Bab 4;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   4

T I D A K    S E P E R T I     Y A N G     D I  F I K I R K A N   

Mei 2000

“Taehyung! Taehyung!” Panggil seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan dirinya. Taehyung memaling lalu melihat perempuan itu sedang berlari kearahnya.

“Taeyeon! Kenapa ikut Taehyung? Nanti ibu cari macam mana?” Taehyung memegang tangan adik kembarnya yang mengah kerana berlari itu. Taeyeon masih memberikan senyuman.

“Ibu bagi lah. Taehyung nak pergi main dengan Hanbin kan? Taeyeon nak ikut!” Taeyeon yang ceria itu menarik tangan Taehyung pergi dari situ. Taehyung hanya membiarkan. Selama ini pun, Taeyeon banyak menghabiskan masanya dirumah selain disekolah.

TIKK! Hanbin memetik buah jambu dari sebuah pokok tempat dia. NGAP! Hanbin terus menggigit buah itu. Segarnya! Tidak lama selepas itu, kelibat Taehyung dan Taeyeon tiba dibawah pokok tempat Hanbin berada.

“Duduk bawah diam-diam. Taehyung dengan Hanbin nak petik buah.” Kata Taehyung sambil memegang bahu kembarnya itu. Taeyeon memandang Taehyung dengan pelik.

“Err… tapi mana Hanbin? Tak nampak pun?” Tanya Taeyeon yang kehairanan. “Tu ha! Kat atas tu!” Taehyung memucungkan bibirnya sambil mendongakan kepalanya keatas pokok.

Rupanya Hanbin sedang duduk diatas dahan pokok jambu air sambil memakan beberapa biji. Hanbin memandang bawah lalu melihat dua beradik itu sedang memerhatikannya.

“Eh! Hai Taeyeon!”

“Hai Hanbin!” Taeyeon dan Hanbin melambaikan tangan kearah masing-masing. Taehyung sudah bersiap sedia untuk memanjat pokok tersebut. Taeyeon hanya memerhatikan Taehyung yang memijak dahan satu persatu sehingga tiba berhampiran Hanbin.

Taeyeon nampaknya sangat tidak sabar berada dibawah pokok itu. Dia ingin lakukan perkara yang sama seperti Taehyung dan Hanbin. Taeyeon mula memanjat pokok itu tanpa disedari Taehyung dan Hanbin.

Tiba-tiba, dahan yang dipijak Taeyeon itu rapuh lalu patah. BUKK! Taeyeon terjatuh ketanah lalu menangis sekuat hatinya. Taehyung dan Hanbin terkejut apabila mendengar hentakan yang kuat tadi lantas mereka turun dari pokok itu.

“Ha! Itulah! Taehyung dah cakap jangan panjat! Kenapa Taeyeon tak dengar!” Marah Taehyung kerana kedegilan Taeyeon. Taeyeon bertambah sedih apabila Taehyung tidak membantunya. Namun, Hanbin pantas mendapatkan Taeyeon.

“Taeyeon, Taeyeon tak apa-apa? Kat mana sakit?” Tanya Hanbin. Kelakuan Hanbin yang sangat prihatin berjaya menyentuh hati Taeyeon. Wajah Hanbin ditatap dengan penuh rasa terharu. “Auch!” Taeyeon tersentak dari lamunannya apabila Hanbin menyentuh kakinya yang terseliuh itu.

“Macam bengkak je kaki Taeyeon ni. Jom Hanbin dokong hantar Taeyeon ke rumah.” Segera Hanbin mencangkung membelakangi Taeyeon. Taehyung membantu Taeyeon berdiri lalu memeluk leher Hanbin.

“Tengok! Kan dah susahkan Hanbin.” Bebel Taehyung walaupun pada hakikatnya Taeyeon tidak mendengar pun apa yang dibebelkan Taehyung itu. Taeyeon melayan perasaannya waktu itu. Walaupun Taeyeon sudah mengenali Hanbin dari kecil, namun baru kali ini dia mempunyai perasaan sebegitu.

///

Mei 2017

Entah kenapa tengah hari itu Rana terasa rajin untuk singgah di sebuah tempat membeli belah semata-mata untuk mencari farmasi Watson. Sudahlah keretanya dipakirkan di Basement bangunan itu. Tidak ramai pengunjung yang memakirkan kereta mereka disitu.

Selepas hampir dua puluh minit, Rana keluar dengan membawa plastik di tangannya. Tiba-tiba Rana terasa seperti ada orang mengikutnya dari belakang. Rana berhenti lalu memalingkan badannya. Kosong! Tiada siapa pun disitu. Cepat-cepat Rana menuju ke keretanya.

Rana membuka pintu kereta ditempat duduk pemandu.  Dia mencampakkan plastik yang dipengangnya terus ke bahagian kaki penumpang. Belum sempat dia menutup pintu kereta itu, Rana ternampak ada tangan seorang lelaki yang menarik pintu itu daripada tertutup. ZUPPP! Mulut Rana ditekup lelaki itu menggunakan sapu tangan yang sudah pun dibasahi cecair kloroform.

Rana memukul-mukul  tangan lelaki itu sekuat hatinya. Dia juga menekan-nekan hon keretanya namun tiada siapa mendengarnya. Tindak balas cecair itu sangat pantas apabila Rana menarik nafas beberapa kali, dia merasakan badannya menjadi lemah dan kepala sakit. Pendangan matanya hanya samar-samar. DUKKK! Tangannya jatuh saat Rana sudah pun tidak menyedarkan diri.

Lelaki itu cepat-cepat menolak Rana ketempat duduk penumpang hadapan lalu menurunkan sandaran kerusi kereta itu untuk terlihat seperti Rana seolah sedang tidur memandangkan cermin keretanya itu tidak ‘tinted’. Sapu tangan itu dicampakkan sahaja kedalam kereta milik Rana itu.

Mask yang menutup mulutnya tadi dibuka Taehyung. Taehyung mencapai kunci kereta yang digenggam oleh Rana lalu menghidupkan kereta itu. Kereta itu dipandu kesuatu tempat.

///

Setibanya disebuah rumah kecil yang agak usang berdekatan dengan hutan, Taehyung memberhentikan kereta itu. Dia segera mendukung Rana keluar dari kereta tersebut lalu dibawa masuk wanita itu kedalam rumah.

“Argh!” Taehyung mengerang kesakitan apabila luka di tangannya terkena kepala Rana. Lantas Taehyung membaringkan Rana diatas katilnya kemudian keluar semula. Pintu rumah itu dikunci dengan beberapa mangga. Kini Taehyung hanya perlu membawa kereta itu pergi jauh dari tempat persembunyiannya.

Tiba-tiba, telefon bimbit milik Rana berdering. Taehyung melihat nama yang tertera disitu, Hanbin! Taehyung senyum sinis kerana puas.

“Baru kau tahu apa itu kehilangan, Hanbin.” Katanya. Taehyung mencapai telefon itu lalu mematikannya.

Sehinggalah tiba di suatu tasik yang terdapat semak samun bernama Tasik Surak, Taehyung memberhentikan kereta itu lalu mematikan enjin kereta. Taehyung ternampak plastik yang ditinggalkan Rana. Dia melihat isi dalam plastik itu lalu ternampak barang-barang ubatan yang baru dibeli Rana.

Dia tengah cedera ke? Kenapa dia beli ubat-ubat ni? Ah! Bawa sajalah! Bisik Taehyung. Dia terus keluar dari kereta itu sambil menjinjing beg plastik bewarna putih itu. Kereta itu hanya dibiarkan di tasik itu.

Taehyung membuat satu seretan menggunakan tapak kakinya pada rumput yang menghala ke tasik itu. Sengaja dia berbuat demikian. Selepas itu, dia terus pergi sebelum sesiapa melihatnya.

///

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...