021 - Battle Night I

That Summer Fantasy

Markas Gin, pinggir bandar Incheon, 10.30 malam.

Suasana di perkarangan bangunan setinggi tiga tingkat itu gelap dan sunyi, sehinggakan mereka berenam menyangkakan mereka tersalah tempat. Tetapi, melihat cahaya terang yang datang daripada bahagian tengah bangunan itu membuatkan mereka yakin itu memang markas Gin. Sebaik sahaja mereka tiba di bahagian tengah bangunan yang kelihatan seperti padang futsal itu, kedengaran suara seseorang dari kejauhan.

“Welcome, my sons and my daughter. Welcome~!” Dari hujung padang, Gin menepuk tangannya. Mereka mula berasa annoyed. Sejak bila pulak dia jadi bapak ni?

“Tak payah nak welcome sangatlah. Mana Kenta?” Hyunbin merenung marah ke arah Gin yang seperti biasa ditemani oleh Jiwon dan Hanbin.

“Eleh, rileks la. Oh, kau Hyunbin kan? Macam mana keadaan Taehyun sekarang?” Mujur Sanggyun sempat menahan Hyunbin sebelum dia pergi menyerang Gin. Kalau ikutkan hati, sekarang juga dia nak bunuh orang tua tersebut. “Sabar, Hyunbin. Ikut macam yang kita rancang.”

“Orang tua pengecut, asal kau sendiri tak kalahkan Taehyun?” Hyunbin mengenggam penumbuknya, sedia untuk menyerang bila-bila masa. Gin tidak menjawab persoalan tersebut, sebaliknya dia merenung tepat ke arah Nari. Dia tersenyum sinis.

“Keputusan terletak kat tangan kau sekarang. Data tu… atau Nari?”

“Aku…takkan sekali-kali serahkan data tu kat kau…”

“Fine, aku nak tengok sejauh mana kau boleh bertahan.”

“Semua, ingat peranan masing-masing.” Sanggyun mengingatkan anak-anak buahnya buat kali terakhir. Di hadapan mereka, berbaris lebih kurang 12 orang yang mereka percaya merupakan manusia yang mempunyai superpower seperti mereka. Jiwon dan Hanbin juga ada di kalangan manusia-manusia itu.

“Korang, perempuan tu…biar aku yang settle.” Yunhyeong merenung tajam ke arah Nari yang berada beberapa puluh meter di hadapannya. Nari membalas renungan itu. Siapa dia ni? Dari tadi usha… Bahaya ni. Mana tak nya, Yunhyeong nampak seperti yang paling gagah antara mereka semua. Nari cepat-cepat membuang perasaan cemasnya dan menenangkan diri.

“GO!” Suara Gin bergema di seluruh bangunan itu.

Nari nampak Yunhyeong dari jauh menghampirinya. Nari segera berdiri dalam posisi sedia…

 


 

Kenta membuka matanya perlahan-lahan. Dia tidak sedar sudah berapa lama dia tertidur, tapi dia perasan yang bilik itu gelap dan sunyi. Gin sudah tiada di hadapannya, begitu juga dengan Hanbin dan Jiwon. Yang dia nampak hanyalah salah seorang konco Gin yang dikenali sebagai DK, yang sedang sibuk mengadap komputer. Hanya mereka tinggal berdua dalam bilik tersebut.

Kenta menggerakkan tangannya yang terikat ke belakang, cuba untuk meleraikan ikatan tetapi ikatan itu masih ketat. Dia memerhatikan saja DK di hadapannya yang masih leka dengan komputer. Tiba-tiba pandangannya menangkap sesuatu yang terselit di tali pinggang DK.

“DK.” DK kelihatan tersentak apabila namanya dipanggil. Mungkin dia lupa yang Kenta berada di belakangnya. Tetapi dia langsung tidak menoleh atau menyahut panggilan itu. Pandangannya masih tertumpu pada monitor komputer.

“Aku boleh bagi data yang kau nak.” DK terus berhenti menaip mendengar kata-kata Kenta. “Kau deal dengan Gin pasal tu. Aku takde kena-mengena.”

“Kenapa? Kau takut dengan dia?”

“Kau masih berani nak cakap dalam keadaan kau macam tu kan.” DK menoleh ke arah Kenta.

“Kalau aku jadi kau, aku takkan takut dekat orang macam Gin tu. Aku tahu, selama ni dia gunakan kau untuk kepentingan dia je kan?”

“Kau!” DK segera bangun dari kerusinya setelah di provoke oleh Kenta. Kenta mengambil peluang ketika DK menghampirinya. Dia menghentikan masa apabila DK betul-betul berada dekat dengannya. Dia kemudiannya menggigit keluar pisau yang terselit di tali pinggang DK, sebelum menendang DK tepat di pahanya. DK yang tercampak ke lantai mengerang kesakitan.

“!” DK bangun dan menerpa ke arah Kenta. Dia meletakkan jarinya ke leher Kenta dan menekannya kuat, membuatkan Kenta sesak nafas. Setelah beberapa saat bergelut untuk melepaskan diri, tali yang mengikat tangannya akhirnya putus. Kenta menghayun pisau di tangannya ke arah kedua-dua lengan DK, membuatkan dia menjerit kesakitan. Jeritan itu malangnya menarik perhatian dua orang pengawal yang kebetulan melalui di hadapan bilik itu.

“Hoi! Berhenti!” Salah seorang daripada pengawal itu menjerkah manakala seorang lagi mendekati DK yang nampaknya cedera kesan libasan pisau tadi. Kenta yang masih terhuyung-hayang untuk berdiri cuba menstabilkan dirinya. Pisau tadi masih kemas dalam genggaman. 3 lawan di hadapannya bersedia untuk menyerang pada bila-bila masa.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD