Bab 2;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   2

B E R I    P E L U A N G   U N T U K   B E R S A M  A

Kerusi dihadapan Hanbin ditarik oleh seseorang; Yoon Gi. Hanbin mengalihkan pandangan kearah Yoon Gi yang berwajah masam itu. Hanbin tidak keruan kerana kelihatan Yoon Gi amat memarahinya. Hanbin berpura-pura sibuk.

“Apa masalah kau lepaskan dia macam tu saja, Hanbin?” Yoon Gi terus bertanya sebaik dia melabuhkan punggungnya. Hanbin menarik nafas lalu menghembuskannya.

“Entahlah. Aku rasa macam tak boleh buat apa-apa bila nampak muka dia.”

“Kau nampak muka dia?” Tanya Yoon Gi. Hanbin mengangguk.

“Betul tapi aku tak cam.” Hanbin berbohong. Sedangkan wajah itu selalu bermain dalam fikirannya selama hampir sepuluh tahun, wajah itu masih menghantuinya. Yoon Gi melepaskan keluhan.

“Kalau tak lepaskan dia semalam kita mesti dah hampir nak tutup kes, tahu tak?” Yoon Gi masih tidak puas melepaskan kemarahannya. Hanbin masih cuba memujuk Yoon Gi. Seperti pasangan kekasih pula.

Selepas beberapa minit, Yoon Gi meninggalkan Hanbin kerana seorang wanita tua ingin melaporkan kes ragutnya. Hanbin kembali membuat kerjanya.

Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu. Dia ternampak Momo yang melulu ke mejanya. Sudah dua hari dia tidak melihat wajah kekasihnya itu. Rindu dibuatnya. Hanbin bangun dari tempat duduknya.

“Sayang.” Hanbin menarik lengan Momo sebaik saja wanita itu lalu dihadapannya. Momo terkejut melihat Hanbin dihadapan matanya dengan memanggilnya panggilan yang paling dia suka dengar.

“Awak buat apa ni, Hanbin? Orang nampak lah.” Momo cuba menarik tangannya dari pegangan Hanbin. Sememangnya, hubungan mereka adalah rahsia daripada rakan sekerja yang lain.

“Saya rindukan awak.”

“Jangan, Hanbin. Awak kena ingat yang awak tu tunang orang.”

“Saya tak peduli lah, Momo. Saya cuma perlukan awak.”

Hanbin memejamkan matanya sambil kedua-dua tangannya masih memaut jari jemari Momo. Momo hanya memandang sebak wajah Hanbin waktu itu. Lelaki itu mempunyai perasaan sama dengannya. Sesekali dia tersedar dari lamunannya. Dia cuba pergi dari Hanbin.

“Awak tak kasihankan saya ke, Momo?”

Momo menahan air matanya daripada keluar. Dia mengetap bibirnya. Sebenarnya dia amatlah memahami Hanbin, namun, hatinya juga sperti dihiris. Momo meneruskan langkahnya pergi dari situ. Hanbin tidak berganjak melawan perasaannya.

BRRT! BRRT! Telefon bimbit Hanbin bergetar tanda masuknya pesanan dari aplikasi Whatsapp. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada dalam poket seluarnya lalu membuka pesanan itu. Pesanan dari tunangnya, Rana. Hanbin tenang membalasnya satu persatu.

Hanbin memberhentikan kereta dihadapan pintu masuk hospital lalu segera menghantar pesanan kepada tunangnya. Tidak lama kemudian, Rana berjalan keluar dari hospital. Dalam masa yang sama, Taehyung masuk. Mereka berselisih namun masing-masing tidak perasan. Taehyung menghampiri kaunter.

“Tengok Cik Rana tu, mesti dia nak keluar dengan tunang dia.” Ujar salah seorang pekerja hospital disitu. Taehyung yang melintasi kaunter itu terdengar akan perbualan mereka.

“Tunang dia Inspektor kan? Kacak orangnya.”

“Betul. Kalau tak silap aku nama tunangnya Hanbin, Kim Hanbin.”

Taehyung tersentak mendengar nama itu. Hanbin dah bertunang? Cht, sempat lagi kau berbahagia, Hanbin. Fikir Taehyung. Dia meneruskan langkahnya berjumpa dengan doktor disebabkan tangan kirinya yang barangkali terseliuh. Namun, sakitnya bukan kepalang.

Restoran Two World-

Rana meletakkan sudu dan garpu diatas meja setelah dia selesai menghabiskan makanannya. Mulutnya dibersihkan menggunakan tisu yang tersedia. Dia memandang Hanbin dihadapannya. Sejak mereka tiba ke restoran itu, sehingga makanan mereka habis, tiada sepatah pun yang keluar dari mulut mereka.

“Hanbin.”

“Rana.”

Mereka bersuara serentak. Masing-masing terkedu dan terdiam. Hanbin menghulurkan tangannya sedikit tanda dia memberi laluan untuk Rana bercakap dulu.

“Saya minta maaf sebab ganggu masa lunch awak. Tak tahulah tiba-tiba ibu dan ayah tempah meja ni untuk kita lunch.” Kata Rana. Hanbin tersenyum dengan mengetap bibirnya.

“Tak apa. Saya faham. Kadang-kadang mama saya begitu juga.”

Sekali lagi mereka hilang kata-kata. Senyap. Masing-masing memikirkan sesuatu dalam lamunan. Rana menundukkan kepalanya.

“Saya tahu, pertunangan ni buat kita berdua tertekan. Saya faham perasaan girlfriend awak. Dia mesti sangat kecewa. Tapi saya…” Rana seperti tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia tidak tahu sama ada dia perlu meneruskan ayatnya. Hatin

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...