Bab 23;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R 2 3

M I M P I     N Y A T A

Disember 2019 – Krismas

Pada suatu malam, salji pertama turun membawa ketenangan untuk Rana. Terasa ringan kakinya untuk berjalan-jalan disekitar Hongdae. Satu demi satu pasangan yang muncul dihadapan Rana. mana taknya, masa ini masa yang sempurna bagi pasangan kekasih yang ingin keluar bersama.

Salji pertama, saat romantis.

Betapa dia berharap dia dapat melihat salji pertama bersama kekasihnya juga. Rana tersenyum pahit. Tidak mengapa. Bisik hatinya.

Langkahnya diteruskan lagi, tidak penat. Matanya menilau disekeliling Bandar Hongdae yang sememangnya aktif waktu malam. Gerai-gerai makanan ditepian jalan paling banyak dikerumuni orang awam. Tiba-tiba…

BUKK! Rana dilanggar seseorang.

“Maaf.” Kata lelaki itu kepada Rana sebelum pergi tanpa Rana dapat melihatnya. Namun suara itu, Rana kenal! Rana memalingkan badannya melihat belakang badan lelaki itu.

Entah kenapa, Rana bertindak mengejar lelaki itu. SAAAP! Tangan Rana menggapai bahu lelaki itu. Secara automatiknya lelaki itu berpaling memandang Rana.

Bukan Taehyung.

“Maaf, saya salah orang.” Katanya.

Rana mempercepatkan langkahnya pergi. Malu satu, kecewa satu. Kenapa suara lelaki itu persis Taehyung? bentak hati Rana.

Selepas beberapa minit, Rana masih tidak berhenti melangkah. Sungguh dia menikmati malam yang merupakan salji pertama di Korea. Sudah lama dia tidak menikmati malam yang begitu. Sebelum bertemu Taehyung dua tahun lepas, Rana hanya sibuk bekerja tanpa berfikir tentang dirinya. Namun Taehyung mengajarnya untuk mencintai dan menghargai dirinya sendiri—Love Yourself.

Tiba-tiba Rana terpandang sebuah gerai yang menarik perhatiannya— kedai tilik nasib. Rana memandang kiri kanan. Walaupun teragak-agak untuk masuk kedalam, namun hatinya nekad. Rana melangkah masuh kedalam gerai kecil itu.

“Annyeonghaseyo.” Sapa Rana kepada pemilik kedai mungkin. Wanita yang agak muda namun kelihatan satu dua kedut diwajahnya.

“Eo! Annyeonghaseyo, Gadis manis, duduklah, duduklah.” Sapa wanita itu. Rana terpandang poster  dibelakang wanita itu— Penilik Nasib Terunggul Hyoyeon.

“Anak ni nak tilik nasib apa? Pekerjaan? Cinta?” Tanya Hyoyeon. Rana terkedu. Ini adalah pertama kali Rana melakukan perkara ini.

“S…saya tak kisah.” Katanya.

“Tak mengapa, biar saya tengok tangan awak dulu.”

Rana menghulurkan tapak tangannya kepada Hyoyeon. Hyoyeon meneliti tapak tangan Rana dengan tekun sekali. Sesekali dia beralih ke jari jemari Rana.

“apa yang keterlaluan saya nampak ni… anak ni rindukan seseorang. Betul?” Soalan itu membuatkan Rana tergamam. Bagaimana dia mahu menidakkannya? Sebegitu sekali penilik nasib ini dapat membaca?

Rana mengangguk. Hyoyeon tersenyum.

“Sabar sedikit saja lagi. Disini… saya melihat yang anak ni akan bertemu dengan orang yang anak rindu itu sekejap saja lagi.”

“Be… betul ke?” Rana tertanya-tanya.

“Percayalah… dia sendiri akan datang kepadamu.” Jawab Hyoyeon.

Persoalannya, bila?

.

.

.

Sungai Han—

Rana melabuhkan punggungnya diatas bangku kosong betul-betul bersebelahan tasik. Coklat panas yang baru saja dibeli tadi digenggam erat untuk menghangatkan badannya. Rana memandang kebawah. Fikirannya hanya memikirkan Taehyung.

“Sayang!” jerit seorang lelaki yang tidak jauh dari Rana. Rana segera menoleh kearah lelaki itu. Taehyung! Rana nampak Taehyung! lelaki itu melambaikan tangan kearahnya dengan senyuman yang lebar.

Dia bangun. Rana sudah bergenang air mata. Bibirnya menguntum senyuman. Baru saja satu tapak melangkah.

“Saya datang ni!” Jerit suara perempuan dari belakang Rana. Rana memandang perempuan itu, perempuan itu berlari kearah lelaki tersebut. Baru Rana sedar, lelaki itu bukan Taehyung. wajahnya sama sekali tidak seperti Taehyung.

Tetapi kerana rindu. Wajah Taehyung muncul tanpa diundang. Rana duduk kembali. Dia memegang dada yang memiliki hati yang kecewa. Benarlah merindui itu amat perit.

Rana menangis. Jika tuhan boleh menunjukkan betapa peritnya perasaan rindu itu, mungkin semua orang tidak mahu mengalaminya.

“Sayang…” Satu suara yang muncul dari pendengaran Rana. Tidak! Tidak lagi! Rana menundukkan kepala lalu menutup telinganya. Tidak mahu mendengar lagi. Dia tidak mahu hatinya dikecewakan oleh bayangan apa-apa lagi.

“Rana-ya…” Rana membuka matanya dek mendengar namanya dipanggil. Tak mungkin… Air mata semakin deras mengalir seolah-olah mengetahui perasaannya saat itu. Rana masih tidak bergerak, masih tergamam.

“Jung Rana.” Panggil lelaki itu lagi. Tangan Rana menggeletar. Rana manjatuhkan tangannya perlahan lalu memalingkan wajahnya kearah lelaki itu.

Wajah lelaki yang sangat dikenali, sangat dirindui. Rana seperti sukar untuk bernafas. Dadanya turun naik. Mulutnya tidak dapat ditutup. Air matanya tidak berhenti mengalir. Dia tidak percaya, lelaki yang sangat dia rindui hampir dua tahun kini berada dihadapan matanya.

Taehyung yang berpakaian segak dengan winter coat bewarna hijau tua dengan selendang biru yang dikait sendiri oleh Rana. semestinya Rana ingat lagi selendang itu. Rana berdiri menghadap Taehyung yang hanya jarak tiga meter darinya.

“Saya ni… Taehyung. Kim Taehyung. Taehyung yang menculik awak dua tahun lalu. Taehyung yang mencintai awak. Taehyung yang merindui awak, Jung Rana.” Ujar Taehyung .

“Saya dah berjanji akan datang sediri pada awak…” Taehyung melangkah sedikit menghampiri Rana.

“Jangan!” Jerit Rana menghentikan langkah Taehyung.

“Jangan bergerak… saya… saya yang akan datang pada awak.” Kata Rana lalu berlari sekuat hatinya.  Taehyung sudah mendepakan tangannya menanti kehadiran Rana keda

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...