004 -- Ambush

That Summer Fantasy

“Tu la korang aku dah cakap tunggu luar rumah korang tak nak.”

“Taehyun hyung ni la ajak masuk dalam. Takut sangat dengan kucing liar tadi.”

“Aku allergic kucing la.”

Nari membuka mata perlahan-lahan. Cahaya lampu menyilaukan pandangannya. Sesaat kemudian pandangan itu diganti dengan wajah seseorang.

“What.” Nari serta-merta bangun dari pembaringan. “Korang lagi? Apa yang korang nak sebenarnya?”

“Rileks, cik Nari. Awak baru je sedar dari pengsan kan?”

"Camne awak tahu nama saya?” Walaupun masih takut tapi Nari rasa dah tak mampu nak berlari ke mana-mana dah.

“Saya boleh explain. Sebelum tu… Gukkie, apa kata kau buat air untuk kitorang?”

“Aku pulak kena?” Seorang mamat berambut hitam menjawab sebaik sahaja namanya disebut.

“Yelah, kau kan hebat buat air. Ex-barista.” Balas seorang lagi mamat berambut perang muda. Mamat ni la yang tak freeze masa aku guna kuasa aku tadi.

“K fine.” Mamat bernama Gukkie itu terus berlalu ke dapur. Amboi. Diorang ni buat macam rumah sendiri nampak.

“Okay, first sekali let me introduce myself. Saya Noh Taehyun. Dari Dreamcatcher Academy, atau lebih dikenali dengan nama DCA. Yang ni pulak, Takada Kenta.”

“Dr…Dreamcatcher Academy? Sekolah baru ke tak pernah dengar pun.” Tanya Nari, blur.

“Sebenarnya, DCA bukannya akademi biasa. Dia akademi untuk…orang macam kita.” Balas Kenta. Melihat muka Nari yang masih blur, Taehyun menyambung “Maksud Kenta, orang yang ada superpower. Macam awak, macam kitorang jugak.”

Nari tak dapat menyembunyikan muka terkejutnya. Buat pertama kali, ada orang yang mengetahui tentang rahsia terbesar dalam hidupnya. “Serious la…maksudnya ramai lagi orang kat luar sana yang ada superpower sebenarnya?”

“Nak kata ramai tu… takdelah sangat. Lebih tepat lagi sepatutnya ada 100 orang je yang ada superpower macam kita kat Korea ni.” Jawab Taehyun. Pada waktu itu, si Gukkie tadi keluar dari dapur membawa 4 biji cawan yang berisi kopi. Eh pandai pulak dia selongkar dapur aku sampai jumpa 4 cawan ni.

“Haa, sampai pun. Tak guna superpower ke? Kalau tak mesti lima saat dah siap.”

“Don’t waste your energy for a thing like this. Lagipun buat kopi ni art tau. Mana boleh rushing.”

“Dah la hyung tak payah nak berdebat dengan ex-barista ni nanti macam-macam cerita pasal kopi keluar.” Nari menghirup kopi sementara mereka bergaduh sesama sendiri. Em dap gak kopi o ni.

“Haa, lupa nak kenalkan. Ni Jin Longguo.”

“TAKADA KENTA HYUNG.”

“Hahaha. Nama dia Kim Yongguk. Tapi kalau panggil dia Longguo pun dia tak kisah.” Balas Taehyun pula.

“Hyung, please… ah awak Jung Nari kan. Nice to meet you. Saya muda setahun so saya panggil awak noona je lah. Boleh kan?”

“Eh kau lebih-lebih pulak. Okay Nari kita kat mana tadi?” Nari hampir tergelak melihat muka Yongguk yang kelihatan annoyed. Nampak sangat selalu kena buli dengan hyung-hyung dia ni.

“Aaaa… awak cakap ada 100 orang je manusia yang ada superpower dalam Korea ni?”

“Ha, yup. Ceritanya macam ni…”

 

40 tahun dahulu, ada seorang professor bernama Ying yang menjalankan kajian untuk menghasilkan manusia yang mempunyai kuasa. Setelah hampir 10 tahun mengkaji, akhirnya terciptalah satu serum yang dipercayai boleh membuatkan manusia mempunyai kuasa yang pelbagai. Serum itu telah disuntik secara rahsia ke badan 100 bayi yang baru lahir pada tahun antara 1990 – 1999. Hanya Profesor Ying sahaja yang tahu setiap bayi yang telah disuntik dengan serum tersebut.

Serum itu juga dikatakan hanya berkesan apabila seseorang itu telah mencapai tahap kematangan dan antibodi yang kuat untuk menerima kesan serum tersebut. Jadi, semasa kanak-kanak, mereka tidak akan terdedah kepada superpower mereka sehinggalah mencapai usia matang.

 

“Oh, sebab tu ke saya dapat kuasa ni masa saya 16 tahun?”

“Haah, bergantung pada diri masing-masing. Ada orang masa umur 20 tahun baru tahu dia ada power.” Yongguk menjeling ke arah Taehyun.

“Aip. Manalah tahu dah antibodi aku develop lambat nak buat macam mana...” Balas Taehyun. “…jap ceritanya belum habis lagi. Biar saya explain pulak kenapa kitorang ada kat sini.”

“Okay… teruskan.”

 

Profesor Ying mempunyai seorang pembantu peribadi yang bernama Gin. Pada mulanya, Gin memang setia membantu Profesor Ying. Tetapi sejak Profesor Ying meninggal dunia 16 tahun yang lalu, Gin telah lari membawa formula rahsia manusia superpower tersebut. Ada juga yang mengatakan Gin yang menyebabkan kematian Profesor Ying kerana dia tidak mahu Profesor Ying tahu niat jahatnya yang ingin mencipta manusia mutan untuk kesenangan hidupnya.

Gin dikatakan masih mencuba untuk menghasilkan beberapa manusia mutan sehingga ke hari ini. Dia juga dikatakan cuba menghapuskan semua manusia superpower yang telah dicipta oleh Profesor Ying kerana menganggap mereka semua merupakan musuhnya.

 

“Hapuskan? Maksudnya…”

“Ya, nyawa kita semua terancam sebenarnya. Gin nampaknya ada semua data tentang manusia superpower ciptaan Profesor Ying. Sejak kebelakangan ni, dia dan pasukannya cuba menjejaki dan akhirnya membunuh kita semua.” Balas Taehyun. Suaranya kedengaran serius.

Kopi O yang dihirup tadi terus terasa tawar. Bibir Nari terasa kering. Selama ini dia tak pernah tahu pun yang nyawanya terancam.

“Jadi…tujuan korang ke sini…”

“Untuk ajak awak sertai kami di Akademi. Setakat ni, cuma akademi je tempat yang paling selamat. Tempat itu sebenarnya Profesor Ying yang bina, untuk bagi perlindungan kat orang macam kita. Nampaknya dia dah jangka perkara macam ni akan berlaku.” Balas Kenta pula.

“Jap, maksudnya… kita kena bersembunyi dalam akademi tu…selama-lamanya?”

“Bukan macam tu. Kat akademi nanti kita semua akan belajar untuk bertempur dan pertahanan diri. Takkan selama-lamanya kita nak hidup dalam ketakutan kan?” Jawab Taehyun membuatkan Nari sedikit terkejut. Bertempur? Serius la?

“Okay… saya macam dah faham. Tapi…”

“Jangan risau. Kitorang faham perasaan awak. Tapi ini je cara untuk…”

BANG!!! Bunyi pintu menghempas dinding mengejutkan mereka semua sehinggakan cawan yang dipegang hampir terlepas.

“Wo wo wo. Meeting nampak?”

“, dia datang pulak. Kenta!” Sesaat kemudian Nari dapat merasakan waktu berhenti walaupun dia belum menggunakan kuasanya.

“Yongguk. Bawa Nari lari dari sini. OH YA jangan lupa Donghan sekali.”

“Donghan?” Pertanyaan Nari tak dijawab sebaliknya Yongguk terus menarik tangannya keluar dari rumah tersebut.

“Hey, bro. Tak habis ke energy?” Satu tumbukan singgah di pipi Kenta membuatkan waktu yang terhenti tadi bergerak semula. “Tak guna kau, Junhoe.” Kenta dengan pantas membalas tumbukan tersebut. Sementara itu, Taehyun sedang berhadapan dengan dua orang lagi yang berpakaian serba hitam itu.

“Meh la kalau berani.” Taehyun membuka langkahnya. DK tanpa membuang masa terus menyerang Taehyun tetapi dengan mudah serangannya dipatahkan. Kini giliran Hanbin pula berlawan dengan Taehyun.

“Okay. Awak tunggu sini.” Tak sampai beberapa saat Nari dan Yongguk sudah berada di hadapan sebuah kereta. Walaupun kurang pasti tapi Nari dapat merasakan kuasa yang ada pada Yongguk adalah kelajuan.

“Jap. Apa yang berlaku ni? Siapa orang-orang tadi tu? Habis roboh pintu rumah dikerjakan.” Tanya Nari dalam keadaan separuh geram. Yelah dah la tu rumah sewa sesuka hati je diorang nak jahanamkan.

“Diorang tu la orang-orang Gin. Nampaknya diorang dah kesan rumah awak. Okay enough chit-chat saya…” Belum sempat Yongguk menghabiskan kata-katanya, satu suara muncul dari belakang.

“Hyung!”

“Hyunbin! Sampai pun kau. Macam mana kau tahu kitorang ada kat sini?”

“Aku dapat isyarat kecemasan dari Taehyun hyung. Mana yang lain?”

“Dalam rumah lagi. Jap, kau tolong bawa Nari pergi akademi boleh? Nanti kitorang datang. Aku kena selamatkan sorang lagi.” Belum sempat Hyunbin bertanya, Yongguk terus hilang dari pandangan.

“Awak ni…”

“Saya salah seorang dari diorang jugak. Jom, saya bawa awak pergi akademi.”

“Okay, naik kereta ni ke? Kena tunggu diorang kan?”

“Dengan saya tak payah naik kereta.” Nari hanya sempat menganga seketika sebelum Hyunbin memegang tangannya dan dia merasakan dunianya berputar. Beberapa saat kemudian, dia dan Hyunbin tiba di sebuah tempat yang tak dikenali. Kaki Nari terasa lemah tiba-tiba.

“Te…teleportation?” Kata Nari separuh berbisik. Kepalanya masih pening sebenarnya.

Hyunbin mengenyitkan matanya. “Yup, Kwon Hyunbin. Your teleportation master.”

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD