Bab 1;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   1

B U K A N   I N I   Y A N G   M E R E K A   M A H U K A N

Mereka serentak memandang dua pasangan yang berusia lebih dari separuh abad yang duduk bersembang diruang tamu. Sedangkan mereka berada disatu sudut luar rumah yang menampakkan isi dalam rumah itu. Rana dan Hanbin memandang antara satu sama lain. Sesekali mereka cuba untuk mengalihkan pandangan kerana berasa janggal.

“Selamat bertunang, Jung Rana.” Kata Hanbin.

Rana menggenggam jari jemarinya. Apa yang dia perlu lakukan? Apa yang dia perlu rasakan? Pasangan lain bahagia dihari pertunangan mereka. Tapi dia? Tangan kirinya menyentuh cincin bewarna silver yang baru sahaja disarungkan oleh bakal ibu mertuanya.

“Awak juga.” Balasnya.

Hubungan keluarga Hanbin dan Rana sangat rapat sejak mereka berusia enam belas tahun. Waktu itu, keluarga Hanbin baru sahaja berpindah ke Bandar untuk meluaskan perniagaannya, mereka bekerjasama dengan keluarga Rana sejak sepuluh tahun itu. Hanbin dan Rana tidak lebih dari hanya bersahabat dari kecil.

Namun, semakin mereka dewasa, masing-masing sudah membawa diri. Kini, Rana merupakan seorang pakar psikologi yang bekerja di Hospital Gangnam manakala Hanbin berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang Inspektor, Inspektor Kim Hanbin.

“Awak jangan lah rasa terbeban dengan pertunangan ni. Saya tidak akan menghalang apa sahaja yang awak ingin lakukan.” Ujar Hanbin sambil memasukkan tangannya kedalam seluar slack hitamnya.

“Awak tak perlu risau tentang saya. Tapi… macam mana dengan teman wanita awak?" Hanbin tersentak dengan soalan itu. Dia tersenyum pahit. Terus wajah wanita itu bermain difikirannya. Hanbin menundukkan kepalanya.

Momo memandang telefon bimbitnya dengan perasaan yang sangat kecewa dan hampa. Momo memejamkan matanya lantas beberapa butir air matanya mengalir jatuh ke pipi. Walaupun dia nampak kasar dari segi fizikal, namun, dia masih seorang perempuan. Perempuan yang masih mempunyai perasaan.

Momo menghempas lembut telefon bimbitnya diatas meja. Ditekup wajanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Tangisannya hanya didengari oleh dirinya sendiri. Lelaki yang dia cintai kini bertunang dengan wanita lain. Walaupun ianya hanya pertunangan, entah mengapa, hatinya begitu hancur.

“Sepatutnya saya, Hanbin. Sepatutnya saya…” Momo semakin menangis. Dia terus mengimbas kenangan-kenangan manisnya bersama Hanbin sebelum Hanbin membuat keputusan untuk bertunang dengan wanita lain.

Ibu pejabat Polis Daerah Gangnam-

Hanbin menolak pintu masuk pejabatnya. Lantas dia terpandang meja yang berada berdekatan pintu itu. Tiada penghuni. Mungkin masih tidak masuk kerja lagi. Hanbin menghampiri meja itu. Dia menyentuh plag yang tertulis nama tuannya; Hirai Momo. Hanbin merenung dengan perasaan sebak. Jauh disudut hatinya, dia sangat merindui wanita itu.

“Hanbin-ah!”

Hanbin tersentak apabila mendengar namanya. Hanbin terus memalingkan pandangannya kearah suara itu.  “Selamat pagi, Tuan!” Lantas Hanbin mengangkat tangannya lalu diletak tegak diatas kening sebagai tabik hormat.

“Kya! Tahniah, tahniah. Tak sangka dalam kesibukan kamu, kamu ada teman wanita rupanya.” Kata Ketua Jabatan Unit yang Hanbin bertugas kini; Ketua Lee.

“Ya, Tuan.” Jawab Hanbin pendek dengan senyum pahitnya. Ketua Lee menepuk belakang Hanbin beberapa kali.

TAP! TAP! TAP! Bunyi tapak kaki kedengaran dari luar pejabat membuatkan mereka terdiam seketika. Tidak lama kemudian, pintu dibuka. Seorang lelaki yang berumur diawal 20-an masuk membawa beberapa helai kertas putih dengan keadaan yang kelam-kabut.

“Eo! Ketua Lee! Inspektor Hanbin! Selamat pagi!” lelaki itu terus menabik homat melihat orang atasannya disitu. Pegawai Boo Seungkwan, pemuda yang baru sahaja mula bertugas sebagai pegawai polis. Wajah Seungkwan yang seperti dikejar hantu itu mengundang keresahan kepada Hanbin.

“Seungkwan-ah, kenapa ni?” Tanya Hanbin.

“Inspektor, kita ada informasi baru tentang penjenayah tu!” Kata Seungkwan dengan bersemangat sambil menunjukkan kertas-kertas ditangannya kearah Hanbin. Hanbin tersentak mendengarnya. “Kami masuk dulu, Tuan.” Kata Hanbin kepada Ketua Lee lalu meninggalkan tempat itu untuk ke tempatnya, Seungkwan turut beredar.

Hanbin menyangkutkan jacketnya lalu duduk diatas kerusi tempatnya. Hanbin menekan punat ‘ON’ pada CPU miliknya. Seungkwan turut melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Hanbin.

“Apa informasi yang kau dapat, Seungkwan? Tunjuk Hyung!” Kata Hanbin. Seungkwan menyerahkan maklumat-maklumat itu pada Hanbin. Hanbin meneliti setiap perkataan dalam kertas itu.

“Ini…”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...