Bab 20;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   2 0

J A D I   R I N D U

Mei 2018 – Penjara Incheon

Rana duduk diatas kerusi menunggu menanti namanya dipanggil untuk masuk kedalam berjumpa dengan penghuni penjara yang satu itu. Sungguh hatinya berdebar. Dia sangat merindui lelaki itu, lelaki yang paling dia cintai.

“Jung Rana-ssi.” Namanya dipanggil. Rana tersentak lalu segera berdiri. Dia menghampiri sebuah kaunter yang terdapat seorang lelaki yang memanggil namanya tadi.

“Saya.” Jawabnya.

“Maaf, Rana-ssi. Penghuni bernama Taehyung tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.” Kata lelaki itu membuatkan Rana kecewa.

Selama hampir lima bulan, Rana datang ke situ tanpa dapat satu pun peluang untuk berjumpa dengan Taehyung. dia sendiri tidak tahu kenapa Taehyung tidak mahu berjumpa dengannya. Sesekali Rana menyalahi dirinya kerana membuatkan Taehyung dijatuhkan hukuman penjara. Adakah Taehyung marah kepada dakwaan yang dilemparkan oleh keluarga Rana? Entahlah.

Rana tunduk kecil lalu melangkah pergi dengan senyuman pahit.

Taehyung-ah. Saya rindukan awak. Bisik hati Rana. Malangnya perasaan rindunya itu tidak dapat dibayang oleh sesiapa pun. Rana tidak mengalah. Mungkin Taehyung belum bersedia hatinya untuk bertemu Rana lagi. Ketika di penjara itu, hati Rana terasa sangat dekat dengan Taehyung.

Rana menghentikan langkahnya. Dia memandang belakang, bangunan yang menempatkan pesalah-pesalah di Negara itu. Namun, baginya Taehyung bukanlah pesalah. Betapa dia mengharapkan masa berlalu pantas agar Taehyung segera dibebaskan.

Saya akan datang lagi, Taehyung.

.

.

.

Pejabat Polis Daerah Gangnam

Komputer riba itu dilipat kemas selepas semua sistem didalamnya dimatikan oleh Momo. Semua laporan - laporan yang tertunggak sudah habis dilangsaikan. Dia menyatukan semua kertas-kertas yang baru sahaja dicetak untuk diberi kepada Hanbin untuk disemak.

Momo mengeluh. Bagaimana dia mahu bersemuka dengan lelaki itu? Sudah hampir lima bulan dia tidak bercakap dengan sepatah pun dengan Hanbin walaupun berkali-kali Hanbin cuba menjelaskan sesuatu kepadanya. Sebenarnya perasaan kecewa itu pasti ada, ya, kecewa.

Momo keluar dari bilik itu

BAAAAMMMM! Berterabur kertas-kertas ditangannya selepas dia terlanggar seseorang yang dia tidak pasti siapa orangnya. Disebalik kertas-kertas yang berterbangan itu, Momo sempat memandang lelaki itu…

Lelaki yang dia kasihi, yang dia rindui – Kim Han Bin

Momo terpaku namun anak matanya melihat Hanbin yang sedang mengutip kertas-kertas miliknya. Tiba-tiba dejavu menghantui fikirannya. Dia teringat sewaktu kali pertama dia bertemu dengan Hanbin pada zaman Universiti dahulu. Keadaan yang sama, waktu itu, Hanbin mengutip buku-bukunya yang berterabur.

Lalu Hanbin bangun dengan senyuman. Kali pertama waktu itu, dia jatuh cinta terhadap lelaki itu.

“Ini laporan yang awak nak beri pada saya ke?” Tanya Hanbin. Sejurus itu, lamunan Momo sebentar tadi tergendala. Momo kembali kepada realitinya.

“…er… ya, saya lupa nak stapler…” Momo gugup. Dia mengambil kertas-kertas itu dari tangan Hanbin lalu beredar dari situ.

“Tunggu dulu, Hirai Momo” Tegur Hanbin. Momo menghentikan langkahnya tanpa menoleh kebelakang.

Hanbin berjalan perlahan menghampiri gadis kesayangannya itu.

“Saya tahu awak kecewa... Lelaki yang awak banggakan sejak tujuh tahun lalu rupanya bukanlah lelaki sehebat yang awak sangka. Lelaki ini punya kisah silam yang menjadi satu-satunya benda yang paling dia takuti. Lelaki ini punya dosa yang tidak akan terbalas di dunia… lelaki ini tiada guna…” sebak suara Hanbin menyentuh sanubari Momo saat itu.

Setitik, dua titik air mata Momo mengalir. Jari jemarinya digenggam rapat.

“Hirai Momo, saya pernah beritahu awak. Cinta pertama saya pergi, tanpa kerelaan saya, keluarganya, malah dirinya sendiri. Hadirnya awak dalam hidup saya, menjadikan saya kuat sehingga ke hari ini. Awak tahu apa yang membuatkan saya jadi teringat pada dia ketika melihat awak?...”

“…kesetiaan. Beruntungnya saya merasa dua cinta dari wanita berbeza. Cuma yang dahulu, pergi bawa cinta dia bersama… sekarang, saya cuma ada awak seorang…” Kata Hanbin lagi.

Momo memejamkan matanya, semakin deras melimpah air mata itu. Rupanya kesetiaan dirinya selama ini mengingatkan Hanbin pada cinta pertamanya. Hanbin menyusun kata-katanya lagi.

“Banyak kali saya cuba cari peluang untuk menceritakan semua ni pada awak. Tapi saya takut awak tinggalkan saya. Sebab selepas peristiwa itu, saya sudah tidak mahu kehilangan orang-orang yang saya sayang. Dan satu-satunya benda yang paling saya takut sekarang,… kehilangan awak.” Hanbin cuba meneruskannya lagi.

“…Saya cintakan awak, Hirai Momo. Saya cintakan awak sepenuh hati saya...”

Hanbin menundukkan kepalanya sambil memejam rapat matanya. Dia masih dihimpit rasa bersalah. Dia hampir putus asa. Dia lega, dia sudah buat Momo mendengar semuanya, kini terserah pada Momo. Jika Momo masih menerimanya, dia terima. Namun jika Momo pilih untuk pergi, dia juga terima.

Suasana menjadi sunyi. Kedua-dua mereka meneroka lamunan masing-masing. Tidak lama kemudian, Momo memusingkan badannya memandang Hanbin dengan air mata yang masih membasahi pipi mulusnya. Dia menghampiri Hanbin yang terpejam matanya sambil menundukkan kepalanya.

SUPP! Kedua tangan Momo merangkul leher Hanbin lalu menarik lelaki itu kedalam dakapannya. Hanbin terkejut membuatkan dia terdiam.

“saya sedar, saya tak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...