Bab 6;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   6

K E B A H A G I A A N   Y A N G   T A K   P U N Y A   

 

Sept 2000

Hanbin menolak perlahan pagar kayu yang sudah reput dan hampir tertanggal itu. Matanya menilau kesekeliling rumah yang juga diperbuat daripada kayu. Dia mencari seseorang, Taehyung.

“Taehyung! Tae! Taehyung!” Hanbin memanggil sahabatnya itu.

Tiba-tiba seorang wanita berusia lingkungan akhir 30-an keluar lalu menyambut Hanbin yang senyuman. Hanbin juga turut tersenyum sehingga menampakkan baris giginya.

“Annyeonghaseyo.”  Hanbin menyapa wanita itu merangkap ibu kepada Taehyung.

“Eo, Hanbin cari Taehyung ke?” Tanya ibu Taehyung.

“Ya, Mak Cik. Taehyung ada dalam rumah?”

“Dalam rumah tak ada. Belakang rumah adalah. Dia ada dengan pakcik tengah bertukang kat bangsal belakang rumah. Pergilah tengok. Ke nak makcik tunjuk kamu jalan?” Kata Ibu Taehyung yang ramah seperti Taehyung juga. Hanbin ketawa kecil.

“tak apa, makcik. Saya boleh pergi sendiri.”

Hanbin meninggalkan halaman hadapan rumah itu lalu melangkah menuju ke bangsal yang dimaksudkan Ibu Taehyung itu.

PAKK! PAKK! Hanbin terdengar beberapa bunyi ketukan dari sebuah bangsal. Dia melihat sahabatnya, taehyung bersama ayahnya sedang mengerjakan sesuatu. Taehyung yang menghadap Hanbin ketika itu terlebih dahulu menyedari kehadiran rakannya itu.

“Eh, Hanbin!” Taehyung ternyata gembira dengan kehadiran Hanbin. Dia melambaikan tangannya tanda mengajak Hanbin untuk datang dekat dengan dirinya.

Hanbin mula melangkah dengan senyuman apabila Ayah Taehyung melihat kearahnya.

“Pakcik apa khabar?”

“Sihat. kau sihat, Hanbin?”

“Saya sihat, pakcik.”

Hanbin melihat gergaji yang dipegang oleh Ayah Taehyung. Dia kemudian melihat beberapa papan kayu diatas meja.

“Hanbin, aku dah minta ayah aku buatkan senapang kayu. macam yang kau cakap hari tu! Lepas ni aku tak payah jadi penjenayah lagi. Aku nak jadi polis!” Kata Taehyung dengan bersemangat.

“Yeay! Lepas ni boleh kita main polis-polis lagi!” Balas Hanbin.

“Habis tu kalau Taehyung jadi polis, Hanbin pun jadi polis, siapa nak jadi orang jahat?” Ayah Taehyung sengaja mencelah.

“Ayahlah jadi orang jahat!” Taehyung ketawa sambil menunding jari pada ayahnya.

“O, ayah orang jahat, ya? Mari sini ayah tunjuk macam mana jadi orang jahat!” Ayah Taehyung mengejar Taehyung lalu menggeletek badan Taehyung. Taehyung menolak-nolak ayahnya disuruh berhenti. Dia tidak berhenti ketawa ketawa terlalu geli.

Tanpa disedari, Hanbin tersenyum sendiri melihat celoteh ayah dan anak itu. Alangkah gembiranya jika dia juga dapat bergurau begitu dengan ayahnya. Kalau Taehyung cemburu dengan kekayaan yang Hanbin punya, Hanbin pula cemburu dengan kebahagiaan Taehyung yang dia tidak ada.

///

Mei 2017

Kepalanya yang disandar pada dinding tersengguk membuat Rana terbangun dari lenanya. Keadaan bilik itu gelap kerana malam sudah menjelang. Rana meraba meja itu untuk mencari lampu kecil. Dia menghela nafas beratnya. Dia cuba mengingat semula mimpi yang dia alami tadi. Mimpi tentang ibu bapanya.

Jika sebelum ini, dia teringin sekali keluar dari rumah itu apabila orang tuanya memaksanya bertunang dengan Hanbin. Dia sudah tidak tahan dengan kongkongan ibu bapanya sedari dia kecil. Semua yang dia lakukan adalah arahan dari orang tuanya.

Apabila dia dipujuk banyak kali, Rana mengalah kerana dia juga memikirkan perniagaan keluarganya yang banyak bergantung dengan keluarga Hanbin. Bila sudah bertunang, di suruh pula memikat hati Hanbin yang dia sendiri tidak cintai itu. Rana bagaikan boneka yang dikawal ibu bapanya. Tiba-tiba dia Rasa berasa bersyukur kerana diculik.

Rana menyelak plastik putih yang berisi kimbab segiitiga beserta air mineral yang tidak disentuh Taehyung. Ini bermakna Taehyung tidak makan dari petang tadi. Atau dia keluar dan makan di luar? Rana masih memikirkan lelaki itu. Dia rasa bersalah kerana menyebabkan tangan lelaki itu berdarah semula. Rana menjadi teringin untuk berjumpa dengan Taehyung.

Rana menghampiri pintu. TUK! TUK! Rana mengetuk pintu itu beberapa kali. “Aw…awak?”

CKAK! Tombol itu dibuka dari luar. Cepat-cepat Taehyung masuk supaya Rana tidak dapat melihat kearah ruang luar biliknya itu. Rana mengalihkan pandangannya apabila Taehyung hanya memakai singlet putihnya seperti biasa.

“Kau nak apa?”

///

Jalan Raya Hongdae

“Buka Encik!” Seungkwan mengetuk tingkap kereta setiap satu kenderaan yang sudah berderet sepanjangan jalan raya tersebut. Sebaik  tingkap dibuka, Seungkwan menilau semua penumpang dalam kereta itu.

“Encik nak cari penculik tu ke?” Tanya pemandu kereta tersebut

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...