Bab 15;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   1 5

K A P S U L   M A S A

Februari 2005 – Tasik Surak

Suasana tasik surak yang serba putih dilitupi sajli yang turun hampir seminggu lamanya. Seorang remaja lelaki berusia lima belas tahun duduk memeluk kakinya sambil anak matanya tepat memandang unggun api yang dibuatnya sebentar tadi. Taehyung mengangkat wajahnya memandang bukit diseberang tasik itu. Putih.

Tiba-tiba dia didatangi seseorang. Bahunya dipegang. Taehyung tersentak dari lamunannya. Dia mendongak memandang susuk tubuh orang itu, Hanbin.

“Hanbin? Macam mana kau tahu aku disini?” Tanya Taehyung yang terkejut dengan kehadiran sahabatnya.

“Tch! Tak ada tempat lain lagi aku boleh cari kau. Kalau tak dirumah, mesti disini.” Balas Hanbin lalu mengambil tempat bersebelahan Taehyung.

“Nah, Coklat panas.”

“Terima Kasih.” Sambut Taehyung sambil mengucapkan terima kasih. Mereka dengan serentak menghirup coklat panas masing-masing.

“Taehyung-ah, aku nak minta maaf pada kau.” Kata Hanbin. Taehyung dengan segera memandang sahabatnya itu.

“Kenapa pula? Kau tak ada salah pun pada aku.” Ujar Taehyung. Hanbin tersenyum pahit. Walaupun itu kata-kata dari mulut Taehyung, namun tetap juga dia serba salah.

“Sejak aku sibuk dengan pertandingan kawad sekolah ni, kau selalu sendirian. Aku minta maaf.” Kata Hanbin lagi. Taehyung ketawa kecil sambil meletakkan tangannya diatas bahu Hanbin.

“Itu pun kau nak minta maaf? Hanbin, hanbin. Bukan salah kau pun. Aku faham kau sibuk. Aku sentiasa sokong kau, Hanbin. Kalau lah aku juga diterima dalam pasukan kawad tu…”

“Jangan cakap macam tu! Kau buat aku semakin serba salah!”

“Aku gurau je lah!”

Sengaja Taehyung mengusik sahabatnya itu. Rasanya sudah lama dia dan Hanbin tidak berbual berdua seperti ini. Sungguh dia merindui Hanbin. Melihat wajah Hanbin yang masih lagi dengan kebimbangan, Taehyung cuba untuk meredakannya.

“Hari tu, aku tengok kau berlatih. Bersungguh betul kau. Aku dah nampak ciri-ciri seorang polis dalam diri kau Hanbin! Hilang semua kenangan kau jatuh kolam ikan dulu”

Hanbin ketawa.

“Kenapa kau ingat lagi benda tu! sampai bila kau nak ungkit pasal aku jatuh longkang tu?” Geram pula Hanbin dibuatnya,

“Sebab kelakar! Kau ingat tak masa kau bangun, ada ikan dalam poket kau? Aku tak akan lupa benda tu! Aku nak bagitahu anak cucu kau nanti!” Gurau Taehyung lagi.

Mereka sama ketawa apabila mengenang kembali saat-saat itu.

“Eleh, kau dah lupa ke kau pernah mandi cat? Warna putih pula tu sebiji macam orang salji. Aku rasa kalau letak kau kat tengah salji masa tu, mesti tak ada beza!” Ujar Hanbin dengan bersungguh sekali diiringi dengan tawa yang terbahak.

“Aku pun nak cerita semua pada anak kau. Baru dia tahu ayah dia masa kecil macam mana.” Sambung Hanbin lagi.

“Amboi! Bukan main kau ya?!”

Taehyung terus menerkam Hanbin sebelahnya lalu menumbuk-numbuk perlahan. Hanbin masih lagi dengan sisa gelak ketawanya. Tetap sahaja mulutnya mengeluarkan momen-momen yang memalukan Taehyung. Akhirnya, berguling-gulinglah dua sahabat itu dalam sejuk salji Tasik Surak.

.

.

.

.

November 2017

“Kenapa awak suruh saya belikan kertas dengan pen pula ni? Nak main cikgu-cikgu pula?” Taehyung menghulurkan plastik putih itu pada Rana. Rana dengan wajah cerianya menyambut pemberian Taehyung.

“Yahoo! Terima kasih awak. Awak mesti lapar kan? Jom kita makan dulu sebelum memulakan projek baru saya.” Kata Rana.

“Projek? Projek apa pula awak ni?” Berkerut dahi Taehyung terpinga-pinga dengan kata-kata Rana.

“Nanti lah. Kita Makan dulu! Saya masak sedap hari ni.” Rana menarik tangan Taehyung menuju ke meja makan. Taehyung mengalah.

.

.

.

.

Hongdae –

Tiga sahabat berjawatan polis itu berjalan menyusuri kawasan yang terdapat berbagai-bagai jenis restoran disitu. Dari petang tadi, Mereka meneroka seluruh Hongdae, rancangannya untuk menjejaki Taehyung seperti yang diberitahu bahawa Hongdae ini kawasan aktif Taehyung.

“Hanbin-Hyung?! Kenapa bawa saya kesini? Saya tengah diet ni!” Kata Seungkwan sambil tangannya memegang sebiji Heotteok yang baru sahaja dibelinya tadi.

“Dah sepuluh kali kau cakap macam tu. sepuluh kali juga kau singgah kedai beli makanan.” Yoongi dengan dinginnya mengusik Seungkwan dengan kata-kata perlinya itu.

“Eleh, Yoongi-Hyung pun tadi beli juga! Cakap sajalah Hyung pun lapar kan?” Lawan Seungkwan lagi. Yoongi merangkul leher Seungkwan sekuat hatinya. Dicekiknya lelaki itu dengan lengan.

“Kau ni memang nak kena tau! Apahal nama aku tiba-tiba, ha?!!”

“Aduh! Aduh! Ah!” Jerit Seungkwan.

Hanbin menggelengkan kepalanya melihat dua orang rakannya yang seperti anjing dan kucing setiap hari setiap masa itu. Disusuli dengan ketawa Hanbin menghampiri mereka berdua.

“Sudah, sudah, Yoongi.”

Hanbin membantu Seungkwan dengan menarik tubuh Yoongi dari Seungkwan yang hampir tercekik itu. Seungkwan terbatuk kecil lalu sempat lagi dia menyuapkan Heotteok kedalam mulutnya.

“Kau tengok tu, Hanbin! Dia boleh makan lagi!” Rungut Yoongi kepada Hanbin.

“Sabar-sabar. Aku takut nanti rosak terus sistem penghadaman dia kau kerja kan.” Jawab

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...