Bab 3;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   3

S I A P A  Y A  N  G   T E R S A L A H   S A N G K A  

18 tahun yang lalu

March 1999 –

Kelihatan dua budak lelaki berusia dalam lingkungan 9 tahun sedang sedang berjalan pulang dari sekolah mereka. Mereka berbual dan bergelak ketawa bersama. Sesekali mereka menepuk tampar antara satu sama lain.

“Jom ikut aku mandi sungai.” Kata Taehyung. Hanbin menunjukkan wajah yang masam. Bukan dia ingin menolak permintaan Taehyung itu tapi andai saja dia boleh bebas seperti Taehyung.

“Tak boleh lah, Taehyung. Mama aku mesti tak bagi punya.” Hanbin cuba menolak ajakan Taehyung itu. Taehyung senyum lalu merangkul leher Hanbin.

“Susah betul kalau berkawan dengan orang kaya ni. Semuanya tak boleh. Bukannya selalu, Hanbin. Bila lagi kau nak merasa mandi sungai dengan aku. Jom lah…” Taehyung masih cuba memujuknya. Dia sengaja menunjukkan reaksi wajah ‘aegyo’nya dihadapan Hanbin. Hanbin senyum lalu mengangguk.

“Yes! Macam tu lah! Kau kan nak jadi Polis. Kenalah berani!”

“Kalau aku jadi polis, kau nak jadi apa?”

“Aku jadi penjenayah, barulah serasi! Bagai polis dan penjenayah!” Gurau Taehyung mengundang ketawa Hanbin. Taehyung menarik Hanbin menuju ke sungai yang dimaksudkan itu.

Mei 2000

“Taehyung! Taehyung!” Jerit Hanbin sambil berlari kearah Taehyung yang sedang memetik beberapa buah tomato dari kebun ayahnya. Taehyung terus memalingkan mukannya memandang suara itu.

“Kenapa kau ni?”

“Tengok ni! Bang! Bang!” Hanbin mengacukan senapang Rifle mainan kearah Taehyung. Taehyung terkejut sehingga terlopong mulutnya. Bakul yang berisi tomato ditangannya terjatuh. Taehyung terus menghampiri Hanbin.

“Ddabong! Ini ke Rifle OZ79 keluaran terbaru dalam TV tu? Bila kau beli ni?” Taehyung meraba-raba senjata mainan yang dipegang Hanbin itu. Hanbin berasa bangga.

“Papa aku baru beli kan tadi. Hebat kan? Jom lah main polis-polis!” Kata Hanbin. Taehyung tersedar sesuatu.

“Aku… jadi perompak lagi ke?”

Hanbin menepuk belakang Taehyung. Dia tahu selama ini memang watak mereka sentiasa sama setiap kali mereka bermain permainan polis dan perompak.

“Tak! Kali ni, kita dua-dua jadi polis. Amacam?” Kata Hanbin.

“Tapi macam mana? Aku tak ada senapang macam kau ni.” Taehyung masih meraba-raba mainan dihadapannya.

“Kita buat!”

“Huh?!”

BANG! BANG! BANG! Hanbin menembak tepat mengena sasaran. Penjenayah itu terjatuh ketanah. Beberapa anggota polis yang lain terus melulu kearah penjenayah yang sudah terjatuh itu. Hanbin terus keluar dari persembunyiannya. Salah seorang anggota polis itu memeriksa denyutan nadi penjenayah itu.

“Mati ke?” Tanya Hanbin.

“Tidak, Inspektor! Peluru tu cuma terkena sikit pada pinggang dia. Mungkin dia pengsan kerana terkejut.” Hanbin lega mendengarnya.

“Bawa dia pergi sekarang. Pastikan kawal dia dengan ketat, Yang lain periksa bank tadi, kalau ada diantara mereka yang tercedera, telefon ambulans, Faham?”

“Baik, Inspektor.”

Penjenayah itu dibawa pergi untuk menerima rawatan apabila tembakan Hanbin terkena pada perut lelaki itu. Namun dia tahu, tembakan itu pasti tidak akan menyebabkan kecederaan yang teruk. Walaupun ada perompak yang berjaya melepaskan diri dia tetap lega kerana salah seorang daripadanya sudah berjaya ditangkap.

Hanbin berjalan menuju ke bank tersebut lalu ternampak Momo yang baru sahaja habis menemu ramah saksi-saksi yang menyaksikan perompakan yang terjadi tadi. Langkahnya terhenti. Momo juga memandang kearah Hanbin. Dia ternampak tangan Hanbin sedikit tercedera. Berdarah. Segera Momo berlari keluar dari bank itu menuju kearah Hanbin lalu mencapai tangan Hanbin.

“Kenapa tangan ni? Awak ni kan! Kenapa sampai berdarah macam ni?” Momo membelek-belek tangan Hanbin. Dia mengeluarkan tisu basah dari poketnya lalu membersihkan luka ditangan Hanbin. Hanbin yang membiarkan.

“Saya menyarap tadi. Terseret atas jalan tar.” Jelas Hanbin.

“Tulah! nak tiru gaya-gaya sniper lah tu. Berapa kali dah saya pesan suruh…” Kata-kata Momo tergantung apabila dia menyedari sesuatu. Momo mengangkat wajahnya memandang Hanbin dihadapannya. Kini mereka saling berpandangan.

Walaupun hubungan mereka masih sukar untuk ditafsirkan selepas pertunangan Hanbin tempoh hari, Hanbin tahu Momo masih mengambil berat terhadapnya. Momo masih seperti dahulu, yang sentiasa megubati luka-luka Hanbin.

“Saya tahu…”

Wajah Hanbin perlahan-lahan didekatkan dengan wajah Momo. Hanbin menyengetkan kepalanya lalu menolak bibirnya melekat pada bibir Momo. Momo terkejut dengan tindakan berani Hanbin. Hanbin menarik semula bibirnya. Dia memandang kearah Momo yang masih terkejut itu.

“Tahu kan… saya masih… sayangkan awak.” Ujar Hanbin perlahan-lahan. Momo mengetap bibirnya. Air matanya seakan mahu mengalir. Dia tidak dapat menahan dan sembunyikannya lagi dari Hanbin. Dia sangat mencintai lelaki itu. Perasaan yang dipupuk enam tahun lepas tidak mudah untuk hilang bergitu sahaja.

Momo mengangk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...