020 -- Real Identity

That Summer Fantasy

“Apa yang berlaku ni?” Minhyun terpaku seketika melihat situasi dalam bilik mesyuarat tersebut. Nari sedang menyembamkan mukanya ke meja sambil ditenangkan oleh Yongguk. Manakala muka tiga orang yang lain kelihatan lebih tegang daripada suami isteri yang bergaduh.

“Tuan.” Mereka berlima berdiri dan menunduk hormat, termasuklah Nari yang kelihatan sedikit tenang setelah mengambil ubatnya 15 minit yang lalu.

“Ada perkara penting, tuan. Kami dah dapat maklumat tentang Kenta.” Sanggyun pun menceritakan tentang perbualan telefon antara mereka dan Gin. Minhyun kelihatan tenang sahaja mendengar perkhabaran tersebut. Tetapi dahinya yang berkerut jelas menunjukkan dia sedang memikirkan tentang sesuatu.

“Hmm.” Minhyun menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. “Permintaan dia agak berat. Macam mana saya nak lepaskan kamu semua ke sana.”

“Tolong percaya kami, tuan.” Tiba-tiba Yongguk bersuara. “Kami akan bawa balik Kenta hyung dengan selamat.”

“Ya. Lagipun, sampai bila kami nak terus lari dari Gin? Ni la masanya untuk kami tamatkan permusuhan ni. Saya yakin…” Sanggyun memandang keempat-empat sahabatnya. “…kami semua dah bersedia, tuan.”

Mereka semua mengangguk. Minhyun diam seketika.

“Baiklah. Saya percaya yang kamu semua boleh kalahkan Gin dan konco-konco dia. Sanggyun, saya nak awak lead untuk pertempuran malam ni. Dan lagi satu…” Keempat-empat mereka berdebar-debar menunggu Minhyun menyambung ayatnya.

“Saya benarkan Hyunbin untuk sertai awak semua KALAU doktor Yura benarkan. Saya rasa, dia tak nak lepaskan peluang ni kan?” Mata mereka berlima bercahaya sebaik sahaja nama Hyunbin disebut. Dalam hati mereka betul-betul berharap Hyunbin sudah pulih seperti sedia kala.

“Baik, tuan. Nanti, saya akan update dengan tuan dan kapten Yoon.”

“Takpe, update dengan saya je dah cukup. Nanti akan keluarkan apa-apa arahan yang berkaitan. Faham?” Sanggyun mengangguk mendengar arahan Minhyun itu. Sebaik sahaja perbincangan mereka tamat, Minhyun terus keluar dari bilik tersebut.

“Nari, awak sure awak okay?” Tanya Sanggyun penuh concern.

“Saya okay. Saya cuma perlu berehat sikit, that’s it. Jangan risau.” Balas Nari.

“Kita masih ada banyak masa sebelum malam ni. Kita akan ada masa untuk berehat nanti. Aku nak semua orang dalam keadaan terbaik malam ni, okay?” Mereka semua mengangguk faham. “Okay, jadi sekarang kita patut jumpa Hyunbin dan teruskan dengan perancangan kita.”

“Jap hyung, sorry menyampuk. Aku sebenarnya ada benda nak tanya.” Tiba-tiba Donghan mencelah.

“Apa dia?”

“Aku tak berniat nak fikir apa-apa yang buruk, tapi apa maksud Gin tadi? Kenta hyung punca segala-segalanya? Aku tak faham.” Mereka yang lain terdiam. Masing-masing pun tak faham apa yang dimaksudkan oleh Gin, kecuali…

“Aku tahu.” Taedong bersuara. “Aku rasa aku tahu kenapa antara kita, Gin pilih untuk tangkap Kenta hyung…”

“Sebab?”

“Sebenarnya, ini rahsia antara aku dengan Kenta hyung…” Mereka semua terkejut mendengar kata-kata Taedong. “Sebab aku selalu tolong untuk update data tentang Dreamcatcher Academy, jadi aku tahu yang ada sesetengah data yang terlalu private. Contohnya, biodata bayi yang pernah disuntik dengan serum superhuman tu, maksud aku data kita semua. Dan juga, formula rahsia serum tu…”

“So, apa kena –mengenanya dengan Kenta hyung?” Tanya Yongguk.

Taedong memandang ke arah meja. Dia mengambil masa untuk bertenang seketika. “Kenta hyung… dia satu-satunya keturunan Profesor Ying. Cuma dia je yang boleh akses semua data-data tu.”

Sekali lagi, keempat-empat mereka terkejut…

 


 

“Kau ni memang bodoh kan…” Gin duduk sambil merenung ke arah Kenta. “…sanggup kau korbankan kawan-kawan kau untuk selamatkan kau.”

“Aku tak minta diorang selamatkan aku pun, sial. Ni semua memang plan kau untuk hapuskan kitorang semua kan…?” Kenta dah penat meronta untuk melepaskan dirinya. Seluruh badannya terasa sakit setelah teruk dibelasah. Dia merancang untuk mengumpul sedikit tenaganya untuk digunakan sekiranya perlu nanti.

“Hah. Kenta… Kenta… kau fikir dengan tukar identiti kau, aku tak boleh tahu yang kau ni keturunan Ying? Ya, memang betul sangkaan kau. Kalau kau bagi aku semua data-data pasal serum dengan superhuman tu, dah lama aku lepaskan kau…”

“Langkah mayat aku dulu, Gin. Sampai bila-bila pun kau takkan dapat apa yang kau nak…” Kata-katanya terhenti apabila Gin menumbuk perutnya. Kenta mengerang menahan kesakitan.

“Okay…aku tahu yang kau sanggup mati daripada dedahkan semua data-data tu. Tapi… macam mana kalau…” Gin menunduk untuk berbisik di sebelah Kenta. “…aku seksa dan bunuh Jung Nari depan mata kau…”

“KIM SEOKJIN! KAU MEMANG TAK GUNA!” Jeritan Kenta tenggelam dek gelak jahat Gin. “…AKU AKAN BUNUH KAU KALAU CUBA APA-APAKAN NARI!”

“HAHAHAHAHA. So? Keputusan terletak kat tangan kau sekarang. Data tu… atau Nari?”

Kenta menundukkan mukanya, terdiam. Air matanya mengalir perlahan.

Maafkan saya, Nari… Saya betul-betul minta maaf…

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD