Bab 14;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   1 4

M A S I H    T I D A K   L A Y A K

April 2004 – Sekolah Menengah Chunpyeong

TAP! TAP! TAP! Taehyung berlari sekuat hatinya apabila mendengar berita tentang Taeyeon. Matanya menilau sekeliling koridor itu masih juga kelibat Taeyeon tidak dijumpai. Hatinya mula risau. Tiba-tiba—

TING! “Perhatian! Perhatian kepada pelajar bernama Kim Taehyung dari Kelas 2-B, Sila ke bilik Disiplin sekarang juga.” Suara Cikgu Shindong, Guru Disiplin sekolah, kedengaran dari pembesar suara koridor itu.

Bilik disiplin?! Apa Taeyeon buat ni?! Geram Taehyung dalam hati. Dia melangkah menuju kebilik disiplin seperti yang diarahkan.

Setelah tiba dihadapan bilik disiplin, Taehyung mengetuk pintu, apabila diarahkan oleh Cikgu Shindong untuk masuk, Taehyung membuka pintu itu. dihadapanya berdiri dua orang perempuan, Taeyeon dan Yuju serta Cikgu Shindong yang sedia dengan rotan ditangan. Kesemuanya memandang Taehyung yang baru sahaja tiba. Taeyeon menundukkan kepalanya semula.

“Annyeonghaseyo. Cikgu Shindong, Saya Kim Taehyung.” Taehyung menyapa hormat guru disiplin itu.

“Ha! Kim Taehyung. Awak abang kembar Kim Taeyeon, kan? Awak tahu apa yang adik kembar awak ni dah lakukan hari ni?” Tanya Cikgu Shindong. Taehyung memandang kearah Taeyeon yang masih tunduk kelantai.

“Kau tahu tak kembar kau ni hampir nak bunuh aku hari ni?!” Yuju meninggikan suaranya kearah Taehyung. Taehyung sedar wajah Yuju yang kemerahan kerana api kemarahan yang membakar emosinya.

“Kenapa kau senyap, Taeyeon! Kau bagitahu Taehyung apa kau buat pada aku tadi!” Teriak Yuju lagi. Kali ini dia menunjal bahu Taeyeon. Taeyeong tertolak sedikit kebelakang. Sememangnya apabila berada dihadapan Taehyung, Taeyeon memang tidak berani untuk melawan.

“Sudah, Yuju. Berhenti!” Tegur Cikgu Shindong.

“Cikgu! Kalau Taeyeon tak nak minta maaf, saya nak beritahu mama dan papa saya untuk saman dia!” ugut Yuju dengan berani sekali. Tersentak Taehyung dan Taeyeon dibuatnya. Lalu—

PAKK! Taehyung melutut dihadapat Yuju. Semua yang berada disitu memerhatikan Taehyung.

“Maaf…, cikgu. Maafkan Taeyeon. Saya boleh ambil alih denda untuk Taeyeon. Yuju, Maafkan Taeyeon. Aku mohon…” Taehyung dengan rendah diri sambil menundukkan kepalanya kelantai memohon maaf.

Taeyeon terkedu. Taehyung-ah…

.

.

Beberapa minit selepas itu, Taehyung dan Taeyeon berjalan keluar dari bilik disiplin. Yuju menerima maaf ikhlas Taehyung. Walaubagaimana pun, Taeyeon tetap didenda.

“Taehyung-ah. Mian…” Taeyeon akhirnya bersuara setelah senyap seribu bahasa.

“Sudahlah, Taeyeon. Jangan buat lagi.” Taehyung yang ternyata kecewa dengan perbuatan Taeyeon itu sudah tidak kuat untuk berkata-kata lagi.

“Yuju yang mula dulu! Dia… dia dan kawan-kawan dia dah rancang sesuatu pada Hanbin. Taeyeon dengar semua rancangan dia orang!” Taeyeon cuba untuk menceritakan sebab dia lakukan semua itu.

“Hanbin? Jadi Taeyeon nak tolak dia dari rooftop sebab Hanbin?! Sampai macam tu sekali Taeyeon sukakan Hanbin?? Sebab Hanbin Taeyeon sanggup…”

“Sanggup!” Balas Taeyeon. Taehyung terkedu.

“Taeyeon… tak kesian pada Taehyung ke? Tak kesian ibu dan ayah? Kalau Yuju betul-betul saman kita macam mana? Ibu dan ayah mana ada duit nak bayar! Jangan jadi gila lah, Taeyeon!” Marah Taehyung. Taeyeon mencebik. Itu adalah kali pertama Taehyung meninggikan suara padanya.

Bersalah pula Taehyung setelah memarahi adiknya. Perlahan-lahan Taehyung menghampiri adiknya lalu ditarik tangan Taeyeon dengan perlahan untuk masuk kedalam dakapannya. Taeyeon terus menangis.

“Yuju… dia nak gunakan Taehyung untuk dapatkan Hanbin. Masa gossip pasal Yuju sukakan Taehyung, Taeyeon tahu mesti ada yang tak kena. Taeyeon ikut Yuju dengan kawan-kawan dia. Sampai Taeyeon dengar semua tu…”Ujar Taeyeon dalam tangisan sedu.

Taehyung memejamkan matanya. Dia tidak menyangka rupanya Taeyeon juga membela dirinya.

“Taehyung tahu pasal tu… maafkan Taehyung.”

Taeyeon mengangguk perlahan.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...