Bab 7;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   7

T E M P A T   Y A N G   B E R S E J A R A H   H I T A M    

Jun 2001

Sekolah Rendah Chunpyeong—

PAP! Taehyung menekan hujung pemadam membuatkan pemadam bergambar Spiderman itu terpelanting berhampiran pemadam yang bergambar Power Rangers.

“Alamak! Jauh pula pergi dia!” Taehyung menepuk dahinya apabila menyedari Hanbin pasti akan kalahkannya hanya dengan satu serangan selepas ni. Hanbin ketawa.

“Jagalah kau. Lepas ni kena belanja aku aiskrim!” Desis Hanbin sambil menyinsing lengan bajunya sehingga ke paras siku. Berkerut dahi Taehyung menanti serangan Hanbin.

SREEEETTT! –Cikgu Sunggyu melangkah masuk kedalam kelas lalu membantutkan peluang yang Hanbin ada. Taehyung sudah melekek mentertawakan Hanbin. Hanbin mengetap bibirnya kerana geram. Mereka kembali fokus kepada pembelajaran.

“Baiklah, semua. Keluarkan buku teks kamu. Siapa yang tidak bawa berdiri” Arah Cikgu Sunggyu dengan kayu pembaris berukuran dalam tiga puluh centimeter yang bagaikan melekat pada tangannya.

Semua pelajar sibuk mencari buku teks di dalam beg masing-masing termasuklah dua sahabat itu. Taehyung sudah pun mengeluarkan bukunya namun tidak Hanbin. Terbeliak matanya sukar menerima kenyataan bahawa dia akan dimarahi nanti.

“Mana buku kau?” Tanya Taehyung.

“Aku tak bawa! Macam mana ni?!” Hanbin sudah ketakutan waktu itu.

PAKK! Cikgu Sunggyu melibas rotan pendek ditangannya itu ke meja. Semua perlajar tersentak. “Siapa tak bawa bangun!” Dua orang pelajar sudah bangun dari tempat duduknya kerana tidak bawa buku teks. Hanbin menggigil. Taehyung mengetap bibirnya. Dia berasa kasihan melihat Hanbin yang ketakutan itu.

Taehyung menolak buku teks diatas mejanya itu kearah meja Hanbin lalu berdiri. Tergamam Hanbin dibuatnya. Kepalanya didongakkan melihat wajah Taehyung. Terkebil-kebil mata Hanbin memikirkan perkara itu.

“Ha! Awak bertiga, pergi belakang kelas, angkat tangan sampai waktu mengajar saya tamat.” Arah Cikgu Sunggyu dengan tegas. Taehyung tidak berkata apa-apa lalu terus menuju kebelakang kelas menjalani hukuman bagi pihak Hanbin.

Taehyung yang menyedari Hanbin sedang memandang kearahnya, dia melemparkan senyuman lalu menggerakkan mulutnya tanpa bersuara berkata ‘tidak mengapa’. Taehyung tersenyum.

Ini bukan kali pertama Taehyung menyelamatkan dirinya. Sudah banyak kali. Taehyung sudah seperti penjaga atau penyelamat pada Hanbin. Hanbin jarang mengalami kesukaran setiap kali berada dekat dengan Taehyung. Hanbin sangat menghargai sahabatnya itu.

Bagi Taehyung, ianya adalah perlu. Hanbin seorang anak ahli perniagaan yang ternama. Imej dia dan keluarganya perlu dijaga. Kalau boleh, dia ingin sentiasa melindungi Hanbin kerana dia tahu, Hanbin tidak sentiasa mendapat ‘perhatian’ dari ibu bapanya.

///

Jun 2017 (Satu minggu kemudian…)

Taehyung baru saja pulang dari membeli makanan tengah hari untuk Rana dan dirinya. Dia membuka biliknya, menilau matanya mencari Rana tetapi tiada didalam bilik itu. Taehyung panik. Tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti seseorang sedang memberus lantai dari dalam bilik air bilik itu. Pintu bilik air itu tidak berkunci. Taehyung terus menolak pintu itu.

Kelihatan Rana sedang mencangkung sambil memberus lantai yang kotor itu. Taehyung dan Rana saling berpandangan. Betapa leganya Taehyung melihat Rana berada dihadapan matanya. Taehyung menghembus nafas lega.

“Kau buat apa ni?” Tanya Taehyung. Rana terus berdiri sambil memegang berus ditangannya. Taehyung bersangka bahawa Rana cuba untuk melarikan diri lagi.

“Tak mungkinlah saya masak dalam tandas ni. Awak nampak saya tengah berus maknanya saya tengah cuci tandas ni lah. Nampak sangat saya ni orang pertama yang guna tandas ni, kan? Awak pun tak pernah mandi di sini.” Balas Rana.

Tiba-tiba Rana baru tersedar dengan kata-katanya yang terakhir tadi. Rana! Apa yang kau cakap ni?! Rana menepuk dahinya. Taehyung merapati Rana.

“Jadi kau bersihkan sebab kau nak aku mandi di sini? Tandas bilik ni? Kenapa kau tak cakap awal? Kalau tak aku boleh je nak mandi kat sini. Kalau itu yang kau nak…” Taehyung sengaja mengusik Rana yang sudah kemerahan itu.

“Jangan merepek lah. Awak tak boleh mandi dalam ni…” Rana cuba menutup malunya.

“Kenapa pula? Ini rumah aku.”

“Tapi saya yang bersihkan, saya seorang je boleh guna.”

“Kalau macam tu kita sama-sama lah…” Taehyung masih tidak mengalah. Dia suka melihat Rana malu-malu begitu. Baginya gadis itu sangat comel.

Rana Tergamam. Sama-sama?! Urgh Jung Rana apa yang kau fikir ni?! Rana menidakkan perasaan. Dia cuba mencari topik lain. Tiba-tiba dia ternampak plastik bungkusan yang dijinjing oleh Taehyung. Rana terus mencampakkan berus ke dalam baldi.

“Wah! Awak beli apa ni? Jjajangmyeon?! Sedapnya! Jom makan! Saya dah lapar ni.” Rana mengambil plastik dari tangan Taehyung lalu melihat isi dalamnya.

Cepat-cepat Rana membentangkan surat khabar diatas lantai sebelum meletakkan plastik itu diatasnya. Taehyung turut duduk bersila berhadapan dengan Rana seperti biasa. Mereka sama-sama menikmati makanan tengah hari.

Taehyung memandang Rana yang sangat comot apabila kuah jjajangmyeon itu mewarnai sekeliling bibirnya. Taehyung tersenyum kecil. Dia ni memang lain dari hari pertama aku nampak dia. Makin lama aku kenal, makin banyak tebiat aku nampak. Rana, Rana. Bisik Taehyung dalam hati.

Taehyung mencapai beberapa helai tisu dari atas meja kecil lalu tonyoh-tonyoh mulut Rana untuk membersihkan kesan kuah itu. Terkebil-kebil mata Rana terkejut dengan tindakan Taehyung.

(A/N: ‘tonyoh-tonyoh’ is perbuatan macam menunjal-nunjal or menolak-nolak)

“Awak, sakitlah. Bukan macam tu caranya.” Kata Rana dengan sedikit geram. “Habis tu mecam mana?”

Rana mencapai tisu baru lalu mengangkat punggungnya sedikit sambil tangan kirinya menongkat badannya, tangan kanannya mengesat bibir Taehyung dengan perlahan dan lembut. Ternyata bibir Taehyung juga agak comot

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...