Childhood Sniper
Description
Persahabatan yang dahulunya penuh dengan gelak tawa kini menjadi api yang menyambar. Inspektor Hanbin, sangat terpukul apabila mengetahui penjenayah yang dicarinya adalah sahabat sewaktu kecilnya, Taehyung. Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila Taehyung menculik tunang kepada Hanbin, Jung Rana.
C H I L D H O O D S N I P E R
D I M A N A P E R S A H A B A T A N Y A N G D A H U L U ?
Kisah silam yang memeritkan kehidupan Taehyung menyebabkan hatinya menjadi hitam lalu dia berniat untuk membalas dendam terhadap pelakunya, Hanbin. Persahabatan yang dahulunya penuh dengan gelak tawa kini menjadi api yang menyambar. Inspektor Hanbin, sangat terpukul apabila mengetahui penjenayah yang dicarinya adalah sahabat sewaktu kecilnya, Taehyung. Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila Taehyung menculik tunang kepada Hanbin, Jung Rana.
Kisah ini mengandungi dua latar masa yang berbeza iaitu sekitar tahun 2000-2007 dan 2017 (atau lebih). Sekitar tahun 2000-2007 menggambarkan persahabatan dua sahabat ini serta kemuncak persahabatan mereka manakala 2017 (masa kini) membawakan pembongkaran peristiwa hitam yang berlaku sepuluh tahun lalu serta mencorakkan percintaan yang baharu.
Apakah yang berlaku antara Taehyung dan Hanbin? Apakah ianya kerana dendam kesumat Taehyung terhadap Hanbin? Apakah yang diperlakukan terhadap Rana sepanjang dia diculik? Mampukah Rana diselamatkan daripada menjadi tawanan Taehyung? Sejauh manakah pertunangan Hanbin dan Rana?
M E R E K A Y A N G M E N C A R I D A N D I C A R I
K I M T A E H Y U N G
"Baru kau rasakan, apa itu kehilangan, Hanbin"
"Saya tahu, awak tak jahat seperti yang mereka sangka."
J U N G R A N A
K I M H A N B I N
"Taehyung lakukan semua ini kerana dendamnya."
"Saya sangka saya juga dicintai. rupanya tidak."
K I M T A E Y E O N
K A T A - K A T A S A N G P E N U L I S
Assalamualaikum dan Hai!
Idea untuk fanfics ini bermula semasa saya menyiapkan portfolio graphic (untuk bekerja di sebuah Graphic Shop) bagi genre action. Memandangkan saya dah berhenti 'bekerja' dimana-mana graphics shop, saya buatlah storyline berdasakan poster yang saya buat. Penulisan saya tidak sebagus yang anda sangka kan. Sesiapa yang sudah membaca cerita-cerita saya yang lain pasti mengenali. Saya menulis melalui apa yang saya gambarkan.
PERINGATAN! Cerita ini ada unsur stockholm syndrome, dendam, pergaduhan, makian dan kata kasar. Tiada unsur keagamaan. Tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupan yang telah meninggal dunia. Harap maklum.
Sila Subscribe dan tinggalkan feedback anda :)
T H E T R A I L E R
I do not own any video in this trailer. I credit to the owner of those videos <3
Comments