Bab 10;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   1 0

C U M A   A K U   P E R L U K A N   K A U   S E O R A N G

 

 

Mac 2002

Dua kelibat pasangan kembar, Taehyung dan Taeyeon kelihatan berjalan menyusuri jalan kecil melintasi batas-batas sayur milik pekebun-pekebun di kampung itu. Tapi nampaknya wajah Taeyeon tidak berapa gembira seperti selalu dan keadaan itu seakan Taehyung sedang mengejar Taeyeon dari belakang. Beg kecil milik Taeyeon seperti menutupi sesuatu pada punggungnya.

“Taeyeon! Tunggulah dulu!” Teriak Taehyung memanggil adiknya yang semakin laju langkahnya.

“Tak nak! Taeyeon tak nak kawan Taehyung!” Nampaknya Taeyeon seperti memarahkan Taehyung waktu itu. Langkahnya semakin laju menuju ke rumah mereka yang tidak beberapa jauh dari situ.

Pintu pagar kayu yang usang itu ditolak kuat oleh Taeyeong langsung menampakkan susuk ibunya yang sedang duduk dipangkin. Taehyung menyusul dari belakang.

“Ibu!” Jerit Taeyeon sebelum berlari menuju kearah ibunya. Tubuh ibunya itu dipeluk kuat sebelum air matanya mengalir. Habis basah baju ibunya dek air mata yang tidak berhenti mengalir itu.

“Kenapa ni, Taeyeon? Kenapa dengan kain kamu ni?!” Tanya Ibu Taeyeon. Terkejut wanita itu apabila melihat tompokan darah pada bahagian belakang kain sekolah milik Taeyeon.

Taehyung hanya berdiri tidak jauh dari mereka. Kedua-dua tangan Taehyung disatukan, sepertinya dia tahu bahawa dia akan dimarahi nanti. Kepalanya ditundukkan memandang tanah putih halaman rumahnya.

“Darah tembus, ibu! Lepas tu Taehyung, Hanbin dan budak-budak di sekolah tu semua ketawakan Taeyeon!” Adu Taeyeon.

“Mana ada! Taehyung tak ketawakan Taeyeon pun!”

“Taeyeon nampak!”

Ibunya memandang Taehyung dengan padangan sinis. Cepat-cepat Taehyung menundukkan kepalanya. Ibu Taeyeon mengusap belakangnya untuk meredakan kemarahan anak gadisnya itu. Sesekali tangisan Taeyeon semakin perlahan.

“Sudah, sudah. Taeyeon pergi masuk. Sebelum darah tu melekat, cuci betul-betul kain ni, sampai hilang kesan dia, faham? Biar ibu yang marah Taehyung.” Ujar ibunya.

“Baik, ibu.” Taeyeon mengangguk faham sebelum melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Taehyung dan ibunya diluar.

Perlahan-lahan Taehyung melangkah menghampiri ibunya. Dirinya sudah siap untuk dimarahi ibunya.

“Kenapa Taehyung ketawakan Taeyeon? Tak baik buat Taeyeon begitu.” Tegur ibunya dengan penuh bertimbang rasa.

“Taehyung minta maaf, ibu. Taehyung tak tahu Taeyeon marah sampai macam tu.” Bibir kecil itu cuba mengaku kesalahannya. Ibunya menguntum senyuman sambil menghembus keluhan.

“Taeyeon sekarang tengah alami fasa kematangan dia, sebab tu Taeyeon sensitif dengan benda-benda kecil macam ni.” Kata ibunya dengan lemah lembut.

“Fasa kematangan? Kenapa Taehyung tak ada? Taehyung kan abang Taeyeon.”

“Nanti kamu pun merasa, nak. Lepas ni, pergi minta maaf dengan Taeyeon. Boleh?”

“Baiklah, ibu.”

///

 

 

Jun 2017

Saat Rana mencelikkan matanya, wajah lelaki bernama Taehyung yang masih meneroka mimpi itu menjadi tatapannya. Tanpa dia sedar jari telunjuknya menyentuh pipi Taehyung lalu mengusapnya perlahan. Sesekali Taehyung bergerak sedikit, Rana berpura-pura tidur. Rupanya Taehyung tidak tersedar dari tidurnya. Rana menguntum senyuman.

‘Macam manalah wajah tenang macam ni boleh berubah sampai macam tu sekali bila marah?’ bisik hati Rana apabila dia teringat perkara yang berlaku semalam. Betapa dia begitu bahagia apabila menatap wajah itu setiap pagi.

Tiba-tiba Rana mencium bau badannya. Masam! Rana menutup hidungnya. Baru dia teringat baju-baju yang Taehyung belikan untuknya. Perlahan-lahan Rana bangun lalu melangkah tubuh Taehyung disebelahnya untuk turun dari katil.

Sempat lagi Rana melihat wajah Taehyung yang masih tertidur itu. Rana membuka pintu bilik itu. Sudut yang menjadi tempat pergaduhan dia dan Taehyung semalam ditatapnya.

‘aku tak patut kacau privasi Taehyung. Biarlah kalau ada kena mengena dengan aku sekali pun. Aku dah kisah.’ Fikir Rana.

Dia ternampak dua plastik diatas meja berhadapan dengan sofa. Dia pasti isi kandungan itu kepunyaannya. Rana mencapai plastik-plastik itu. ‘macam mana lah agaknya Taehyung beli semua benda-benda ni. Pad ni… aku tak suruh beli pun d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...