Bab 8;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   8

Y A N G   D I U L A N G I   S E M U A N Y A    S A M A   

Oktober 2001- Tasik Surak

“PENG! PENG!”

“PICHEW! PICHEW!” Taehyung kembali kembali menyerang.

“Arghh!” Kononnya Hanbin sudah terkena tembakan. Dia berpura-pura terbaring diatas tanah. Cepat-cepat Taehyung keluar dari tempat persembunyiannya menuju kearah Hanbin.

“Akhirnya! Aku dah berjaya tangkap kau!” Taehyung mencekak pinggangnya sambil ketawa besar. Tiba-tiba seorang perempuan dalam lingkungan sebelas tahun menghampiri lokasi mereka.

“Taehyung-ah! Ibu suruh balik!” Panggil Taeyeon. Tersentak dua sahabat itu apabila mendengar suara nyaring Taeyeon.

“Eh, Taeyeon! Mana tahu Taehyung ada kat sini?” Taehyung teringa-pinga melihat kembarnya yang tiba-tiba muncul tanpa pengetahuannya. Hanbin berdiri lalu menepuk-nepuk belakang badannya untuk membersihkan kotoran.

“Tak ada tempat lain lagi yang Taeyeon boleh cari. Tempat ni kan dah macam taman permainan Taehyung dengan Hanbin.” Jawab Taeyeon sambil tersenyum-senyum memandang Hanbin disitu.

Benarlah. Tasik Surak itu bagaikan taman permainan bagi Taehyung dan Hanbin. Pokok rendang besar bersebelahan tasik itu kadangkala menjadi tempat beristirehat Taehyung dan Hanbin selepas pulang dari sekolah.

“Taeyeon cakap apa tadi? Ibu suruh balik? Hanbin, aku balik dulu, ya? Kita jumpa esok.” Kata Taehyung sambil menepuk bahu Hanbin. Baru saja Taehyung ingin menarik tangan Taeyeon untuk pulang kerumah bersama, Taeyeon pergi mendekati Hanbin.

“Hanbin, jomlah ikut Taeyeon balik sekali. Kita main di rumah Taeyeon pula lah.” Pujuk Taeyeon sambil menarik tangan Hanbin beberapa kali. Taehyung dan Hanbin saling berpandangan.

“Err… Taeyeon…” Hanbin terkedu. Taehyung apatah lagi.

“Taeyeon-ah, tak boleh lah. Nanti Mama Hanbin cari macam mana?” Taehyung pula cuba memujuk Taeyeon untuk melepaskan Hanbin. Taeyeon mula mencebik. Risau pula kalau si Taeyeon ni menangis.

“T…Tak apa, Taehyung. aku ikut kau dengan Taeyeon balik. Aku tak kisah pun.” Hanbin cuba menjaga hati Taeyeon sebelum budak perempuan itu menangis kerana merajuk. Wajah Taeyeon kembali ceria.

Setibanya dirumah, Taehyung baru tahu bahawa Taeyeon menipunya. Ibunya tidak suruh dirinya pulang sekalipun. Rupanya Taeyeon sendiri yang mahu bermain bersama dengan Hanbin. Taehyung mula mengesyaki adik kembarnya itu. Taeyeon benar-benar sudah jatuh suka pada Hanbin.

Hari sudah melabuh tirai. Mama Hanbin datang kerumah Taehyung dengan keadaan yang sangat marah apabila mengetahui anaknya itu bermain dirumah usang milik orang tua Taehyung.

“Balik, Hanbin! Berapa kali Mama cakap jangan kawan dengan orang kotor macam dia orang ni. Kenapa Hanbin tak dengar cakap Mama?!” Marah Mamanya Hanbin sambil memukul-mukul punggung Hanbin.

“Sakit, Ma. Sakit…” Hanbin sudah menangis mengerang kesakitan. Mamanya masih tidak mengendahkannya.

“Puan, sudah lah tu. Jangan pukul Hanbin tu. Salah anak saya sebab ajak Hanbin ke mari.” Ibu Taehyung cuba untuk meredakan kemarahan Mama Hanbin.

“Memang! Memang salah anak kau! Anak kau tak layak kawan dengan anak aku! Anak kau kotor!” Teriak Mama Hanbin memecahkan hening senja dirumah itu.

Mereka terus keluar dari rumah itu meninggalkan tiga beranak di situ. Taehyung dan Taeyeon segera memeluk ibunya yang terkena caci maki dari mulut bisa Mama Hanbin.

“Maafkan Taeyeon, ibu.”

“Taehyung pun, ibu.”

///

Jun 2017 - Kampung Chunpyeong

Kereta yang dipandu Seungkwan itu membelok memasuki kawasan perkampungan yang mempunyai papan bertulis ‘Selamat datang ke kampung Chunpyeong’. Papan itu sudah diperbaharui rupanya, fikir Hanbin. Perjalanan dari Seoul mengambil masa tiga jam tidak termasuk waktu mereka mengisi minyak tadi.

“Aku tak pernah tahu pun Kampung Chunpyeong ni. Kau tahu ke tempat ni, Hanbin?” Tanya Yoongi yang dari tadi menjadi co-pilot kepada Seungkwan. Hanbin yang mengelamun, tersentak dengan pertanyaan Yoongi.

“K-Kampung ni…”

“Kampung ni tempat Inspektor Hanbin dibesarkan dari kecil sehingga umur tujuh belas. Selepas itu, Inspektor Hanbin dan keluarga berpindah ke Seoul.” Jawab Momo yang duduk disamping Hanbin di tempat duduk penumpang. Hanbin terkedu lalu memandang kearah teman Wanitanya. Momo tersenyum nipis .

“Baru saya tahu Hanbin-hyung dibesarkan disini. Jauh betul kampung ni. Naik kematu dah punggung saya ni.” Ujar Seungkwan sambil fokus dengan pemanduannya.

Hanbin memang tidak banyak cakap sejak mereka bertolak. Dia sentiasa berfikir apa motif Taehyung. mengapa dia membuatkan Hanbin jejak kembali di kampung ini. Menilau mata Hanbin melihat pemandangan kampung itu yang sudah banyak berubah sejak sepuluh tahun lalu ketika dia meninggalkan kampung itu. Kampung itu kini sudah mempunyai jalan tar yang stabil tidak seperti dahulu. Semuanya bermain dalam fikiran Hanbin.

Selepas beberapa minit mereka mendalami Kampung Chunpyeong, akhirnya aplikasi Waze menunjukkan lokasi yang mereka ingin tuju, Tasik Surak. Berdebar hati Hanbin melihat pemandang Tasik itu. Hatinya sangat rasa terpukul mengenangkan apa yang terjadi.

Beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian menghampiri Hanbin untuk melaporkan apa yang mereka temui dari tadi. Momo yang mengetuai pasukan forensik mula menggeledah tempat itu untuk mencari sebarang bukti atau petunjuk mahupun cap jari milik pelaku. Yoongi dan Seungkwan mengawal tempat itu yang semakin dikerumun orang.

Hanbin menghampiri ke pokok rendang yang masih gagah berdiri dan berdaun lebat sama seperti dahulu. Hujung jarinya menyentuh lembut pokok tua itu. masih terdapat lorekkan yang di kikisnya dan Taehyung hampir lebih dari sepuluh tahun yang lalu.

‘Taehyung dan Hanbin, Sahabat Selamanya’

Hanbin mula menekup mulutnya menahan sebak didada. Dia benar tidak menyangka takdir persahabatan mereka akan menjadi seteruk ini. Dia memandang tasik dihadapan matanya. Tasik itu juga lah menjadi titik bermulanya peristiwa hitam dalam hidupnya mahupun Taehyung. DUKK! Hanbin terduduk melutut disitu. Menangis.

Yoong

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...