017 -- Another Disappearance

That Summer Fantasy

Seperti semalam, mereka sekali lagi dikejutkan dengan mesyuarat kecemasan yang diaturkan sebaik sahaja mereka bersiap-siap untuk bersarapan. Nari bersiap ala kadar sebelum keluar menuju ke bilik mesyuarat. Entah kenapa dia merasakan sesuatu yang tak baik akan berlaku pada hari itu.

“Semua dah ada kat sini?” Kapten Doojoon, yang kelihatan seperti tidak tidur sepanjang malam memeriksa jumlah pelatih yang sudah tiba dalam bilik mesyuarat itu. Mereka terkejut melihat Sanggyun yang duduk sebelah Doojoon. Dalam hati mereka menjangkakan yang Hyunbin sudah berjaya ditemui.

“Saya ada berita baik dan buruk untuk kamu semua. Tapi saya akan bagitahu berita baik dulu.” Tetapi muka Doojoon langsung tak nampak gembira untuk menyampaikan berita baik itu. Sementara itu, Nari baru perasan Kenta tiada di situ. Dia kat rehab ke?

“Berita baiknya, kita dah berjaya jumpa Hyunbin pagi tadi. Saya dengan Sanggyun sendiri yang jumpa dia. Sekarang dia ada kat rehab. Walaupun sukar nak percaya tapi nampaknya Hyunbin macam tak sedarkan diri dan tak ingat apa-apa. Doktor Yura kata mungkin dia dihipnotis. Jadi, kami dah panggil pakar psikologi, Doktor Seongwoo untuk sahkan perkara tu.” Mereka semua menarik nafas lega mendengar berita itu. Sekurang-kurangnya Hyunbin dah selamat dijumpai.

“Berita buruknya…” Jantung Nari berdegup kencang tiba-tiba, nak – nak bila melihat reaksi Sanggyun yang kelihatan lagi risau daripada semalam. Dia menjangka yang Sanggyun dah tahu berita itu sebelum mereka.

“Takada Kenta. Dia hilang dari akademi sejak tengah malam tadi.” Nari hampir jatuh kerusi mendengar kenyataan Doojoon tesebut. What…what happened?

Donghan menelan air liurnya perlahan-lahan manakala Yongguk menganga lama kerana tidak dapat menerima kenyataan itu. Another person hilang? Kenta pulak tu? Kini hanya tinggal mereka berlima yang masih selamat, tanpa leader dan co-leader serta Hyunbin yang masih hilang ingatan. Taedong terkedu sebelum melepaskan satu keluhan panjang.

“Saya…saya orang terakhir yang ada dengan dia semalam Tuan...” Nari bersuara perlahan. “…macam mana pulak dia boleh hilang?”

“Maaf Nari, kami masih menyiasat hal ni. Kami perasan kehilangan dia pun sebab Sanggyun yang bagitahu.” Balas Doojoon.

“Tengah malam tadi, dalam pukul 2 aku sampai kat akademi. Aku terus pergi bilik Kenta sebab aku nak minta maaf. Tapi, bila aku sampai kat bilik dia… dia takde. Aku dah cari kat semua tempat, tetap tak jumpa. Lepas tu… baru aku laporkan kat kapten Yoon.” Sanggyun jelas nampak kecewa dengan apa yang telah berlaku.

Nari merasakan otaknya blank seketika. 2 pagi… cuma setengah jam selepas dia menerima mesej terakhir daripada Kenta sebelum dia tertidur. Apa yang dah jadi selama setengah jam tu?

“Kalau awak semua ada apa-apa informasi atau maklumat pasal Kenta, tolong maklumkan pada saya secepat mungkin. Ingat, sekali lagi pengarah Hwang suruh saya ingatkan kamu semua untuk stay dalam akademi sampai dia keluarkan arahan…” Doojoon memandang ke arah Sanggyun, memberinya amaran supaya dia tidak bertindak seperti semalam. “…awak semua sekarang bawah tanggungjawab pengarah Hwang sepenuhnya, sementara ketiadaan leader dengan co-leader. Jadi jangan bertindak sendiri atau buruk padahnya. Faham?”

Mereka semua mengangguk, tak mampu lagi untuk bersuara. “Oh ya tolong stay sebab pengarah Hwang nak jumpa awak semua jap lagi. Saya kena pergi dulu.” Kapten Doojoon terus berlalu.

Nari segera mengeluarkan telefon bimbit dari poket cardigan nya. Dia mencari nama Kenta dalam contact sebelum mendail nombornya. Tetapi panggilan itu langsung tak bersambung.

“Takde guna, Nari. Saya dah cuba call dia beratus kali dah. Phone dia tetap off.” Sanggyun menggelengkan kepala.

“Takpe, apa salahnya kalau saya cuba kan?” Nari menahan rasa kecewanya apabila panggilannya tetap tidak bersambung setelah berkali-kali mencuba. Dia memegang dahinya yang berdenyut-denyut. Kenta…mana awak pergi ni?

“Sabar, hyung. Sabar.” Donghan mengurut perlahan bahu Nari di sebelahnya. Tak sampai beberapa minit kemudian…

Ppallippalli pihae Right Cherry bomb feel it yum~~~

Sepantas kilat Nari mencapai telefonnya apabila nama Kenta muncul di skrin. Tetapi sebaik sahaja dia menjawab panggilan itu, bukan suara itu yang hendak di dengarinya.

“Jung Nari~”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD