010 -- Yongguk's Life

That Summer Fantasy

"Err, Taedong. Noona ada salah cakap ke?" Nari perasan air muka Yongguk berubah sebelum dia berlalu tadi. Dia seolah-olah...kecewa. Waktu itu Donghan telah berlalu untuk menambah juadah ke dalam pinggannya. Maklumlah selera king-kong.

"Eh takdelah. Tapi... " Taedong merendahkan suaranya "...saya tak tahu tapi saya rasa dia ada rasa sikit... jealous."

"Jealous? Sebab? "

"Hmm boleh ke saya bagitahu eh tapi saya rasa okay kot sebab semua orang tahu pasal benda ni."

"Pasal apa?" Jantung Nari tiba-tiba berdebar.

"Yongguk sebenarnya dah lama cari kakak kandung dia." Nari berasa sedikit lega. Dia ingatkan Yongguk ada perasaan kat Donghan tadi. Eh.

"Mana kakak dia pergi?"

"Terpisah lama dah. Dia cakap parents dia bagi kakak dia kat orang lain."

"Korang cakap pasal siapa ni?" Donghan yang dah kembali dengan semangkuk penuh stew daging menyampuk.

"Kakak Yongguk." Balas Nari. "Ohh..." Donghan yang malas nak tahu terus menyuap stew nya.

"Yongguk membesar sorang diri, jadi dia rasa sunyi kot. Sebab tu dia bersungguh-sungguh nak cari kakak dia balik." Sambung Taedong lagi.

"Aku pun membesar sorang diri gak. Parents aku meninggal masa aku kecik. Dua - dua sebab sakit. Nasib baik nenek ada." Donghan mencelah.

"Yeke? Samalah. Aku pun parents dah takde. Accident." Raut wajah Taedong berubah serta-merta. Suasana di meja makan itu tiba-tiba suram.

"Eh, okaylah korang. Aku kena gi dulu. Ada kerja nak buat." Taedong bersuara riang, sekadar untuk menceriakan kembali suasana.

"Kerja hari Sabtu bro?" Donghan mengangkat keningnya.

"Kerja tertangguh. Minggu ni busy update data pelatih kat sini. Sekarang baru ada masa." Taedong tersengih. Dia sememangnya rajin mengambil upah untuk membuat sesuatu kerja berkenaan dengan data memandangkan itu kemahirannya.

"Okay. Happy working." Kata Nari sewaktu Taedong berlalu meninggalkan mereka.

"So kau nak pergi mana hyung?"

"Entah. Sambung tengok Dokkebi kot. Kau?"

"Bosan gila kau. Aku nak pergi melawat Hyunbin. Nak tengok game baru dia."

"Tu je la kerja kau. Homework jangan lupa buat pulak." Nari teringat Donghan mengadu padanya semalam tentang kerja sekolah musim panasnya yang berlambak.

"Yelah hyung. Nanti aku buat..." Donghan akhirnya menghabiskan suapannya sebelum sendawa tanda kekenyangan.


Sepanjang jalannya menuju ke bilik, Nari tak habis-habis berfikir tentang cerita Taedong tadi. Cerita tentang kakak Yongguk, dan tentang ibu bapanya yang kemalangan. Entah kenapa perkara itu menganggu fikirannya. Manalah agaknya family asal aku sekarang? Hidup lagi ke diorang?

“Meow.” Seekor kucing berbulu hitam putih tiba-tiba berlari ke arahnya.

“Wow. Kucing siapa ni?” Nari mengambil kucing tersebut. Kucing itu meronta-ronta minta dilepaskan tapi Nari terus mendukungnya.

“Jerry!” Tiba-tiba suatu suara muncul di balik koridor. Kelihatan Yongguk termengah-mengah tetapi riak mukanya bertukar lega apabila melihat kucingnya dalam pelukan Nari.

“Kucing awak ke?” Tanya Nari.

“Haah. Jerry ni memang nakal sikit. Orang nak bagi mandi pun susah.” Yongguk menggosok kepala Jerry.

“Yeke. Meh noona bagi dia mandi.”

“Boleh ke? Nanti Jerry cakar kang.”

“Boleh. Noona pun pernah ada kucing dulu.”

“Okay. Tapi kalau noona kena cakar saya tak tanggung eh.” Yongguk terus membawa Nari ke satu bilik yang menempatkan kucing-kucingnya.

“Wow. House of Cats.” Nari terpegun melihat bilik tersebut. Penuh dengan mainan-mainan kucing, dan yang paling mengejutkan bilik itu lebih kemas dari bilik tidurnya sendiri. xD

“Haa yang tu Toby, yang kelabu tu Boot, yang oren tu Lala.” Yongguk memperkenalkan kucing-kucingnya.

“Comelnya. Mesti Toby paling manja kan? “

“Eh, mana tahu?”

“Instinct.” Pada waktu itu Toby dah berlingkar di kaki Yongguk.

 

15 MINIT KEMUDIAN

Jerry dah pun siap dimandikan.

“Peliklah Jerry ni. Biasanya dia bukan nak orang lain pegang dia pun. Menggedik eh bila dengan perempuan.” Yongguk membebel sambil memerhatikan Nari mengeringkan bulu Jerry. “Hahaha, comel je perangai. Picit hidung kang.”

“Noona…” Yongguk mengambil Boot yang kebetulan lalu di hadapannya lalu membelai bulu kucing tersebut.

“Ya?” Nari masih sibuk mengeringkan bulu Jerry.

“Noona ada berapa ramai adik beradik eh?” Tiba-tiba Yongguk bertanya. Nari terus teringat cerita Taedong di dewan makan tadi. “Erm, tiga orang. Noona ada kakak dengan abang kat sana.”

“Mesti best kan ada ramai adik beradik.”

“Bolehlah.” Spontan jawapan itu keluar dari mulut Nari. Sebenarnya dia tak lah rapat sangat dengan adik-beradik angkatnya kerana perbezaan umur dan budaya mereka. Kedua-dua abang dan kakaknya dah tak ubah macam American sejati sekarang. Nari pulak lagi selesa dengan cara hidup di Korea. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk berpindah ke sini.

“Bolehlah? Bunyi macam tak best je.” Yongguk tergelak mendengar respon Nari. “Takdelah, noona okay je dengan diorang.” Nari tersenyum. Jerry yang sudah selesai dikeringkan itu kini menjilat bulunya sendiri.

“Tadi Taedong bagitahu yang Yongguk… dah lama cari kakak Yongguk?” Tiba-tiba Nari pula bertanya. Yongguk tersentak seketika. “Hmm… Haah. Parents saya bagi kakak kat orang lain masa dia kecik.”

“Lepas tu, dah tak jumpa dah?”

“Sebenarnya, tak lama lepas perempuan tu ambik kakak, dia meninggal. Dia tu janda, dia takde waris lain. Jadi bila mak ayah saya nak jumpa kakak balik, orang bagitahu yang dia dah kena hantar pergi pusat jagaan kanak-kanak. Tapi, tak tahu la yang mana satu. Sebab tu susah nak cari dia balik.”

“Oh.” Nari terkejut mendengar cerita Yongguk. Sebab itu jugalah kisah hidupnya… Nari dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak setelah ibu angkatnya meninggal dunia, sebelum dia diambil oleh keluarganya yang sekarang. Tapi pada waktu itu dia masih berusia 3 tahun. Jadi dia sendiri tidak ingat siapa keluarga asalnya. Takkanlah…

“Kalau ikutkan, macam mustahil jugak nak jumpa dia balik. Sebab satu-satunya info yang saya ada cuma nama dia, Jin Meilin.”

“I see.” Perasaan Nari bercampur baur. Kalau macam tu, lain lah kot. Kecuali…kalau Jung Nari bukan nama asal aku.

“Noona okay tak? Termenung je.” Yongguk pelik melihat Nari yang termenung sampaikan Lala bermain-main dengan hujung seluarnya pun tidak dipedulikan.

“Eh, takde apa- apalah. Erm, umur kakak Yongguk tu berapa eh sekarang?”

“Hmm. Macam noona. Sebaya.” Tiba-tiba mata mereka bertemu untuk beberapa saat. Dua saat… Tiga saat…

Ppallippalli pihae Right Cherry bomb feel it yum~~~

Nari cepat – cepat mengeluarkan phone dari poket slack nya yang bergetar. “Oh. Mama noona video call. Noona keluar dulu eh.”

“Okay. Thanks noona.” Yongguk tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang tak kena. Nari pula merasakan jantungnya tiba-tiba berdebar. Seperti tepat pada masanya Puan Jimin, mamanya call. Dia cepat-cepat keluar dari bilik tersebut dan menuju ke biliknya yang terletak berhampiran.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD