Chapter 4

CRUSH ON YOU
Please Subscribe to read the full chapter

Rumah Yeonhye/Nana

Masih lagi berselimut di atas katil dan pagi Nana dikejutkan dengan bunyi bising "Neon chago tteugeowo devil Han yeoreum sonagi syawo Dalgwojin onmomeul jeoksyeoon dwie Geurigon tto mok taoge haji Neon jeo meon samagui sogeum Saeppalgan jeokdoui geuneul Han sungan kwaerageul masbogehagon Geurigo tto mok taoge haji Neon chago tteugeowo - Devil Super Junior".. "Siapakah yang menganggu hari cuti ni?" Nana merengus geram. Dibiarkan sampai bunyi deringan itu berhenti. Nana malas mengangkat panggilan tersebut baginya hari ini cuti tiada siapa yang perlu menganggu tidurnya itu. Biarlah dirinya berehat untuk hari ini setelah seminggu dengan Kuliah dan Photoshoot. Tetapi lagi sekali tidurnya diganggu tapi bukan dari deringan telefon, kali ini diganggu oleh teman serumahnya..

 

"Nana!!!!!!!!!! buka pintu ni cepat!! ada orang call aku dia tanya kenapa kau tak angkat call dia. Dah la 2-3 kali jugak dia call aku lepas tu bising kenapa kau tak angkat call dia. Masalah la weh kau angkat je la. Selagi ko tak angkat selagi tu dia kacau hidup aku." Bebel Sun dihadapan bilik Nana kerana rimas dengan si penganggu tersebut. 

 

Dengan malasnya Nana buka pintu dengan muka dan rambut yang kusut masai. "Siapakah manusia yang tak boleh tengok aku senang tu hah?? dan juga penganggu hidup kau tu??. Dia tak tahu ke hari ini cuti.." ujar Nana dalam keadaan separuh sedar.

 

"Kau ni pun satu la Nana, cuba buka phone kau tu kan senang tahu la siapa yang call kau dari tadi. Boleh pulak tanya aku." marah Sun 

 

"Ishhhh kau ni tadi aku dah buka phone aku tu tapi nombor tak dikenali. Call aku tu perempuan or lelaki?? balas Nana

 

"Ahhh ye ke? kau tak tahu siapa call kau? Aishhh.. Urmmm dari suara dia tadi aku pasti yang call kau tu lelaki tapi dia tak bagi tahu nama pulak." Sun mengusap dagu mengunakan kedua ibu jari dan jari telunjuk.

 

"Kau tak cam ke suara siapa tu?" tanya Nana.

 

"Tak la kalau la dia tu abang kau or adik kau or abang-abang kesayangan kau pasti aku kenal. Sebab dia akan sebut nama aku tapi masalahnya dia tak sebut nama aku just panggil aku. Awak boleh tak suruh Yeonhye tu angkat call saya dan paling pelik macam mana dia dapat nombor aku ye." balas Sun dengan panjang lebar.

 

"Aduh ini yang aku paling tak suka ni, kalau dia bagi text yang kata dia tu siapa tak mengapa la.. ini dah la call tapi tak bagi tahu nama nak je aku hempuk dia.." kata Nana dengan nada geram.

 

"Uishh sabar-sabar Nana. Dah la tu nanti dia call balik kau angkat ye. Aku tahu kau tak akan call dia balik sebab kau tak kenal dia." kata Sun sambil menenangkan Nana. Sun dah faham sangat dengan perangai Nana. Kalau orang nombor yang tak dikenali call or text tak bagi tahu nama memang dia tak akan call or text balik..

 

"Ye la sayang ku Sun Sun." balas Nana. Saje Nana panggil nama manja Sun itu.

 

Deringan phone Nana kembali berdering dan dia menjenguk siapakah yang call adakah masih nombor yang tadi atau orang lain. Nombor yang keluar masih nombor yang sama menganggu tidurnya tadi dengan malasnya dia menjawab call itu. "yobuseyo?? (hello?)" tanya Nana..

 

"Hai Yeonhye, Selamat Pagi." ujar Minsoo kepada Nana. "Uishh mamat ini ke yang call aku tadi, pepagi dah call aku dia ni nak makan pelempang orang ke??" kata Nana dalam hati. Sebenarnya Minsoo ni merupakan boyfriend kepada sepupu dia. Mesti mamat ni bergaduh dengan sepupu kesayangan dia tu. Bukan Nana tak tahu yang Minsoo ni playboy sana sini ada je dikelilingi perempuan. Nak je Nana humban mamat ni dalam gaung baru puas hati tak perlu tengok mamat tu sakitkan hati sepupu dia. Sohee dah banyak kali mintak putus tapi mamat ni still nak dengan Sohee.

 

"Minsoo awak rupanya, dah kenapa call pagi-pagi ni. Dah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
butterfly_kiss
Chapter 32 update!! Mohon baca ye dan tinggalkan comment.

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 26: //Sambut bunga// a/n,saya taknak suho!!!nak sehun....anyway,betul ke rumour tu?sian nana.tapi betul ker?saya masih x caye.ermm yiyi tu wu yifan ek?ke zhang yixing?bila nak dedah kan yiyi gege?
misz_dina #2
Chapter 23: Saya rasa sye dh tau sape crush nana...citer ni meeeeeemang jjang..semakin panjang chap nye
izyana #3
Chapter 21: Author update cepat.nk thu crush nana sape?