Bab 5;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   5

C U B A    L A R I K A N    D I R I  

Sept 2000

Taehyung kecil memandang kekiri memerhatikan adik kembarnya, Taeyeon yang asyik tersenyum sambil membelek-belek bekal makanannya. Berkerut dahi Taehyung memikirkan kelakuan Taeyeon yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. Mereka berdua sedang berdiri dihadapan rumah Hanbin, menunggu sahabat itu untuk ke sekolah bersama.

“Taeyeon ni tak pernah-pernah pergi sekolah sama-sama dengan Taehyung. Hari ni tiba-tiba pula…” Taehyung memulakan perbualan. Taeyeon memandangnya lalu tersenyum.

“Apa salahnya, kan? Mulai hari ni Taeyeon akan kesekolah sama-sama dengan Taehyung.”

“Apa?!” Taehyung tersentak mendengar kata-kata itu.

KREKKK! Pintu pagar kecil dibuka oleh seseorang. Kelibat Hanbin mula kelihatan. “Tae-ya, sorry aku lambat!” Kata Hanbin tanpa menyedari kehadiran Taeyeon. Taehyung pada awalnya berada bersebelahan Hanbin ditolak lembut oleh Taeyeon. Terkejut Taehyung melihat aksi Taeyeon sebentar tadi.

“Selamat pagi, Hanbin!” Taeyeon menyapa Hanbin dengan senyuman yang menampakkan giginya.

“Eh, Taeyeon! selamat pagi!” Riak wajah Hanbin terlihat sangat teruja melihat kehadiran adik kembar kepada sahabat baiknya itu.Taeyeon dan Hanbin mula berjalan beriringan meninggalkan Taehyung sedikit di belakang mereka yang ligat memikirkan sesuatu.

“Kenapa dengan Taeyeon ni? Pelik pula aku tengok. Seronok semacam je bila dapat jumpa Hanbin sampai aku pun ditolak ke tepi. Selalu tak ada pun kisah pasal Hanbin.” Taehyung bercakap sendirian. Taehyung berlari kearah dua orang itu lalu mereka menuju ke sekolah bertiga untuk pertama kalinya.

///

Mei 2017

Beberapa pasang anak mata itu ligat menilau selurun skrin tayangan CCTV yang dipasangkan oleh pekerja tempat membeli belah selepas mendapat arahan daripada pegawai polis.

“Mana dia parkirkan kereta dia? Semua tempat tak ada.” Ujar Seungkwan. Hanbin mengetapkan bibirnya. Dia tidak dapat berfikir apa-apa waktu itu. Dia hanya perlukan kepastian sahaja.

Yoongi tiba-tiba mendapat idea. Dia meleraikan pelukan tubuhnya lalu menongkat tangannya pada meja “Cuba tengok di basement.” Katanya.

“Eey, tak mungkin lah di basement, berani sangat tu.” Seungkwan seperti menidakkan cadangan Yoongi.

“Betul tuan, di basement biasanya tidak ramai orang waktu pagi. Tak mungkin mangsa…” Pekerja itu belum lagi menghabiskan kata-katanya—

“Lagi senang kerja penculik itu kalau tak ada orang. Buka sekarang.” Yoongi mencelah. “Baik, tuan.”

Yoongi memandang Hanbin yang tidak berkata sepatah pun dari tadi. Hanbin kelihatan serius memerhatikan ulang tayang CCTV disitu. Sesekali Yoongi terfikir, Kenapa Hanbin nampak risaukan tunang dia sedangkan dia dan Momo bercinta. Fikir Yoongi.

Sebenarnya beberapa hari yang lalu, sewaktu kejadian rompakan di bank, Yoongi menjadi saksi babak Hanbin dan Momo sedang bercumbu. Terkebil-kebil matanya melihat dua orang rakan sekerja yang rupanya menyembunyikan hubungan mereka selama ini walaupun pada hakikatnya Hanbin sudah bertunang.

“Jumpa!” Teriakan perlahan pekerja itu menghentikan lamunan Yoongi tadi. Semua yang berada disitu termasuk Hanbin berkerumun untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri.

Segalanya jelas.

“Kita boleh jejak kereta dia. Encik tolong zoom pada nombor plat kereta itu.” Seungkwan bertindak bijak sambil menunjuk sesuatu pada skrin menggunakan hujung jari telunjuknya.

Hanbin menggenggam tangannya membentuk penumbuk. Tak guna, Taehyung. Mana aku nak cari kau!

///

Taehyung membuka matanya lalu memandang sekeliling, gelap! Taehyung meraba-raba mencari lampu kecil diatas meja lalu menghidupkannya. Taehyung melihat jam ditangannya menunjukkan pukul 8.21 malam. Bilik yang tidak mempunyai tingkap seperti itu sememangnya sangat gelap pada waktu malam.

Mata Taehyung terpandang pada susuk tubuh Rana yang sedang tidur bersandarkan almari bajunya. Taehyung menghampiri Rana, pandangannya dialihkan pada bekas kimbab yang sudah kosong. Taehyung menghembus nafas pendek. Tahu pun lapar! Taehyung mencapai tuala mandinya lalu keluar dari bilik itu.

Tidak lama selepas itu, Rana perlahan membuka matanya. Matanya menilau atas bawah kiri kanan sebelum menyedari keadaan sebenar. Rana mengeluh. Dia berharap apa yang berlaku segalanya adalah sebuah mimpi namun tidak. Dia menoleh kearah katil, katil itu kosong.

KIOKK! Pintu itu bilik itu terbuka menyentapkan Rana yang sedang mengelamun. Kelibat Taehyung yang jelas seperti baru selepas mandi bersama tuala biru yang membelit badannya. Namun, hanya bahagian tangan kanannya sahaja yang tidak basah. Tangan yang mempunyai luka tembakan. Taehyung memandang Rana.

“Dah bangun?” Tegur Taehyung dengan bersahaja. Rana tidak menjawab soalan lalu melirikkan matanya kearah lain.

“Aku nak buka tuala ni. Tutup mata.”

What?! Terbeliak mata Rana mendengar kata-kata Taehyung itu. Dia menyangka Taehyung hanya bergurau namun lelaki itu benar-benar menyalin pakaian disitu. Cepat-cepat Rana menutup matanya menggunakan kedua-dua tapak tangannya. Dia ni tak malu ke?!

“Dah siap.” Kata Taehyung.

Rana membuka matanya lalu menghembuskan nafas yang berat sambil mengurut-urut dadanya. Taehyung hanya tersenyum didalam hati. Rana melihat Taehyung menepuk-ne

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...