Bab 13;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   1 3

S E B E L U M   M U S I M   S E J U K

Oktober 2017

Pagi itu, Rana terlebih dahulu membuka matanya melihat wajah lelaki yang dirinduinya yang masih ketiduran. Malam tadi Taehyung balik lewat. Namun Taehyung sudah mengingatinya untuk tidak menanti kepulangannya. Rana mengukir senyuman.

Betapa dialah orang paling bahagia setiap pagi. Rana mengusap lembut wajah penat Taehyung itu. satu kucupan diberikan. Tangan Taehyung yang merangkul pinggangnya dialihkan. Rana bangun dari katil untuk membersihkan dirinya.

Rana sudah terbiasa denagn rutinnya dirumah itu. hari itu, sudah masuk bulan ketiga Rana berada dirumah itu. setiap susun atur rumah itu, sudah dia hafal. Dulunya, rumah itu sangat dipenuhi kegelapan. Tingkap Taehyung yang sudah bertahun tidak buka, dipujuknya Taehyung supaya dibuka. Setiap habuk juga dibersihkan. Tiada sedikit pun kekotoran dirumah itu setelah dijaga oleh Rana.

Barang-barang rumah itu juga, sedikit demi sedikit akhirnya penuh memenuhi ruang. Rana tidak minta, tetapi Taehyung yang mahukan Rana selesa berada dirumah itu.

Rana terpandang satu sudut yang menampakkan polaroid-polaroid dia bersama Taehyung. Katanya, kamera polaroid itu hadiah dari majikannya. Rana mengiyakan saja. Sejak hari itu, penuh lah gambar kenangan mereka di rumah itu. Rana tersenyum lagi mengingati semuannya.

“Rana!” Jerit Taehyung dari dalam bilik. Rana tersentak dari lamunannya. Belum sempat dia tiba ke pintu bilik itu, Taehyung terlebih dahulu muncul dari bilik itu.

“Taehyung, awak…”

SAPP! Terus Taehyung memeluk Rana. Rana mengusap badan Taehyung untuk menenangkannya.

“Lagi?”

Taehyung mengangguk.

Memang sejak beberapa hari ini, Taehyung sering bermimpi buruk. Katanya, dia bermimpi Rana meninggalkannya. Dan itu adalah mimpi paling buruk baginya.

Saya bersedia untuk kehilangan awak. Tapi bukan dengan cara itu…Saya nampak awak ditembak, Rana. Bisik Taehyung dalam hati lalu membenamkan wajahnya dalam dakapan itu.

.

.

.

.

Oktober 2017 – Itaewon

“Inspektor, suspek dapat dikesan. Arah utara.” Suara Pegawai Yoongi keluar dari walkie-talkie milik Inspektor Hanbin.

“Roger.”

Hanbin menyarungkan topi hitamnya sebelum keluar dari kereta polis itu. matanya menilau sekeliling kawasan perumahan yang agak kosong waktu itu. Hanbin berjalan sedikit sehingga kehujung simpang kecil. BAMMM! Seseorang berlanggar dengannya. Orang itu – Kang Daniel!

Belum sempat Hanbin menggarap tubuh Daniel, lelaki itu terlebih dahulu menolak Hanbin sehingga jatuh ke tanah.

“Tak guna!” Marah Hanbin.

“Inspektor! Inspektor tak apa-apa?” Seungkwan muncul dari mana membantu Hanbin untuk berdiri.

“Aku okay. Arahkan team untuk kepung dia!”

“Baik, Tuan!” Pegawai Seungkwan menerima arahan. Mereka berdua terus mengejar lelaki yang mereka ingini pada waktu itu.

Selepas beberapa aksi kejar mengejar, Hanbin mendapat idea untuk masuk ke lorong yang lain. Tepat tekaannya, Daniel pasti muncul dilorong itu. Apabila Daniel ingin melarikan diri dari arahnya datang, ternyata Yoongi terlebih dahulu mengepungnya. Kini Daniel buntu. Ruangannya semua dikepung.

CHKAP!! CHKAP! Kedua-dua mereka mengeluarkan pistol lalu mengacu kearah Daniel. “Jangan nak lari lagi.” Kata Hanbin dengan tercungap mencari udara. Daniel mengalah.

Beberapa minit kemudian, Seungkwan muncul dengan memandu kereta polis. Beberapa pegawai keluar lalu mendapatkan Daniel. Daniel dimasukkan kedalam kereta lalu dibawa kebalai polis Itaewon.

.

.

.

.

.

“Siap dah!” Rana dengan gembira tambah bangganya menayang selendang bewarna biru lusuh kearah Taehyung yang sedang menghirup ramyeon. Hampir saja tersedak! Taehyung menelan dahulu makanan itu.

“Wahh siap juga akhirnya! Cantik!” Kata Taehyung sambil menepuk tangan beberapa kali sebelum sambung menghabiskan makanannya. Rana sangat gembira mendengar pujian dari Taehyung. Tersenyum lebar dibuatnya.

“Cantik kan? Hangat pula tu!” Rana memuji dirinya sendiri. Taehyung ketawa kecil. Dia terfikir sesuatu.

“Awak nak pergi mana musim sejuk ni? Sampai susah-susah buat selendang tebal ni?” Tany

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...