Bab 9;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   9

J A N G A N   P E R G I   D A R I   A  K U 

December 2001, Sekolah Rendah Chunpyeong.

“Cepat Taehyung! Dah lambat ni!” Teriak Hanbin apabila dia menoleh kebelakang melihat Taehyung yang masih terhegeh-hegeh berlari. Sebenarnya Taehyung tidak selesa dek kasutnya yang basah kuyup dan kotor akibat terpijak lumpur.

Taehyung sudah tidak bersabar lagi. Mereka sudah benar-benar lambat untuk masuk ke sekolah. Mujur Taeyeon sudah ke sekolah lebih awal hari ini. Taehyung mencabut kasut sekolahnya lalu berlari dengan laju bersama Hanbin dengan kakinya hanya beralaskan stokin.

Setibanya dihadapan sekolah, Cikgu Sunggyu merangkap guru disiplin sekolah itu sudah tercegat dihadapan sekolah bersama rotan sukunya itu. Hanbin dan Taehyung masing-masing sudah cuak. Alamak! Macam mana ni?! Taehyung menepuk dahi.

“Ha! Kamu berdua! Mari sini!” Panggil Cikgu Sunggyu. Hanbin dan Taehyung berjalan perlahan sambil kepala tunduk ke bawah menghampiri Cikgu Sunggyu.

“Kim Hanbin?”

“Saya minta maaf, Cikgu.” Ujar Hanbin. Cikgu Sunggyu teringat sesuatu. Bapa Hanbin merupakan salah seorang pemegang saham sekolah itu. Cikgu Sunggyu menjadi takut untuk menghukum Hanbin.

“Hanbin, kamu masuk ke kelas. Kim Taehyung, tadah tangan kamu!”

Hanbin dan Taehyung masing-masing tersentak dengan keputusan Cikgu Sunggyu. Mereka saling berpandangan namun Taehyung terlebih dahulu menarik muka. Biarlah. Kalau dirinya kaya seperti Hanbin, pasti dia juga terlepas. Dunia ini memang tidak adil.

Taehyung menadah tangannya – PAP! Rotan itu hinggap ditapak tangan Taehyung. Matanya automatik terpejam kerana kesakitannya yang bukan kepalang. Hanbin tidak berpuas hati. Dia juga bersalah tetapi dia tidak dirotan.

Kasut sekolah yang dijinjing Taehyung dipandangnya. Kotor berlumpur. Semuanya gara-gara Taehyung menyelamatkannya daripada dikejar anjing liar tadi. Bersungguh-sungguh Taehyung menghalau anjing tersebut sehingga Taehyung terpijak lumpur membuatkan pakaiannya kotor.

“Cikgu! Rotanlah saya juga! Saya pun datang lambat!” Geram Hanbin. Dia menadah tangannya juga seperti yang Taehyung lakukan. Taehyung tidak berkata apa-apa. Dia berasa takut dan sedih dengan Cikgu Sunggyu.

“Tak mengapa, Hanbin. Cikgu maafkan kamu. Lain kali, jangan buat lagi.” Pesan Cikgu Sunggyu.

“Nanti Cikgu…!” Hanbin menghalang Cikgu Sunggyu yang mula melangkah pergi.

“…Saya tak akan beritahu mama dan papa saya kalau saya dirotan. Rotan lah saya juga cikgu. Saya pun bersalah. Bukan Taehyung seorang. Cikgu kena adil.” Desis Hanbin sekali lagi mengangkat tangannya. Cikgu Sunggyu terasa dengan kata-kata Hanbin. Pelajar itu benar.

PAP! Untuk kali pertamanya Hanbin dirotan disekolah. “Terima kasih kerana bersikap adil, cikgu.”

Beberapa minit kemudian, Hanbin dan Taehyung berjalan menuju ke kelasnya. Pelajar-pelajar lain yang ternampak pakaian Taehyung yang kotor itu mengejek-ejek Taehyung.

‘Dah lah miskin, kotor pula tu!’

Taehyung hanya berjalan kehadapan berpura-pura tidak mendengar. Dia masih lagi cuba tersenyum dihadapan Hanbin. Tiba-tiba, Hanbin menarik tangan Taehyung untuk berhenti.

“Tunggu kejap, Taehyung.”

“Kenapa, Hanbin?” Tanya Taehyung yang keliru waktu itu.

Hanbin mencangkung dihadapan Taehyung lalu membuka kasut dikaki kanan Taehyung. Taehyung terkejut dengan tindakan Hanbin. Hanbin juga mencabut kasut sekolah dikaki kanannya.

“Kau buat apa ni Hanbin?”

“Pakailah kasut aku ni.” Kata Hanbin.

Taehyung turut terduduk dilantai menghadap Hanbin. Wajahnya kelihatan resah. “Hanbin-ah…” Taehyung teringin sekali menghalang Hanbin tetapi Hanbin sudahpun menyarungkan kasut Taehyung yang kotor itu.

“Tengok! Saiz kita sama! Kau pakai sebelah, aku pakai sebelah…”

“…Kita sama-sama, Taehyung. Kalau kasut kau kotor, kasut aku pun kena kotor juga. Kalau kau kena marah dengan cikgu, aku pun mesti kena dimarahi. Tak kira apa pun yang terjadi, aku tak akan biarkan kau berseorangan. Kita tak berbeza pun, Taehyung. Kita sama.” Panjang kata-kata Hanbin. Tersentuh hati Taehyung mendengarnya. Dia mencebik sebelum menangis kerana terharu dengan kata-kata Hanbin.

“Janganlah nangis! Nanti aku nangis juga!” Kerana melihat Taehyung menangis, Hanbin turut menangis sama.

“Kenapa kau menangis?”

“Sebab kau menangis!”

Sudahnya, dua-dua menangis bersama.

///

 

Jun 2017

Rana masih memegang bingkai gambar masa kecil Taehyung. Fikirannya mengelamun memikirkan sesuatu. Tanpa dia sedari Taehyung yang mula melangkah masuk kedalam rumah.

BAM! Plastik-plastik yang dipegang Taehyung terjatuh diatas lantai. Taehyung terkesima melihat Rana berada diluar bilik dan menyentuh barang-barang kepunyaannya. Terutama gambar itu. Rana terkejut lalu memalingkan mukanya kearah Taehyung.

Taehyung bergegas menghampiri Rana lalu merampas gambar d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...