025 - Summer Rain

That Summer Fantasy

Tiga hari kemudian…

Suasana di tanah perkuburan itu mendung dan suram. Angin yang awalnya bertiup lembut kini semakin kencang, menandakan hujan bakal turun pada bila-bila masa. Tetapi tujuh orang yang berpakaian serba hitam masih setia berada di sisi kubur yang baru itu. Satu-persatu tetamu meninggalkan mereka, termasuklah ahli keluarga Kenta yang terdiri daripada keluarga pak ciknya.

“Kenta…” Taehyun perlahan-lahan melutut di sisi kubur tersebut. “…sampai hati kau pergi dulu kan…” Mereka yang lain menahan air mata mendengar kata-kata Taehyun. Sanggyun dan Yongguk terus duduk untuk menenangkannya.

“Kau bukan kawan aku, Kenta. Tapi kau adik aku… maafkan aku sebab tak dapat jaga kau lagi…” Taehyun mengesat air matanya yang mengalir. “…terima kasih sebab kejut aku. Aku dengar suara kau, dik. Aku dengar kau panggil aku. Aku takkan lupa suara kau sampai bila-bila…” Tangisan Hyunbin semakin kuat apabila dia membenamkan mukanya ke bahu Taedong. Taedong cuba menenangkan Hyunbin. Sampai saat itu, Hyunbin masih belum dapat memaafkan dirinya kerana membuat Taehyun berada dalam keadaan koma.

Hujan mula turun renyai-renyai. Donghan menarik Nari ke dalam pelukannya. Selain Taehyun, Nari juga kelihatan paling tersiksa dengan kehilangan Kenta. Sudah beberapa hari mereka berdua berada dalam keadaan stressed.

“Hyung, sabarlah…” Yongguk mengurut perlahan bahu Taehyun. Taehyun memejamkan mata. Dia teringat malam terakhir dia menonton bola dengan Kenta.

 

“Ha kau tu jalan balik bilik ingat tak? Kang berangan lebih masuk bilik orang lain pulak.”

“Ngok la kau ni. Aku ingat la hyung. Dah gi tidur.” Taehyun tergelak sepanjang perjalanannya ke bilik setelah mengenakan Kenta.

“Hyung! Jap!” Taehyun menoleh ke arah Kenta yang tiba-tiba berlari ke arahnya. Perlahan-lahan Kenta memeluknya.

“Eh, asal ni. Tetiba je? Angau teruk eh?” Taehyun merenung ke arah Kenta.

“Tak lah. Hyung, terima kasih…”

“Untuk apa?”

“Untuk semua yang kau dah buat untuk aku.”

“Kau cakap apa ni? Aku kan hyung kau. Dah, gi sambung berangan kau tu.” Taehyun tergelak tetapi jauh di sudut hatinya dia terasa…seolah-olah Kenta hendak pergi jauh daripadanya.

“Kenta…” Taehyun mengesat air matanya yang bercampur dengan titisan hujan. “…terima kasih jugak…untuk segala-galanya…”

 

 “...It’s like tears from the sky
I’ll remember that I was excited like a haze
Like a drizzle on the leaves
It was a memory of a summer day with joy and sadness...”- Summer Rain

 

Dua minggu kemudian.

“Mei…eh. Maksud mak, Nari…”

Nari tersenyum sebelum memeluk erat Puan San. “Takpe lah mak. Meilin pun boleh…”

Puan San membelai rambut Nari sebelum merenung wajah anaknya. “Nanti kalau ada cuti lagi, baliklah rumah mak ye. Nak bawak mama dengan papa sekali pun boleh.”

“Okay mak. Mak jaga diri tau. Jaga kesihatan, nanti kita jumpa lagi.” Balas Nari sebelum mencium pipi mak kandungnya itu.

“Nari…kalau ada apa-apa bagitahu kami ya. Bila-bila masa je ayah boleh datang. Nari tu duduk sorang, jadi jaga diri baik-baik.” Giliran Encik Shin pula memeluk anak gadisnya. “Ayah, jangan risau lah. Lagipun, Donghan kan ada.” Nari menjeling ke arah Donghan yang sama-sama mengikutinya pulang bercuti di rumah keluarga kandungnya.

“Yelah. Ayah percayakan kamu berdua.” Encik Shin membalas sambil tersenyum sebelum memeluk Nari sekali lagi. “Okaylah, kita kena gerak ni. Takut malam nanti ayah bukannya nampak sangat.” Kata Encik Shin kepada Yongguk.

“Okay.” Yongguk segera mendapatkan Nari dan memeluknya erat. “Noona pasti noona okay ni?”

“Ala… jangan risau. Nanti aku tengok dia hari-hari. Setiap jam pun takpe.” Donghan membalas. “Okay, jaga kakak aku elok-elok tau. Nanti kalau aku rindu korang, bila-bila je aku akan terpacak kat sini.” Yongguk memeluk Donghan pula.

“I’m okay, don’t worry lah. Yongguk tu, belajar elok-elok… nak masuk universiti dah kan?” Nari mengingatkan adiknya.

“Ye ye. Okay korang, jumpa lagi. Jaga diri!” Yongguk melambai sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Encik Shin membunyikan hon kereta sebelum mereka menghilang di balik simpang. Nari dan Donghan berpandangan sesama sendiri.

“Jom lah masuk, noona. Eh, tak tak. Hyu…”

“Haa haa, kau panggil aku apa tadi? Noona kan?”

“Takdelah, semua orang kat akademi panggil kau noona jadi aku confuse la.” Donghan pura-pura menggaru kepalanya. “Ah takde takde… kalau nak panggil aku noona tu panggil je la malu-malu pulak…”

“Donghan… Nari…”

Satu suara yang memanggil dari belakang membuatkan pertelingkahan mereka terhenti. Donghan menoleh. Air matanya bergenang. Dia sangat merindui suara itu…

“Nenek!”

Donghan memeluk erat neneknya. “Nek…Donghan minta maaf sebab susahkan nenek…” Donghan mengenggam erat tangan Puan Hayoung lalu menciumnya. “Donghan rindu sangat-sangat kat nenek.”

“Ish, takdelah. Nenek faham… nenek tahu semuanya. Lagipun nenek okay je kat sana. Cuma nenek risaukan cucu-cucu nenek ni sangat-sangat…” Puan Hayoung memeluk Nari yang menghampirinya.

“Kitorang okay je nek. Jangan risau.” Air mata Nari juga bergenang ketika dia membalas pelukan Puan Hayoung.

“Dah la, jom. Kita masuk, nenek dah masak semua yang sedap-sedap untuk kamu berdua.”

“Serius la nek? Sup kegemaran Donghan mesti ada kan?”

“Dah tentu ada. Jom masuk.”

Nari merenung ke arah rumahnya buat beberapa ketika sebelum mengikuti langkah Donghan dan Puan Hayoung. Dia teringat kemunculan 3 lelaki yang tidak dikenali dalam rumah itu pada awal musim panas yang lalu. Nari tersenyum tawar. Cuti musim panas yang dirasakan tidak terlalu panjang dan tidak terlalu singkat… apa yang pasti… telah meninggalkan kenangan yang paling besar dalam hidupnya…

 

“...It was a shine bright moment,
Thank you for being like a clear summer rain
It was so beautiful like a stream of rainwater
Our crystal clear story...”- Summer Rain

 


THE END

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD