Hyunbin yang tiba-tiba muncul di belakangnya. Nari cepat-cepat menghentikan masa sebelum membalas serangan tersebut.

“Lelaki ni fikir diorang tu tinggi, jadi kita yang perempuan cuma akan serang bahagian bawah badan diorang je. Jadi dia akan kurangkan pertahanan kat bahagian atas.”

Nari mengambil nasihat master Bomi dan terus ‘menghadiahkan’ tumbukan ke rahang Hyunbin membuatkan dia tersasar ke tepi.

“Yes!” Bomi tiba-tiba excited. Nari sememangnya pelajar kegemarannya memandangkan dia satu-satunya pelajar perempuan, manakala Bomi pula merupakan satu-satunya tenaga pengajar perempuan di situ. Jadi Bomi dah menganggap Nari seperti adiknya sendiri.

“Hyunbin bagi peluang sangat dekat Nari untuk serang dia…” Master Jota yang merupakan coach Hyunbin dan Sanggyun tiba-tiba muncul di sebelah Bomi.

“Mungkin sebab lelaki memang akan selalu pandang rendah bila berlawan dengan perempuan? Which is tak sepatutnya berlaku kan?” Balas Bomi.

“Hahaha, rileks la Bomi. Jangan marah aku pulak. Tapi Nari is doing better than before, cuma aku belum yakin dia boleh kalahkan Hyunbin.”

“Yelah. Tapi setakat ni satu-satunya orang yang boleh kalahkan Hyunbin pun Taehyun kan? Memang tak expect pun Nari akan menang. Kecuali…oh god!” Pada waktu itu, Nari telah terhumban ke belakang apabila dia tidak sempat untuk mengelak side kick dari Hyunbin. “…hmm Hyunbin ni kalau dah masuk hantu boleh tahan bahaya gak.” Jota menggelengkan kepala.

“Noona, sorry! Tak sengaja.” Kata Hyunbin yang sememangnya terlupa yang mereka hanya berlatih dan bukannya berlawan betul – betul.

Fokus untuk kalahkan lawan, jangan cepat terganggu.

Nari tidak membalas permintaan maaf tersebut sebaliknya dia menumpukan tenaganya untuk menggunakan kuasa. Sesaat kemudian, dia berjaya menghentikan masa dan membalas serangan Hyunbin tadi. Giliran dia pula melayangkan sepakan yang tepat terkena pada perut Hyunbin.

“It’s okay Hyunbin… It’s okay.” Hyunbin tergelak kecil mendengar kata-kata Nari sambil memegang perutnya yang terasa senak. Boleh tahan gak noona ni.

Perlawanan antara mereka berterusan selama sepuluh minit sehinggakan pelatih-pelatih lain yang dah habis berlawan sempat datang menyaksikan mereka. “Uih, dah lebih sepuluh minit pun noona masih boleh tahan berlawan dengan Hyunbin tu? Dahsyat ni.” Kata-kata Yongguk yang agak kuat itu sampai ke pendengaran Jongsuk. Dia menganggukkan kepalanya perlahan kerana jauh di sudut hati dia turut bersetuju dengan perkara itu.

Lebih kurang lima minit kemudian, perlawanan antara mereka akhirnya tamat dengan Hyunbin diumumkan sebagai pemenang.

“Congrats, Hyunbin.” Ujar Nari sebaik sahaja dia bersalaman dengan Hyunbin. “Thank you. Noona pun boleh tahan hebat jugak.” Balas Hyunbin, ikhlas.

“Nari!” Nari menoleh ke arah Bomi yang memanggil. Dia terus berjalan ke arah Bomi yang berdiri di antara Jongsuk dan Jota. Muka Bomi yang kelihatan ceria membuatkan Nari sedikit lega.

“Nampaknya awak dah buat tugas awak dengan baik, Kenta. Saya betul-betul nampak improvement Nari hari ni.” Kata Jongsuk.

“Thanks, master. Semuanya atas usaha Nari sendiri jugak.” Nari tak perasan bila masa Kenta tiba di sebelahnya.

“Jadi, saya fikir awak dah tak perlukan latihan tambahan lagi kan Nari? Lagipun saya tak nak susahkan Kenta untuk ajar awak hari-hari.”

“Jongsuk-ssi…” Bomi menjeling tajam ke arah Jongsuk. “…it’s not menyusahkan, okay? It’s called menolong.” Bomi menggeleng mengenangkan perangai Jongsuk yang suka cakap tanpa bertapis tu. Tapi kata-kata itu dah jauh menusuk ke dalam hati Nari. Aku susahkan dia ke selama ni?

“Yelah yelah. Apapun, teruskan berlatih walaupun awak dah tak perlu datang latihan tambahan lagi. Good job, Nari. Saya pergi dulu.” Dengan muka tanpa perasaan, Jongsuk berjalan meninggalkan mereka. Jota sekadar senyum kepada Nari sebelum ikut berlalu dari situ. Kenta pula menyusul sebaik sahaja memberikan tunduk hormat kepada Bomi.

“Nari, pedulikan la apa yang master Jongsuk cakap. Dia kan memang camtu…” Bomi mengurut-urut bahu Nari yang kelihatan sedikit down itu. “Yelah. Takpe, saya dah biasa dah master. Ermm saya balik dulu eh.” Nari tersenyum tawar. “Okay, jumpa esok. Rehat banyak-banyak, kalau sakit pergi rehab cepat-cepat.” Nari mengangguk mendengar pesanan Bomi itu.

“Kenta!” Nari memanggil manusia yang berjalan laju di hadapannya. Kenta menghentikan langkah. Nari menarik nafas dalam-dalam sebaik sahaja tiba di hadapan Kenta kerana penat berlari.

“Terima kasih...” Nari menunduk ke arah Kenta. “…sebab dah banyak ajar saya.”

“Takde masalah. Lagi satu, awak tak menyusahkan saya pun.”

“Thanks. Saya betul-betul harap saya tak susahkan awak.” Nari merenung ke arah Kenta yang memandang ke arahnya dengan muka tanpa perasaan. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni Kenta macam nak tak nak bercakap dengannya. Aku ada buat salah ke?

“Not at all. Okaylah, jumpa lagi.” Kenta terus berlalu meninggalkan Nari.

Nari sekadar memerhatikan kelibat Kenta yang menghilang…

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD