Chapter 26

CRUSH ON YOU
Please Subscribe to read the full chapter

“Weh, kau ini dah kenapa? Sedih semacam je?”soal  Chanyeol memandang Baekhyun yang kelihatan muram itu. Ketika itu hanya ada Chanyeol, Baekhyun, Sehun, Kai dan Chen yang lain sibuk dengan aktiviti luar. Mereka berlima menghabiskan masa dengan berlatih tarian untuk konsert yang akan datang.

 

“Hari ini aku kena buat rakaman sorang-sorang je, Nana tak dapat hadir” ujar Baekhyun menjawab pertanyaan yang dilontarkan padanya.

 

“Laa itu aje ke? Bukan tak biasa pun kau buat sorang-sorang, sebelum ini pun pernah jugak dia ada hal. Okay je kau mengacara, relax la bro kau boleh buat punya la.” Chanyeol cuba memberikan semangat pada kawan baiknya itu.

 

“Dia ada bagi  tahu kau kenapa dia tak hadir?” Chen mencelah perbualan mereka berdua. Sehun leka dengan handphone yang kai pula sibuk dengan menari.

 

“Aku ada tanya produser tapi dia tak bagi tahu apa-apa pun.” Baekhyun mengalihkan pandangannya pada Sehun yang leka menonton video itu.

 

“Sehun, kau tahu tak kenapa Nana tak hadir? Dah 3 hari aku tak nampak dia masuk sini?” pelbagai soalan dilontarkan pada Sehun.

 

Sehun bangun dari tempat duduknya kemudian duduk dikalangan mereka bertiga. “Sejujurnya aku tak tahu kenapa dia tak datang.” Sehun menunjukan reaksi muka yang serius menjawab pertanyaan itu.

 

“Hyung?” semua memandang kearah suara itu. “Senang telepon je noona abis cerita.” Kai memberikan mereka semua idea yang paling senang dan ringkas menjawab soalan yang membelenggu mereka itu.

 

“Haaaaaa!!!kan!! kenapa kita tak buat benda paling senang itu dari tadi. Tak perlu nak fikir susah-susah. Aishhh!!” Chen menepuk tangannya dan membebel pada Chanyeol dan Baekhyun.

 

Baekhyun menelefon rakan setugasnya itu. Dia memasang pembesar suara tapi hanya kedengaran peti suara yang menjawab. Dia mencuba beberapa kali hasilnya tetap serupa. “Aisshhh!! Hyung ini kot dia dalam bilik air atau sibuk dengan photoshot ke? Macam mana nak angkat? Dah la biarkan noona tu. Nanti dia nampak dia call hyung balik.” Sehun rimas dengan semua itu dan menghentikannya.

 

Sehun menepuk pelahan bahu Baekhyun supaya bersabar dan bertenang. “Dah jom kita pergi mengisi perut yang lapar ini.” Kai menghentikan suasana yang suram itu.

 

Ketika keluar dari studio tarian Chen ternampak Sun. “SunAh-ssi!!!”Jeritan Chen membuatkan rakan-rakannya memandang SunAh yang kebetulan lalu disitu.

 

“Annyeong, EXO” sapa SunAh pada mereka.

 

“Boleh kami tanya sikit?” soal Chanyeol.

 

“Boleh silakan tapi cepat sikit sebab saya banyak kerja ini.” Ujar SunAh. SunAh curi-curi  memandang Sehun yang sedikit kelihatan gelisah. SunAh sedaya upaya tenangkan diri supaya mereka semua tidak perasan apa-apa yang pelik.

 

“Kenapa Nana tak hadir ye? Dah 2-3 hari tak nampak dia? Call tak jawab? Text tak balas?” Soal mereka bertalu-talu.

 

“Ahhhh.. Wahhh!! Banyaknya soalan, okay bagi menjawab pertanyaan EXO. Sebenarnya Nana sibuk lagi-lagi dia nak exam itu yang tak masuk sini. Hahahahaha.. maaf” SunAh ketawa melihat mereka semua. SunAh memberikan pandangan pada Sehun supaya bertenang.

 

“Biar benar, aishh minah itu pun satu bukan nak inform awal-awal buat orang risau je.” Marah Baekhyun dengan perangai Nana.

 

“Okay la saya minta diri dulu.. Annyeong!” SunAh pergi dari situ.

 

“Dah puas hati hyung??” perli Sehun. Baekhyun memberikan menjeling pada Sehun.

 

“Come on guys!! Perut ini yang bernyanyi dari tadi.” Rengek Kai pada mereka.

 

-SKIP-

 

Mereka berlima membuat keputusan untuk menjamu selera disebuah restoran yang tidak jauh dari bangunan SM.

 

“Annyeong EXO! Korang pun lepak makan kat sini?” soal Dongwoo yang kebetulan makan direstoran itu bersama-sama ahli Infinite.

 

Mereka semua menyapa satu-sama lain. “Annyeong Dongwoo hyung! Annyeong Infinite sunbienim!” sapa mereka berlima.

 

“Korang dah lama ke? Atau baru sampai?” Soal Woohyun pada EXO.

 

“Tengah tunggu makanan sampai. Sunbie marilah duduk dengan kita orang semua meriah sikit tempat ini.” Kai mengajak Infinite. Kebetulan pula meja yang dipilih tadi boleh memuatkan mereka yang sembilan orang itu. Sungyeol  & Sunggyu tiada waktu itu kerana ada aktiviti (solo).

“Oitt! Sudah la itu letak handphone kau mari kita makan.” Myungsoo menegur  Sungjong yang dari tadi menghantar text diselang seli dengan mengeluh. Sungjong hanya mengeluh dan pasrah apabila ditegur Myungsoo.

 

“Dah kenapa dengan Sungjong hyung itu?” Kai bertanya pada Infinite melihat kelakuan Sungjong itu.

 

“Dia hantar text pada noona kesayangannya Nana tapi tak dibalas.” Balas Woohyun mengeleng sewaktu melihat Sungjong yang tengah memuncungkan bibir ketika itu.

 

“Ala Sungjong jangan marah noona kau sedang sibuk ulangkaji itu.” Chen bersuara.

 

“Kalau iye pun sibuk ulangkaji tak boleh ke balas satu text pun. Sengaja buat orang risau.” Sungjong meluahkan apa yang terbuku dihati.

 

“Itu maksudnya dia ada dirumah? Hehehe mesti dia sedang bercintan cintun dengan buku dia”. Dongwoo berseloroh membuatkan semua ketawa termasuk Sungjong yang muram tadi turut  tersenyum.

 

“Dia ada dirumahkan? Apa kata kita semua pergi jenguk dia alang-alang ada kat luar ini?” Chanyeol memberi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
butterfly_kiss
Chapter 32 update!! Mohon baca ye dan tinggalkan comment.

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 26: //Sambut bunga// a/n,saya taknak suho!!!nak sehun....anyway,betul ke rumour tu?sian nana.tapi betul ker?saya masih x caye.ermm yiyi tu wu yifan ek?ke zhang yixing?bila nak dedah kan yiyi gege?
misz_dina #2
Chapter 23: Saya rasa sye dh tau sape crush nana...citer ni meeeeeemang jjang..semakin panjang chap nye
izyana #3
Chapter 21: Author update cepat.nk thu crush nana sape?