016 -- Don't Leave Me

That Summer Fantasy

Pusat Rehabilitasi DCA, 9.12 malam

Lebih 8 jam sejak Kenta menunggu di situ namun Taehyun langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedar. Doktor sendiri mengesahkan yang Taehyun mungkin akan koma untuk beberapa hari namun Kenta masih berharap keajaiban akan berlaku. Sebab dia sangat perlukan Taehyun saat itu.

“Maafkan aku hyung. Selama ni, aku banyak bergantung kat kau. Bila kau takde, serius aku rasa lost. Aku rasa tak berguna sekarang sebab tak dapat jumpa Sanggyun dengan Hyunbin.” Kenta meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia mengenggam erat tangan Taehyun. Dalam fikirannya dia tak habis-habis berfikir mengapa Hyunbin bertindak sebegitu. Betul ke memang Hyunbin yang serang kau, hyung?

“Kenta…” Suara lembut doktor Yura menegur. “…saya rasa awak boleh balik dulu kot. Nanti kalau ada apa-apa perkembangan saya bagitahu.”

“Tak boleh ke saya stay sini je malam ni doktor?”

“Keadaan Taehyun masih kritikal. Saya tak boleh benarkan awak stay sini lama-lama. I’m sorry, okay?” Balas doktor muda itu.

“Saya faham doktor. Saya beredar sekarang.” Kenta akhirnya keluar dari wad itu walaupun hatinya berat untuk meninggalkan Taehyun seorang diri. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja dia tiba ruang menunggu kerana dia ternampak seseorang sedang duduk di situ.

“Nari?”

Nari mengangkat kepala. “Eh, lamanya awak kat dalam tu. Awak tak makan apa-apa ke dari tadi?”

Kenta menggeleng. Baru dia sedar yang perutnya kosong sejak tengah hari tadi. “Kenapa awak kat sini?”

“Tadi… saya ambik ubat. Lepas tu saya ingat nak melawat Taehyun oppa tapi nurse tu cakap waktu melawat dah tamat.” Balas Nari.

“Awak tak apa-apa kan Nari?” Kenta mengambil tempat di sebelah Nari. “Tak… saya okay. Don’t worry.” Nari tersenyum. “Thanks, sebab awak dah selamatkan saya tengah hari tadi.” Kenta teringat bagaimana dia hampir ditikam oleh Junhoe, tetapi Nari dengan nekadnya menghayun kayu besbol tepat ke kepala lawannya itu.

“Saya…” Tiba-tiba suara Nari crack. Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir. “…saya takde niat pun nak bunuh dia, Kenta.”

Kenta mencapai kedua-dua tangan Nari lalu mengenggamnya erat. “Nari, awak tak salah pun. Hakikatnya, memang sama ada kita atau lawan kita yang akan mati. Awak jangan rasa bersalah pulak.”

Nari mengangguk faham. Sepanjang hidupnya, baru tengah hari dia merasai pengalaman berlawan, dan dia tidak pernah menjangka akan membunuh seseorang. Tiba-tiba dia merasa pipinya disentuh. Kenta mengesat air matanya yang tanpa disedari mengalir.

“Oh, sorry.” Nari mengalihkan pandangannya dari Kenta. Terasa bersalah pula kerana menangis pada waktu itu. “Hmm awak mesti lapar kan. Saya rasa kat dewan makan ada makanan lagi.” Kenta tersenyum mendengar Nari yang bukan main cepat lagi menukar topik. “Lapar la jugak. Tapi kalau makan sorang-sorang tak nak la.”

Nari tergelak kecil. “Yelah, jom pergi sama-sama.”

 


 

Hujan lebat turun menyimbah bumi pada malam itu. Mujurlah ada laluan berbumbung dari pusat rehab ke blok hostel mereka. Nari dan Kenta masing-masing mendiamkan diri di sepanjang perjalanan.

“Nari.” Kenta tiba-tiba menghentikan langkahnya. Nari menoleh ke arah Kenta yang berada di belakang. “Ya?”

“Boleh tak… kalau saya nak minta sesuatu dari awak?”

“Apa dia?”

Kenta berjalan ke arah Nari sehingga jarak antara mereka hanya tinggal beberapa inci. Kenta merenung ke dalam mata gadis di hadapannya sebelum berkata. “Saya nak, awak jaga diri awak baik-baik lepas ni, Nari. Saya tak boleh bayangkan kalau apa-apa yang buruk jadi kat awak...”

Mata Nari kembali bergenang. “Saya cuba, Kenta. Awak pun…kena jaga diri awak.”

Kenta mengangguk perlahan. “Saya janji, saya akan sentiasa ada dengan awak, saya akan lindungi awak. Sebab…” Jantung Nari semakin berdebar menunggu Kenta menyambung ayatnya.

“Saya sayang awak, Nari.”

Air yang bergenang di mata akhirnya mengalir deras apabila Nari menyembamkan mukanya pada bahu Kenta. Kenta membalas erat pelukan Nari walaupun hatinya runtun mendengar gadis itu menangis. Dia betul-betul tak mahu kehilangan Nari dari hidupnya.

“Saya sayang awak jugak. Tolong… jangan tinggalkan saya.” Balas Nari dalam tangisannya.

“Okay. Saya janji.”

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD