011 -- Nari's Past

That Summer Fantasy

"Hai sayang. Can you hear me?"

"Yes mama. Can hear you. Jap, mama dalam bathtub ke tu?" Nari nampak Puan Jimin obviously sedang berendam dalam air sabun. "Hahaha. Haah. Tiba-tiba hari ni rasa nak ada private talk dengan anak mama sorang ni." Puan Jimin mengaut buih yang timbul di atas permukaan air sebelum meniupnya, menghasilkan belon-belon kecil yang berterbangan beberapa saat sebelum pecah. “Wow, mama macam tahu-tahu je Nari memang perlukan privasi sekarang."

"Yeke? Pasal apa tu? Haaa jangan-jangan Nari dah sangkut dengan mana-mana hot guy dekat summer camp tu kan?" Demi merahsiakan keberadaannya di akademi itu, Nari telah memberitahu Puan Jimin yang dia telah menyertai kem musim panas. “Ish, ke situ pulak. Mana ada lah mama.” Nari menafikan. Hot guy in summer camp la sangat. Padahal aku datang sini belajar berlawan.

“Habis tu?” Tanya Puan Jimin penuh curious.

“Hmm…” Nari teragak-agak hendak meneruskan kata-kata. Dalam fikirannya dia menyusun ayat paling sesuai untuk ditanyakan pada mamanya.

“Mama…do you know anything about my real family?” Puan Jimin jelas terkejut dengan pertanyaan Nari itu. Jarang sekali Nari hendak mengambil tahu tentang perihal keluarganya.

“Well…kenapa Nari tiba-tiba tanya pasal tu?”

“Tak… takde apa – apa pun. Saje nak tahu.”

“Nari…listen here…” Puan Jimin menukar phone ke tangan kiri memandangkan tangan kanannya sudah lenguh sebelum meneruskan kata – katanya “…mama tak kisah pun kalau Nari nak cari siapa keluarga Nari. It’s your right, I’ve been waiting for you to ask about this. Lagipun Nari dah ada kat Korea sekarang, mesti lagi senang nak cari diorang.”

“Betul ke mama?” Nari sebenarnya tak pernah terfikir hendak mencari keluarga asalnya. Tetapi setelah mendengar cerita Yongguk tadi…

“Yup. Asalkan Nari tak lupakan mama dah la.”

“Mama, mama tahu yang tu takkan terjadi kan?” Nari menarik muka.

“Hahaha yelah. Okay to be honest, mama tak pernah dengar apa-apa pasal keluarga asal Nari. Tapi kalau Nari nak cari diorang, sama ada Nari cari info kat pusat jagaan kanak-kanak dulu tu ataupun… “

“Ataupun?”

“Find them using your real name.”

“Real name?” Nari sememangnya tidak pernah tahu sekiranya dia ada nama lain.

“Yup. Nanti mama check balik dokumen sebab mama pun tak ingat. Dah lama sangat Nari tukar nama dari umur 3 tahun lagi.”

“Okay ma. Thank you so much.”

“Anything for you my dear.”


Nari menunggu dengan sabar untuk mamanya menghantar dokumen yang dijanjikan. Sambil menunggu, sempat juga dia melayan dua episod terakhir drama Dokkebi yang tak sempat dihabiskan semalam.

TING!

Satu notification masuk. Nari mencapai phone lalu memeriksanya. Satu email diterima menggunakan email ayahnya.

“What…” Nari memerhatikan satu persatu dokumen yang telah discan itu. Perasaannya pada waktu itu sememangnya tak dapat dijelaskan. Pada hari ini, satu lagi kebenaran tentang dirinya telah terbongkar.

Nari merangkak turun dari katilnya. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan seseorang yang baru tiba di hadapan biliknya.

“Nari …”

“Ada nampak Yongguk tak?” Nari terus memotong kata-kata Kenta yang nampak terkedu dengan pertanyaan Nari.

“Er… dia kat bilik dia kot?”

“Oh, okay. Sorry Kenta saya kena pergi. Jumpa lagi.” Nari terus berlalu sambil mencari sesuatu dalam phone nya sebelum dia kelihatan seperti menelefon seseorang. Kenta sekadar mengeluh melihat kelibat Nari menghilang daripada pandangannya.


3 minggu kemudiannya…

“Selamat petang, master.” Nari tunduk hormat ke arah Master Jongsuk yang kelihatan sibuk mengadap komputer.

“Oh, ha Nari. Jemput duduk.” Jongsuk menunjuk ke arah kerusi yang berada bertentangan dengannya. “Macam mana dengan latihan pertempuran awak? Saya dengar awak dah ada kemajuan sekarang.” Jongsuk mengalihkan pandangan daripada komputer ke arah Nari.

“Latihan okay. Saya cuma usaha yang terbaik untuk diri saya, master.”

“Baguslah. Tapi saya tak nak awak terlalu yakin sampailah awak buktikan kat saya yang awak boleh kalahkan kawan-kawan awak.” Nari mengangguk faham mendengar kata-kata master Jongsuk itu. “Baik, master. Saya akan berusaha lagi.”

“Jadi, awak takde masalah berlatih dengan partner awak sendiri kan? Ataupun awak nak saya tukarkan dengan pelatih lain?”

“Erm, saya rasa saya takde masalah pun berlatih dengan Takada.”

“Ye? Okaylah macam tu. Saya pilih dia pun sebab saya nampak macam dia boleh mengajar, tambah-tambah dia sama kuasa dengan awak. Tapi bagus juga kalau awak cuba berlatih dengan kawan-kawan yang lain. Taehyun ke… tak pun Sanggyun. Diorang semua tu dah ada banyak pengalaman.”

“Saya faham, master. Saya cuba.” Balas Nari. Tiba-tiba dia merasakan yang master Jongsuk ni prihatin juga orangnya. Walaupun pada mulanya boleh tahan heartless jugak.

“Bagus. Ingat, next latihan pertempuran dengan saya nanti, saya nak tengok skill awak dah improve. Dan saya nak awak berlawan dengan salah seorang pelatih. Okay?”

“Faham, master.”

“Okay, jumpa lagi.” Nari tunduk hormat sekali lagi sebelum keluar dari pejabat master Jongsuk itu. Fuh…nasib baik lah angin dia baik kali ni. Cuak gak bila dia tetiba panggil aku tadi.

“Tersengih sengih... Kena puji dengan master la tu.” Tiba-tiba satu suara muncul di sebelahnya. Nari lupa pulak yang dia datang dengan Kenta memandangkan master Jongsuk hendak berjumpa dengan mereka berdua. “Mana ada. Awak mengumpat apa dengan master pasal saya tadi?”

“Mana ada saya cakap apa-apa. Saya cakap awak okay je.”

“Yeke…” Nari memberikan pandangan suspicious ke arah Kenta.

“Iye…” Mereka bejalan beriringan meninggalkan blok pentadbiran itu. “…tapi awak memang nampak bahagia pun sejak dua menjak ni.” Nari tersenyum. “Saya biasa-biasa je lah. Tapi makin lama saya rasa tempat ni makin best pulak. Dapat belajar benda baru… dapat kawan…dapat adik...” Kenta tergelak mendengar jawapan akhir Nari.

“Mula-mula susah gak nak percaya yang awak dengan Yongguk tu adik-beradik. Punyalah lama Yongguk cari kakak dia, akhirnya jumpa kat sini jugak. Kecik je dunia ni.”

“Tu lah. Saya pun tak sangka gak dapat jumpa balik family asal saya. Rasa macam mimpi.” Nari teringat bagaimana reaksi Yongguk apabila dia mengetahui yang Nari itu kakaknya. Bukan main lagi dia menangis. Nari pun ikut menangis teruk. (-.-)

“Oh ya, tetiba saya teringat sesuatu.”

“Apa dia?” Kenta dan Nari sempat menunduk hormat kepada master Shownu, master teleportasi yang kebetulan melintasi mereka sebelum Nari membalas.

“Hari tu, awak datang bilik saya kan? Awak nak cakap pasal apa eh sebenarnya?”

“Hahaha. Yang tu ke? Punyalah lama baru hari ni awak nak tanya…” Balas Kenta.

“Takdelah, masa tu saya dah ingat dah. Pastu lupa. Nak jumpa Yongguk punya pasal.”

“Takde apa-apa pun. Saya nak ajak awak pergi makan tengah hari sebenarnya. Baru ingat nak belanja.” Langkah Nari terus terhenti mendengar jawapan Kenta. “Yeke? Apa mimpi awak nak belanja saya makan tiba-tiba?”

“Saje. Tapi masa tu je lah. Sekarang ni offer tu dah tak valid dah.” Kenta buat rolled eyes. “Eh, mana boleh macam tu. Dah niat kan? Kenalah belanja.” Nari sengaja mengusik.

“Boleh, tapi kena menang masa latihan pertempuran dulu. Baru saya pertimbangkan nak belanja ke tak…” Kenta menyambung perjalanannya meninggalkan Nari. “Oh tiba-tiba je bersyarat eh. Okay, saya akan pastikan saya menang perlawanan tu.” Nari mempercepat langkahnya untuk menyaingi Kenta yang dah tergelak di hadapannya.

“Bukan main bahagia lagi aku tengok diorang ni…” Taehyun yang kebetulan berada di koridor seberang memerhatikan saja gelagat dua orang yang berjalan beriringan itu.

“Kau jealous ke hyung? Takpe, aku kan ada.” Balas Sanggyun yang sedang seronok menikmati lollipop.

“Ish, setakat kau ni nak buat apa? Tak sanggup aku nak ber-gayness.”

“Ala hyung, apa salahnya.” Sanggyun tiba-tiba mencuit pipi Taehyun untuk mengusiknya.

“Apa siak. Meremang bulu roma aku dibuatnya. Pang kang.” Sanggyun tergelak melihat reaksi Taehyun. “Hoi, korang buat apa ni? Jangan buat aksi pelik-pelik depan aku please.” Hyunbin yang baru keluar dari tandas menyertai mereka.

“Entah Sanggyun ni. Dia nak sangat pakwe nampaknya. Tolong carikan satu untuk dia.”

“Pakwe? Bukan awek ke patutnya?” Sanggyun makin kuat gelaknya. Bongok gak Taehyun hyung ni. “Takpe, kalau nak pakwe pun apa salahnya. Aku kan ada.” Sambung Hyunbin lagi.

“Babun betul dua kali lima. Dah la baik aku pergi kelas aku sekarang.” Taehyun terus berjalan meninggalkan Hyunbin dan Sanggyun yang kini berhi-5 dan bergelak ketawa sesama sendiri. Memang dasar mereka berdua ni, sentiasa satu kepala kalau bab mengenakan orang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD