007 -- Can I Do Well?

That Summer Fantasy

Sekarang barulah Nari faham kenapa mereka tu tak suka latihan fizikal. Master Gikwang yang sado tu muka je nampak manis, tapi tegas nak mati. Donghan yang memang atlet kat sekolah pun almost pancit. Inikan pula Nari.

Sit-up 100 kali, push-up 50 kali, plank 5 minit je untuk Nari dan Donghan (sebab pelatih baru). Anda rasa saya ada masa untuk semua ni? Umpat Nari dalam hati.

Selepas beberapa jam, barulah Nari dapat menyempurnakan seperti yang diinginkan oleh Master Gikwang. Cumanya dia hanya berjaya membuat plank selama 2 minit dan dia bernasib baik apabila Master Gikwang menyuruhnya berhenti.

"Okay, next time saya nak semua orang buat lebih baik lagi. Jangan nak lembik-lembik sangat! Awak ingat musuh awak tu sotong?" Nari sikit lagi nak tergelak dia tahankan saja. Takut kena debik pulak. Orang lain pun pura-pura serius walaupun nampak sangat muka Sanggyun struggle tahan gelak. Nari tahu sebenarnya Master Gikwang maksudkan dia si lembik tu.

"Adoiiiii mana nak cari rumah urut ni? Serius urat dah bersimpul." Taehyun terus terbaring sebaik sahaja Master Gikwang meninggalkan padang latihan itu. Mereka berlapan sama-sama terbaring, meniarap dan duduk untuk menyejukkan badan setelah latihan yang boleh tahan intense itu.

"Untunglah korang kena buat separuh dari yang kitorang buat dulu. Masa mula - mula aku masuk dulu aku terus kena buat macam pelatih lama." Hyunbin tiba-tiba komplen.

"Tengok badan kau la. Badan gedabak macam ni memang la kena teruk. Cer banding kan kau ngan Nari. Dua kali ganda tahu tak." Semua ketawa mendengar jawapan Taedong. Hyunbin terus head-lock si Taedong di sebelahnya.

“By the way, tadi aku tengok kat jadual ada cakap pasal latihan pertempuran. Macam mana rupa latihan tu?” Donghan mengangkat tangannya untuk bertanya. Hyunbin terus berhenti dari menhead-lock si Taedong sebaik sahaja mendengar soalan tersebut.

“Diorang pun ada latihan pertempuran hyung? Bukan ke diorang baru lagi?” Hyunbin bertanya kepada Taehyun. Setahu dia, pelajar hanya menjalani latihan pertempuran setelah berada tiga bulan di akademi. Sebelum itu, mereka hanya belajar perkara-perkara asas seperti kawalan kuasa dan mixed martial art.

“Pengarah yang nak diorang ikut sama latihan tu.” Taehyun mengangkat bahunya. “Tapi jangan risaulah Donghan, Nari. Macam nama dia, masa latihan itu kita akan belajar macam mana nak lawan dengan musuh sebenar. Walaupun kita berlatih dengan manusia biasa je. Kadang-kadang kita akan disuruh berlawan sesama sendiri.”

Nari mengangkat keningnya. Latihan pertempuran pertamanya akan bermula minggu hadapan. Sempat ke aku nak kuasai martial art yang aku belajar dalam masa seminggu ni?

“Tapi…” Yongguk menggaru kepalanya yang tak gatal. “…macam terlalu awal je.” Donghan mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Yongguk. Begitu juga dengan Nari.

“Mungkin pengarah fikir yang Gin takkan tunggu kalau dia nak serang kita bila-bila masa. Sebab tu dia nak diorang pun bersedia.” Balas Taedong membuatkan mereka semua berfikir semula. Betul juga…

“It’s okay. Master Jongsuk pun mesti faham yang diorang ni masih baru. Takkan dia nak suruh berlawan terus kot, betul tak...?” Kenta yang baru habis cool down tiba-tiba bersuara. “…dah la, korang tak nak balik ke? Dah nak malam ni, sini banyak nyamuk.”

“Mana nyamuk? Aku takut nyamuk.” Balas Sanggyun sebelum bangun dari pembaringannya. Tak rela dia nak sedekah darahnya kepada makhluk kecil tu. Tak sampai beberapa saat, seekor nyamuk tiba-tiba hinggap di mukanya sebelum ditampar kuat oleh Sanggyun. Nampaknya Kenta tak menipu.

“Hyung. Tolong.” Yongguk menghulur tangannya kepada Sanggyun, mengharapkan sahabatnya itu membantunya bangun. Tetapi permintaannya tak diendahkan kerana Sanggyun terlalu sibuk dengan nyamuk, membuatkan Yongguk akhirnya bangun sendiri.

“Okay guys, jumpa esok.” Seperti biasa, Taehyun yang terakhir beransur dari padang latihan setelah memastikan kawasan itu bersih dan tersusun seperti sebelumnya.


Sebulan berlalu…

“Awak tahu kenapa saya panggil awak datang office saya ni?”

Nari tunduk, memandang ke arah sebuah buku setebal lebih kurang dua inci yang berada di atas meja Master Jongsuk. Dia tahu sebabnya, tetapi suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.

“Dah berapa lama awak kat akademi ni?” Tanya Master Jongsuk lagi setelah melihat Nari sekadar diam.

“Se..sebulan lebih.” Jawab Nari.

“42 hari! Selama 42 hari awak kat sini apa yang awak buat Nari?!” Suara Master Jongsuk meninggi membuatkan jantung Nari hampir gugur. Aduh tak padan dengan hensem master ni garang nak mati…

“Saya berlatih, master.” Nari menyatakan dengan jelas walaupun perlahan.

“Hah…” Master Jongsuk tersenyum sinis. “…saya tak nampak macam awak berlatih langsung pun. Nak kalahkan sorang manusia biasa pun awak tak mampu! Awak ingat saya akan berlembut dengan awak hanya sebab awak sorang je pelatih perempuan kat sini?” Master Jongsuk merenung ke arah Nari.

Nari mengenggam penumbuk di sisinya. Hatinya terasa sakit tiba-tiba. “Saya tak pernah fikir macam tu, dan saya pun tak nak master pandang rendah kat saya.”

“Saya pandang rendah kat awak? Saya tak nampak sebab kenapa saya patut rasa kagum dengan awak, Nari. Awak tahu tak kalau dalam pertempuran, saya rasa awak orang pertama yang akan mati.” Kata-kata tanpa belas kasihan itu menusuk jauh ke dalam hati Nari. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.

“Maafkan saya, master. Saya akan berusaha lagi.” Nari menahan air mata yang bergenang daripada mengalir.

“Tolonglah Nari. Kalau Donghan boleh buat, kenapa awak tak boleh? Tolong jangan sia-siakan kebolehan yang awak ada. Faham?” Nari mengangguk. Kakinya terasa hendak keluar dari pejabat itu secepat mungkin.

“Bagitahu saya, apa lagi yang awak nak saya buat supaya awak boleh berlawan sekurang-kurangnya dengan seorang pelatih pun jadilah. Kita tak pernah tahu tau orang-orang Gin tu macam mana. Silap-silap kuasa yang diorang ada jauh lebih hebat dari awak.”

“Saya…” Nari berdehem untuk membetulkan kerongkongnya. “…saya perlukan masa, Master.”

“Masa…” Master Jongsuk yang dari tadi berdiri kini beralih ke tempat duduknya. “Kalau macam tu, saya nak awak datang latihan tambahan waktu malam, 4 jam, 5 kali seminggu. Boleh tak boleh?” Nari terus mengangguk tanpa sebarang perasaan ragu lagi. Aku fikir nak balik bilik je sekarang ni…

“Bagus, saya akan update jadual awak dengan Taehyun nanti. Awak boleh beredar sekarang.” Master Jongsuk menunjuk ke arah pintu pejabatnya. Nari tidak menunggu walau sesaat pun. Dia terus keluar dari pejabat tersebut.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD