018 -- Unexpected Call

That Summer Fantasy

“Siapa ni?” Tanya Nari. Taedong memberikan arahan supaya Nari memasang loud speaker sebaik sahaja menyedari pemanggilnya bukan Kenta. Nari mengangguk sebelum meletakkan telefonnya di atas meja. Taedong memberikan isyarat supaya mereka yang lain itu senyap.

“It’s okay. Aku tahu semua orang ada kat situ… Kim Taedong, Kim Yongguk, Kim Sanggyun, Kim Donghan. Hahahahaha.”

“Kau Gin kan? Macam mana kau tahu Taehyun dengan Hyunbin takde kat sini? Ni semua memang rancangan hanat kau kan?” Yongguk bersuara marah.

“Wah, hebat kamu! Ya, sebab aku tahu takde siapa yang boleh lawan Taehyun melainkan Hyunbin. Apa salahnya kalau aku gunakan dia kan? Sadly, nyawa Taehyun panjang la pulak.”

“Tak guna kau Gin! Kitorang tak takut la dengan kau. Bagitahu mana kau bawa lari Kenta hyung sekarang!” Taedong mengepal penumbuknya. Ish kalau dia ada depan aku dah lama aku takik laju-laju.

“Wo…wo… rileks la, dia ada depan aku ni ha. Bukannya dia boleh lari pun.” Gin tersenyum sinis melihat Kenta yang terikat di kerusi di hadapannya.

“Apa yang kau nak sebenarnya Gin?” Tanya Sanggyun yang sudah tidak dapat menahan sabar. “Hahahahaha. Aku nak apa? Kau tanya aku nak apa??? Aku nak korang la takkan tu pun aku nak kena bagitahu. Dengar sini eh semua, kalau korang nak Kenta selamat, datang tempat aku malam ni. Itu pun kalau sempat lah…”

“Tak guna kau Gin. Jangan cuba nak panggil diorang ke sini…” Kenta yang separuh sedar setelah teruk dibelasah oleh Gin dan dua orang kanannya, Jiwon dan Hanbin sejak semalam, tiba-tiba bersuara perlahan.

Walaupun kedengaran samar-samar, namun kata-kata Kenta sampai jelas di telinga mereka. Nari mengenggam penumbuknya, nafasnya turun naik menahan marah. ……

“HHAAHAHAHAHA dalam keadaan macam ni pun kau masih nak teringat pasal kawan-kawan kau??? Ingat Kenta, kau punca segala-galanya. Kalau kawan-kawan kau mati pun, semuanya salah kau!” Satu tumbukan daripada Gin dilayangkan tepat ke rahang Kenta, membuatkan pandangannya berpinar. Darah mengalir dari hujung bibirnya.

“GIN! Aku bagi kau amaran, jangan apa-apakan Kenta. Okay, kitorang sahut cabaran kau. Malam ni, kitorang datang!” Sanggyun yang dari tadi duduk terus berdiri dari kerusinya. Kalau ikutkan hati, sekarang jugak dia mahu teleport ke markas Gin. Tetapi dia teringat amaran kapten Doojoon kepadanya tadi.

“Haha bagus kamu, aku suka semangat setia kawan korang. Okay, aku tunggu.” Talian dimatikan. Nari menahan air matanya daripada mengalir tetapi dadanya terasa sesak. “Kita…kita kena bagitahu pengarah Hwang…sekarang…”

“Noona, noona okay tak? Asal…” Belum sempat Yongguk menghabiskan kata-katanya, Nari tiba-tiba tergelongsor dari kerusinya ke lantai. “Hyung!” Donghan di sebelahnya terus mendapatkan Nari yang sedang memegang dadanya yang terasa sakit seperti dicucuk-cucuk. Seluruh tubuhnya menggeletar dan berpeluh.

“Ubat…I need my pills now…” Benda yang paling ditakuti Nari akhirnya terjadi. Dia tidak dapat mengawal dirinya kali ini. Yongguk tidak membuang masa, dia terus berlari ke bilik Nari untuk mencari dan mengambil ubat yang dimaksudkan. Tak sampai beberapa saat kemudian, dia kembali.

Flashback, Pusat Rehabilitasi DCA, malam sebelumnya…

“Awak pernah alami anxiety disorder sebelum ni?” Doktor Seongwoo memandang ke arah Nari di hadapannya. Nari mengangguk perlahan.

“Masa saya 13 tahun, waktu saya mula-mula pindah California, saya pernah dikejar sekumpulan lelaki waktu balik sekolah. Sejak dari tu, saya trauma. Hampir dua bulan saya tak keluar rumah. Saya pulih pun sebab parents saya bawa saya jumpa psychotherapist.”

“Jadi, awak dah pulih sepenuhnya masa tu?”

Nari mengangguk. “Tapi… sejak saya masuk akademi ni, saya rasa macam penyakit saya tu datang balik. Saya masih boleh kawal setakat ni, tapi sejak peristiwa siang tadi…”

“Bagitahu saya, awak masih rasa berdebar-debar sekarang?” Seongwoo perasan tangan Nari yang digenggam sejak tadi berpeluh walaupun suasana dalam bilik itu sejuk. Nari mengangguk. “Tolong saya doktor, saya tak boleh berlawan kalau keadaan saya macam ni. Saya betul-betul tak nak penyakit ni datang balik.”

“Sabar, Nari. Bawak bertenang, tarik nafas awak dalam-dalam.” Nari mengikut sahaja arahan doktor Seongwoo tetapi hatinya masih tidak tenang. Dia betul-betul tak keruan sejak pulang dari bilik mesyuarat tengah hari tadi.

“Macam ni, apa kata saya periksa awak dulu. Kalau perlu saya akan bagi awak ubat. Saya faham, situasi agak tegang sekarang tapi kalau boleh cuba lupakan perkara-perkara yang buat awak cemas. Contohnya peristiwa siang tadi, buang jauh-jauh dari memori awak. Be positive, okay?”

Nari terdiam seketika. “Okay doktor. Saya cuba.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 25: ni macam dah baca tadi tapi versi baru. xD
Miss_Genius #2
Chapter 12: Update lagi...
LuvelyEyka
#3
Chapter 5: sambung lagi.. xD