Bab 12;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   1 2

S U K A ,   I T U   S E B A B N Y A

Disember 2002 – Tasik Surak

BUKK! Bebola sajli yang dibentuk oleh Taehyung tadi dibalingnya kearah Hanbin. Hanbin tidak sempat mengelak lalu bebola salji itu terkena kepalanya. Tenyata kepalanya lebih keras. Bebola salji itu berkecai namun meninggalkan sisa pada rambut juga pakaian Hanbin.

“Hoi! Jagalah kau!” Teriak Hanbin. Dia membalas serangan Taehyung tadi. Taehyung sempat mengelak. Berlari Hanbin mengejar Taehyung.

“Merongggg!” Usik Taehyung sambil mejelirkan lidahnya.

Walaupun salji menebal, sejuk yang bukan calang-calang, tidak menjadi masalah untuk mereka bermain dengan gembira seperti selalunya. Tampak gembira sekali mereka dengan gelak tawa yang terpancar dari wajah. Sesekali Hanbin menarik Taehyung lalu merangkul leher temannya yang nakal itu.

Setelah kepenatan, keduanya terbaring bersebelahan diatas timbunan salji itu. Memang seronok bermain waktu musin sejuk, badan akan terasa hangat. Keduanya memandang kearah langit.

“Taehyung-ah.”

“Eo…”

“Aku dengar budak Yuju tu suka kan kau?”

“Tchh… kau ni dengar saja gossip-gossip tu. Mana ada lah!” Nafi Taehyung. Hanbin ketawa kecil melihat sahabatnya yang seperti menggelabah apabila ditanya.

“Siapa cinta pertama kau?” Tanya Hanbin.

“Cinta pertama aku? Tak ada lagi…”

“Yelah tu! Kau sekarang pandai nak berahsia dengan aku, ya!” Hanbin tidak berpuas hati. Dia menepuk dada Taehyung perlahan.

“Betul lah! Buat apa aku nak tipu! Kau tu? Dah ada cinta pertama ke?”

“Aku… pun tak ada lagi…” Balas Hanbin.

“Tengok!”

Mereka ketawa serentak. Suasana kembali senyap. Langit tidak terlampau cerah, namun tidak terlampau gelap dek matahari yang samar-samar kelihatan. Taehyung terfikir sesuatu yang dia sudah lama pendam.

“Hanbin-ah…”

“Eo…”

“Aku rasa, Taeyeon sukakan kau.”

“Tahu.”

“Tahu?”

Hanbin mengangguk perlahan sebelum matanya dilirikan kearah Taehyung disebelahnya sambil tersenyum. Hanbin sudah agak pasti Taehyung akan buka juga topik mengenai adik kembarnya itu.

“Sejak masuk sekolah menengah, kau pun nampak dia selalu nak dekat dengan aku. Aku bukannya tak sukakan Taeyeon, cuma…”

“Tak apa, Hanbin. Aku faham kau tak boleh paksa perasaan kau. Bila kau dah bersedia nanti, bagitahu dia. Aku tak nak Taeyeon kecewa, dalam masa yang sama aku tak nak kau rasa bersalah juga.” Kata Taehyung menyentuh hati Hanbin.

Betapa sahabatnya itu sangat mengerti apa yang dirasakan. Hanbin menganggukkan kepalanya sambil melemparkan senyuman.

...

 

 

 

September 2017 – Di Happy Day Café

Momo meletakkan semula minumannya diatas meja setelah dihirup beberapa kali. Minumannya yang penuh satu jam yang lalu kini habis tanpa meninggalkan sisa. Momo menongkat dagunya sebelum melirikan anak matanya kearah jam dinding café itu.

“Mana dia ni… padahal dia yang ajak keluar.” Omel Momo sendirian. Dia cuba menghubungi Hanbin namun tiada jawapan.

Hari ini Momo dan Hanbin off-day. Kebetulan. Satu-satunya hari dalam setahun yang ideal jika mereka mahu keluar bersama. Namun itu semua mengecewakan Momo. Hanbin tidak kebiasaannya begini. Tetapi sejak kes penculikan Rana, Hanbin menjadi sangat sibuk sehingga tiada masa untuk diluang untuk dirinya sendiri. Ditambah pula dengan desakan keluarganya. Momo sangat kasihan melihat teman lelakinya itu.

Momo sudah tidak mahu menunggu. Dia mengambil keputusan untuk pergi. Sebaik saja tiba dipintu kedai, seseorang membuka pintu itu sebelumnya. Lelaki itu berpeluh sehingga tampak basah pada bajunya.

“Sayang!” Kata lelaki itu. Terkejut Momo dibuatnya. Panjang umur. Bisiknya.

“Awak! Kalau seminit lambat tadi mungkin awak tak jumpa saya tau!” Momo seakan merajuk. Bibirnya dimuncungkan. Hanbin serba salah. Tangannya pantas mencapai tangan Momo dihadapannya.

“Sorrylah sayang, saya ke office tadi…”

“Office? Awak kan off-day hari ni…”

“Memang, ada barang tertinggal.” Hanbin menunjukkan senyuman ngadanya. Namun masih tidak dapat mengatasi rajuknya Momo. Momo hanya melepaskan senyuman pahit.

“Sudahlah, dekat mana awak parking kereta?”

“Sana.” Jawab Hanbin sambil menunjuk kearah keretanya. “Kita berbual dalam kereta saja.” Balas Momo lalu melangkah pergi meninggalkan Hanbin seorang.

GULP! Hanbin tersentak.

“Eh! Nanti! Nanti!!!!” Hanbin cuba mengejar Momo yang sudah semakin menghampiri kereta miliknya. Nasib baik sempat Hanbin mencapai tangan Momo lalu menghentikan langkahnya. Momo tak faham. Kenapa dengan Hanbin hari ni? Gemuruh semacam sampai berpeluh. “Tunggu sini.”

Hanbin berjalan mengundur memastikan Momo tidak bergerak dari tempatnya. Perlahan-lahan dia menghampiri pintu belakang kereta. Hanbin buka pintu itu lalu memberi isyarat pada seseorang didalam kereta supaya keluar dari situ.

Tiba-tiba—keluar seorang pemuda lelaki menarik kain rentang putih beserta beberapa belon yang dibiarkan terapung diudara. Seungkwan? Momo terkejut. Tambah terkejut apabila kain rentang itu bertulis 'Happy 7th Relationship Anniversary, My Love, Momo.'

“Surprise!” Teriak Seungkwan dengan wajah terpaksa senyum. Pasti tadi Hanbin ke pejabat untuk memaksa Seungkwan ikut menyempurnakan kejutan ini.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...